Saturday, December 24, 2011

Nak Di Lempang, Anak Orang.

Assalamualaikum

Ramai orang kata jadi cikgu itu senang. Gaji besar. Masa terluang banyak. Cuti sekolah cikgu boleh goyang kaki. Haih. Alangkah seronoknya kalau benar bagai di kata.

Yang lagi seronok, kalau anak murid engkau buat engkau begini :


Print screen ni macam tak in order sangat. Engkau pandai - pandailah susun ye! HAHA!
p/s : Nama dia aku delete tapi default profile picture dia aku biarkan ajelah. Alah bukan engkau boleh nampak pun kan. Lainlah Cik Epal ke, Fatin Liyana ke, Amar Amirah ke, sebatu pun orang dah boleh tahu itu gambar engkau! ^___^

Puncanya apa? Sebab dia post gambar ini dekat FB. Mana tak terkejut beruk aku kan. Dahlah aku mengajar dekat bekas sekolah dia (Walaupun last - last buat tak mengaku sekolah dekat sekolah itu!) wajiblah aku sentap bila ada bekas student yang buat perangai pengikut Darwin.

Sorry Spongebob!
Okay. Asal Parit Raja, Batu Pahat. What to expect? Asal dari kampung yang kaya dengan adab dan sopan. Dulu pergi sekolah pun confirm bertudung. Area luar bandar kan, pelajarnya majoriti bertudung kesekolah bagi pelajar perempuan Muslim. Sekarang, sudah berhijrah. Dia bukan pergi berhijrah dekat mana pun. Dekat KL aje pun. Bukan pergi UK ke US ke pun! Culture shock sesungguhnya. Mengapa? Mengapa? *Letak tangan ke dahi* Lepas itu bila kena tegur, dia tanya apa masalah aku. Panggil aku syaitan bertudunglah, makcik hipokritlah. Nasib baik budak ini bukan adik aku. Kalau tidak. Akulah orang pertama yang ikat dia dekat pokok penuh berkerengga.

Aku menegur bukan nak cari salah dia ataupun sengaja nak memalukan dia (Aku doubt dia ada rasa malu. Sebab kalau dia malu, dia tidak akan berperangai begitu. Benar?) Aku menegur sebab aku sebahagian daripada guru - guru dia (Walaupun aku tidak mengajar dia. Anak - anak didik aku alhamdulillah semuanya sopan, berakhlak mulia dan terpelihara Insyaallah) Sebagai seorang perempuan, aku yang melihat pun rasa malu, kenapa dia nak rasa berbangga pulak?

1) Pertama yang terbayang dalam kepala aku adalah ibu ayahnya. Berbanggakah mereka dengan perangai engkau? Dihantar ke kota untuk belajar tapi? Itu satu. Soal dosanya siapa nak tanggung? Jawablah sendiri. Aku tak salahkan ibu ayahnya.

2) Aku rasa gagal sangat sebagai guru. Aku percaya ustazahnya semasa bersekolah dan guru - guru yang lain telah mendidik dia sehabis daya untuk menjadi insan yang cemerlang akhlaknya.

Lepas itu bila dia sudah bengang dengan aku dia komen - komen pulak dekat gambar - gambar profile aku. Ah sadisnya! '-___-


 Ohoh. Mungkin engkau nak kata aku nak tayang buah dadakah? Malangnya bagi engkau, tiada imej buah dada dekat situ. Yang ada hanya buah halkum aku. Kecewa?

Maka perasaan sedih aku menjadi berganda - ganda. Budak ini memang mengalami mental disorder yang sungguh parah.
Tak lama selepas itu, dia mula tagging - tagging picture profile aku, aku ignore saja. Malas nak layan manusia yang tak tahu bersyukur kerana masih punya insan lain yang mengambil berat. Lepas ini engkau nak jatuh masuk longkang ke apa ke, lantak engkaulah. Bak kata engkau, jaga tepi kain sendiri. Kasihan betul. Sempitnya akal dan fikiran.Dan tak berapa minit selepas itu, profile FB dia jadi begini :

Bagus juga. Tak payah aku buang masa remove dia. HUHU.
Aku geleng kepala. Tak guna berdebat dengan orang begini. Nasihat pun akan memantul. Bila aku nasihat, terus dia sentap. Tuding jari pulak dekat aku. Haih. Astaghfirullah.Jadi biarlah dia belajar dari kesilapan dia. Aku cuma doakan satu hari nanti dia akan berubah. Dia cuma seorang remaja yang lupa sebentar di mana dia berpijak.

p/s : Didik wanita, terdidik masyarakat.

