Monday, December 5, 2011

1.12.11 - Sujud Syukur Pada MU Ya Allah.

Kitaorang sepatutnya tak patut datang jemput Emak abah mertua balik dari Tanah Suci. Orang lain sepatutnya datang ambil. Kitaorang sepatutnya mengisi masa lapang petang itu dengan menonton “Puss In Boots”. Tiket wayang pukul 3.30 petang. Semangat engkau nak tengok wayang. Hari itu dahlah kecewa tengok Breaking Dawn. Kalau tak sebab Edward tu memang undisputedly handsome dengan Jacob yang kacak – kacak hot tu memang confirm aku tertidur. Eh kenapa lari tajuk?

Okay, kami sepatutnya menonton “Puss In Boots”.

Tapi aku tengok muka suami tak berapa nak ceria. Tapi tak adalah masam mencuka. Kalau masam mencuka itu aku punya perangai. Bila aku cuba buat lawak – lawak manjabodohlucah sikit dia cuma tersengih sikit aje lepas itu back to frowning again. Aku rasa aku dah dapat agak apa yang ada dalam hati perut dia.

“Abang nak ambik mak abah dekat airport eh?” Intonasi suara of courselah macam isteri yang solehah dan menjadi pilihan ibu – ibu mertua. (Eh kenapa ‘ibu – ibu’ pulop?)

Suami diam aje. Eceh. Buat drama pulak. Aku tanya jawab ajelah. So aku tanya lagi. Kali ni dah takde dah intonasi Ustazah Pilihan. Suara straight to the point aje.

“Abang nak ambik mak abah?”
“Entah. Pada Lina? (Nama panggilan aku dekat rumah. Glamer tak? Bhuehehe!) rasa nak pergi ke tak?”

Eh main rasa – rasa pulak!.

“Terpulang abanglah. Abang nak pergi ke tak, kalau nak, jom kita pergi. Abang jangan risaulah duit minyak tol makan ke apa kan. Lina tau abang nak pergi kan kan kan? (Okay letak ‘kan’ sampai 3x memang definitely annoying!). Jomlah kita pergi. Awal lagi ni baru pukul 3.”

Suami diam. Dah ada riak – riak sentosa dekat muka dia. Bertambah – tambah kacak suami aku.

Jadinya kami ambil keputusan paling gila. Terus lupakan “Puss In Boots” kami patah balik ke rumah dan siap – siapkan barang untuk ke airport (KLIA) Masa tu dah pukul 4 petang. Tak apa. Sempat nih. Lepas Asar cadangnya nak gerak. Senang. Tak payah stop untuk Asar dekat mana – mana. Sebelum tu sempat lagi deal dengan cousins aku dua orang untuk temankan kami. Sebab kita orang confirm sampai dekat rumah nanti pagi – pagi buta. Nasib baik cousins aku rela hati nak temankan walaupun diorang tahu bukanlah happening mana pun nak pergi jemput orang balik haji.

Pukul 5 petang gerak dari Pt Yaani singgah Seremban untuk solat Maghrib dan dinner. Masa ni perasaan aku jangan cakaplah kan. Macam nak patah balik pun ada. Macam – macamlah. Makan pun tak berapa nak selera. Tapi habis jugak semangkuk besar Yong Tau Fu. Aku tengok muka sumai berseri – seri sepanjang perjalanan. Tak ada pun mengadu letih ke apa.

Sampai ke Nilai hujan turun lebat gila mencurah – curah. Pasang wiper dengan kelajuan maksimum pun tak mengubah apa – apa. Lebat sangat. Tapi sebab nak jugak sampai on time, suami drive kereta perlahan – lahan sampai kadang – kadang aku rasa kalau aku tolak aje kereta tu lagi laju agaknya. Dalam keadaan yang penuh berdrama swasta (Ditambah pulak dengan cousin aku yang sorang ni kerja asyik menyanyi tak berhenti – henti sampaikan aku rasa menyesal bawak dia!) kami akhirnya tiba di KLIA tepat pukul 9.15 malam. (Err tipu sebenarnya. Tu waktu lebih kurang aje tu) Tiba – tiba handset suami berbunyi and keluar number pelik, bila suami jawab rupa – rupanya emak abah mertua aku dah sampai pukul 8.40 malam. Sekarang ni tengah tunggu bagasi. Ikutkan waktu asal sampainya pukul 10 malam.

