Seronoknya Tengok Orang Kahwin!

Makan nasik minyak yang sedap sampai cirit - birit satu rumah. Taktaulah mana satu yang membikin durja, nasik minyak Felda Redong ataupun Mee Rebus Ali. Puaka betul bila terpaksa berebut toilet dengan suami. Tapi sebab taknak bergelar derhaka cehceh maka mengalah saja =.=" Tapi tetap terasa sibet bila suami sengaja kentut depan - depan.Biahdappp!

Weekend pergi rumah cousin di Felda Redong sebab beliau kahwin! Kawan I main kahwin - kahwin masa kecik sekarang dah betul - betul kahwin! =.=" I rasa ni first time pergi rumah dia sebab rasanya dulu - dulu tak pernah pergi. Jauh laaa dulu abah takde kenderaan nak pergi, takkan nak naik basikal kan pergi sana. Ni dah besar - besar baru nak menjejak kaki ke sana. Cewahhh dah macam orang bandar balik kampung, geli betul perangai masing - masing.

Tengok boyfriend I dua - dua dah siap, tinggal mama terkial - kial nak make - up bagai. Dua - dua dah berpeluh sebab sibuk main wrestling - wrestling. Mama tunjuk rotan suruh behave pun tak takut! =.="

Jauh rupanya nak pergi Felda Redong eh? Jalan nak ke sana pulak sikit punya pailang. Banyak lubang weh! Bukan baru lepas pilihanraya ke? Mintak jalan baru lah weh! Bengkok sportrim! Adam pulak sepanjang perjalanan taknak tidur. Merakas sepanjang jalan, lompat - lompatlah, tendang - tendanglah. Bila dah nak dekat sampai dia poo poo pulakkkkkk!

Maklong, Tisyar,Embun,Emak,Adam.
Lepas makan nasik minyak dengan terujanya (Sebab ada udang masak sambal tumis) terus masuk rumah sambil sesi bersalaman dengan makcik - makcik yang sumpah I tak kenal sambil kenal - kenalkan diri dan acara wajib mestilah acara terjah pelamin, hantaran dan pengantin! Wuuu cantiknya pelaminnnnn! I ajak suami naik pelamin untuk camwhore dia taknak pulak. Kecewa! (T__T)

Cantikkk!
Wajib wajib!
Adam recharge bateri.
Main - main dengan bunga telur orang!
Selamat pengantin baru sepupu! =.="
Cuaca panas terik tak payah nak cakaplah. Sabar jeklah. Nasib baik orang tak ramai sangat masa kami datang. Makan pun boleh makan dengan selesa tak payah nak berebut macam main kerusi beracun. Annoying je kalau terpaksa buat macam tu. Adam pun tak berapa nak nakal sangat cuma dia sepahkan kuih kat dalam rumah pengantin. Tu je. Takdelah nakal mana pun. Huhu. Tak sempat tunggu pengantin sanding sebab masing - masing dah ngantuk sangat - sangat. Nak tidur. Hahaharampunyaperangai!

Tsk. Terpaksa balik. Kesian suami I. Sampai tertidur - tidur kekenyangan kepenatan. Maklumlah. Suami I night - rider. =.="

Selamat pengantin baru Inor and Shah! Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu cicit seduniaaaaaa! Kau cantik sangat. Kurus pulak tu. Siot je aku gemuk sorang - sorang.

Dah.Babai!

Read More»

Kau Ingat Seronok????KAU INGAT SERONOK??

Apa?Apa?Kau ingat seronok bila orang kata kau sombong?Kau ingat seronok orang kata kau berkawan dengan orang lain tak ikhlas?Kau ingat seronok terpaksa jadi super duper hipokrit terpaksa senyum - senyum dan melayan baik manusia yang menganjingkan kau, yang mempailangkan kau??Kau ingat seronok??Nak tau apa rasa dia??Rasa taik tau! taik!

