Wednesday, December 28, 2011

Tangan Yang Memberi.

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Duit bonus telah pun selamat diterima dan telahpun dilaburkan dengan penuh riang gembira. Aku ni memang tak pandai menyimpan duit. Sebab itu selalu mintak tips - tips berjimat cermat dari Cik Zira eh sekarang dah jadi Puan Zira. Ada duit aje teruslah habiskan time itu juga. Memang bukan salah satu sifat terpuji yang aku ada (Macamlah aku banyak sangat sifat terpuji. Bhahah!)

Berpegang kepada prinsip, sebahagian daripada duit gaji kita bukanlah hak milik kita sepenuhnya maka aku mengambil peluang ini untuk membelanja emak sehabis tenaga. Penuhi apa yang emak nak dan misi secara total adalah untuk membahagiakan emak. Bila lagi kan? Sesekali ada peluang macam ini, memang aku takkan lepaskan. Seronok rasanya bila emak pilih - pilih barang yang dia nak lepas itu aku tinggal bayar saja. Aku tak pernah minta duit suami untuk hal - hal yang melibatkan family aku. Aku berkerja, jadi apa - apahal pun aku akan gunakan duit sendiri. Lainlah kalau untuk aku kan, ada certain things yang memang aku minta suami belikan. EH tapi selalunya pun aku beli aje sendiri. Ada duit sendiri, tak payahlah nak minta - minta. Kan nak bantu suami, nak jadi isteri mithali. ^____^

Insyaallah duit bonus yang berbaki akan aku gunakan sebaiknya. Beri pada yang memerlukan, yang penting kena ikhlas. Aku ni berhempas - pulas nak pupuk sifat ikhlas dalam hati. InsyaALLAH. Susah macamanapun kenalah latih juga. Jadinya nanti bila dah beri itu ini tak adalah aku mengungkit - ungkit. Beri sedikit, mengungkitnya 7 - 8 tahun pun tak habis! Haih! Yang penting emak dah dapat apa yang emak suka. Baiknya emak, taknak susahkan anak - anak. Puas aku heret emak pergi section Bonia, Carlo Rino, Guess tapi emak minta aku bawa dia tempat yang biasa - biasa aje. Emak kata, kalau dah cantik pakai apapun cantik! KEHKEH memang emak akulah Puan Latifah ni!

Handbag Polo. Kasut emak nak sandal BATA aje. Emak kata kelas habis BATA nih!
Aku pulak dah lama mengidam nak pakai flat pump. Tergoda tengok Naddy pakai flat pump merah dia tu jadi aku pun teruja sama nak beli. Pakai dengan baju kurung untuk ke sekolah pun macam comel jugak aku tengok! ^___^

COLORIS. Banyak flat pump dia yang cantik - cantik. Nak warna selamat aku ambil yang brown ni. Padahal yang lilac tu seksi habis! (Jenama apatah COLORIS ni. Entah apa - apalah Parkson ni!)
Memang dah berniat dari awal lagi nak tukarkan langsir emak untuk hari raya tahun depan ni. Jadi bawa emak ke Prima Moda and suruh emak pilih corak yang dia berkenan. Akhirnya emak pilih langsir combination warna gold dengan merah ni. Comel juga! Aku nak cat rumah jadi warna merahlah tahun depan! HAHA! Sambil - sambil itu aku beli sekali langsir untul feature wall bedroom. Senang aje jahitnya. Jahit kanan kiri dan pasang ruang untuk besi dekat atas. Mudah! ^____^ Nasib baik Prima Moda ada sales. Tapi menyesal jugak tak pergi tengok dekat Nagoya. Nagoya langsirnya cantik - cantik dan murah 3 - 4 ringgit dari dekat Prima Moda. Haih!

Langsir emak.
Langsir aku.
And last sekali shopping sikit - sikit untuk barang - barang nak naik sekolah. Budak - budak sekolah beli alat tulis, aku pun belilah jugak. Pen merah wajiblah ada kan nak conteng muka budak. Pen hitam untuk urusan rasmi. Oh sejak berkerja ni aku tak pernah pegang lagi pen biru, apatah lagi pen ungu ke pink ke kuning ke macam zaman belajar dulu. Semuanya merah hitam aje. Expenses yang ini tidak termasuk dalam projek mengkekah duit bonus. Ini guna duit gaji. HEHE. Oh beli juga buku English untuk Form 3. Tahun ini aku mengajar kelas PMR. First time mengajar kelas PMR. Kenalah cemerlangkan diri sebelum sibuk suruh anak murid cemerlangkan diri! ^___^

Apakah barang yang paling menonjol disini? HEHE!
Sakan bershopping tapi happylah sebab emak happy. Aku pun happylah sebab emak happy. Sekarang ini tinggal nak beri bahagian Adam dan suami tercinta. Juga untuk insan yang memerlukan. Insyaallah ada bahagiannya. Tak mengharapkan balasan, cuma mengharapkan keberkatan gaji dan dapat membayar hutang - hutang. InsyaALLAH. ^____^

Dah. Babai! ^____^

14 comments :

Ladysirna said...

saya belanja emak juga, belikan washing machine sebab washing machine lama dah rosak..hehe, happykan dapat bonus, adalah sikit dr takda langsung...alhamdulillah..;)

lieynanilaz said...

amboi shopping sakan!!
rasa puas kan dapat menggembirakan hati orang tersayang...:)

yayath said...

kak!!!

jom heret yath ke Bonia, Carlo Rino, Guess~~~~tapi heret sekali duet bonus kak la...

hahha...

Cik Puan Bunga said...

@LadysirnaRezeki lebih kongsikan bersama! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@lieynanilazMemang puas hati! Terbaikkkk kata Boboiboy! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@yayathAmboi kau Yathhhhh! Memang pantang diheret! HEHE!

Bella Bellitos said...

yahooo warna langsir rumah kita sama lah akak. merah + gold. baru je tukar raya aritu -____-

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosWeh nanti kalau dah siap lawa tak eh agaknya? Akak tak pernah ada langsir merah ni! HAHA!

Bella Bellitos said...

lawa-lawa. mak jahit dua lapis. lagi selapis pakai kain yang macam organza tu kaler creamy sikit. yang tu beli kat Kamdar rasenye. RM 4.50 semeter. hasilnya nampak mewah :)

ala kak mak saya jahit langsir bodoh-bodoh aje,setakat jahit tepi kiri kanan dengan tempat letak cangkuk kat atas tu. bukan buat stail scallop pun. lawa aje saya tengok.

♥Eyza Qhairy♥ said...

Gaji banyak bonus pon mesti banyak jugak kan.. hehe..

p/s : kasut bata best la.. comfy! :) Mak I pon bata je pilihan dia.. :)

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosOhohhhh akak tingkap rumah kampung aje, nak buat sheer curtain macam malas aje bertambah semak. Ngehngeh jom tolong akak cat rumah! KEHKEHKEH!

Cik Puan Bunga said...

@♥Eyza Qhairy♥Heheh alhamdulillah. Bolehlah buat berjoli! KEHKEHKEH!

p/s : Eh betul. saya g sekolah pakai bata aje pun! HHAAHA!

Bella Bellitos said...

rumah saya pun rumah kampung la akak :) rumah pusaka arwah atok. boleh-boleh. cat warna merah ye baru aumm

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosMeh tolong cat! HIHIHI!