Thursday, December 15, 2011

Sejak Menjadi Emak, Saya Bertambah Cantik!

Baiklah. Jangan muntah dulu. Nanti nanti ye. HEHE. Ini bukan aku yang cakap, tapi suami yang kata. HAHA. 

Hobi aku kan 29jam sehari mengadap cermin selain tidur (Ngeee!) suami pun dah naik menyampah agalnya tengok isteri dia macam dah kembar siam dengan cermin. Kejap - kejap belek jerawat, kejap - kejap belek kedut, nanti sekejap lagi belek rambut. Okaylah. Aku pun naik menyampah dengan perangai sendiri. Nak kata budget cun pun ye jugak. Nak kata perasan cun pun macam bertepatan jugak. HAHA. Kesiannya perangai!

"Asik tengok cermin aje. Nanti pecah cerminnya!" Kata suami. Aku buat - buat pekakkan telinga. Malas nak layan. HAHA. 

"Muka dah lainlah abang. Dah tak macam dulu. Dulu dagu tirus aje. Sekarang dah berlapis - lapis." Mengadu nasib. Suami ketawa aje.

Eh tapi betullah kan. Muka aku lain sangat kalau nak bandingkan dengan muka masa baru - baru nikah dulu. Dulu muka aku comel aje. KEHKEH.

"Memanglah lain. Sekarang semakin cantik. Nampak muka emak - emak. Berseri - seri." Puji suami. Ewah kembang - kempis aku dengar.

Aku pandang muka lama - lama dalam cermin. Memang dah berubah banyak pun. Pipi dah jadi plump sikit dah yang paling obviousnya. I'm glowing all over. Agaknya inilah yang orang kata, kalau kita happy memang terpancar kehappyan kita dekat muka, kan? Agaknyalah.

Kadang - kadang aku terasa jugak kalau kawan - kawan yang kurang peka dengan perasaan aku komen - komen negatif pasal badan aku selepas delivered Adam. Memanglah dulu sebelum aku ada Adam berat aku cuma 49kg sekarang dah jadi 60++kg. Memanglah gemuk sana sini. Tapi nak kata menyesal tu tak pernahlah pulak. Sebab masa aku pregnant pun aku memang banyak sangat makan nasi. Satu hari tu makan nasi dalam 5 - 6 kali. Tapi alhamdulillah tak ada kencing manis atau penyakit lain. I'm a healthy momma.

Jadi bila sekarang ni aku memang lain daripada masa sebelum Adam dulu, aku terimalah dengan hati yang senang. Sekarang ni aku jaga makan, exercise sikit - sikit. Mungkin tak nampak bezanya sangat. Tak adalah terus kurus drastik macam dulu.

Suamilah yang rajin mendengar keluh - kesah aku. Yelah, mana lagi tempat nak mengadu. HAHA. Senang aje dia kata, agaknya orang - orang ni cemburu dengan hidup aku. Yelah, gemuk pun suami tetap sayang tak berbelah bahagi. Ini suami aku cakap tau! HAHA.



Tapi aku rasa, aku memang semakin cantiklah bila dah jadi emak ni. Cantik dalam ertikata yang tak dapat aku nak gambarkan. Bila aku ingat balik apa orang - orang ni kata dekat aku, dan bila aku kenangkan balik hidup aku yang semakin sempurna dengan adanya suami yang penyayang, anak yang semakin kacak dan bijak, walaupun tak hidup mewah harta melimpah ruah, buat aku bersyukur sangat - sangat.

Dan orang - orang ni, kecikkkkkkkkkkkkkk aje aku tengok. Macam semut dekat dalam tanah. Nothing.

Pekalah dengan perasaan kawan. Berkawan lama manapun, kita tetap tak ada hak nak bergurau - gurau kasar macam tu. Sebab nanti bila dah kena batang hidung sendiri, sakit kan rasa dia?


^____^


Marilah kita cantik sama - sama. Luar dan dalam.

Dah. Babai.

14 comments :

eus said...

tajuk entry yg x bleh blah! hahahaha.. tp mmg skang lg comel pun! heee...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

hiks!

sejak ada anak 2 ramai tegur kenapa muka sy dh x macam dulu (maksud diaorang dah x sejelita dulu.muntah)


xpelah kan..x kan selamanya nk jelita..usia makin meningkat..yg penting bahagia dgn suami dan anak sudahhhh

Naddy said...

aku tak penah gurau2 kasar pasal bdan kau tau..jd aku tau aku bkn glongan yg ko maksdkan..hahahaahahhaa

lieynanilaz said...

terimalah diri itu seadanya...yg penting suami tak kata yg negatif cukup!!..hehe.

sailaaf said...

haha. lawa la akak ni...hehehe.

bibir sama pink dengan adam. hehe

Cik Puan Bunga said...

@eusKan eus? Macam nak muntah baca! HAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyEh makin jelitalah! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@NaddyKalau kau kutuk aku, mmg aku tulis nama kau kat sini! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@lieynanilazSuami tu jgn kat mulut puji tapi dalam hati keji sudah! HAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@sailaafAkak tak ori, bibir Adam ori! Hehe! Terima kasih!

watyz said...

wa..tajuk x tahan.. hik hik hik...
tp pd penilaian saya cik puan bunga mmg cantik..
sila bg hadiah utk kepujian itu.. hahaha

Cik Puan Bunga said...

@watyzTajuk entry macam nak kena penyepak eh? HAHAHA! Thanks thanks! Nanti belanja Tutti Frutti! (Weee nak bukak dekat BP jugak! Weeeee!)

D'ya Marshmello said...

grr even berat bertambah, tapi still comel kan? tu tandanya bahagia la tu, hehehe ;D

jum singgah ;P

LATEST ENTRY : Pelik Sangat Ke Berbaju Kurung?

Cik Puan Bunga said...

@D'ya MarshmelloHehe terima kasih! ^____^