Depan aku, kau senyum - senyum dengan lemah lembutnya. Belakang aku kau kata aku macam - macam. Kau kata aku kawan dengan Markonah sebab saja nak bermuka - muka. Kau kata depan kawan - kawan aku, aku kutuk - kutuk si Markonah tu. Tak baiknya kau. Padahal Markonah tu memang kawan baik aku dari dulu lagi sebelum kau kenal Markonah tu. Tapi sebab mulut Puaka Kakak Tiri Mak Lampir tu hubungan kami yang sebelum ni baik tahap cium - mulut terus berubah. Kami jadi musuh tak pasal - pasal. Tapi bila keadaan dah jadi jernih, kami pun dah mintak mahap sempena raya Deepavali yang lepas, macam - macam kau nganjingkan kami ya! Siapa ajar?Kenapa mulut kau jahat sangat?Nak kena tempeleng?

Aku jenis manusia yang tak kisahlah weh kalau terpaksa jadi lone ranger pun kat sesi petang. Sebab geng bas sekolah aku semua kat sesi pagi kan. Takde hal pun kot kalau aku terpaksa memenuhi masa lapang dengan main lipas atau labah - labah ke, cakap sorang - sorang dengan pemadam ke, main dengan semut ke, setakat cerita - cerita yang kat bilik guru tempat meja aku tu banyak puaka ke, hantu kopek ke hantu Kak Limah ke, aku insyaAllah takde benda kot. Aku tak kacau hidup kau. Aku tak paksa pun sesapa datang bertegur sapa dengan aku. Aku redha je hidup menyendiri dari berkawan dengan orang macam kau yang manis dimulut tapi belakang aku kau baling - baling aku dengan taik ayam.Puaka kau lebih puaka daripada puaka.

Pada aku, kau dengan kawan - kawan kau yang jahat sebab buat Markonah macam tu. Suka - suka nak kawan, nak tegur, nak nganjing. Markonah tu pada aku okay je. Kawan yang baik, setakat ni takdelah dia buat benda - benda yang terlarang, takde dia dating peluk cium dengan anak Pak Mat Tempe, takde dia kacau laki orang sampai bercerai - berai, takde ah dia nak menggedik - gedik macam sotong masak lemak. Dia okay je pun. Kalau kau tak suka Markonah sekalipun takpayahlah kau buat cerita membohong sampai macam tu sekali. Baiklah kau pergi main semut bawah pokok dengan kawan baik kau tu. Gila bermuka - muka.

Ah kenapa aku mesti emo dengan isu ini?Macam budak - budak darjah 3 Anggur je. Tak kuasa ah nak emo lebih - lebih. Emo sikit - sikit sudah.

Dah.Babai.Takmoh kawan kau!

Read More»

Mana Lagi Hina?

Ini ada satu teka - teki untuk anda semua. Jawab dengan penuh bertenaga. Kalau segan atau terasa, jawab dalam hati pun tak apa. Mana lagi hina?

Perempuan/lelaki dah kahwin/beranak pinak ingat boyfriend/girlfriend lama?

Lelaki/perempuan dah kahwin gatal cari girlfriend/boyfriend baru?

Perempuan single mengurat suami orang?

Lelaki single mengurat isteri orang?

Lelaki/perempuan berkahwin mengurat suami/isteri orang?
Cakap depan cermin ke hape kau ni labu?

p/s : Lemah betul kalau orang cakap tak serupa bikin ni.=.="

p/s/s: Adakah ini teka - teki nak minta penampar?

Read More»

Luahan Hati Seorang Pendidik Picisan

Taklah. Siapa cakap kalau tak tahu Bahasa Inggeris tu orang bodoh?Tak! Korang tak bodoh lah kalau tak tahu Bahasa Inggeris! Tidak! Tidak!

Cuma,

Orang akan bodoh - bodohkan kita sebab tak pandai Bahasa Inggeris.

Dah.Babai.

Read More»

Buat Jahat Jangan Sekali (Sebab Tu Dia Buat Dua Tiga Ratus Kali!)