Suami pandang aku. Aku buat – buat tak tau.

“Sayang...”

Eceh. Aku buat dek aje. Tapi mana mampu aku menahan pandangan mata suami yang begitu memukau dan mengasyikkan. Di tambah pulak dengan Adam yang merakasnya dah lain macam, aku perlu membuat pilihan segera. (Ayat kalau tak novel tak sah!)
“Ikut masuk jom...” Lembut aje suami berkata – kata. Eleh macam aku tak tahu tu semua pancing aje tu! Aku menarik nafas dalam – dalam (Ayat novel lagi)

“Okaylah abang, jom!”
Melangkah dengan 1001 rasa engkau jangan cakaplah macamana nervousnya aku. Badan menggigil – gigil, terasa nak terberak nak terkencing semua pun ada. Macamana agaknya penerimaan emak abah mertua aku? Macamana agaknya? Aku kena marah ke? Aku kena baling dengan selipar ke? Kena maki ke? Semua tu bermain – main dalam kepala otak aku yang kadang – kadang bijak nya tu boleh tahan jugak.

Sampai dalam airport, kami menunggu dengan penuh sabar. Cousins aku dah buat hal masing – masing. Adam pun tak terkecuali. Buat hal jugak. Lari sana – sini. Orang yang sepatutnya datang menjemput emak abah mertua tak sampai lagi. Entah dekat mana malas pulak aku nak ambil tahu sebab sekarang ni aku tengah nervouskan pasal... er pasall eh macam – macam pasallah!

“Lina tunggu sini ye, abang dengan Agus pergi sana cari emak dengan abah.”
Suami dan Agus (Cousin) hilang dari pandangan. Tinggal aku dengan seorang lagi sepupu dok melayan Adam yang sekarang dah macam buat sarkis pulak dikhalayak ramai. Terkinja – kinja!

Dalam pada asyik aku dok perhatikan orang sana sini tiba – tiba mata aku terpandang muka abah mertua aku dicelah – celah pusuan manusia yang membanjiri perkarangan airport. Terus aku tengok tempat lain.Aishhh tak terkata! Diikuti oleh emak mertua dan suami dan cousin aku yang sorang tadi tu.

Jengjeng!

Aku mengekor dari belakang. Takut lagi nak buat apa – apa. Ikutkan hati nak aje aku lari masuk dalam kereta. Tapi macam tak cool pulak. Ini aje kesempatan yang aku ada. Arghhhh persetankanlah setan – setan tu! Aku dengan machonya (Sambil dukung Adam sebagai perisai keselamatan) menghampiri emak dan abah mertua.

“Emak.. abah sihat?” Kata aku dengan bersahaja macam menantu kesayangan sambil hulur tangan dekat emak mertua dulu. Dalam hati redha ajelah apa yang bakal terjadi!

Kemudian, sesuatu yang ajaib berlaku.

Emak mertua pandang aku lama – lama sambil tangannya menyambut salam yang aku hulurkan. Bibirnya bergerak ketepi kanan dan kiri sebanyak beberapa nanosentimeter yang akhirnya dapat aku tafsirkan sebagai satu senyuman. Disaat tangan aku dan tangannya bertemu, satu perasaan yang sukar aku nak ungkapkan mengalir disetiap urat saraf, dalam darah, dalam setiap rentak jantung yang berdegup laju. Saat aku cium tangan emak, aku rasakan bumi berputar untuk satu jangkamasa yang maha lama. Kemudian tangan abah.

Mata aku dan abah bertemu. Abah tersenyum.

Okay sekarang aku nak nangis!

“Sampai pukul berapa? Dari rumah bertolak pukul berapa? Panasnya tangan? Demam ke?” Tanya emak. Sambil tergagap – gagap aku jawab setiap apa yang emak tanya. Dari sudut mata, aku nampak suami memandang dengan sejuta rasa yang bahagia. Dada aku terasa sakit sangat – sangat. Mungkin menahan sebak.Kemudian kami terus berbual – bual hal – hal remeh sebelum Adam buat hal meronta – ronta nak main troli bagasi. Potong stim betul! Terpaksalah melayankan Adam walaupun dalam hati teringin sangat nak menyelit antara emak dengan abah nak golek – golek nak manja – manja (Okay kalau buat macam itu mungkin akan dapat penampar sebagai balasan) tapi tak apa. Nanti esok – esok boleh buat. Yang penting sekarang aku rasa sangat – sangat – sangat bahagia!





