Tuesday, December 20, 2011

Air Tangan Wanita Solehah

Assalamualaikum

Hari ini, walaupun aku macam nak demam - demam sikit (Semalam petang berhujan. Seronok! KEHKEH!) tapi bangun pagi bersemangat kental sekali selepas suami puji masakan aku semalam. Bangun dari short nap tengahari semalam sebelum pergi kerja terus dia makan dengan penuh berselera. Tiba - tiba dalam hati jadi taman bunga. Berkembang pesat dengan penuh warna - warna. (Maafkan aku. Aku selalu merepek kalau terlampau bahagia!) Tiba - tiba hati rasa bersalah sedunia sebab selama 3 tahun berkahwin, boleh dikira dengan jari berapa kali aku memasak untuk suami. Selebihnya, emak yang mengenyangkan perut aku dan suami pula yang memasak untuk aku. Sob sob sob.

"Abang suka kalau emak tak ada." Kata suami.
"Kenapa?"
"Sebab nanti Lina masak. Abang suka makan Lina masak.Sedap!"

Eh. Eh. Eh. Terkesima aku sekejap. Sekejap ajelah lepas itu back to normal. Bila suami dah cakap macam itu, aku rasa macam selama ni aku abaikan tanggungjawab nak mengenyangkan perut suami. Orang kata, air tangan isteri / wanita solehah yang memasak untuk suami dan anak - anaknya dengan ikhlas dan riang (Riang = memasak sambil menyanyi dengan penuh gembira?) jauh mana pun suami pergi / anak - anak pergi hatinya tetap pada isteri / ibu. Betul tak? Aku rasa ada betulnya juga. Emak aku suka sangat memasak untuk kami adik - beradik. Buktinya, sampai ke hari ini aku masih menumpang bawah ketiak emak.(Bukti apa? Bukti dah kahwin beranak pinak masih berangan nak menyusahkan emak! Baiklah! '-__- Haih!)

Jadinya bila suami riang begitu, keinginan memasak didalam hati sungguh tinggi. Sampaikan bangun pagi terus fikir, hari ini nak masak apa? (Sebab selama ini tak pernah begitu. Bangun pagi terus tanya diri sendiri "Nak tidur lagi pukul berapa?" Errr..) Sangat tak guna! Tapi hari ini berbeza. Mental sudah membuat peta minda secara automatik. Hebat bukan? Tak payah belajar tinggi - tinggi untuk memasak hidangan makan tengahari penuh berkasih sayang. Baiklah, hari ini nak masak telur! Jerit aku dalam hati. Untuk orang yang dah pandai / hebat / terer memasak, memasak telur adalah seperti membuat lawak bodoh di Maharaja Lawak Mega. Kemudian dikutuk juri. Begitu. Tapi tak apa, untuk aku yang very the beginner ini, memasak telur juga satu cabaran mental. Ah kau apa tahu!

Berkat memasak selama satu jam (More or less) di dapar sambil kelentang kelentung berperang dengan Adam yang secara tiba - tiba sudah duduk diam - diam di dalam pengukus emak (Posisi macam ayam mahu bertelur!) maka siaplah 3 hidangan untuk seisi keluarga. Kobis panjang (Baru hari ini tahu ada kobis panjang! Itupun tanya suami. Dan aku ingat suami tipu! HAHA!) masak tumis sos tiram campur ayam potong dadu, scrambled egg cili dan sup telur untuk Adam. Hoh! Lap peluh. Sungguh membakar lemak acara memasak! (Membakar lemak ketika meligan Adam!) Benarlah memasak mengeratkan kasih sayang sesama suami isteri. Aku memasak, suami tolong potong ayam. Bahagianya! (Dan juga tolong membebel itu ini. Hasilnya, aku halau dia tengok TV dekat depan! HAHA!)

Kobis panjang + ayam
Scrambled Egg Cili yang di war - warkan. Tengok rupa telur ini macam lepas kena pukul teruk pun ada!

Lepas memasak, sambil tidurkan Adam dengan aku sekali TERtidur. Cuaca sungguh mendamaikan. Mata pun terpejam sambil berdengkur secara berirama. Sedar - sedar saja suami kejut minta makan. Comelnya perangai. Asal nak makan aja cari aku, asal nak makan aja cari aku. HAHA. Bangun terkulat - kulat tengok jam sudah pukul 12 lebih. Patutlah aku lapar bersungguh - sungguh. 

