Thursday, December 1, 2011

Poligami. Bersediakah Engkau Orang?

Andai kata suami aku tiba - tiba balik dari kerja dan kata dia nak kahwin satu lagi, aku terajang dia cukup - cukup. Kalau berkesempatan, aku lempang dia laju - laju.

Ok tak tak.

Aku mungkin akan menangis golek - golek sambil baling semua barang - barang dalam bilik.Mungkin aku akan tendang pintu bilik, pecahkan laptop, ambil tukul besi lepas tu pecahkan semua barang - barang berharga.

Ok tak tak jugak.

Entahlah. Sebenarnya aku taktau apa reaksi aku yang paling tepat sekali.
Aku rasa, aku lebih kepada reaksi keganasan kot? Menakutkan kan?

Hari tu aku saja up isu poligami dekat FB. Aku mengharapkan respons yang ilmiah dan sungguh menggamit jiwa untuk memahami erti poligami dengan positif. Alhamdulillah. Ada kawan - kawan yang bagi buah fikiran yang bernas. Tak kurang jugak yang kalau tak bagi buah fikiran pun tak apa (Sebab gila menyimpang jawapan kau bagi!). Tapi keseluruhannya, aku tak dapat lagi nak bagi semangat poligami positif tu dekat kepala otak aku (Juga hati!)

Komen seorang kawan lelaki aku, dia kata kalau duit cukup, mampu dari segi kewangan and dia ditaqdirkan ada chemistry dengan perempuan tu, so why not? 
Ehm. Walaupun aku bukan isteri dia, tapi aku tumpang bersedih bagi pihak isteri dia. Semudah itu lelaki memberi pandangan berkaitan poligami. Satu lagi, bila lelaki bagi alasan yang memang kaum wanita tak dapat nak tolak : Allah dah bagi berpoligami, sunnah rasulullah, siapa kita nak menolak? Okay, bagi aje alasan ni, aku melepek lah. Tak jadi nak tendang pintu lagi dah.

Aku cuba nak memahami poligami. Manalah tau satu hari nanti Hafizal Elias teringin nak berpoligami, macamana aku nak bagi reaksi? Bersediakah aku dari segi emosi? Mungkin ya, mungkin tak. Mungkin aku meroyan sekejap, mungkin meroyan sampai bila - bila. Sebab aku tak dapat nak terima hakikat suami aku sayangkan perempuan lain. Kau boleh?

Agaknya memang dah fitrah aku, aku tak suka berkongsi. Aku bukan baik hati sangat nak berkongsi - kongsi dengan orang lain. Sorrylah. 


Kalau engkau orang? Sanggup? Kawan aku kata "Taknak payung emas keeee?"

Dah. Babai!

20 comments :

yayath said...

poligami????hoho~~

yath rasa pun x tau apa nak cakap kalo jd kat yath...(ayat macam orang da kawen plak...hihi)

tapi....apa yang yath dapat rasakan...wanita yang berpoligami even mmg sanggup pasti sedikit sebanyak akan tetap rasa kepahitannya..uhuk...pandangan yath la kan..

deena awanis said...

bukan senang nak dapat payung emas..kalau setuju berpoligami, tp kemudian dok caci maki isteri ke2 n so on, boleh dapat gak ke payung emas??huhu..

i will say "NO"..

Miss Tasantek said...

tak mahu! ok tak mahu.
aku tak mahu ada orang lain dalam dakapan suami aku. hahaha..tak boleh. tak boleh kongsi bebird die. eh. ahahahahaha..

nazahiahhalim said...

bleh dak nak jawab: byk lg pahala lain yg boleh dikutip drpd pahala payung mas tu....tak mau arhhh.

watyz said...

byk kes ni kat opis tp paling x suka nak layan.

** nape kes ni byk kat opis aku??? hmmm...

Cik Puan Bunga said...

@yayathPahit. Hanya yang betul2 jiwa kental aje yg merasai kemanisannya. Errr yg pasti bukan akak!

Cik Puan Bunga said...

@deena awanisBetul. Tak ikhlas, cemana nak dapat payung emas kan!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekBodohnyaaaaaaaaaaa! WAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@nazahiahhalimBoleh! ^___^ Daripada seumur hidup berprasangka kan. Haihhhh choyyy!

Cik Puan Bunga said...

@watyzBila dah jadi depan mata, bertambah2lah emosi kan. Huhuhu rezeki lah tu dapat tengok depan mata!

sayacomel said...

salam,,nak bgtahu dkt bp tgh in process nak buat frutti tutti.gembire tak??.haha

Cik Puan Bunga said...

@sayacomelEh betul keee??? Janganlah bg harapan palsu! HAHAHAHA!

sayacomel said...

betul.dekat2 carefour,,tak palsu lah.haha.

Nida said...

Terus terang Kak Nida cakap... TAK SANGGGGGUUPPPPPPP YOU..

Tapi aritu adalah janda kat kampung akak ni.. kesian dia baru kahwin tapi suami meninggal.. orangnya pandai masak, tapi badan agak gemuk.. akak kenal dia sesangat.. akak boleh ngengada cakap kat suami yang akak sanggup jadi madu dia.. hehe.

Suami akak punyalah bengang kat akak sebab cakap gitu.. to masa tu memang akak ikhlas, sebab akak nak tolong orang tu.

Cik Puan Bunga said...

@sayacomelUwarghhhhhh! Syoknyaaaaaa!

Cik Puan Bunga said...

@NidaAkak cakap macam tu dengan husband? Cool kentang betul! Sanggup bermadu dengan dia bebetul? Negehngehngeh!

Tapi still terasa tak sanggup. kan? HUHU!

Yayan. said...

memang respect habis laa kalau madu yang baik aje hubungan diorang. kalau saya memang tak sanggupp. eceh cakap macam dah kawen je ;p

Cik Puan Bunga said...

@Yayan.Konsep dia sama aje macam bf awak ada gf lain dan bf awak mintak awak berbaik2 dengan gf baru dia. Urghhhhh! TIDAAAAKKKK!

nadhirah. said...

belum kena memng cakap tak sggup, tapi dah kena, tahulah. saya ckp sbb saya dkat sangat dgn org yg pernah diduakan..

betul la, apa yg akak2 komen. telan jugak w'pun pahit. dan lelaki tu pun sdikit sbyk menyesal sbb poligami..percayalah. ckp kat diorang, tak seronok pun kawin byk2, menyusahkan! siapa2 pun tak boleh tandingi kasih syg isteri pertameee :)

Cik Puan Bunga said...

@nadhirah.Lelaki kan. Entahlah kenapa masih nak mencari yg lain, yang baru, yg muda (macamlah diorang pun muda sama!)

Bermadu ni pahit. Siapa kata manis? Redha macamanapun, tetap ada pedihnya.