Tuesday, November 29, 2011

Siapa Kata Lelaki Tak Boleh Menangis??

Because I'm fine with it. Menangislah sepuas hati kau. Aku takde hal punya. Siapa yang mula - mula kata lelaki tak boleh menangis memang aku nak piat telinga dia laju - laju. Kenapa? Kenapa? Low standard sangatkah perbuatan lelaki menangis tu?

Lelaki, bila kena dengan situasi dan keadaannya airmata jantan dia tu (Yang konon mahal sangat tuuuu...) akan jatuh jugak tanpa sebarang kompromi. Tahu? Tahu? Mentang - mentang lelaki itu fizikalnya besar, tegap, kuat, maka idealnya lelaki itu kalau menitiskan airmata nampak sangat sotong dan berjiwa bunga - bunga.

Lelaki pun ada perasaan. Lelaki pun kadang - kadang ada hati nak emo - emo tak pasal - pasal. Lelaki pun kadang - kadang datang angin dia mintak penampar asyik nak mengaruk sepanjang masa. Hakikatnya, lelaki pun ada hak untuk berperasaan. Sama macam hak dia untuk menangis. Sama rata, sama adil macam perempuan jugak.

Jadi, bila kita mengkondem (Ada ke perkataan ni?) seseorang lelaki itu hanya kerana dia berperasaan dan menangis, aku rasa itu sangat tak patut.

Okay kes Mak Nyah berperangai jomblo lepas tu nangis - nangis mintak simpati dekat sini memang nak mintak tapak kaki. Mak Nyah ngelat weh tak masuk senarai weh!

Jadi bila ada perempuan memperkotak - katikkan usaha lelaki untuk menangis *ehem* kerana entah apa perasaan sekalipun, aku rasa perempuan itu terlalu inginkan lelaki menjadi sepertimana lelaki yang dia mahu. Yang sepanjang masa pose macam lelaki masuk pertandingan bina badan.


 Kalau macam ini nangis, takde sapa pun pertikaikan. Ceh!

Dah. Babai!

8 comments :

watyz said...

bile tibe masa nye dorang akan nangis jugak. suami saya nangis masa anak saya berusia 2thn terkena air panas. masa tu dh x ble tahan lagik... :(

Cik Puan Bunga said...

@watyzKan? Menangis ni bukan semata - mata tunjukkan mereka lemah. Takde effect pun! ^____^

Yayan. said...

saya rasa macho je bile lelaki menangis atas sebab2 yang munasabah.

tapi... kalau mcam dalam video ni macam mne CPB?hehe ape pendapat..hehe :P

http://www.youtube.com/watch?v=dDWcmXXqcAo

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

lelaki akan nangis kalau berlaku sst yg betul-betul menyedihkan hati dia..bukan cam perempuan lipstik patah pon nak nangis haha

Cik Puan Bunga said...

@Yayan.Hahahahahahahaha tu nak makan kaki namanya!

Cik Puan Bunga said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyAishhh macam ada pengalaman aje lisptick patah?KEHKEHKEH!

yayath said...

betul3....hehe

menangis disebabkan sesuatu yang betul2 menyedihkan hati dia~~~

Cik Puan Bunga said...

@yayathBetulll.. diorang bukan robot yg takde hati dan perasaan! ^___^