Sepanjang perjalanan balik aku sangat gembira. Mata pun jadi tak mengantuk walaupun dah malam sangat – sangat. Dan akhirnya suami pecah rahsia.

“Nak tahu tak? Emak suka sangat Lina datang tadi. Emak tanya, Lina memang nak ikut atau abang yang paksa.”

“Habis, abang jawab apa?”

“Abang kata Lina memang nak datang jumpa emak. Even Lina yang suruh abang datang jemput emak!” Kata suami sambil tersenyum simpul. Heh, dia baru tersenyum simpul. Aku ni tersenyum sampai bersimpul – simpul mulut. Hati berbunga – bunga. Syurga sangat perasaan ni. Macam mimpi. Macam tadi tadi tu mimpi. Aku cium tangan emak abah. Emak abah tersenyum pada aku! Mimpi tu tahu! Mimpi!

Ya Allah, aku bersyukur dengan rahmat kurniaanMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Besar dalam mengkehendaki sesuatu. Jika Kau kata “Jadilah” maka “Jadilah ia” tanpa ada satu pun makhluk yang boleh menidakkannya.

Ya Allah, aku bersyukur kau membalas rasa perit pedih sedih ku ini dengan kurniaan kasih sayangMu yang tiada batasannya. Disaat aku berprasangka terhadapMu, Kau masih lagi melimpahkan rahmatMu kepadaku Ya Allah.

Ya Allah, Kau peliharalah kasih sayang ini Ya Allah. Teruslah tabahkan hatiku dengan sifat – sifat sabar dan redha. Jauhkanlah aku dari sifat – sifat dendam dan tercela. Peliharalah aku, suamiku, anak (Anak – anakku) dan keluarga kami dari fitnah manusia.

Sesungguhnya tarikh 1 Disember 2011 ini memang tak akan aku lupakan sampai bila – bila. Menjadi menantu pertama yang mengucup tangan emak abah selepas 13 tahun tak berpeluang berbuat demikian, sememangnya satu kebahagiaan besar buat aku pada tahun ini.

Ya Allah, rahmatMu. RahmatMu.

Dah. Babai. Nak feeling - feeling kejap.

47 comments :

nur easy said...

subhanallah.. besarnya rahmat Allah pada kita semua.

p/s: eh nak lap airmata sat

Naddy said...

=)

watyz said...

tersentuh hati membaca nye.
tahniah yer cik puan bunga.
x semesti nye menantu pilihan menantu yg baik kan.
watever pon jd diri sendiri bkn jd org lain utk memuaskan hati org lain.. :)

Anonymous said...

aku nangis lagi baca N3 ni..waaaaaa...Yattt ko jahat, suka wat aku nangis! - ana

.cik yaya. said...

syukur alhamdulillah, mmg pengaruh novel kuat entry ni. hahaha, neway 1 disember is my birthday tauu. mmg lucky =)

dd.hasnidar said...

menitis air mata baca entry ni tahu!..

lieynanilaz said...

haha...lepas ni konfem awak akan menjadi menantu kesayangan..hehe.

Cik Puan Bunga said...

@nur easyMalu sangat sebab sebelum ni selalu bersangka buruk dengan Allah. Sebenarnya diri sendiri yang banyak buat silap. Hmmm.

Cik Puan Bunga said...

@Naddy^____^

Cik Puan Bunga said...

@watyzTak mimpi pun nak jadi menantu pilihan ke menantu kesayangan ke. Cukuplah kalau diri dianggap sebahagian daripada keluarga! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousErrr alamakkk sorilah ana. Jangan emo2 nanti baby keluar jadi emo macam kau. Huhu!

Cik Puan Bunga said...

@.cik yaya.Eh happy birthday! ^____^ Kan? Tulahhhh kena sampuk Ombak Rindu lettew! Huhu!

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarEh jangan! Ibu mengandung tak baik emo emo! hihi!

Cik Puan Bunga said...

@lieynanilazEhh taklah. Besar sangat tu. Biasa2 aje cukuplah! ^___^

~mrs azmi~ said...

syukur... kesabaran akhirnya ada kesudahan yang baik kan?

nadhirah. said...

maybe emak dgn abah mertua akak dapat hidayah masa dkt tanah suci. alhamdulillah la kan?

mengalir air mata den bace ^^

mieyza said...

okeh, sy menangis bc entri ni..Syukur!! time sy jek yg blom sampai..:')

alin said...

erm...sob3...sebaakkk..huhu..sy tumpang gembira..tumpang je ea...hehe..;)

aleen meow said...

