Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama! Hiphipppp Horeyyyy!

Ini Entry Melekat. Gosip Terbaru? Scroll Bawah Sikit! (=__=)"

Emak kata kalau rezeki ada lebih jangan lupa kongsikan dengan orang lain, kalau ada ilmu jangan kedekut dengan orang lain, kalau ada suami kacak simpan sorang - sorang jangan gatal - gatal nak kongsi dengan orang lain. Eh lari tajuk. Hye semuaaaa! Rindu I?Mestilah tak kan. Buat apa nak rindu I, bukan boleh kurus pun. (T__T)

Sebelum I membebel dengan lebih tidak keruan lagi, I nak share something dengan readers yang comel dan kacak kacak diluar sana (Perasan tak perkataan kacak digunakan dua kali sebagai tanda betapa I mendiskriminasikan jantina. Wahaha) Mengucap weh mengucap. Ok, ingat lagi tak entry kulit muka I yang bertukar jadi kolam kumbahan bahan kimia?Apa? Tak ingat?Nah penampar sedas. Siapa tak ingat boleh klik sini. PICIT Alhamdulillah selepas hampir 14 hari menggunakan Skin Food memang terbukti bahawasanya tumbuhan - tumbuhan memang banyak berjasa kepada kita semua. *Mari semua sayangkan tumbuhan - tumbuhan*

Okeh ini I punya review ya :

Kulit muka bertambah lembab dan tegang, tidak lagi kering dan menggelupas. Garisan - garisan halus (Ahhh cakap ajelah kedut - kedut penuaan!) tidak lagi kelihatan, kulit muka menjadis segar (Walaupun tidak mandi pagi) lembut dan tidak kusam. I menggunakan produk untuk trouble skin. Masa mula - mula I cuba Skin Food ni, muka memang ada jerawat besar - besar lepas tu ada ruam kat dua - dua pipi. Sibet betul. Muka kau macam hantu jerawat (T__T) Tapi alhamdulillah, dua hari selepas menggunakan Skin Food jerawat mula kering dan beransur - ansur mati. Hambik kau. Lama - lama jerawat itu sudah gone. Yeahhh! Ini tinggal yang otai - otai saja. Dah mati dah pun, tunggu nak hilang saja. Dan yang paling best, make up menjadi smooth saja and mulus. Ahh bestlah senang kata!! Bila kulit kita cantik, badan gemuk pun terasa bahagia. Macam I la. Kulit dah cantik maka makan secara menggila. Gemuk sudahhhh! (T__T)

Jadi, sempena hari Jumaat yang penuh barakah ini, dengan niat hati ingin berkongsi kegembiraan, maka I pun rasa nak buat Give Away yang berjudul (Cehhh berjudul!)

"Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"

Amacam? Teruja tak dengan GA I? Kehkeh. Baiklah. Apa yang perlu anda lakukan? Senang saja, budak kecil umur 5 tahun pun boleh faham syarat - syaratnya sebab super duper senang.

1. Anda harus mempunyai tiket dan menaiki train ke Hogwarts (Jadi follower I. Kehkeh.Wajib) Maknanya anda harus mempunyai blog ya.
2. Copy paste syarat - syarat penyertaan ni.
3. Buat satu entry yang bertajuk "Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"
4. Kemudian dalam entry anda nyatakan siapakah insan yang palingggggg cantik di mata anda. Kalau anda kata dalam entry anda I lah manusia yang paling cantik, terus I bagi semua hadiah tu kat you guys! Haha. Tak takkk. Contohnya anda kata Maya Karin adalah cantik, so nyatakan kenapa dan huraikan bla bla bla.
5. Kemudian anda nyatakan pula definisi cantik di mata anda. Apa makna cantik pada anda. Kalau cantik tu kena kurus ke, kalau pandai make-up tu kita kata cantik ke hape ke bla bla bla.
6. Tag 4 orang bloggers yang lain (Sertakan link mereka) dan jangan lupa bagitau kat diorang yang diorang kena tag untuk join GA ni.
7. Dan yang terakhir sekali, tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.
Mudah kan kan kan???

Tarikh tutup GA ini adalah pada 31 Januari 2011. Tapi kalau I rasa nak tamatkan GA awal ke sebab rasa macam tak sabar nak umumkan pemenang ke hape kan maka ia akan diupdate dari semasa ke semasa. Haha mentang - mentang I yang anjurkan suka - suka nak buat tarikh tutup bila. Kehkeh.

Hadiah - hadiah GA pada kali ini ialah jeng jeng jeng!

Hadiah Pertama Set Scrub / Mask Skin Food + Diary Skin Food (Mengandungi rahsia - rahsia dan tips - tips kecantikan menggunakan sayuran dan tumbuh - tumbuhan. Very informative!)
Hadiah kedua Set Scrub / Mask Skin Food
Hadiah ketiga shawls comel sedunia + Teddy bear kerennnn bangat!
Dan 5 x Hadiah misteri yang misteri sangat sampai tak boleh bagitahu apa bendanya. Kihkih!

Serta 2 x hadiah utama (hadiah utama diberikan kepada entry terbaik di abad ini) berupa handbag Carlo Rino yang preloved tetapi sumpah masih dalam keadaan yang super duper bestnyaaaaaaaaaaa!! Picit sini untuk tengok pics handbag PICIT

Jadi, untuk memeriahkan GA ini I tag 5 bloggers pertama untuk membuka gelanggang. Ewahhhhhh!

1. Nea Flerida
2. Zafira Zaki
3. Nurul Azham
4. Ezza Malik
5. Honey Daa
Yang I tak tag tu, jangan mengkeji I eh? You guys boleh je joinnnnnn wehhhh! Selamat menjoinnnnnn! (=__=)"

Pemenang dipilih berdasarkan entry yang palingggg kreatif dan disukai juri - juri! Yayyyyy!

Dah. Babai.

Read More»

Rezeki Adam. Terima Kasih Adik Blogger Yang Baik Hati!

Alhamdulillah. Dalam dunia yang penuh pancaroba ini (peh ayat!!) masih ada insan prihatin yang baik hati! =.=" Dan selalunya yang bertanggungjawab membawa kegembiraan adalah Pakcik Posmen yang setia. Pin pin pon pon! Begitulah kiranya bunyi hon motor merah dia. Teruja sungguh dengar sebab dah lama juga Pakcik posmen tak singgah buat sepraissss! =.="

Wah comelnya! Size emak Adam ada tak?
Ada gambar kereta weh!
Thanks Auntieeeee!
Nah ambil sebiji muka budak annoying pakai seluar nyamuk!
Nak lagi seksi nah gambar montot!

Nak tau siapa yang baik hati sesangat tu?Nah terjah sini! Princess Liyana Thanks ya dear! =.="

Dah. Babai!

Read More»

Pilih Satu Antara Dua - Bijakkah Anda?

Mana satu lagi best?
Perempuan kurus tapi muka jerawat macam hantu jerawat?

ATAU

Perempuan gemuk tapi muka mulussssss sedunia?

BANTUIN GUWE DONG!

Read More»

Siapa Pernah Request Tutorial Pasang Tabs Sila Angkat Tangan!

