Tuesday, December 27, 2011

Selamat Kembali Cikgu!

Assalamualaikum

Hari ini secara rasminya aku telah kembali bertugas sebagai seorang guru setelah berminggu - minggu membesarkan badan dan menambahkan lemak sambil makan jajan di rumah. Sebagai membuka tirai persekolahan 2012, aku bangun lambat pagi tadi. Hebat tak? Pukul 6.30 pagi baru terkedek - kedek bergolek - golek nak pergi mandi. Nasib baik baju dah siap iron, handbag dah siap kemas semua. Kalau tidak? Meeting guru kali pertama untuk sesi 2012 start pukul 8 pagi tapi rileks aje sampai sekolah 5 minit sebelum pukul 8. Tak salah kan? Masih kategori cemerlang kan kan kan?

Siapa yang berkerja sebagai pendidik especially guru - guru sekolah ni tahulah kan yang meeting guru kali pertama setiap kali sesi sekolah nak buka, adalah meeting dimana kita ambil Buku Persediaan Mengajar, lepas itu ambil buku Takwim dan Pengurusan yang dalam dia tu terkandung segala tugas - tugas kita sepanjang tahun 2012. Jangan terkejutlah kalau seorang guru tu sepanjang tahun selamba - selamba aje kaut 7 - 8 tugas sepanjang tahun. Lagi bonus kalau dia jadi guru kelas. Lagi bonus double - double kalau dia mengajar kelas exam i.e PMR / SPM dan lagi bonus bonus bonus kalau dia mengajar kelas exam yang nakal / kelas belakang. Cukup tak tekanan ni cikgu - cikgu? Tak cukup? Boleh tambah lagi! ^____^

Walaupun sekolah start 4hb Januari 2012 nanti, mulai hari ini setiap hari sampailah hari pertama bersekolah cikgu - cikgu akan datang ke sekolah dan menghadiri meeting - meeting yang kadang - kadang nampak macam remeh aje alahai. Kalau tak datang pun takpe! (Tapi still kena datang jugak!) Kemudian ada pulak hari pendaftaran pelajar, meeting panel, meeting koko meeting hitu meeting hini. Hidup dipenuhi meeting - meeting. Dan dan dan, bila persekolahan bermula maka bermulalah rutin harian kami yang berkisarkan mengajar, buat kertas kerja, buat soalan, menanda, berkursus, latihan sukan, hari sukan tahunan, hari kokurikulum, hari bertemu pelanggan, peperiksaan, key in markah, menyiapkan TOV dan headcount, memasukkan data pelajar dan kedatangan, menguruskan biasiswa, menguruskan pelajar ponteng, merotan, meligan pelajar ponteng, dokumentasi, memimpin persatuan, memimpin kelab, memimpin badan beruniform dan bermacam - macam lagi.

Senang kan kerja kami? Goyang kaki, kerja separuh hari, cuti sekolah banyak, gaji besar. ^___^ Heaven betul!

Maafkanlah muka aku yang terlebih mengkontrol ayu sampaikan rasa menyampah!

Dan hidup guru ini akan lebih bermakna, jika dihargai oleh pelajar sampai tahap begini. Kan? Selamat bertugas buat guru - guru di seluruh Malaysia. Kita orang hebat sebenarnya.

Berkerjalah dengan lebih bertanggungjawab demi mencari rezeki yang barokah. Amin!

Dah. Babai!

14 comments :

Innanie | Ariffin said...

Selamat menjalankan tanggungjawab.cikgu...

dpt jadi guru kelas ke??

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinTerima kasih! ^___^

Of course dapat jadi guru kelas exam yg nakal dan kelas belakang! HUH!

.cik yaya. said...

peerghh mmg setimpal dgn bonus-bonus gaji laa..tapi org ttp akan MENGATA cikgu RITE???? hahahaha..sabar je laaa

Bella Bellitos said...

alamak! Teacher Norhayati telah meneveskan bakal guru macam saya ni. fuhh fuhh fuhhhh sape kate jadi cikgu tu senang memang nak kena rotan!

Fiza Noor said...

wahai org2 kuat, hati waja, urat semua kategori dawai dan tulang besi sekalian,

selamat mengajar setelah cuti-menternak-lemak selesai. hehehe.


ikhlas,
geng cekgi gak :P

~Dr.CiNta~ said...

selamat memulakan tugas cikgu :)

Cik Puan Bunga said...

@.cik yaya.Oh kerja cikgu senang! Blablablablab. Senanglah sangattttt! *Mata ke atas tangan ke bahu*

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosKehkehkeh Bella dah takyah nak nervous - nervouslah. Kacang je kerja jadi cikgu nih! HUHU!

Cik Puan Bunga said...

@Fiza NoorFiza, selamat kembali ke sekolah juga ye! ^___^ Gambatte!

Cik Puan Bunga said...

@~Dr.CiNta~Terima kasih! ^____^

fifitiez said...

kak,saya try search kat blog akak tp x jumpa..sorilah sy tanya.mana akak dapat template blog ni ye?comel sangat.sy baru lagi berblog ni..tak pandai sangat..

Cik Puan Bunga said...

@fifitiezCari di allblogtools.com ^____^

fifitiez said...

thanks a lot!! :)

Cik Puan Bunga said...

@fifitiezWelcome! ^___^