Touching :')
sob3..

Cik Puan Bunga said...

@~mrs azmi~Alhamdulillah! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@nadhirah.Taktahulah. Agaknya. Tu semua rahsia Allah! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaInsyaallah. Teruskan bertabah ye Mieyza! Jgn putus asa!

Cik Puan Bunga said...

@alinTerima kasih! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@aleen meowSob sob!

nazahiahhalim said...

syukur alhamdulillah....

Just.wanie said...

tak tahu kenapa , tapi berkaca jugak mata ni bila baca entry akak .. hehe !

Cik Puan Bunga said...

@nazahiahhalimAmin! Alhamdulillah! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@Just.wanieIktibar. ^___^

Anonymous said...

maaf bertanya, sebelum ini hubungan memang xsebaik itu ker dengan mertua? huhu, konpius jap. apaon, tahniah diberi peluang olehNya.

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousTerima kasih! ^____^

dd.hasnidar said...

hehe.emo bukan sbarang emo.emo sbb touching.

baguslah kalau relationship tu baru nk bertaut.kena tambat semula hati PIL tu..mcm masa mula2 nk kawen dulu..haha

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarInsyaallah! ^____^

Klo Dya said...

Sis, walaupun sy tak tau kisah details tp syukur alhamdulillah ya dgn hikmahNya...mmg tersentuh dgn kisah hidup kamu ni...besar RahmatNya buat sis yg bertabah dgn dugaan selama ni. Tahniah! (bole termimpi Adam pulak mlm td sbb tgk pixcas chomel dia kt ur fb smlm. ;p)

Klo Dya said...

Sis, walaupun sy tak tau kisah details tp syukur alhamdulillah ya dgn hikmahNya...mmg tersentuh dgn kisah hidup kamu ni...besar RahmatNya buat sis yg bertabah dgn dugaan selama ni. Tahniah! (bole termimpi Adam pulak mlm td sbb tgk pixcas chomel dia kt ur fb smlm. ;p)

Klo Dya said...

Sis, walaupun sy tak tau kisah details tp syukur alhamdulillah ya dgn hikmahNya...mmg tersentuh dgn kisah hidup kamu ni...besar RahmatNya buat sis yg bertabah dgn dugaan selama ni. Tahniah! (bole termimpi Adam pulak mlm td sbb tgk pixcas chomel dia kt ur fb smlm. ;p)

Klo Dya said...

Sis, walaupun sy tak tau kisah details tp syukur alhamdulillah ya dgn hikmahNya...mmg tersentuh dgn kisah hidup kamu ni...besar RahmatNya buat sis yg bertabah dgn dugaan selama ni. Tahniah! (bole termimpi Adam pulak mlm td sbb tgk pixcas chomel dia kt ur fb smlm. ;p)

Cik Puan Bunga said...

@Klo DyaTerima kasih! ^____^

-[DeeYA]- said...

Syukur Alhamdulillah.
sobsobsob...

emo aku baca entry ni.
sobsobsob..

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Kan? Aku pun emo. Sob sob sob!

Anonymous said...

bunga, akak nangis ni...kakmasyp

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousJanganlah kakkkk! Nanti sy ikut sama! '-_-

yayath said...

tersentuh hati membacanya kak....

penantian akak x sia-siakan...Alhamdulillah...

rasa gemira untuk akak boleh x???hihihihi

Cik Puan Bunga said...

@yayathTerima kasih! ^___^

Boleh boleh! Silakannn!

FiZ said...

subhanallah...memang kuasa Allah Maha Besar...syukur dan happy untuk kak bunga ;)

Cik Puan Bunga said...

@FiZTerima kasih! ^___^ Syukur sangat2! ^___^

Rozana Mohd Zin said...

tersentuh baca enrty akak kali nie., nak menangis da., huhu., syukur alhamdulilah diatas rahmat dan kasih sayang Illahi., =)

Cik Puan Bunga said...

@Rozana Mohd ZinAlhamdulillah. Akak lagi taktau nak cakap macamana betapa akak bersyukur dengan rahmat Allah ni. ^___^