Maaflah sebab terpaksa kecewakan anda!=.=" Ramai yang request tutorial ni, bukan taknak buat tapi TAK TAHU sebenarnya. Kehkeh budget diri sendiri hebat sedangkan nan hado! Betul sumpah demi Allah tak tahu, tabs yang ada ni terjadi sebab I trial and error saja. Belajar basicnya dari blog insan lain.Losernya! =.="

Mula - mula pergi ke Dashboard then tekan Design then tekan Edit HTML jangan lupa tick kat box Expand Widget Template tu tau! Penting tu!

Haaa sampai situ jelah I pandai terangkan sebab I belajar buat tab ni pun dari sorang blogger Indonesia. Korang boleh terjah blog dia ni and belajar cara - cara pasang tab. Pening sikitlah sebab bahasa dia lain macam sikit kan, tapi still boleh faham. Haa semua orang pun nak baling I pakai kasut!

Yang penting kan, korang kena rajin eksperimen dengan coding tau. Belasah je, lepas tu Preview, kalau jadi memang ngam la tapi kalau tak jadi memang jahanam sikit. Uhuh! =.=" Weh jangan marah wehhh I memang tak reti sangat nak terangkan nak buat tabs ni macamana. Adoi! Tapi kalau korang nak I tolong buatkan tabs kat blog korang boleh je kot?Insyaallah! =.="

Eh eh lupa! Ini link brader yang ajar buat tabs tu! Jemputt jemput!

ni lagi sorang brader Malaysia tapi tak tahulah ni membantu ke tak. I belajar dengan brader Indon tu!

Okey I bagi contoh coding yang I buat dalam blog ni eh, kalau boleh copy korang copy jelah and letak bawah code NAVIGATION BAR ke hape lebih kurang nama dia macam tu eh...Ubahlah code yang tak berkenaan tu kepada coding blog korang eh?

Hommie

CP Bunga

I'm A Mama

Tips

Tutorial

Formspring

Errrr ada soalan?Terus ajukan ke Formspring! Yeah! =.="

Babai!

Read More»

Bawak Bekal Ke Sekolah Adalah Sifat - Sifat Manusia Stylo

I kan anak manja emak. Walau dah kawen dah beranak - pinak, kalau pasal berebut kasih - sayang dengan emak, sanggup ni emo emo walaupun dengan Adam =.=" Redhalah Adam, dapat mama macam ni! Dari dulu lagi kalau pergi sekolah mesti bawa bekal yang emak masak. Sampailah dah kerja, mesti bawa bekal. Dulu masa mengajar pagi, bawa sarapan yang emak masak ke sekolah. Macam pisang goreng ke, lepat ke, mee goreng ke kan, sekarang bila dah mengajar petang menu bekal pun dah up sikitlah. Eksyen je bawa bekal bila masuk bilik guru. Apa?Nak kongsi? Talk to my hands! Kehkeh!

Hari ini bawa bekal nasi putih, sayur lemak kobis eh ke kubis eh?Ke kudis?eh! Sambal tumis sotong + udang dengan ikan kering disusun atur bentuk X oleh emak supaya bagi effect samseng di situ. Jadi orang lain macam takut - takut nak kongsi makanan dengan I sebab I samseng. Wahkaka. Berangan! Tika je boleh kongsi makan dengan I sebab dia selalu beri perut stoking I ni makan kenyang - kenyang. Sayang dia! Muah sikit!

Sedap nauzubillah!!!
Bila bawa bekal ke sekolah kan dapat berjimat, duit yang lebih masuk dalam tabung ayam sebab nak pergi haji. Murninya hasrat.Amin! Lagi dapat mengeratkan kasih sayang I dengan emak, kalau menu bekal suami yang masak maka bertambah erat kasih sayang I dengan suami, gitulah kan. Lepas tu comel je kan bawa bekal pergi sekolah sebab nanti makan sama - sama Tika bawah pokok dengan mulut comot momot kan padahal umur masing - masing semua dah tua bangka kan. Lagi - lagi kalau bubuh bekal dalam bekas warna pink sumpah muda sentiasa!

Hari - hari sebelum pergi sekolah teruja tengok emak masak apa. Ada satu hari tu kecewa sebab emak masak kupang, I tak pandai makan kupang nanti korek segala isi perut dia keluar last - last tinggal kulit dia je. WTF?? Emak masak semua pun sedap - sedap. Goreng telur mata tenuk pun sedap sedunia. Ni plan diet macamana ni weh? Nak abaikan ke hape? =.="

Korang pergi kerja bawa bekal tak? Weh stylo tau bawa bekal ke tempat kerja! Macam cool gitu! Auwwww!

Dah. Babai!

Read More»

Baru Insaf Nak Jaga Kecantikan Dan Kesihatan Diri Bila Rupa Dah Macam Nenek Kebayan

Sebelum ni I mana pernah kisahkan kesihatan diri sendiri. Mana pernah minum susu, makan vitamin, mana pernah? Jadi masa pregnant dulu bila kena minum susu dan makan vitamin yang pelbagai memang tahap redha I sungguh tinggi sekali. Gynae I jahat weh dia momok - momokkan I lah cakap kalau tak minum susu nanti tulang reput gigi tanggal semua sebab kalsium kena cilok dengan baby, lepas tu kata kalau I tak makan vitamin nanti baby tak bijaklah kulit macam dinoso lah Gynae I kejam tau, sabar jeklah!

Lepas pregnant mana I ada makan vitamin lagi, buat bodoh je budget kesihatan diri sendiri berada di tahap cemerlang.Padahal tak tahu agaknya semua organ dalam badan pun dah amburadur nasiblah. Dulu I suka keji orang yang makan vitamin. Poyo kot?Budget macam artislah nak makan vitamin segala kan. Biasalah, tak matang, pemikiran pulak cetek. Tahpapetah ada dalam otak. Bila dah tua - tua tulang dah sakit - sakit baru terasa nak makan vitamin, nak insaf. Muka dah macam hantu kumkum kedut jerawat sana - sini baru nak pergi farmasi cari vitamin. Duh!~

Sis Raha dengan kekasih gelaplah (Tika) yang suggest suruh makan vitamins, diorang pun momok - momokkan I cakap lepas pregnant hormon dah berubah kan, yelah takutlah kalau tiba - tiba bangun pagi ada halkum dengan misai kan sebab hormon dah confuse sesama sendiri. Taknaklah wehhhh! So cepat - cepat suruh suami hantar ke Farmasi untuk beli vitamin. Fokus nak cari vitamin untuk ketahanan badan, hormon, kulit dan rambut.

EPO dengan Neem Herbs. Yes I sihat!
Belek - belek vitamin dari harga yang beratus - ratus sampailah yang berpuluh - puluh RM, I ambil dua ni, EPO Naturelle dengan Neem Herbs Himalaya. Haaa siapa yang blur blur menatang dua ni adalah hape, maka boleh Google sekarang ye. I malas nak letak kat sini. Wahkaka. EPO tu macam - macam lah benefits dia, and Neem Herbs tu I terpaling suka nak mati sebab ia untuk kulit dan rambut yang sihat auwwww. Masyarakat India di India percaya Neem Herbs adalah tumbuhan ajaib kurniaan Tuhan sebab ia mempunyai kuasa ajaib doremon yang boleh membantu pelbagai masalah kesihatan dan kuasa ajaib ia yang utama adalah kuasa penyembuhan dan menghasilkan kulit yang cantik. InsyaAllah. =.=" I kan ada masalah kulit sejak akhir - akhir ni so saja - saja nak cuba. Lagipun dua menatang ni banyak khasiat. Sumpah penat nak explain satu - satu. Pergi sana Google heppp jangan malas!

