Monday, December 19, 2011

Main Masak - Masak Eh!

Semenjak emak pergi duduk dengan Mak Ngah, kami bagai hilang tempat bergantung. Akulah terutamanya. Sebab tak ada orang nak melayan aku masakkan aku itu ini kalau mood mengada - ngada aku sampai. Semua kena buat sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan rumah sentiasa bersih sedunia dan dapur pun berasap. Kalau tak, maka akan kelaparanlah hero - hero dekat rumah itu. Tapi nasib baik tekak mereka boleh menyental apa saja. Jadi menu nak masak tu sangat meluas skopnya. Kalau aku goreng telur ajepun gerenti kena bedal jugak. Cuma abah mencabar sikit, nak buatkan dia air Nescafe macam yang emak buatkan memang takkan dapat samalah. Terlebih gula terlebih Nescafe biasa ah kan. HAHA.

Semalam konon - konon nak masakkan ikan kerapu 3 rasa. Wah menu memasak macam expert! Padahal baru cuba - cuba belajar nak masak. Ceh! Biasalah, sembang kena kencang, barulah nampak riak sikit. HEHE. Kan DD Jaafar? Tak pasal - pasal. Tapi sebab hujan turun tak berhenti - henti (Sampaikan naik risau aku tengok. Janganlah banjir. Tak sanggup!) mood nak memasak pun kurang lebih kepada mood nak membobok. Bila hujan - hujan macam ni Adam kurang merakas sangat. Dia lebih selesa duduk bawah selimut sambil mata plip plop plip plop merenung masa depan. Good boy. Jadi Mama nya pun boleh tidur dengan syoknya. HAHA. Sudahnya ikan kerapu ke mana aku ke mana. Masak ajelah sardin dengan ikan kerapu bakar cicah sambal belacan. Ni suami yang ajar. First time bakar ikan. Nasib baik tak hangus.

Suami memang rajin tolong dekat dapur. Untung dapat suami pandai masak. Waktu - waktu kritikal dia sangat boleh diharapkan. Dan masakannya pun boleh tahan sedap. Kalah isteri dia punya air tangan. Nasib baik aku cepat - cepat pinang dia. Kalau tak, menyesal!

Hari ni aku extra rajin sikit. Awal - awal laundry dah siap jadi ada banyak masa nak memasak. Mandi aje belum. Kantoi. Hujanlah. Sejuk. Lagipun aku wangi aje, tak payah mandi pun tak apa. KEHKEH. Hari ni masak sayur campur dengan ikan kembung goreng garing - garing. Buat sekali sambal kicap and sup cendawan + fish cakes untuk Adam. Wah terasa diri sendiri hebatlah. Aku tak pernah masak macam ni kalau emak ada. Memang duduk goyang bontot kaki aje.

Siap masak aje abah terus makan. Banyak! HAHA! Macam tak percaya aje anak dia yang pemalas tapi comel ni memasak. Well abah, you've got to believe me sometimes! HAHA! Aku tengok abah makan macam sedap aje so tu kira approvallah untuk tekak dia bagi masakan aku. HEBAT HEBAT! HEHE!

Simple. Ye ye aku tau. Aku lame. Masak benda mudah pun nak havoc satu malaysia. HAHA. Of courselah!
Tengoklah. Siap serve atas dulang. Sungguh wanita kampung aku ni. Extra ayulah kan? KEHKEHKEH! Tak sabar nak tunggu verdict dari suami pulak. Dia tengah napping sekarang ni sambil tunggu masa nak pergi kerja lepas Zuhur nanti. Minggu ni suami bertugas petang. Nervous. Tapi aku rasa aku masak sedap kot. Di kehidupan yang lepas, aku merupakan tukang masak istana yang termahsyur di Shanghai! HAHA Merapulah!

Engkau orang makan / masak apa lunch ni?

Dah. Babai!

18 comments :

fifitiez said...

hai kak.first time nak komen kat blog akak nie..rajin jugak masak eh.saya dah lama sangat tak masak.dah sebulan dua kot.asyik makan kat luar jer..kesian suami

cik hijau purple VS nur faie said...

takpelaa , simple2 pon msk jugak , ( sayur cmpur tu nmpk sedap laa ) ,

~ okey , kakak comel . :)

Cik Puan Bunga said...

@fifitiezSebab awak first time komen, mesti awak tatau yg akak ni sgt malas nak memasak! HAHAHA! Ini kali ketiga memasak untuk tahun 2011. Hebat tak? Kihkihkih!

Cik Puan Bunga said...

@cik hijau purple VS nur faieOH rasa dia memang sedap sedunia! HAHAHA!

Terima kasih! ^____^

cik hijau purple VS nur faie said...

hu3 , kalau sedap , kena laa hulur2 sikit , :)
~ lagi sedp kalau dikongsi bersama .

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh akak goreng gak la ikan akak tu ..tgk sambal kicap buat akak sgt terliur

lieynanilaz said...

kira sedaplah tu masak kalau ayah boleh makan banyak...selalu kalau suami pun mesti akan kata sedap untuk jaga hati..hehe...:)

Anonymous said...

sdapnye ikan kembong goreng garing2!! \(^_^)/

dd.hasnidar said...

haihhh.namaku diseru-seru.dahla entry berkisar bab makan.adeh..lapar pulak.hehe..

ala..syoknya nampak serve makan atas dulang.terasa macam rindu plak kat johor.heheh.heheh.

Rai said...

cayalah ko bunga..nanti ada masa aku lepak pegi rumah ko, aku nak merasa air tangan ko okeh..jgn bagi air basuhan tangan sudaaaa... haha..

Bella Bellitos said...

dah boleh masak lebih dari 1 dish tu kira terer lah akak. kehkeh..

akak hadiah dah sampai taw. mak kat kampung terkejut sebab banyak sangat beauty stuffs yg akak pos tu. dia pelik agaknye sejak bila anak dara dia ni pakai benda alah tu semua. hikhik! thanks ye akak. saaaayyaaannggg akak ketat2!!

Cik Puan Bunga said...

@cik hijau purple VS nur faieHaih kalau jiran dok umah sebelah mmg dah hulur awal2 dah. HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Nyumnyum sedap ni kak! HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@lieynanilazKan? Suami mesti kata sedap punya. HEHE.

(Eh tapi mmg sedaplah! HAHA!)

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousTerbaik dari ladang! HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarMacam ayu gitu kan? Serve makanan atas dulang. Kampung.com! HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@RaiAlaa Rai masak biasa2 aje (Tu pun dah kecoh satu dunia!) HAHAHAHA!

Eh meh ah datang meh aku jamu kau! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosDah sampai heh? Alhamdulillah! HEHEHEHE! Ingatkan tak sampai! Huhuhu!