Thursday, December 22, 2011

Sikit - Sikit Lama - Lama Jadi Bukit

Assalamualaikum!

Semalam tengahari aku cari suami tapi dia tak ada entah dekat mana - mana. Nervous jugak takut kalau - kalau suami kena culik orang. HAHA. Panggil - panggil dia dia aje tak menyahut. Mana pergi ni sayang? Tengok - tengok rupanya tengah duduk dalam bilik. Tak sangka betul! Sebab selalunya port dia mesti depan TV. Kalau tak depan TV mesti tepi peti sejuk. Serious aje nampak air muka. '-___- Ingatkan tengah buat apa, rupa - rupanya tengah kira duit syiling! ^____^

Wah! Banyak betul! Tak pernah pulak sangka duit syiling yang suami kumpul ada sebanyak ni kan! WOW! HAHA! Suami memang rajin kumpul duit syiling dari zaman bercinta - cintun lagi. Kadang - kadang pergi dating sebelum tu sempat dulu tukarkan duit syiling berbungkal - bungkal untuk dibelanjakan time dating. Wuwuwuwuwuw! Suami asingkan 50 sen dengan syiling - syiling yang lain. Suami kata 50 sen tu sayang nak tukarkan. Jadi selain 50 sen tu semuanya bakal ditukarkan menjadi duit kertas. Duit kertas tu nanti pulak bolehlah kami belanjakan untuk beli sayur ataupun ikan, udang, sotong blablabla untuk lauk kami sehari - hari. ^___^

Tak pernah terfikir pun nak menabung macam suami. Selalunya duit syiling aku biar bertabur - tabur. Biasanya yang tolong kutipkan adalah emak dengan suami. Rajin masukkan dalam tabung. Untuk kes suami pulak, dia simpan dalam kotak kasut. Old school betul! HEHE!

Khusyuk betul! HEHE!

Lepas ni nak rajin - rajin kumpul syiling jugaklah. Boleh jadi duit selit time emergency kan? Manalah tahu, satu hari nanti aku kekurangan duit boleh jugak pecahkan tabung ayam. Tapi jangan pecahkan tabung ayam orang pulak! HAHAHA!

p/s : Satu benda yang aku respect dengan suami, dia sungguh menghargai duit yang dia ada. Walaupun sepuluh sen cuma. Aku patut mencontohi ini. Bukan time ada duit, shopping spree pulak. Sampai terlupa nak bayar hutang - hutang. Hutang tu kan wajib dibayar! '-____-

Dah. Babai!

14 comments :

ciknurul said...

habit yg sama dgn bakal sy :)). satu sikap terpujiii... sy pun dh terikut utk menabung wlaupun stakat seposen sehari.hee~

Rai said...

trend kot skang kan..laki aku pun suka kumpul syiling..hahaha..

dd.hasnidar said...

ehem.dd dan suami mmg suka kumpul duit letak dlm tabung.kebetulan mmg ada sifat yg sama.tabung dah byk gile kt rumah tp takleh cite umah katne.hehe -_-"

sekarang ni rifdi pun dah belajar menabung.asal nampak syiling,dia kutip letak dalam tabung.kadang2 tu sebab rasa dah lama tak jumpa duit,dia mintak pulak dengan dd.nak uittt!

Bella Bellitos said...

saya suka kumpul duit dalam botol Mister Potato.. bila bawak balik rumah adik akan tuang duit syiling yg saya simpan kedalam tabung kancil dia, sakit hati +__+

MiA said...

sama dengan incik suami kita la!!tapi dia simpan lagi..bila ntah nak kira..nanti saya tanye dia..lagipun year end sale nak abis dah kan..hihihi..

Cik Puan Bunga said...

@ciknurulKan? Bila tengok dia dah menambun banyak dalam tabung, mulalah rasa sayang. Mulalah rasa nak pecahkan! HAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@RaiBagusnya! Dah banyak nanti boleh beli kereta! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarNanti pun nak ajar Adam menabung jugak. Tak adalah dia bazirkan duit suka2 hati kan? Bagusnya Rifdi! HAHAHAHA! Mintak dekat emak duit nak penuhkan tabung ye! HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosHAHAHAHA! Nanti adik awak tidur, awak tuang syiling dia semua dalam tabung awak semula! HAHAHA! Pandainya adik! Kihkih!

Cik Puan Bunga said...

@MiASimpan dalam bank. Barulah duit boleh beranak pinak. Invest ke mana - mana! Hihihihi!

idaura said...

eh..org lelaki mmg camni kot..laki aku pun same..aritu menabung dalam setahun dpt lah 2 pasu yg tinggi tu..siap berat gile..tp masa raye aritu kitorang terpakse korbankan duit2 syiling tu..nak buat beli kuih raye..ehehe..dapat 3ratus woo tukar kat kedai runcit je..thn ni nk kumpul lagi la..mane tau bole buat tiket pegi bandung pulak.. :)

watyz said...

hehehe...sama la ngan aku. penuh tabung kire. la ni nak kire duit tabung anak sbb sain SBPA pon gaji naik rm70 jek, org yg br masuk keje dh sama gaji ngan aku la ni. hahaha

Cik Puan Bunga said...

@idauraHamboih hamboih! BANDUNG nampak! HEHEHEHEHEH!

Cik Puan Bunga said...

@watyzAlhamdulillah naik RM70! ^___^ Huhuhuhuhuhu!