Aku banyak tengok orang buat benda - benda jahat depan mata aku. Yang aku pelik, bukan orang yang terang - terang jahat yang buat jahat. Orang yang buat baik nilah yang selalu jadi jahat. Ustazah tempat aku, terang - terang buat kerja jahat!

Terus I jadi terkesima.
Sabtu ni ada sambutan maulidur rasul kat sekolah. Dengar cerita ramai yang nak boikot. Katanya sebab masak nasi minyak tak guna minyak sapi, tapi guna minyak burung unta. Chill la kawan - kawan. Jangan boikot - boikot nanti tak meriah majlis yang kakak susah payah aturkan.

Akhir - akhir ni semua orang emo. Nak ajak bergurau pun tak boleh. Lagi - lagi kalau sebut isu kelas tambahan masa cuti. Semua dah siap pasang kuda - kuda nak belasah orang. Chill la kawan - kawan. Kalau taknak buat kelas tambahan tak payah buat. Kalau kena marah dengan pentadbir, tadah je telinga, ke buat - buat nyanyi lagu To'Ki ke. Paling koman pun kena buat surat tunjuk sebab. Setakat kena nganjing dua tiga round tak jadi kudis punyalah. Chill!

I rasa sekarang kat sekolah ada satu group sudah bengkeng dengan makhluk dwarf. Tunggu masa nak tunggu di simpang jalan dan pukul ramai - ramai. Cuma takde orang berani takut kena inject dengan ubat mandul kucing. Dahsyat. Pesanan penaja ringkas : Hidup Bahagia Takpa Hasad Dengki. Oh tapi kadang - kadang ada sesetengah orang yang jenis kalau kita nasihat makin galak dia buat kerja - kerja setan. Kalau nak mujarab cepat kita pelempang dia sedas dua. Insyaallah tak nakal lagi dah. Jom cuba?Kalau dwarf tu kacau hidup I, I berazam nak lempang dia. Boleh tak?

Cikgu sekarang semakin 'funny'. Haih.

Dah.Babai.

Read More»

Saya Taknak Panggil Encik Bodoh

Tapi Encik memang layak untuk dipanggil bodoh.

Semuanya bermula dengan begitu lancar. Hari yang indah, ayam - ayam berkejaran, monyet - monyet bersahut - sahutan (Tipu) I memandu dengan kadar kelajuan yang berhemah sekali sambil memasang CD Nasyid yang I burn sendiri. Cukup optimis untuk memulakan hari - hari sebagai seorang pendidik terbilang.Tiba - tiba sampai di Traffic light Sengkuang, sebaik saja I menghidupkan signal untuk overtake lane kanan, 3 buah kereta peronda JPJ yang kebetulan lalu membuat arahan supaya kereta kacak I berhenti di bahu jalan.

Dengan perasaan sedikit pailang, I memberhentikan kereta. 2 orang pegawai JPJ dari kereta pertama turun dan berjalan dengan macho nya ke arah kereta yang I pandu. Sambil membuat muka sehabis comel, I turunkan tingkap kereta. Perbualan yang berikut mula mengambil tempat.

Pegawai JPJ : Lesen... lesen!

I keluarkan lesen.

Pegawai JPJ : Ini kereta sapa ni?
Guru comel : Kereta sayalah.
Pegawai JPJ : Ni siapa suruh tampal - tampal semua ni? (Sambil menuding pada interior kereta I)
Guru comel : Takde sapa suruh. Saya pasang sendiri. Saya suka.

Pegawai JPJ tu buat - buat jengah - jengah dalam kereta. Lagaknya macam I ni muka wanted bawa pendatang asing dari Lombok.

Tiba - tiba sorang lagi Pegawai JPJ yang kelihatan agak lanjut usia datang ke arah kereta I.

"Tuan! Dia memandu sambil bercakap dalam handphone, tuan!" Pegawai JPJ yang mula - mula tadi mengadu. Mestilah I terkejut sebab tuduhan tu langsung tak berasas dan kedengaran agak pelik disitu sebab I tak pegang handphone langsung. Handphone dalam handbag. Masa tu I dah mula cari - cari kamera tersembunyi kot - kot ada krew Bang Bang Boom ke Wakena Beb ke lari - lari sambil jerit "Lu kenaaaaaa!" Cis menyesal betul tak solek lebih sikit tadi!