Disebabkan masih mamai - mamai sedikit suami yang pergi cedokkan nasi. Aku duduk dekat meja sambil buat muka tak ada arah tujuan = blur. Suami cedok lauk dengan banyak sekali. 

"Eh kenapa cedok lauk banyak - banyak? Kalau tak sedap macamana? Ambiklah sikit dulu."

Suami senyum aje. Tengok dia suap masuk lauk sekali, dua kali, tiga kali dan berkali - kali ke dalam mulut buat hati aku berbunga - bunga.

"Sedap tak?" Aku tanya. Wajiblah kan. Jangan kata engkau tak pernah buat ye! HAHA!

"Sedap! Sedap! Tak payah nak modify apa - apa. Cukup masin pedas semua!" Wah! Bangga tak? Jawab sendirilah soalan tu. Aku bagi klu. Lubang hidung aku dah besar macam terowong SMART dekat KL. HAHA.

"Esok masak lagi ye!" Eh eh sempat pulak ada pesana panaja. Scrambled egg cili tu sampai bertambah - tambah suami makan. Nasi dah habis dalam pingga pun dia masih cedok lagi telur masuk dalam mulut. Sedap sangat ke sayang? HAHA. Makin bersemangat aku nak masak untuk esok, lusa dan seterusnya.

Teringat ustaz aku pernah kata dulu "Air tangan wanita solehah sangat ajaib. Mampu membahagiakan dunia rumahtangga di dunia dan di akhirat." 
(Manalah Ustaz Maskur sekarang ye!)

Itu saja untuk hari ini. Nak cerita pasal lauk pun panjang berjela - jela. HAHA.

Dah. Babai!

14 comments :

Rai said...

baguslah kalau macam terowong smart.. boleh ganti terowong tu malam esok tutup sampai pukul 6 pagi lusa..hahaha..

ko masak sayur tu ko makan tak? aku cekik ko kalau ko kata tak makan..hahaha..aku suka gila kobis panjang tu..org jepun panggil hakusai..kalau letak sekali makan masa buat steambot tu heaven gila tau..tak pecaya cuba lah..kalau ko buat jemput aku hokay!

Cik Puan Bunga said...

@RaiHahaha cis cis! Kutukan! HAHA!

Weh aku makanlah weh. Sumpah! Betul! Aku taktau nama dia kobis panjang. Aku taktau pun dia nama apa (Seriously. Sengal kan?) Aku ingat dia sawi. Jadi bila suami aku kata itu kobis PANJANG aku ingat dia tipu!

Tapi lepas ni aku akan panggil dia Hakusai (Sebab nampak lebih cool dan stylo!) ^____^

Okay buat steamboat sangat melampaulah. Masak lemak pun tak lepas lagi nih! HAHA!

watyz said...

sambal telur hancur feberet aku tu weh. tp aku suka makan ngan bayam + ikan goreng garing. pergh!!! hahhha

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sekali-sekala dpt masak utk org tersayang membahagiakan..


tp mcm sy yg hari-hari masak pagi petang..aduihhhh dh bosan nk mkn masakan sendiri

Cik Puan Bunga said...

@watyzSedap kan? Dahlah simple aje nak buat dia! HAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyOh really? Sy tak sempat nak bosan sebab baru ini nak memasak. HAHA.

Fail lah nak jadi isteri mithali! HUHU!

nur easy said...

bestnya.. telur hancur tu sedap kan.. suka makan, err tp xpenah pulak memasaknya.. hik2..

Cik Puan Bunga said...

@nur easySenang gila - gila nak masak dia! HAHA!

Bella Bellitos said...

scrambled egg cili tu nampak sedap la akak. padanla husband akak sampai bertambah-tambah makan.


akak kat sana tak banjir ke?

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosUiiih memang sedap! ^___^

p/s : Alhamdulillah. Area akak belum banjir lagi! HUHU!

Klo Dya said...

great effort sis! sambal telur hancur tu kelihatan sdp! nasib baik hari ni dah tak hujan, kalau tak mau terliur tgk ni...huhu. watla tutorial sambal tu ^^ tak pernah makan yg bersambal.

Cik Puan Bunga said...

@Klo DyaOh mahukan tuto nya? Boleh boleh! ^___^ Memang sedap! ^___^

Klo Dya said...

kalau nak bagi rasa yg real pun leh gak..hehe ;p

Cik Puan Bunga said...

@Klo DyaEh! Jom jmpt dtang rumah! ^____^