Kalau nak makan vitamin ni semua kena istiqamah ye, jangan sekerat jalan je. Sis Raha dengan Tika dua - dua pun cantik sebab dah lama amalkan makan vitamin ni dari zaman dinoso lagi diorang dah makan, jadi kepada yang baru nak cuba jangan berangan makan hari ni esok terus cantik. Lempang nanti. Cehhh nasihat orang ye =.=" Yeahhhh! Semoga I gigih makan vitamins selepas ini! Hoyeh hoyeh!

Dah.Babai!

Read More»

Ini Khas Untuk Readers, Silent Readers, Anons Dan Admirers (Kehkeh Budget Adalah Kannn...)

Imej dicilok dari Google
I ingat lagi masa mula - mula I berbelog. Masa tu tahun 2007. Masa tu tak ramai yang berbelog. Antara yang terawal berbelog masa tu adalah Dhiey, Hazairin Budiman, Aini Jasmine Ghazali, Mohd Ilhan Sani, entah ada lagi atau tak korang - korang ni sekarang. Yang antara terawal I dapat contact semula adalah Dhiey dan Hazairin Budiman, diorang ni pun dah tak rajin dah nak update belog. Mungkin sebab blog kini lebih bersifat commercial. Tak macam dulu - dulu. Dulu kalau berbelog memang kaw kaw habis, dengan coding yang superb tak ada langsung isu ciplak - ciplak blog. Semua hormat blog masing - masing.

Followers, memang benar - benar followers. Diorang datang blog kau, komen, semua followers tahu perkembangan diri kau dan selalu update dengan apa yang jadi, bukan semata - mata I follow you, you follow me back. Ish beza sungguh dengan ini zaman. Dulu followers I 7 orang je. Kelakar kan?Adoiiii tapi hari - hari rajin sungguh I update blog, sebab I tahu, yang datang baca pun memang betul - betul nak baca. Bukan setakat datang buat muka comel sambil minta di follow semula. Adoi annoying oh!

I nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi follow blog cap katak I ni, kepada readers yang rajin singgah dan rajin komen, silent readers yang datang and pergi, anons yang mulut longkang selalu bagi notification layang and kalau ada admirers I kat sini aduhhhhh terima kasih banyak - banyak ye? =.=" Ada jugak yang suka singgah tapi takde pulak blog untuk I singgah balik, atau malu - malu nak komen, olohloh comelnya perangai! =.="

Terima kasih ye korang. Terharu betul bila ada reader yang call semata - mata nak suruh I jangan autohide kan shoutbox sebab dia kata kalau dia guna blackberry untuk baca blog I sumpah annoying sebab shoutbox tu menempel besar - besar kat tengah - tengah blog. Beriya - iya I buang shoutbox tu weh untuk keselesaan readers, silent readers juga anons yang dicintai. Terima kasih. Terima kasih.

Kadang - kadang annoying kan sebab I buy and blog, tepek gambar sendiri besar - besar, cerita pulak benda - benda yang takde motif, merepek tak tentu hala. Terima kasih juga ada yang sudi baca. Terharu. Sob sob sob.

Terima kasih ye semua. Sayang korang ketat - ketat. Jom jom kita peluk - peluk jom! Emphhhhhhhhhh!

p/s : Agak - agaknya korang suka baca I tulis pasal apa yep??? =.="

Read More»

Bersedia Untuk Dikeji (Sebab Diorang Tak Boleh Nak Jadi Best Macam Kita.Hoho)

Mungkin tak semua orang lahir dengan genetik best dalam diri mereka. Mungkin mereka terpaksa mengerah keringat menjadi best sehabis mungkin tapi tak best best jugak. Mungkin kadang - kadang mereka kenalah akur yang best itu satu kurniaan. Insan - insan terpilih saja layak menjadi best. Dan terpaksa redhalah kalau antara orang - orang yang sangat annoying di mata kau adalah orang yang best. =.="

Hari ini hari pertama I mengajar PJ a.k.a Pendidikan Jasmani. Dari semalam I ingatkan Tika yang hari ni kena pakai pakaian sukan lengkap sebab kami mengajar PJ hari yang sama. Babai baju batik annoying, Helo baju sukan yang cool kentang!I bukan seorang yang bersenam jadi janganlah harapkan sangat ada pakaian PJ dalam simpanan, jadi cuma ada sepasang seluar sukan dan baju - baju size besar kepunyaan suami. Rembat sajalah. I kan gemuk kan, jadi kenalah pakai size - size extra kannnn. Sesopan mungkin I mengenakan pakaian sukan. Jangan sendat - sendat nanti nampak babatttt (nyanyi macam lagu Ana Rafali dengan SMH tu kannn..) Tapi sampai sekolah saja rasa macam nak penendang orang bila ada yang tegur "Baju apa kau pakai tu Yatttttt? Macam nak pergi shopping je??" =.=" Berlalu sambil buat muka pasrah. Apakah?

Ini ke baju nak pergi shopping? (Hantuk dahi ke dinding)
Tak cukup dengan itu, masa I nak pergi ambil wudhu' solat Zuhur lagi puaka I kena "Eehhhhh macam ni ke cikgu PJ?Kenapa gemukkkk???" Sambil buat muka comel selamba je akak tu bagi ayat super pailang. Perasaan?Kalau ada mesin rumput berdekatan mesti dah Mohawk kepala akak tu I kerjakan. Taktahulah niat dia nak bergurau ke atau memang dah pasang angan - angan nak kena pelempang ke tak tahulah kan. Tapi dah dasar insan penyayang lagi bersopan macam I ni, I pun sambil gelak - gelak cekik batang leher akak tu dengan muka seposen ala ala bergurau. "Akak niiiiii!" Manja je intonasi suara I sambil tangan sungguh - sungguh cekau batang leher dia. Hambik kau. Terbatuk - batuk kau nyah!

Ah kalau cikgu PJ I dulu cantik macam ni, mesti I rajin bersenam!
Bila kita dah memang sejak bayi gilakan pink, jangan ingat takde orang nak mengkeji. Keji dalam hati, keji depan - depan. Nak buat macamana kan? Bukan kita buat - buat. Dah memang sejak azali dah ada naluri cintakan pink, takkan nak salahkan emak yang mengandung pula kan? Faham sungguh I apa yang maknyah - maknyah tu rasa. I tak mintak okayyhhhh dijadikan begini. Sob sob sob! =.="

Haiiiiii! Nama saya cendawan pink yang comellllll!
Jangan salah sangka, ni bukan kasut sukan I walaupun dalam hati meronta - ronta nak kasut sukan begini kan. Ni kasut dalam bilik guru. Sumpah comel kan? Dah dah jangan keji secara terang - terangan. Nanti I kecil hati.
Selipar pun jadi isu. Manusiaaaa manusia.
Hari ni banyak sebenarnya yang buat hati panas. Dari semalam sebenarnya hati, telinga dah panas tapi sabarrrkan je memandangkan tak lama lagi nak cuti raya Cina kan? Sabarrr sabarrrr. Nanti cuti raya cina boleh main tanglung puas - puas. Yayyyyyyy! Nasib baik ada Tika tempat melepas gundah gulana. Sabar jelah Tika eh dapat kekasih suka pot pet macam I ni. =.="

Tadi tak dapat nak buat aktiviti cardio macam I plan dengan Tika sebelum ni, sebab busy denda budak - budak PJ turun lambat, lepas tu rotan mereka sorang - sorang sebab main - main bila I suruh mereka buat senamrobik. Gelak - gelak macam nak mintak penampar. Kan dah kena rotan. Padan muka. Hopefully tadi bolehlah kurun 200 - 300 gram sebab rasa tadi macam ada keluar peluh sikit - sikit. Kihkih!