"Ohh pakai handphone ya!" Kata Pegawai JPJ Lanjut Usia.
Guru comel : Eh! Tak! Mana ada saya pakai handphone!
Pegawai JPJ : Awak tau tak, sebab orang - orang macam awak nilah banyak accident jadi!
Guru comel : Masalahnya saya tak pegang handphone langsung!
Pegawai JPJ : Mana handphone awak?
Guru comel : Dalam handbag!
Pegawai JPJ : Ambik. Saya nak tengok.

Masa ni I dah mula rasa ini bukan rakaman cerita Bang Bang Boom ke hape kan. Ini memang betul - betul sibet punya kejadian ni!

Pegawai JPJ : Saya nak tengok last call dia Tuan! (Ceh report kat Pegawai JPJ Lanjut Usia. Dasar kaki bodek!)
I pun tunjuklah kat Pegawai JPJ tu last call I, dari received calls, dialed numbers sampailah ke miss calls.
Pegawai JPJ :Tuan! Betul tuan! Ada panggilan ni diterima 23hb Feb 2011 waktu 12.32am tuan!

Pergggghhh! Masa ni I memang gagal menahan kesabaran, dahlah ditahan tanpa sebab, dituduh benda yang bukan - bukan pulak, lagi satu dah lambat nak punch card, memang saja nak cari penyakit JPJ - JPJ ni!

Guru comel : Encik, dulu sekolah belajar tak encik? Cuba encik tengok kat waktu call tu dibuat, AM ke PM?
Pegawai JPJ Lanjut Usia : AM!
Guru comel : AM tu malam tadi encik! Suami saya call nak belikan saya McD on the way dia balik kerja. Sekarang ni PM encik, PM!
Pegawai JPJ Lanjut Usia : kalau AM kan nanti jam tu keluar pukul 00 : 00?
Guru comel : Itu sistem 24 jam encik! Handphone saya pakai sistem 12 jam!

Nampak dah muka JPJ - JPJ sibet ni dah berubah jadi kelat - kelat. Suka - suka hati nak tahan orang, tuduh lagi guru comel ni pakai handphone masa memandu! Pegawai JPJ Lanjut Usia pun hulur handphone I semula sambil buat muka ketat. Macamlah I kesahkan sangat muak ketat dia tu, tak takut langsung! Sebelum diorang beredar masuk dalam kereta peronda tiba - tiba pegawai JPJ yang mula - mula mintak lesen I tadi cakap "Lain kali jangan pakai handphone!" Pergh! Hati yang dah panas ni terus meletup, I buka cermin kereta sambil menjerit dengan sekuat hatinya "SAYA KATA SAYA TAK PAKAI HANDPHONE, TAK PAKAILAHHH!" Masa tu dah tak kisahkan dah manusia lalu - lalang. Bodoh punya JPJ dah salah tahan orang, bengap pulak tu, nak cover malu saja je panaskan hati pengguna jalanraya yang budiman macam I ni.

Terus kereta peronda JPJ yang 3 biji tu tadi berdesup pergi laju - laju. Dah bengang, macam tulah perangai. Nasib baik I punch card tak merah tadi. Bodoh.

Moral of the story : Jangan jadi bodoh. Lain kali periksa betul - betul. Bila dah salah jangan malu nak minta maaf. Tak mati pun kalau minta maaf! Bodoh.

Dah.Babai!

Read More»

Jangan Tegakkan Benang Yang Basah

Ye. Sebab benang kalau basah tegakkan berapa kali pun memang takkan tegak punya. Kerja sia - sia. Orang yang tengok semakin kelakar sebab nampak BODOH bila kita bersungguh - sungguh nak tegakkan benang tu. Orang mula mengkeji. Orang mula mencaci. Sudah - sudahlah tegakkan benang basah weh!!

