Monday, December 19, 2011

Harta Di Dunia Dan Akhirat

Assalamualaikum

Pagi - pagi (Kalau dia tak mengada - ngada nak bobok dengan nenek!) mesti ada tangan kecik jolok - jolok lubang hidung lah, korek matalah, panjat - panjat badanlah, dan kalau aku buat bodoh aje taknak bukak mata nanti dia akan beralih kepada yang lebih extreme lagi iaitu ambil buku Disney's dia yang hard cover tu lalu ketuk kepala aku berkali - kali. Annoyingnya! Terpaksa buka mata! Grrr! Tapi lepas tu terus rasa happy dan gembira sebab ada sepasang mata sepet tengah perhatikan aku, sambil tersengih - sengih buat muka arnab! Terus tarik dia, gomol - gomol dia, cium - cium pipi dia dengan air liur basi yang masih melekat! Sedapnya bau dia! HAHA!

So bermulalah rutin harian seorang emak sepanjang cuti sekolah. Mandikan Adam, lepas itu bagi dia breakfast lepas itu bagi dia main puas - puas sebelum tengahari bagi dia nap sebelum sambung lagi main petang sikit and tidurkan lagi kemudian bangun mandi petang lepas itu sambung main main main dan main sampailah dia tidur malam. Penat. Tapi syok! Cuti sekolah tak memasak langsung sebab emak dah masak, suami dah masak, aku hanya duduk dengan gembira layan Adam and surfing! Syoknya hidup! HEHE!

16 Disember 2011 dia genap berusia 17 bulan. Macam baru semalam aku lahirkan dia. Macam baru semalam dia belajar merambat dan merangkak, macam baru semalam dia ambil langkah pertamanya. Macam baru semalam. Sedangkan sebenarnya sudah bermalam - malam. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam tak terkejar. Sekejap saja Adam sudah besar. Entah - entah kejap lagi dah sampai masa nak siapkan barang hantaran dia. Sob sob sob. Boleh tak nak terus panggil dia baby sampai dia tua bangka? Tak boleh terima kenyataan dia sudah besar! '-__-

Oh vocab dia sudah sangat meluas. Kadang - kadang lucu juga sebab melayankan Adam yang sudah pandai kata itu ini. Hari itu aku ajarkan dia "Moon". Bila siang hari dia tunjuk matahari sambil kata "Moon moon". Aku kata "No. Not moon. Sun!" Adam kata "Moon! Moon! Moon!" Macamana aku nak terangkan? Bendanya sama bulat - bulat dan bercahaya tapi nama lain - lain. "When it's in a daylight, we call it a sun. When it is night, we call it moon!" Adam geleng kepala laju - laju. "No no no no no!" Sambil goyangkan jari telunjuk laju - laju. "Moon moon moon!" Ah gasak engkaulah. Aku dah give up! Lepas tu suami datang, dia kata "Adam, siang kita panggil sun, malam baru moon" Adam sengih - sengih terus cakap "Sun sun sun!" Sakit hati tak engkau!! Grrrrr!

Adam sangat ringan tulang. Dia faham arahan. Aku boleh suruh dia apa saja. Picit kepala, ambil pampers, letak baju kotor dalam baldi, buang sampah dalam bin, insyaAllah Adam boleh buat. Kemas sandals yang dia sepahkan, pulangkan bola ke tempat asal, kemas tempat dia main, dengan senang hati Adam akan buat. Aku tak perlu terpekik - pekik untuk suruh Adam buat something. Untuk ini, aku sungguh thankful. Alhamdulillah.

Menjaga Adam bila dia sudah besar, tak sesusah sewaktu dia masih kecil dan suka menangis dulu. Adam sekarang lebih senang diurus. Lagi seronok bila dia sudah tahu bercakap sikit - sikit. Lebih teruja bila setiap hari dengar perkataan baru yang dia ucapkan. Aku sangat bangga tahu! Bangga bila Adam prefer books over TV, bangga bila Adam suka gosok gigi dan enjoying his bath time to the bits, bangga bila Adam suka minum air walaupun tak suka makan sayur (Macam aku!) semua yang Adam buat membanggakan aku (Kecuali setiap kali dia sliding dekat sofa and berdiri on the edge of the sofa sambil jerit "Jump jump jump!" Nak jatuh jantung aku!) semua buat aku rasa teruja!

Muka fresh from the oven on his 17th months.
Alhamdulillah sejak dia dah pandai bersalam cium tangan ni, setiap kali Adam datang rumah orang atau nak balik atau nak keluar jalan - jalan dengan aku, nanti dia kan bersalam dengan semua orang. Cium tangan. Kadang - kadang siap ada bunyi. HEHE. He's such a sweet boy!

Obsession masih lagi terhadap bola. Bola bola dan bola. Nampak bola dekat mana - mana mesti menjerit - jerit mintak. Okay kalau murah, aku belikan. Kalau mahal, cepat - cepat pergi dari situ. HAHA. Dan dan dan Kitty kepam dia mesti ada sentiasa dengan dia. Best friend betul!

Setiap kali Adam sebut nama dia sendiri mesti aku tergelak. Instead of "Adam" dia sebut jadi  "Adan!" Comel bunyinya!

Kitty kepam kesayangan Adam.
Semakin Adam membesar, dan menjadi semakin bijak Alhamdulillah, aku rasa sayu setiap kali tengok muka dia sedang tidur. Masih rindukan saat - saat dia masih di dalam perut. Menendang - nendang. Sekarang sudah ada depan mata. Subhanallah.

Mama dan papa doakan Adam sentiasa menjadi insan yang cintakan agama, yang kasihkan kebaikan menjadi anak yang soleh, taatkan ibu bapa, Allah dan negara. Insyaallah sayang. Mama dan papa selalu doakan.

Kan dah touching!

Dah. Babai!

6 comments :

watyz said...

comel nye adam... mak cun, anak comel...
gandakan hadiah kepujian yer..
amboi.. kemain kerek ek tutti nak bukak kedai kat BP..hahhha

Cik Puan Bunga said...

@watyzTerima kasih terima kasih!HEHE!

Haruslah eksyen sikit, TF nak buka dekat sini, tak payah jauh2 nak makan! Kehkehkehkeh!

Anonymous said...

adam comel!
gelak baca part moon-sun tu.. keh3.
kesian cpb..=p
mesti dia dah komplot ngn papa dia.. hehe. ^^

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousKan? Geram betul. Memang geram sangat2. Huuuuuuuuu!

Innanie | Ariffin said...

alahai apasal dulu mak aku takde blog. kalau tak, mesti aku tak habis2 nangis baca luahan hati dia! sayangnya sorang mak pda anak bawak ke syurga!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinNgeeee! Perli ke hape! HUHUHU!