Dah. Babaiiiiii!

Read More»

Saya Suka Hello Kitty Lah! Siapa Sayang Saya Boleh Beri Saya Hello Kitty!

Apa perasaan kalau sampai je sekolah tengok atas meja ada benda nauzubillah comel? Nak meraung kegembiraan ke atau nak buat tarian poco - poco tanpa muzik? Keji sikitlah kan orang tua suka Hello Kitty, dahlah super keji sebab cintakan pink kan. Adoi. Sabar ajelah. Weheyyyyy siapa letak benda comel ni atas meja weh?Mengaku sekarang supaya I boleh bagi ciuman kasih sayang. =.=" Adoi pervertnya sikap! Dahlah begitu memahami sebab faham - faham je I minat Hello Kitty secara diam - diam.

Mana tahu ni I suka Hello Kitty dan bulu - buluan?Auwwww!
Lepas tu ada sorang makhluk ni tersenyum tersipu - sipu. Elehlehhhh comelnya perangai! Tak cukup dengan tersipu - sipu dia jeling - jeling pulak! =.=" Eitcehhhh! Thanks Tikaaaaaa! Tengok tulisan pun dah tau tulisan kaulah kan sayang kan kan kan? =.="

Posing manja gitewwww!
Dah dah jangan minta petua muluskan wajah. Propa je semua ni. Photoshop!
Thanks Tika yehhh. Nanti belanja kau makan ye sayang ye. Kita dua je. Jangan ajak Mel. Kehkeh. Tak ah Mel gurau weh gurau! I kan kawen 2, kena ajak dua - dua gundik I dan layan secara sama rata. =.=" Eh korang, dah berapa kali I sebut pasal Hello Kitty dalam post - post lepas eh? Errrr tak faham - faham? Mehlah bagi I Hello Kitty barang seketul dua. Wahkakaka!

Dah. Babai!

Read More»

Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki!

I kan sukaaaaa sangat kalau kekasih kawan – kawan I terdiri daripada lelaki – lelaki yang sopan sedunia.Macam eh sejuklah hati memandang bila kekasih kawan – kawan I bertatasusila.Seksi betul lelaki kalau sopan ni. Cium baru tahu! =.=” Hormatkan orang tua adalah salah atu ciri – ciri kekasih kawan yang di cari – cari. I suka betul kalau terserempak dengan kawan –kawan dan kekasih mereka tahu kenalkan diri, sopan santun ishhhhh bestnyaaaaaaa! Suka – suka hati je nak kritik kekasih orang.Kekasih I pemalu orangnya. Lepas lima enam ratus kali jumpa baru nak ketawa – ketawa nak senyum – senyum. Alahhhhh mengalahkan I. Ketawa tutup mulut! WTF!

Ada lah jugak kan kekasih kawan yang baru first time jumpa dah buat muka sibet nak kena tendang dengan kaki kan. Buat muka budget macam kaulah manusia paling hemsem di muka bumi kan. Muka kalau betul – betul hemsem tu layaklah kot nak sombong – sombong kan, hakikatlah kan kalau hemsem/ayu mesti sombong sikit kan, ini muka macam kepala keretapi ada hati nak budget hemsem macam Farid Kamil I weheyyy ptuihhh betullah! Lepas tu cakap nak kena lebat eh, dia sorang je nak menang, dia sorang je kerja bagus, gaji besar, poket tebal! Annoying nye wehhh! Lepas tu layan kawan I macam kawan I ni bibik dia! Makan nak kena order sorang – sorang, taknak tolong pun angkat tray makanan, buat muka bongkak sedangkan kawan I ni yelahhh pasang muka macam bibik yang menurut perintah, lepas tu suruh ambil sudulah soslah nak ais lah wehhh kau OKU ke tak boleh ambil sendiri ke? Losernya!

Tapi ada juga kekasih kawan – kawan I yang alahai budimannya perangai! Comel betul! Contohnya Encik Katak a.k.a tunang kekasih gelap I, Tika. Beliau sangat sopan dan dikasihi bakal ibu dan bapa mertua, pandai ambil hati orang tua, hari tu terserempak mereka dating waktu tu ada emak I sekali, sopan betul En. Katak dengan emak I. Emak I puji kata En.Katak ni sumpah budiman. Sejuk mata memandang. Takdelah annoying nak mati. Layan Tika pun baik sedunia, I suka kalau kekasih kawan – kawan I layan kawan – kawan I dengan baik. Perasaan tatkala ini ibarat seorang ibu yang senang hati kalau kekasih anak perempuan sungguh – sungguh sayangkan anak. Alahhhh! Emosi pulak! Semoga berbahagia Tika! Sob sob sob sob!

Benci betul bila kawan – kawan I dilayan macam sampah oleh kekasih – kekasih mereka. Biadap betullah layan perempuan macam tu. Memalukan kaum korang! Sebagai pencinta lelaki yang unggul I cukup pantang kalau ada kaum lelaki yang buat pailang dengan kaum wanita. Wadehel!

Motif entry apa??

I TAK SUKALAH KAU LAYAN KAWAN I MACAM TU! LEMPANG KARANG BARU TAU!

Read More»

Deep - Kalau Kau Sayang I, Maka Kirimlah Lagi Banyak - Banyak Rempah Segera Yang Superrrr Powerrrrr!

Hai puan puannnnnnnnn! Alahai annoyingnyaaaa! Ceh bangun pagi – pagi tadi semangat dirasuk hantu memasak malam tadi belum hilang maka terus dengan semangat kentalnya I kopek udang. Wahhh kopek kedengaran seperti hantu lucah kan?Siapa tak tahu hantu kopek itu adalah apa maka boeh menganggap diri sendiri adalah loser! Okeylah okeylah kita gunakan perkataan kupas, nampak lagi ayu dan sopan. Auwwww! Kupas udang sambil duduk terkepot sumpah kalau masuk Gadis Melayu season lepas Rina Salleh makan hati nyah!

Mulusnya kau udang! =.=" Kecewa sebab udang lagi mulus dan gebu dari I. Oh!
Siap kupas udang terus bancuh serbuk rempah segera yang Deep bagi dengan lubang hidung yang kembang kempis menahan bangga. Tak percaya diri sendiri memasak, ni kalau emak nampak mesti dia sujud syukur.