Tapi.

Apa jadi bila benang tu dah kering? Bila dah tak ada air yang membasahi benang tu? Mungkin ke benang tu still tak boleh berdiri? Still ke benang tu tak boleh tegak?Fikir.

Mungkin ketika ini kita gembira sebab kita berjaya buktikan kesalahan orang lain. Kita tutup cerita yang busuk - busuk. Kita cerita yang best - best je. Kita anjingkan orang tu jahat, orang tu busuk, orang tu pailang. Kita sorokkan jahatnya kita, busuknya kita, pailangnya kita. Kita biarkan sisi jahat kita duduk diam - diam dalam ruang yang paling gelap sedunia. Orang takkan nampak kita jahat. Orang nampak kita baik. Innocent. Tak bersalah. Orang tu yang jahat. Orang tu yang celaka. Baiklah.
Tapi kita kena ingat. Tuhan dah janji. Akhir zaman penuh dengan tipu daya manusia. Allah dah janji, Dia akan bagi manusia - manusia yang mungkar bergembira dengan kejayaan mereka mengadu - domba. Kebenaran diputar - belitkan. Masa ni manusia lebih sukakan cerita bohong dari cerita yang betul. Manusia lebih percayakan penipuan. Manusia lebih suka digula - gulakan dengan sesuatu yang tidak benar. Cuba tengok. Manusia lebih sukakan gosip, fitnah dan penipuan. Kan?Baiklah.

Kita hidup bukan untuk hari ini saja. Esok, di Padang Mahsyar, Allah akan tayang satu - satu apa yang kita buat kat dunia. Tanpa sebarang penapisan dari FINAS. Masa tu, kita dah tak mampu menipu. Kita dah tak mampu nak gunakan kepakaran kita membohong untuk menutup kesalahan diri. Aib kita Allah buka seluas - luasnya. Sebab tu Allah kata, barangsiapa yang menyimpan aib manusia yang lain, maka Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak. Kan?

Ini satu ingatan untuk diri sendiri juga. Supaya lain kali lebih berhati - hati dengan manusia. Supaya lain kali tak membuat dosa, tak membuka aib orang dan sebagainya. Memang kadang - kadang kesabaran kita akan diuji. Allah akan uji hambanya yang terpilih. Yang bertuah untuk merasa kasih sayang Allah.

Ya Allah. Aku redha dengan ujian MU Ya Allah kerana aku tahu Kau menyayangiku. Aku redha Ya Allah.

p/s : Semoga I akan lebih kuat seperti Power Rangers PINK selepas ini.

Dah. Babai!

Read More»

Kenapa Suami?

Hari ni suami I macam susah hati. Bukan hari ni je. Dari semalam dia duduk termenung. Balik kerja pun senyap tak banyak cakap. Kenapa agaknya. Susah hati I jadinya. Bila I tanya dia senyum cakap takde pape. Wehehhhh I risau! =.="

Kenapa suami?Kenapa?

Macamana nak buka mulut suami supaya luahkan apa yang ada dalam hati dia? =.="

Dah.Babai!

Read More»

Sayang Teacher Tak?

SAYANGGGGGGGGGGGGGGGG!! Jawab students I secara berjemaah. Mana yang excited terlebih tu siap ketuk - ketuk meja dengan kotak pensil. Annoying. Memang annoying. Siapa yang tak biasa berurusan dengan kanak - kanak nak melangkah ke alam remaja mesti rasa nak lempang budak - budak ni satu - satu. Kadang - kadang bila you tanya something yang lain, dia menjawab dengan terlompat - lompat walaupun takde kaitan. =.=" Kalau budak perempuan pulak, sambil bercakap mesti nak pegang - pegang, cakap serentak, jerit - jerit. Annoying tak? =.="

Tapi mereka ni appreciative. Walaupun banyak cengkadak. Sabar ajelah. Kalau diorang suka, diorang tunjuk sungguh - sungguh. Kalau sedih, marah, terharu, tunjuk sungguh - sungguh. Untuk sesi 2011 ni, I ada lebih kurang 200 students untuk 5 kelas. Agaknya kalau I tanya sorang - sorang diorang sayang I ke tak, apa agaknya diorang jawab eh? =.="

