Tuesday, November 29, 2011

Vintage. The Talk Of The Town Sekarang Ini.

 Assalamualaikum.

Selalu sangatlah aku menuduh Batu Pahat ini sebagai tempat yang bukan - bukan. Sudahlah tak ada Tutti Frutti (Lagi!), Sticky pun tak ada, nasib baik ada Domino's. Bolehlah rasa up sikit daripada tak ada langsung.

Tapi kan sebenarnya banyak aje pun benda best ada dekat BP ni kalau engkau pandai cari. Ada Pasar Karat yang ala ala Flea Market gitu, ada Mee Bandung yang sedap sedunia, ada kerang bakar yang sedap, ada macam - macamlah! 

Dan baru - baru ni baru discover dekat Batu Pahat ada satu kedai yang menjual vintage clothing and accessories yang murah sedunia. Harga dia 80% lebih murah daripada yang dijual online. Lepas itu amoi yang assist kedai ni pun ramah tamah walaupun Bahasa Melayu dia ke laut sikit. Tak apa. Dimaafkan. Sebab engkau jual barang comel - comel dan murah, guna bahasa isyarat pun boleh! ^___^

Sebenarnya nak cari hair scarf yang comel. Sejak potong rambut pendek dan perasan Yana Samsudin ni *batuk* terasa nak mencomelkan diri dengan hair scarf yang comel. Eh eh bukan freehair dekat luar tahu, nak pakai dekat rumah ajelah. Takkan nak cecantik dekat luar aje, dekat rumah aku pun comel tahu. *Muntah* Jalan - jalan dekat BP Mall dan terperasankan kedai ini dekat Level 2. Dekat dengan panggung wayang.

Hair scarfs dia bapak cantik!RM10 saja. Comels comel semuanya!
Walaupun susun atur kedai ini macam sukahatimakbapakdia sikit, tapi tak kisahlah kan. Fokus aje pada barangan yang dijual. Haih baju - baju dia cecantik betul. Polkadots lah, floral sana - sini, nasib baik aku ni tak berapa nak kurus, kalau tak aku rembat semua.

Skirts pun ada jugak. Fabrik banyak yang made from soft chiffon tapi berlining. So jangan risau bagi yang bertudung, baju - bajunya boleh digayakan dengan cool kentang sekali. Ada jugak oversized sunnies bagi yang nak merasa feeling - feeling hot sikit, ada straw hats, handbags yang memang vintage - look, belts (Belts dia cantik - cantik. Banyak warna!) make ups, fake eyelashes dan macam - macam lagi accessories yang boleh buat engkau hilang ingatan sekejap pasal semuanya bapak comel!

Clothing lines dia not badlah. Comel. Affordable.
Cubaan untuk menghias kedai tu adalah walaupun serabut sikit.
Rasanya akan datang lagi ke kedai ni kot sebab ada terberkenan few tops yang aku terperasan ada dijual dekat The Poplook and Sunny Side Up (Design lebih kurang sama) yang ada dekat kedai ni. Harganya engkau jangan cakaplah memang murah sedunia.

This is my hair scarf. Comel. RM6.90 sekian terima kasih.
Next time kalau aku ada jumpa tempat - tempat yang cool kentang dekat BP aku share dekat sini ye. Aku ni nama aje duduk BP, nama jalan sepatah haram pun aku tak tahu. HAHA. So sesiapa yang duduk BP and lovesssss vintage style ni bolehlah try terjah kedai ni. Nama kedai ni jangan tanya akulah kan sebab dia macam tak ada nama je. HAHA. Aras 2, dekat panggung wayang BP Mall, Batu Pahat.

Okeh. Babai!

8 comments :

nur easy said...

alahai..sejak balik x menyempat lg ronda batu pahat.. kesian tak kesian tak? hehe takda kaitan

Shellia89 said...

Wah... cik puan ni kalau bab menpromote memang berjaya memikat hati orang sampai orang nak jugak pergi dan membeli.
hehe!
apa-apa pun saya suka ngan banner blog cik puan ni dpd dulu2 punya ...

.cik yaya. said...

waaa nnti leh la pegii. sem dpn praktikum kt sk senngarang. huhuhu

Cik Puan Bunga said...

@nur easyKesiannnnn! Dahlah sombong taknak roger2 kita! HUHUHU!

Cik Puan Bunga said...

@Shellia89Ehhh haha sekadar berkongsi tempat menarik! Ecehwah thanks ye! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@.cik yaya.EH ye ke? Waaaa boleh boleh! ^__^ Best kedai ni, awak comel banyak brg2 comel dalam kedai ni!HEHE!

yayath said...

belanja mee bandung cket CPB...hihi

ehhh...baru perasan muka CPB ada iras2 yana shamsudin:)heheheh

Cik Puan Bunga said...

@yayathBoleh! Jom datang BP!

Errr yana samsudin? Kehkeh! Nak sign tak? Kehkehkeh!