Saturday, December 3, 2011

Cabaran Diet : Nestle Fitnesse (14 Days)

Assalamualaikum


Hari ini genap 14 hari aku buat cabaran diet 14 hari Nestle Fitnesse. Sepanjang program makanan utama aku adalah menatang inilah campur dengan susu HL. Memang sedap. Tapi tapi tapi aku tak workout regularly macam yang aku letak dalam plan diet tu. Kadang - kadang dalam seminggu memang buat 3 x tapi setiap sesi tu tak sampai pun 1 jam. 30 jam dah give up. Kehkeh. Cemanalah nak kurus ni noks!

Seriously, kalau nak berdiet dan konon - konon nak kurus, meninggalkan nasi secara total adalah satu perbuatan yang salah dan sia - sia. Sebab once engkau tahan - tahan nafsu nak makan nasi tu nanti dia akan bagi banyak side effects dekat engkau. Or at least dekat akulah. First few days tu aku langsung tak sentuh nasi dan hasilnya? Lemah, mulut berbau, kepala pening, emotionally cracked (Lapar nasi memang buat orang beremosilah!) dan few symptoms yang buat badan engkau rasa tak sedap.

Jadinya aku selitkan satu meal nasi dekat lunch ataupun dinner sebab aku rasa kalau aku makan nasi time dinner sangat berdosa gitu. Buah - buahan setiap hari adalah sangat penting ye kawan - kawan. Aku prefer green apple sebab melalui pembacaan green apple ni banyak sangat kebaikannya terutama untuk wanita. Tapi kombinasi green apple dan yogurt memang membantu dalam melancarkan proses penghadaman. Setakat nak berak sehari 2,3 kali tu elehhh pejam mata aje! Jadinya perut tak buncit!

Dan hasilnya, aku takdelah sampai bertukar size jeans ke apa, macam kartun pulak kan diet 14 hari dah boleh tukar size 29 jadi size 25 pulak, kan. Tapi aku boleh fit in jeans tu tanpa mengalami Muffin Effect. Muffin Effect ni macam errmmm okay engkau paksa diri pakai jeans yang sebenarnya bukan size engkau. You still can fit into those jeans, tapi tapi tapi kat bahagian pinggang tu ada excessive lemak yang menggeleber bila engkau kancingkan button jeans. And you look like a muffin. Kan? Yes, aku tak lagi mengalami itu (As long as I keep practicing this healthy diet)

Kemudian, perut tak lagi buncit macam dulu. Still buncit macam perempuan mengandung 2 bulan tapi tak adalah sehodoh dulu. Alhamdulillah. Lemak - lemak ini insyaAllah dapat di camouflage kan dengan pemakaian PB selama 8 jam (Tapi kadang - kadang kurang. Errr aku ni tak rajin sangat!)

Dan bila aku timbang semula berat badan, engkau rasa berapa kilo yang hilang? Jawapannya ialah tak ada kilo yang hilang. Aku timbang berat badan lepas lunch and angka penimbang masih di aras 61.5kg. Tahniah kepada diri sendiri. Dapat figure tapi berat tak turun. 14 hari. Jadinya SKT untuk menurunkan 2 kg macam yang digembar - gemburkan tidak berjaya. Tapi aku tak kecewa sangatlah sebab at leastnya bila aku pakai jeans tak adalah hodoh sangat kan. HAHA.

Tapi aku takkan berputus asa. Diet (Pemakanan seimbang bukannya menyekat makan) akan diteruskan seperti biasa. Biar lambat asal selamat. Kepada yang sedang berdiet, jangan cepat putus asa ya! Chayok chayok!

Dah. Babai!

7 comments :

Naddy said...

tahniah..ahh kg tu smua tak pnting yg penting saiz weh....kalau pakai jeans yg dulu ketat tapi now da longgar, nahh tu la yg plg penting!!! caiyok!

Cik Puan Bunga said...

@NaddyMacamanalah nak turunkan kg nehhhh! HAHAHAHAHA!

Naddy said...

tu kne tnye mak dara... haha aku pn kg turun skit..hampa..tpi jeans da longgar..jadi la tu...hrp2 da baik nti aku akn behave mcm ni..hahaha

Cik Puan Bunga said...

@NaddyAku rasa Mak dara pakai susuk kuruslah!

Miss Tasantek said...

bukankah ada entry kau yang aku kata jangan benti amik nasi. nnti hypothiroid...hahaha...
nasi kena amik juga walau sikit. bila kau lapar nasi kau akan craving something untuk replace karbo source dalam badan kau tu yang makan benda lain banyak2...terutama sekali coklat. *ini kawan aku cakap*

sailaaf said...

haahha..btol.meninggalkan nasik adalah amalan sia2..da mulut berbau tu betol.ahaha.

okla.figura cantik..ehehe

Cik Puan Bunga said...

@sailaafAissshhhh! HAHAHA!