Sejak mengajar sesi petang, I garang. Kalau keadaan memaksa, I bawa rotan masuk kelas. Takde nak main - main masa belajar. I punya pantang 1 je. Jangan lupa bawa buku. Kalau lupa bawa buku, tadah ajelah tangan. Rotan. Sambil rotan baca bismillah. Niat nak mendidik. Bukan benci. ALhamdulillah, diorang dah faham. Mana yang tak bawa buku, cepat - cepat berdiri minta maaf sebelum rotan singgah kat tapak tangan. Kejam betul. Mana yang tak suka kena rotan, memang berbakul - bakullah menyumpah I dalam hati. Pasrah ajelah. =.="

Tapi, bila dah marah - marah macam tu, kalau terserempak dengan I kat mana - mana mesti panggil nama I kuat - kuat. Ramai - ramai datang serbu nak bawakkan buku la, nak tanya I dah makan ke belum, nak tengok hari ni I make - up macamanala. Tak pulak simpan dalam hati yang semalam kena rotan tu. Lagi terharu bila ada perubahan jadual and ada beberapa kelas bertukar cikgu, muka masing - masing macam cekodok basi bila tau I nak bertukar dengan cikgu lain. Monyokkkkkkk sedunia! Sepanjang masa taknak belajar, tunjuk perasaan ah konon. Semua taknak cikgu lain. Nak Teacher Yat jugak. Elehhhh korang ni. Drama lebihlah.

Student bagi. Budak lelaki. =.="
I rasa seronok pulak mengajar sesi petang. Suci murni je masing - masing. Redha dengan cikgu, tak mengadu - domba, tak komplain cikgu ni best cikgu tu boring cikgu tu sibet, takde takde. Diorang tak tercemar lagi. Hopefully diorang kekal suci begitu. Kalau tak students lain pun, I harap students I akan kekal begitu insyaALLAH. =.="

Kadang - kadang I rasa besar hikmahnya I pindah sesi petang. Hikmah yang bukannya datang dari Pengetua, GPK atau sesiapa pun yang busuk hati dengan I. Tapi hikmah yang datang dari Allah. Hikmah I bersabar. Kot? =.="

Setiap kali masuk kelas, penuh dengan rasa ikhlas. Amin Ya Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin.

Dah.Babai!

Read More»

Ye Kau Layak Untuk Aku Panggil Hebat!

Tahniah Embun! Tak kuasa aku nak tulis results kau besar - besar kat sini nanti kau riak pulak. Kami semua bangga dengan kau! Kepada calon STPM 2010 yang dapat results gempak - gempak dan terbaik di pasaran maka TAHNIAH berbakul - bakul dari Kakak Bunga ya! =.="

Sayangggggg kau!

p/s : Berjiwa penyayang rupanya I neh. Haishhh!

Dah.Babai.

Read More»

The Endless War Between Good And Evil.

Saya tetap percayakan suami saya. Saya tetap percayakan suami saya.Saya tetap percayakan suami saya.

p/s : Chill. Zaman manusia akhir zaman yang jahat - jahat ni I tetap percaya ada yang baik - baik juga.

p/s/s: BODOH. Sebab manusia bodoh ni rosak emosi gembira I satu hari.Ciss!

Read More»

Siapa Suruh Baik Hati Sangat? Cakap!! Siapa Suruh??!!!

Oh mungkin minggu lepas minggu emo sedunia. Sebab semua pun emo. Kawan - kawan I baik yang lelaki atau yang perempuan semua emo. Mungkin kami period sama - sama? =.=" As for me, memang emo tahap nak korek mata orang dengan spatula makmal sains sebab terlalu banyak perkara yang membuatkan I berjiwa kacau. Ewah ayat, taknak kalah. Nak guna jugak ayat novel ayat - ayat cinta.