Rasulullah saw bersabda : “Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.” (HR Ibn Hibban - Para perawi yang dipercayai lagi sahih demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77)

Dah. Babai!

32 comments :

sailaaf said...

ei.annoying nye perangai dia.meluat! sy sokong nk ikat kat pkok letak kerengga.benci!!!

♥CIK SHA♥ said...

eh?budak ni memang dah tahap kurang ajar melampau..memang mental disorder..astaghfirullah..moge Allah buka la hati dia satu hari nnt untuk sedar kesilapan dia..mesti die akan ingat akak pernah tegur die nnt..


sedih betul jumpa org mcm ni..tp saye sendiri pun pernah kena jugak mcm akak kena ni..baru tegur sikit secara beradap pulak tu terus melenting siap maki2 keturunan bapak saye lagi..dgn sepupu sendiri pulak tu..hoho..

org yg takboleh terima teguran org ni seorang yg sngat syot otaknye..kesian..

Klo Dya said...

peh...tgk pic cik adik spongebob tu dah macam ape dah...tak terkate...terketar2 ade la..haha. takpela, at least sis dah try tegur dia dgn cara berhemah. pelik gak bila dia ckp yg sebaliknye. kita doa jela moga dia dan spesis2 seangkatan sepertinya mendapat saya. eh hidayahNya. ^^

Innanie | Ariffin said...

KAK KAU TAK YAH LAYAN ORANG MACAM TU. BODOH SOMBONG!

alin said...

tbe2 nk ckp kt pompuan tu...eh, ko xcantik ponnn..xyh nk seksi2 sgt la...=.="

Amar Amirah said...

Baca entry blog akak tiba-tiba ada nama saya disitu..huahaha.

haih...susahlah org macam ni kak. tak tegur kita berdosa, tegur buang air liur je. Tapi suka cara akak tegur dia! Baik je ayat. nampak die je yg pathetic kat situ!

selesai satu tanggungjawab, lega kan?:)

nadhirah. said...

eh, org dah tegur elok2, mcm tu pulak respond dia. mmg nak kena lempang budak ni.

bagus CPB, anda sgt penyabar :)

Cik Aqila said...

masyaALLAH. kasihan kan teacher orang macam ni? maruah oh maruah

eh picture dia HOTTTT :P

Naimah lalala said...

hrmm kecewa jugak , kalau ank murid mcm tu :/ sabar ekk akak :)

Bella Bellitos said...

sah sah la lupa asal usul budak ni. bahasa kemain tak lawa langsung. grr!

akak, saya pernah taw kena ikat dekat pokok mangga yang penuh dengan kerengga. sebab takmaw pi tadika. terngat pulak bila akak kata "Kalau tidak. Akulah orang pertama yang ikat dia dekat pokok penuh berkerengga."

Cik Puan Bunga said...

@sailaafBesarlah harapan suatu hari nanti dia akan berubah. ^___^

For the mean time, biarlah dia merasa betapa nikmatnya hidup di dunia. ^___^

Cik Puan Bunga said...

@♥CIK SHA♥Memalukan kan? Kita tegur elok2, sebab kita sayangkan saudara sesama Islam, kita caring dekat dia, tapi tengoklah apa dia cakap. ^____^

Mungkin dia rasa dia seksi pun tapi tak kacau orang, tapi dia dah kacau keharmonian hidup berlandaskan Islam.

Kasihan ibu ayahnya. '-___-

Cik Puan Bunga said...

@Klo DyaHahahahaha HIDAYAH! ^____^

Kan? Akak lagilah terketar2 mengenangkan dia adalah seorang wanita yang sangat muda. Sayangnya memilih hidup begitu.

(Terketar2 nak lempang dia. Boleh tak?)

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinBODOH 500x SOMBONG!