Ini bukan masker tau!
Senang je nak masak guna rempah segera ni, semua pun dah ada, tinggal letak garam secukup rasa, sebelum lemparkan udang ke dalam rempah, I goreng dulu udang tu. Seksa betul udang ni nak mati, dah mati pun kena seksa lagi! =.=” Then bila udang dah di goreng terus campakkan dalam rempah tadi yang kita dah bancuh dengan air. Mak aihhhhh bau diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Harummmmmm sedunia!

Sedap nauzubillah!Comot momot I masak wehhh!
Tak sampai 15 minit dah siap dah sambal tumis udang ekspress I. Ekpress je pun tapi budget memasak macam chef famous kau! Sabarr jeklahhhhh! Lepas ni anons kena cari point lain nak keji I sebab I dah pandai memasak (walaupun segera) wahkakakaka!

Bila dah siap masak apa lagiiiiii! MAKANNNNNNNNNNNNNNNNNNN! =.=

Dah.Babai.

Read More»

Makin Lama Makin Pandai Memasak. Lekas Puji!

Errr memasak makanan separuh segera aci tak? Kira aci eh sebab itu pun nak kena ada skill - skill tertentu. Ehem. Baiklah.Balik sekolah petang tadi ibarat di rasuk hantu memasak terus singsing lengan straight menuju dapur. Reaksi wajah serious telah mematikan suara - suara sumbang suami yang kata I berangan je lebih. Wohooo mengkeji yaaaa tidak mengapa. Nanti kau tengok! Mula - mula terus capai frying pan Tefal kesayangan emak. Bila mood memasak datang, barang - barang dapur tak mainlah yang cap ayam berkokok terus capai yang branded! Sakit hati betul anons kalau tengok ni. Harus dikeji I secukup rasa.

Tak sampai 30 saat terus tadaaaaaa sebiji roti canai seksi telah pun memanaskan diri sendiri di dalam kuali. Perghhhh! Putih melepak kau! Dengan muka eksyen terus capai telur 4 - 5 biji budget nak buat roti canai telur. Tak sampai 15 saat, roti telur pulak buat show dalam kuali. Ternganga sekejap wehhh suami. Sambung buat muka bongkak.

Perghhhh! Ghairah betul tengok roti canai. Macam tengok porn. Eh.
Tak sampai 20 minit siap 6 keping roti telur. Hebat tak?Sila angguk kalau mengakui I hebat.Sesiapa suka mengkeji I kata I pemboros yang pemalas taktau masak sila lempang diri masing - masing sekarang. Mulut longkang ye!
Bau dia nauzubillah sedap dan mengiurkan!
Kari segera jugak. Emak mertua masak. Siapa kata emak mertua tak sayang I sila hantuk kepala kat dinding sekarang. Loser wehh korang!
Tadaaaaaaaaaaaa! Hidangan segera dan menyelerakan di malam hari =.="
Macam resepi loser saja. =.=" Abaikan. Asalkan ia halal dan toyyiba. Err sebenarnya roti canai tu I beli di sekolah. Ada cikgu jual. Dahlah murah sedap nauzubillah! Sehingga menjilat jari kaki jiran sebelah. Lepas itu dia senang nak di modify kalau nak bubuh telur bukak saja lipatan dia tabur telur, nak letak daging pun boleh, sardin ke hape ke kan, terpulanglah pada kreativiti individu.

Belum cuba lagi rempah yang Deep bagi berkurun yang lalu. Esok nak trylah weh. Barulah isteri mithali kesayangan suami sedunia. =.="

Babai semuaaaaa!

Read More»

Macam Taik Ayam...

....lah I punya header. Kenapa setiap kali I nak create header baru nanti Adobe akan cakap "The target document has a different depth than the target document. This may result in lower than expected quality. Are you sure you want to proceed?" Lepas tu kalau I degil jugak nak proceed, bila upload header dia akan jadi macam pecah2, tak comel, blur.. adoihhhh! Kenapa eh? Siapa dapat selesaikan masalah ni nanti I belanja dia header lawa nauzubillah satu! =.="

Read More»

Marc Jacob?Lupakan Saja. Mana Mungkin Budak Sengkek Ni Pakai Marc Jacob!

Kalau Marc Jacob tipu - tipu mampulah I pakai! =.=" Kasihan betul! Hanya mampu melambai - lambai Marc Jacob punya handbag yang sebenar dari kejauhan. Semalam pergi tengok filem Khurafat yang kefarat sebab selalu buat orang terkejut. Gila betul. Seram takdelah seberapa. Seram - seram buah je pun. Tapi terkejut laaa wehhh! Sikit - sikit tersentak. Cheyyy tersentak kau bahasa! Sakit jantunglah nasib baik tak pregnant. Ouhh dan anak Yusuf Haslam hemsem eh? Kacak bergaya nak peluk boleh? *Lempang* Pergi secara solo sebab suami nak tidur sepanjang hari sempena Thaipusam ni. Adam macam biasalah, takkan nak bawa pulak kan?

Jalan - jalan di kedai murahan tiba - tiba ternampak satu design bag yang buat I sentap sedunia. Eh macam kenal je kan kartun kat beg tu kan! Terus terjah masuk terus beli macam kena rasuk sebab kau comel sangatlah wehhhhh! =.="

Jangan keji I sebab pakai Marc Jacob tipu - tipu!
Comel nak mati!
Macam iras I jek kartun tu! Eh!
Kan dah kata kecintaan baru terhadap Hello Kitty. Kalau nak rasa menyampah silakan.
Krim Anti Jerawat Safi + Eyeliner Elianto + Baked Blusher Elianto
Sempat singgah kat Watson dan Elianto beli barang make up.Eh krim jerawat tu sungguhpun murah tapi best sedunia! Baked blusher dari Elianto memang terbaiklah pada I. Warna dia kilat - kilat macam metallic comel pulak rasanya bila pakai. Kihkih. Dan untuk effect mata hitam melentik macam bulu mata rakun tu I gunakan Elianto punya eyeliner black black. Memang samseng terus bila pakai. Hitam nyah!
Mintak maaflah semua sebab entry kali ni takde motif. Haha. Adoi!

Dah.Babai!

Read More»

Dengan Ini Saya Terima Cabarannya Menjadi Guru Pendidikan Jasmani!

Cakap dengan nada macam Polis Angkasa Gaban yang baru sahaja membanteras kejahatan Gorgom. Apa? Tak kenal siapa Gaban? Google lah babe! Dulu kalau orang tanya siapa BF I, I akan cakap "Gaban"Haha. Eh kenapa lari tajuk?=.="

Semasa hari pertama I mendapat jadual kelas lepas tu ternampak je perkataan PJ / PK tertulis dalam jadual terus rasa macam dunia gelap seketika. Maknanya I bukan lagi hakiki mengajar English.Adoiii! Wehehhh ni siapa prank I saja je nak bagi I ajar subjek paling tidak digemari di alam semesta ni?=.=" Seumur hidup tak pernah bersenam, dengar saja perkataan SENAM terus meggeletar satu badan, urat - urat rasa sakit secara tiba - tiba, terus rasa nausea, nak tercirit dan sebagainya. Ini tiba - tiba pulak diberi tanggungjawab mengajar subjek yang terpaling terbenci di abad ini. WTF!

