Saturday, December 3, 2011

Hari Sabtu Yang Hujan Asyik Teringat Nak Makan

Assalamualaikum

Hari - hari asyik hujan aje. Risau jugak kalau - kalau tragedi 2006 berulang kembali. Ish taknak taknak mintak dijauhkan. Tak sanggup aku nak rendam kaki dalam air banjir sambil tengok TV. Jadinya bila hari hujan tak ada aktiviti yang nak di buat, siap aje kemas rumah susukan Adam siap - siap bagi dia kenyang lepas tu letakkan buku Disney's banyak - banyak depan mata dia aku pun krohhhh krohhhh krohhhh ZzzzZzzzzzzz.

Bangun - bangun tengok jam dah pukul 11.30 tengahari. Emak rupanya dah siap masak untuk lunch. Sambil buat muka tak bersalah, terus ambil pinggan dan makan. Lepas dah kenyang baru jemput suami makan. Perangai apakah itu wahai kawan - kawan? Lepas lunch terus masuk bilik semula capai Sophie Kinsella's sambil makan jajan dengan Adam kemudian terus krohhh krohhh krohhhh ZzzzZzzzz semula.

Bangun petang macam kena sampuk hantu, terus ajak suami pergi Pasar Malam dekat Pesta, Batu Pahat. Dengan harapan semoga hari tak akan hujan, berbekalkan RM40 kami pun menuju ke pasar malam dengan bahagia sekali.

Hasil tangkapan dekat pasar malam? Phewwww! Habis RM40! Siap berlebih - lebihan lagi. Haihhhh duittt duittt! Macam air!

Rojak paru sampai dua bungkus, Yong Tau Fu, Puyuh goreng 2 ketul, Pedal goreng.
Betik dengan pisang. Pisang apatah tu. Pisang tu rasa - rasa macam nak buat kek pisang. Hari tu makan kek pisang macam lazat bebenau!
Ini dinner aku. Yong Tau Fu. Macam ni je dah RM5. Haihhh!
Errrr ni dinner aku jugak. Nasi putih + ayam masak merah + sambal tumis kosong
Lately ni teruja betul kalau sebut Yong Tau Fu. Terus nafsu makan macam kena sampuk polong. Haihhh. Macamana nak kurus? KIHKIH.

Entry ni memang betul - betul tak ada pengisian!

Dah. Babai!