Cik Puan Bunga said...

@alinPutih, kurus, body solid. Untuk tontonan umum. ^____^

Cik Puan Bunga said...

@Amar AmirahBetul. Dah selesai tanggungjawab menegur walaupun selemah2nya. Lepas itu terpulang dekat dia. Hmmmm.

OH AWAK FAMOUS SEBAB ITU GUNA NAMA AWAK! HAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@nadhirah.Menggigil jugak badan. Berani budak2 sekarang kan? Haih. HAHA.

Cik Puan Bunga said...

@Cik AqilaBersusah payah dia nak kelihatan cantik sampai terpaksa separuh bogel begitu. Malunya dengan orang yang berhijab litup tapi cantiknya MasyaALLAH. ^____^

Cik Puan Bunga said...

@Naimah lalalaBukan anak didik akak, tapi tetap terasa sakitnya. ^____^

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosModen babe, moden! ^___^

Eh, sempat tak kerengga tu gigit awak? HAHAHAHAHAHAHA!

ryrinn azman_cik angin said...

ya allah . panas pulak ati bace entry ni . ape nak jadilah budak2 skrg . tak hormat org lgsg . bile di nasihat , perli yang dpt .

Cik Puan Bunga said...

@ryrinn azman_cik anginMana silapnya? '-____-

Myza Myzajane said...

Geramnya...

Malu ngn spongebob, dia pun reti pkai seluar kot.

Takpe kak, yg pntg akk dah jlnkan tgjwb sbg muslim ni. Tabik!

Cik Puan Bunga said...

@Myza MyzajaneHaahkan? Spongebob pun pakai seluar! Hihihi!

Emm walaupun kena layan macam tu tapi lega sebab dah luahkan apa yg akak nak luahkan. Tanggungjawab tu.

^____^

cik.chacha said...

errr~~ orang kate jangan gaduh dengan orang bodoh, nanti mesti kite akan kalah. contoh macam itu minah lah.

orang tegur elok2 tibe nak emo... haishhh~~

berlawan cakap dengan org macam tu rase dgn kite jadi bodoh... ape pon tahniah utk sis sebab berani menegur die... ^^

Cik Puan Bunga said...

@cik.chacha^___^ Kan? kalau lama - lama bertekak dengan dia memang akan terasa kebodohannya. Jadi baiklah akak diamkan aje. Mungkin sekarang dia rasa dia betul, tak salah buat macam tu, ikut arus moden blablabla... Tapi nanti bila dia dah dapat balasan diatas perbuatan sendiri, janganlah pulak dia nak salahkan orang lain. ^___^

Anonymous said...

Teacher!!! Dia tuh mmgler budak skola kite! Myb teacher tak igt nama penuh dia sebab dia kelas belakanglah teacher,teacher tak ajar dia kowt. Tak silap caye teacher aja kelas sains tawon tuh.bagi je pic ni dekat makbpk dia!Bodo jew!

eita said...

ngada2 je budak hempuk kepala baru tau....

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousOh really? Teacher tak ingat sangat muka dia (Memang tak ingat! HAHA!) rupanya mmg budak SMKSG ke?? Haihhhh. Maju kan? ^___^

Cik Puan Bunga said...

@eitaHmmmm. Ikutkan marah jangan kata hempuk, lebih dari tu pun saya nak buat. Tapi nak buat macamana, bukan anak saya, adik saya, sedara saya. Kang dia kata saya lebih2. Hehe!

SECRET IN THE HEART said...

Assalamualaikum Cik Puan Bunga.

Susahkan orang yang tidak ambil endah teguran kita. Memang kubur lain-lain, tetapi siapa yang uruskan kita apabila kita tiada lagi?

Akak, cool kak. Kalau nak panggil Teacher Bunga, boleh? Oh, just kidding. Cepat senyum...Ha...Senyum pun...

Cik Puan Bunga said...

@SECRET IN THE HEARTBetul betul betul! Terpaksa suruh orang jugak untuk uruskan jenazah dan kubur kita kan? HUHU.

Akak takpe, cool aje. Bukan akak yg malu. HEHE. Eh nak panggil teacher pun boleh! HEHE! ^____^