Tapi... yaaa ada tapinya! Hero hindustan pantang mengaku kalah! Terus mengenggam tangan kanan dan menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita" Yehehh! Bring it on, babe! Tapi sekejap jelah keazaman tu sebab bila memikirkan diri sendiri takde pakaian sukan yang lengkap, terus rasa down semula! =.=" Suami tempat meluahkan rintihan hati, suami jugalah tempat peminjam wang tidak berlesen bila belum gaji untuk mensponsor pakaian sukan. Suami, gaji nanti I bayar ya! T__T" Balik sekolah petang tadi rasa terharu dan terus bersemangat Hang Tuah bila nampak ada 2 bungkusan Al-Ikhsan dalam bilik.Suspennnn! Tak pernah seumur hidup ada beg plastik Al-Ikhsan dalam simpanan.Apakah??

Suspennya! Apa isi?Jejaka kacak?

Wahahhh! Suami belikan kasut sukan dan pakaian sukan! Memandangkan tahun ini rumah sukan I warna merah, suami belikan semua pun warna merah! Yayyyyy!

Ini sebenarnya kasut badminton. Boleh ke buat jogging? Tadi kawan - kawan FB kata tak elok untuk kesihatan kaki. Tapi kasihan sebab suami dah belikan. Mereka nasihatkan : BEDAL SAJA. ROSAK, BELI BARU! =.="
Alah comelnya belikan baju warna merah!

Terus rasa bersemangat nak mengajar PJ. Bila PJ bila??Yehehhh next week siaplah semua anak - anak murid I! Kita bersenam sampai lebam!! Oh nak beli wisel, boleh?? Teruja bila suami kata tahun ni I penuh semangat nak buat sesuatu. Tak macam dulu. Dulu hangat - hangat tahi ayam saja. Mintak - mintak kekal lah sampai habis tahun. Huhu! Bak kata seseorang : You have to prove that you worth it. Insyaallah! =.="

Mana tau, bila jadi cikgu PJ ni boleh kurus??Kihkih! Harapan!

Dah. Babai!

Read More»

Sesiapa Nak Mengkeji---Silakan!

Sebab pada ketika dan saat ini I terasa macam nak jadi muda seketika jadi biarkan ajelah. Dah dah kakak - kakak semua biar adik melayan perasaan muda seketika. *Muntah* Sejak akhir - akhir ni bila terjebak dengan cinta terlarang bersama Hello Kitty semuaaaaa pun nak Hello Kitty. Dulu masa cintakan Doremon semuaaaa pun nak Doremon. Masa terujakan Harry Potter semuaaaaaa pun nak jadi Harry Potter, nasib baik tak isi borang posting tulis sekolah pilihan adalah Hogwarts! =.="

Kecewakan sebab Adobe I hilangkan dari lappy kesayangan last week. Entah toyol manatah godeh - godeh lappy sampai semua pun hilang. Menyampah betul.Jadi bila install Adobe sekali lagi ni rasa macam 'Eh apa aku nak buat eh?" Terus tukar header jadi macam header blog budak - budak Tadika Perpaduan. Terus kalau orang tanya, umur berapa? I terus cakap "Empat tahun!" Okehlah silalah lempang!

Header manusia kemaruk Hello Kitty

Kepada yang request make over blog bagai tu harap bersabar eh. Siap ada request zaman Jepun yang I tak buat lagi. Mood kadang - kadang takde. Kadang - kadang hilang pulak nafsu nak buat coding and cari - cari pics comel momel kan. Lagipun sedikit busy di sekolah. Busy nak sukan tahunan. Chewahhhhh! Macam orang penting je nak busy - busy bagai ni. Kehkeh. Ehemmm! Serious, I busy sikit!

Sesiapa nak request tutorial boleh hantar surat layang ke Formspring ya. Sebab kadang - kadang kalau I rajin I buat private tutorial terus ke email anda. Cehhh kalau rajinlah. Tapi most of the timenya I malas. =.=" Fuhhhh lately blog yang comel tumbuh bak cendawan selepas hujanlah! Jealous betul tengok kanak - kanak yang jauh lebih kecil dari I menghasilkan blog yang comelnya tahap Gaban. Makan apa hah korang otak genius nak mati?? Sekarang ni I tengah jaki kat budak Aida ni. Tahpapetah blog chomelllll sedunia. Ishhh ishhhhh! Comelllll! Korang kalau nak sakit hati jugak pergi blog dia, lepas tu maki dalam hati sebab blog dia comel wehhhh!~ Maki dalam hati tau! Jangan maki depan dia! =.="

Ouhh and I dah tengok cerita Khurafat. Seram jugaklah. Terlompat jugaklah Popcorn dari tangan I. Siot betul!=.=" Besok Jumaat dah. Tak boleh gembira sangat sebab Sabtu kena sekolah. Ada Cross-Country.Tsk!

Dah.Babai!

Read More»

Skandal Jom Berpelukan Makan Bersuapan Dan Dating Bersama!

Auwww manjanya tajuk entry. Azam tahun baru kan nak jadi manja dan super manja. Setiap kali diakhir ayat tambahkan dengan lirikan manja. Olohloh mintak penampar ke apa? Yessssss! Akhirnya kan setelah hampir beberapa ketika I sorang - sorang di sesi petang, Tuhan kabulkan doa I dengan hantar kekasih lama I kembali berkhidmat di sekolah dan yang lagi best dan teruja, beliau juga di sesi petang! Hoyehhhh! Sayang Tika!

Hari pertama ke sesi petang dia telah mencuri hati I dan menambatnya dengan masakan yang sedap sedunia dan percuma. Sayang nauzubillah kat kaulah girlfriend! Siap cakap "Pukul 4 nanti kita makan sama - sama " alah comelnya! Teringat zaman sekolah rendah makan suap - suap dengan kawan satu kelas. Eh kau bawa bekal apa?Mak aku bekalkan aku nasi goreng. Sumpah comel!

Sedap - sedap semuanya!
Bayangkanlah kan dah berapa lama I cakap sorang - sorang kat sebelah petang, main dengan labah - labah dan lipas kuning, kadang - kadang I berlakon macam di sebelah ada orang (Sebenarnya tiada) ketawa sorang - sorang tsk sungguh menyayat hati tahu. Sampaikan ada orang temankan! Ayohhh seram! Bila Tika ada, umpama cinta lama bersatu kembali. Teruja!

Sedap je si buncit ni makan. Lagi - lagi bila ada kekasih di sebelah menghibur hati!
Inilah tukang beri perut I makan. Sayang meh cium sikit meh!
Kantoi gambar huduh melantak.

Yesss lepas ini bolehlah gembira bila melangkah ke sekolah. Bukanlah sebelum ni tak gembira, tapi lepas ni lebih super gembira. Yayyyyy!

Dah. Babai!

Read More»

Darah Jawa Pantang Dicabar. Kadang - Kadang Kami Main Kotor.

Amacam? Gerun tak baca tajuk entry? Takde dah entry tajuk manja menggedik. Haha tajuk kali ni lebih kepada kongsi gelap sikit. Dengan harapan dapat memberikan persepsi kepada orang lain bahawasanya I juga mampu berlaku kejam, main kotor, berhati pailang serta bernafsu binatang. Kadang - kadang kita tak boleh nak layan orang baik - baik kalau dia buat perangai anjing. I kalau binatang najis mughallazah ni memang pantang sikit. Pantang nampak, Kalau nampak memang bagi penyepak. Tapi nasib baiklah tak ada depan mata.

