Wednesday, December 14, 2011

My Little Pumpkin!

Letak tajuk macam itu sebab nak nampak comel. Comel ke? HAHA. 

Baiklah - baiklah. Back to bussiness. Eceh. Aku memang menanam hasrat supaya suatu hari nanti Adam akan sukakan tabiat membaca. Sebab aku rasa membaca ni satu hobi yang sungguh super power. Tak payah nak minum super power jin macam dekat TV tu untuk menjadi power. Membaca aje dah cukup. 

I have read it somewhere, kalau nak start bagi anak sukakan membaca kena mula dari dia kecik lagi. Sebelum dia kenal TV, adalah baiknya kenalkan dia dengan membaca. Aku bukan expert pun dalam hal mendidik anak ni, banyak yang aku buat pun based on hunches and mother's intuition. Buat apa yang aku rasa logik.

Dari Adam masih dalam perut lagi, aku suka baca buku. Kadang - kadang buku yang sama aku baca sampai dua tiga kali sebab terlampau engaged sangat. 

Bila Adam dah besar sikit aku start belikan dia cloth books and buku - buku baby tu. Aku belikan dia flash cards (Walaupun dia kunyah - kunyah sampai hancur semua. Sob Sob!) and kalau keluar tu aku singgahkan dekat Book Store. Belek - belek buku and kalau ada buku yang dia pegang - pegang dengan penuh minat tu aku belikan sekali kalau aku rasa macam berguna untuk dia.

Kalau dia masuk dalam bilik and sepahkan buku - buku aku pun lantak dialah. Biarlah dia bergelumang dengan buku. Bagi dia minat nak belek - belek buku. Lama - lama, bila aku perhatikan, bila dia masuk dalam bilik aku, dia dah tak sepahkan buku - buku aku lagi dah tapi terus aje tuju dekat rak - rak buku dia, and terus baling telungkup sambil silang kaki baca buku. Kadang - kadang sambil makan jajan, dia baca buku. HAHA.

Hari tu kan aku terkejut gila sebab dalam kereta masa nak on the way pergi mana entah, tiba - tiba Adam sebut "A... B... C... A...B...C..." HAHAHA sungguh super excited aku masa tu. Walaupun asyik ulang - ulang ABC je gasaklah kan. And sumber hiburan dia kalau dalam kereta adalah bergomol dengan buku Sheep kepam dia yang warna kuning tu. Memang dia duduk diam aje tak nakal bila beri dia buku.

Langsung tak endahkan orang.
Sengih bila Mama panggil.
Hopefully Adam akan terus sukakan membaca. Macam aku. Kadang - kadang sampai lupa diri nak mandi ke nak makan ke selagi buku yang aku baca tak habis. And satu habit aku ni, kalau aku dah suka sangat satu - satu buku tu, aku baca sampai 5 - 6 kali! Kadang - kadang sampai hafal lines dalam buku tu. Taksub sangat.

Tak lama lagi Adam dah nak 1 tahun 5 bulan. Kejap aje masa berlalu.

Dah. Babai!

8 comments :

ryrinn azman_cik angin said...

adam muke macam papa die la . comel sangat .

Cik Puan Bunga said...

@ryrinn azman_cik anginSob sob! '-__-

Rara Nasiha said...

kalau dipraktikkan dari kecik, mesti adam akan rajin membaca cam mama die :)

Cik Puan Bunga said...

@Rara NasihaKan? Hopefully dia sukakan membaca nanti! HEHE!

KatekateKite said...

BEST nyer! Nak anak rajin membaca jugaklah! Tapi mak die kene rajin membaca jugakkan! Hahahahaa....... (jenis malas membaca nih!)

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteAhahahaha emak dia malas la pulakkkkk! HAHA!

alfi kasran said...

samalah pulak..haha taksub sangat sampai semua rasa tak nak buat.selagi tak habis.

Cik Puan Bunga said...

@alfi kasranLepas tu, terbawa - bawa kepada kehidupan kita sendiri! Hihi!