Lepas tu busy dengan tugas - tugas hakiki sebagai kuli guru. Marking paper, key in data, uruskan hal biasiswa, eh macam - macamlah. Kelas pulak nak streaming sekali lagi, maknanya murid pun akan bertukar maknanya kena sediakan list name sekali lagi dan kena tukar data dalam Sistem Maklumat Murid weheyyy kau ingat aku Robocop ke semua benda nak buat lepas tu nak cepatttttt manjang. Emosi betullah! Terabai kekasih I yang dua orang tu. Sabtu pun kena datang berkhidmat kat sekolah. Tengok. Nampak kan betapa sayangnya I dengan sekolah. Nampak kan??

Ditambah lagi dengan hal - hal yang berkait rapat dengan skandal lama yang tuuuuuu bertambah semak I rasa kepala otak I yang bijak bestari ni.Lepas tu mulalah nak nyanyi lagu Spring sambil salahkan dunia sebab tak adil. =.=" Wuuuuu perangai siapa yang emo tu?Kenapa perangai I dah macam perangai Naddy yang selalu emo sedunia?Mengapa?Mengapa?

Tapi tapi tapi, Tuhan tu Maha adil. Dia semakkan kita dengan hal - hal yang mencengkam jiwa (Tengokkk ayat novel lagi!) bila kita redha dan sabar, ecehhcehhh Dia bagilah kita sebab untuk happy dan bergembira. Sekali lagi pakcik posmen ditugaskan membawa kebahagiaan dalam sebuah bungkusan!

Ada bau Langkawi lah! =.="
Rosak lagi plan diet I! Kehkeh!

Alaaaa bestnya! Stok cokelat yang lama pun memang dah habis dah. Dapat pulak stok cokelat baru. Alhamdulillah. Thanks ye dear. Thanks kerana menceriakan hari I dengan cokelat bau Langkawi ni! Yeayyyyy! Thanks sayang! Cehceh terus panggil sayang! Dasar kasanova semua yang cantik - cantik yang lawa - lawa yang manis - manis pun aku nak sebat! =.="

Murah rezeki. Alhamdulillah. Cuba lepas ni pos lelaki kacak cuba! =.="

Dah.Babai!

Read More»

Pakai Heels Memanglah Nampak Bodoh Bagi Perempuan Typical

Tetapi bagi wanita yang sukakan adventure dan lagak ngeri (Yelah kalau dah jatuh bedebuk masuk longkang sambil kaki terkapai - kapai mintak bantuan layakkan dipanggil lagak ngeri?) kami semestinya cintakan heels. Lagi - lagi yang bentuk merapu annoying tak pasal - pasal. Oh we like it!

Hasil menabung selama dua minggu akhirnya membuahkan hasil. Yelah, kalau asyik suami bayarkan nanti kena keji kata I kikis duit suami pulak. Jadi tampil dengan inisiatif sendiri makanya selama dua minggu menabung plus duit claim KEBIRU RM24 mampulah I beli heels idaman. =.=" Ohhh sweetnya rasa bila beli sesuatu dengan hasil tabung ayam sendiri!

Tengok. Tenang kan muka? Haishhh. Mentang - mentang dapat heels idaman. =.="
Walaupun pernah ada pengalaman ngeri jatuh depan istana Melaka terus patahkan kaki sendiri disebabkan oleh heels puaka 3 tahun lepas tapi tak pernah pulak nak serik. Dulu seriklah sekejap, eleh tak sampai 3 bulan pun seriknya. Bila kaki dah baik terus pakai semula heels 8 inci. Apakah?

Semalam balik dari sekolah terus pergi BPMall. Memang hajat nak ganti wedges hitam yang terbarai masa majlis Kak Timah hari tu. Kesian betul, masa send - off Kak Timah bersara kat pagar sekolah baru perasan rupanya heels dah terbarai, patutlah masa jalan rasa lain macam. Malu mak,nok!