Orang Jawa ni kan sebenarnya orang yang peramah, hati dia lembut dan baik walaupun kadang - kadang mulut orang Jawa macam puaka terbiar sikit. Orang Jawa ni caring dengan kaum manusia yang lain, ringan tulang, kelakar. Hemsem - hemsem dan cantik - cantik. Ehem. Tapi, pantangnya orang Jawa ni, dia jangan dicabar, jangan dimalukan, jangan dihina. Memang siaplah kau kalau tak muntah darah, mati berdiri lah tak pasal - pasal. Bukan semua orang Jawa macam ni eh. Ada segelintir je. Janganlah pulak rasa takut nak bersuamikan / beristerikan / berpakwekan / berawekskan orang Jawa. (T__T) Sebab bagi orang Jawa, maruah ni benda sensitif, jangan dibuat main. Terlajak perahu boleh diundur, eh adoiiii buat kelas tambahan bahasa Melayu pulak!

Ada orang kata I suka menagih simpati kat blog. Menagih simpati. Wowww! Ehem simpati kaukah yang aku tagih tu? "Lepas ni jangan lupa publish kat blog. Kaukan suka menagih simpati. Best kan bila ramai yang kesian kat kau" Serious kalau kau depan mata aku memang aku lempang muka kau pakai kasut mahal aku. Tapi itu kalau kau depan mata akulah kan. Tak sangka pulak kau suka baca blog tagih simpati aku ni kan?Ni mesti senyap - senyap follow blog aku anonymously.Terharu aku. Thanks weh! Habis kat blog kau, kau tulis pasal apa? Sorrylah aku tak ambik tahu kau canang pasal apapun kat blog kau sebab kalau blog tak tagih simpati memang aku tak blogwalking. Tema hidup aku sekarang "Mari Menagih Simpati"

Sis Izzati pesan " Yat, jaga aib orang. Nanti kat akhirat Allah jaga aib kita" Pesanan yang mudah. Sebab tu, tiap kali aku terasa macam nak publish je cerita kau secara besar - besaran kat blog aku ni, aku fikir dua ratus juta kali. Berbaloi ke? Apa aku dapat? Bertambah pahala aku? Tapi seriously memang hari ni I dah hilang sabar dah. Hilang benteng - benteng pertahanan membanteras kuasa jahat. Manusia biasa macam I mudah lalai dan leka. Yup. hari ini I hilang pertimbangan.

Say hello to Voodoo world.
So kalau lepas ni tiba - tiba je sakit perut, muntah darah, perut buncit...muhasabah diri ya!

Eh! Berapa ramai orang yang percaya I buat betul - betul angkat tangan!!!?

I'm just kidding-lah! (^___^)

Kot?

Dah. Babai!

Read More»

Orang Comel Perlu Sentiasa Berada Dalam Luang Lingkup Persekitaran Yang Comel

Tengoklah. Setiap kali buat entry baru kenapa mesti letak tajuk entry yang boleh buat orang lain muntah?Nasiblah kan. Haha. Nak buat macamanalah kan. (T__T) Sebelum I update entry berbasah - basahan weekend lepas (Ehem) Serious kedengaran macam entry porn. Scratch that! Sebelum I update entry bermandi - manda di TBR last weekend, mari I update dulu dengan entry ini. Yeahhh. Drumroll pleaseeeeeeeee! *Dengan nada gedik*

Semua orang tahu yang I ni si tua yang tak pernah nak mengaku tua. Kalau orang tanya "Awak umur berapa?" Laju je mulut ni jawab "Dua belas". Nampak sangat tipu kan, tapi tulah memang langsung taknak mengaku yang usia dah tua. Memang I dah tua. Mata dah rabun, badan dah sakit - sakit. Kalau berjalan bongkok - bongkok. Orang tualah katakan. (T__T) Tapi kalau bab mengaku muda heheyyy I lah number satu!

Kegilaan terhadap teddybear bukan sahaja dirumah tapi turut dibawa ke tempat kerja. Syukur so far boss tak pernah keluarkan notis "GURU - GURU DILARANG MEMBAWA BARANG PERMAINAN KE SEKOLAH" Sebab kalau boss buat nanti spot-check beg CIKGU BUNGA dalam dia ada teddy bear, rattler, soft toys dan macam - macam! Seriouslylah kan, siapa yang tak suka teddybear?Ke ada?Eh ruginya! Bila I bawa teddybear ke sekolah, ia dapat menghilangkan perasaan homesick tau. Kalau sedang berduka nestapa insyaAllah boleh hilangkan rasa tu. Kalau stress pulak, memang barailah Teddybear tu kena gigit di kepala. Mengada - ngada tak perangai?Terus tak jadi nak jadi samseng bila tengok atas meja kerja ada teddybears dengan soft toys yang ramai.

Hai! Bersihnya meja kerja awak! - Well biasalah! *Nada sombong*
Sudut ni dipanggil sudut jiwang sebabbbb... Haha kalau jiwang memang dok menepek kat area ni sambil nyanyi - nyanyi lagu jiwang. Gitar kapok je takde. Kalau ada, memang sah buat konsert Scoin haku tak memasal. Wahahaha. Jangan mimpi nak curi ye, I letak CCTV kat situ.

Wahhhh! Rapinya!
Meja kerja I selalu dicemburui rakan - rakan yang lain. Diorang kata I tak buat kerja sebab tu meja kemas je dan tersusun. Selalu kena perli sebab takde buku melambak atas meja macam meja yang lain - lain. Well, I kan well-managed. That's whylah meja I sangat bersihhhhhh! Haha riaknya ayat. Nanti Tuhan balas! Haiyooo takut! Sebenarnya bukan apa, kalau meja kita bersih dan comel (Macam tuannya) nanti otak kita pun tak serabut. Nak cari dokumen pun senang, and tak buang masa punggah semua kertas - kertas yang ada atas meja. Sekarang ni sedang gigih aplikasikan sistem personal filling. Macam best! Ouhhh sistematiknya sayaaaa!

p/s : Ada rakan - rakan I sedang berduka kini. Tumpang bersedih! (T__T)

Dah. Babai!

Read More»

Happy 6 Months Birthday Sayang Mama Adam Irfan Xaharis!

(16 Julai 2010 - 16 Januari 2011) Sekejap je Adam dah 6 bulan kan? Baby 6 bulan dah pandai apa eh? Macam hari tu je perut ni terboyot - boyot bawa Adam dalam perut. Macam hari tu je I muntah belahak sebab mabuk, morning sickness yang melampau, taknak masuk dalam bilik, taknak bau suami, tak boleh bau emak memasak. Macam hari tu je I kena paksa minum air gula sampai 5x semata - mata buat MGTT. Benci betul! Macam hari itu je I sakit nak bersalin. Cepatnya masa berjalan. Tak terkejar rasanya. Kadang - kala lupa sebenarnya diri sendiri dah jadi Mama. Ehehhh haaa jangan mengkeji heh, tak baik. (T__T) Perasan single wehhh. Buruk perangai! Maafkan I!

You know what?Adam sudah 6 bulan. 6 bulan okay! Pencapaian? Mungkin bayi paling bijak dalam dunia? Kihkih! Oh Adam. Adam dah pandai merangkak, pegang barang, kalau letak dalam walker and panggil nama dia, dia akan datang dengan pantasnya. Kalau kita kata "Adam comellll Adam hemsemmm!" Dia akan ketawa dengan gembiranya. Pandai pegang botol susu sendiri. Adam tak sukakan toys kecuali handphone, laptop and remote control. Adam tidur sambil berdakap, Adam sangatttt baik kalau dengan Papa tapi sangattttt notty kalau dengan Mama. Bila kita cakap something yang inspiring (Macam beri nasihat ke hape kan) mata Adam bercahaya. Nanti dia pandang muka kita sambil belai pipi kita.

Hemsem dah anak Mama!
Oh Adam suka menggigit. Habis dia gigit jari - jari, pipi mana - manalah yang dia boleh gigit. Adam peramah. Suka ketawa. Kalau ketawa macam dunia ni dia punya. I tahu Adam bayi yang cerdik. Cepat belajar.Cepat kenal orang. Tapiiiiii Adam super duper drama king! Diva okey! Taknak panas, taknak sejuk, tak suka bau busuk, tak suka tempat sesak, tidur nak kena dodoi sentiasa. Suka kalau kita pakaikan dia baju baru! Excited dia! Perangai siapa tu?Kihkih!

Oloholoh senyum pulak anak Mama!
I dan suami berazam untuk sentiasa sediakan yang terbaik untuk Adam

Bukan memewahkan dia. Bukan. Tidak sama sekali. I dan suami dah berbincang, kami takkan manjakan Adam dengan kemewahan. Taknak. Biar dia belajar hidup susah. Biar dia jadi orang. Biar dia tahu kasih sayang lebih penting dari kemewahan. Biar Adam tahu hidup ni tak selalunya indah. Biar Adam jadi manusia. Setakat ni, I belum sepenuhnya jadi Mama yang baik untuk Adam. Masih kekok, masih belejar, semua keperluan Adam, emak yang banyak bantu. Suami juga banyak membantu. Terus - terang, suami lebih cekap menjaga Adam. Mama Adam? Kalut!
Apapun sayang, Mama sayang Adam dengan seluruh jiwa raga Mama. Orang lain mungkin sayang Adam lebih dari sayangnya Mama pada Adam, tapi sayang, ingat ya, Mama pernah bertarung nyawa untuk Adam. Mama menahan sakit yang maha sakit untuk bawa Adam lihat dunia. Mama tahan semua itu untuk Adam, sayang. Jadi mana mungkin ada orang lain yang lebih sayangkan Adam, lebih daripada Mama. (^__^)

Semoga Adam jadi manusia yang berguna. Warisi sifat - sifat mulia Papa ye sayang. And Mama tau dahhhh, perangai - perangai nakal Adam, semua tu Mama punya! Sabooo jelah! (T__T)

Mama sayang Adam!

Read More»

Betulkah Itu Saya?Ke Ada Orang Nak Prank Saya?Tolonglah, Saya Dah Seram Ni!

Tajuk entry je dah seram kan?Apatah lagi kalau I cerita secara details. Mesti ada yang terketar - ketar ketakutan. Petang tadi bila ada rakan sekerja beritahu cerita ini pada I, terus I terkesima lalu terdiam seribu bahasa. Tak tahu nak pilih samada nak takut atau nak bangga. Eh nak bangga dah kenapa wehhh! Kau jangan buat mainnn! Ngangkung dah karangg! Cehh mentang - mentang cerita hantu, maka kena update tengah - tengah malam buta. Waduhhh suspennya! *Buat muka takut sekarang!*

Ceritanya begini.... *Latar belakang lagu filem seram*

Bilik guru kat sekolah I ni ada 2 partition. Dan yang tengah - tengah tu pantry, tempat solat and tempat telefon semua - semualah, tempat printlah hape kan. I duduk di partition yang kedua, yelah sebelum ni kan I mengajar pagi jadi bila dah tukar ke petang, time petang I sorang - soranglah sebab semua yang duduk situ pun cikgu pagi, Partition yang satu lagi penuh cikgu petang duduk. I duduk sorang - sorang je okay. Kadang - kadang rasa macam cool la kan duduk sorang - sorang, budget artis la pulak kan. Kadang - kadang seriau jugaklah kan. Hadoiiii sabar jelah.

Partition tempat I sekarang ni dah banyak dah cerita yang I dengar tapi buat - buat tak dengar dan tak tahu sebab taknak sangat melayan perasaan takut tu kan. Kalau ikutkan takut, memanglah takut. Tapi buat - buat berani je dan selalu ingatkan diri sendiri bahawa I adalah thundercat. Jadi buat - buat berani. Selalu sambil buat kerja kalau rasa tak sedap kan macam ada orang tengok dari belakang kan, I angkat tangan buat tanda peace sambil kata "Wehh peace wehhhh! Peace no war!" Sengal eh. Bacalah Yaasin ke hape kan.

Okey kembali ke cerita asal. Semalam cuaca ala ala mendung sebab baru lepas hujan, then telefon kat bilik guru berbunyi. Ada sorang akak dari partition sebelah nak jawab telefon tu, on the way nak ke tempat telefen, beliau mendakwa beliau melihat I sedang buat kerja dengan khusyuknya. So lepas dia jawab call, dia pun datang ke tempat I lah kan nak borak - borak. Tapi............. I TAKDE! Dia pun carilah bawah meja bawah kerusi dalam tong sampah segala merata lah kan kot - kot I main nyorok - nyorok ke hape kan tapi memang I takde kat situ. Beliau berkata lagi memang sumpah pengakap akak tu nampak I pose maut kat meja sambil khusyuk buat kerja tapi sebenarnya waktu tu I tengah mengajar kelas kat depan. Seram tak seram tak??Gila kau I yang tengah type ni pun rasa seram terus paksa Embun teman.

Persoalannya disini kenapakah kau dalam banyak - banyak manusia kat situ kau serupakan muka kau dengan aku wehhhhhh! *Telan air liur* Weheyyy I seram wehhhh! Ada yang mendakwa I berkawan dengan makhluk tu wehhh selisih wehhhh kalau lelaki kacah hah memang I sanggup digosipkan bersama, ini...aiii tak sanggup nak sebut nama dia wehhh. Jangan wehh jangan serupa I! Pergi serupa cikgu lain yang jahat tapi jangan I wehhhhh!!!

Janganlah bergurau seram dengan I. I nangis karang!

Telan air liur banyak kali. Pergi sekolah bawa Yaasin siap - siap dalam beg. Bukan apa, untuk protection. Jangan cakap I Ghostbuster pulak karang lepas ni. Tak rela I nyah! Yang penting sekarang I memang ketar tahap Parkinson wehh. Nak seram ke tak eh?Seram la ehhh!! You guys kalau ada nasihat berguna boleh membantu I jangan segan - segan nak bagitahu! Meh seram ramai - ramai meh!

p/s : Selalu perasan diri sendiri adalah Vampire yang kacak. WTF!

Read More»

Carlo Rino Handbags For The GiveAway! (^___^)" Yayyyyyy!

Dah join?

Apa tunggu lagi wehhhhhh!

Read More»