Nasib baik jumpa heels seksi yang berada dalam lingkungan budget, kebetulan Vincci buat immediate rebate RM10 untuk belian RM50 keatas. Jimatttttt! =.="

Hello! Nama saya heels seksi auwwww!
Semoga awak sihat - sihat aja di dalam jagaan saya!

Macam biasa, first day pakai si seksi ini ke sekolah, confirm kakak - kakak I yang prihatin akan buat muka amuse yang melampau sambil tanya I macam - macam. Tak takut jatuh ke, tinggi sangat nanti mandul la, bla bla bla bla. Baiklah. Hanya mampu tersenyum penuh redha.

"Aku punya sukalahhhhhhhhhhh!"

=.=" Dah. Babai!

Read More»

Korean Drama?Errrr.. Mintak Maaf Tumpang Lalu.

Dah dahhhh kepada peminat drama korea jangan baling I dengan batu sambil menyumpah I yang keji - keji dalam bahasa korea!! Bukan I tak pernah cuba minat, pernahhhh! Pernah beli cd semua kan.Tapi taktau kenapa tak boleh jugak nak meminati drama korea secara sepenuh jiwa macam Naddy. Kalau dia tu memang dewata drama korea, budget boleh jadi comel macam artis korea ke hape. Harapan.Satu - satunya benda yang melibatkan korean yang I minat adalah movie hantu dia. Best! Cerita hantu, hantu dia siap boleh comel eh?Menyampah tak?

Tapi memang syoklah kan tengok cerita korea, awek - awek yang kawai sedunia. Lepas tu kurus - kurus. Nak nak lagi mamat - mamat korea yang iras macam wanita auwwww, slender, ah menyampah kuasa dua ah! Tapi kan tapi kan tapi kan... ada satu drama korea ni yang I sukaaaaaaaaaaaaaa sangat. Dari dulu. And setakat ni, tu satu je kot drama korea yang I suka. Haha naif betul! =.="




Pernah jadi Yoo Jin then dia jadi Jun Sang. Kehkeh. =.="

Apasal korang minat sangat drama korea eh? =,=" Cer citer cer citer!

Read More»

Ini Tanpa Tajuk. Ini Tanpa Tajuk.

Orang kata : Untuk kenal siapa kita, tengoklah siapa kawan - kawan kita.

And it's true indeed. Take a deep breath and look who's around you. List them down.

Naddy - Educator
Aloi - Reporter
Inn - Gym instructor / Gov.servant
Suami - Auditor
Maklong - Administrator
Makngah - Educator
Tika - Educator
Kak Sally - Educator
Melanie - Educator

Alhamdulillah. I have them with me all the time.

Lesson learned today : The saying "The more the merrier" is inexplicable.

p/s : Setakat nak berbangga kawan kau lecturer then mengaku yang hidup kau complete, alahaiiiii sempitnya otak. Boleh pulak sms aku bagitau betapa bangga dan 'besarnya' hidup kau berkawankan lecturer. Tak matang sungguh. Babai!

Read More»

Hey Nama Aku The Rock. Siapa Tak Panggil Aku The Rock, Aku Belasah!

Cehlehhhhh nak belasah orang konon, tapi dengar lagu Nasyid sikit dah meleleh air mata! Eh tapi betulllll! Dulu kan pompuan yang poyo - poyo minat Hello Kitty ni, siap minat pink lagi neh, dulu kan dia sukaaaaa sangat dengan Wrestling. Obsess tahap dewa - dewa dengan The Rock. Wehehhh kau cakaplah apa je pasal The Rock, semua I tau! I ada T-shirt dia, ada VCD wrestling, tiap - tiap season I ada, lepas tu ada sountrack CD dia, ada kaset dia, eh macam - macamlah! Masa tu I form six tau, pergi sekolah samseng gila sampul buku rujukan ada gambar The Rock siap tulis kat buku "Buku ini adalah kepunyaan The Rock"
 
Lepas tu budget diri sendiri samsenglah konon kan (Pengaruh TV kan!) jalan ni mana ada nak jalan macam manusia normal, dada kena meninggi, terenjut - enjut semata - mata nak bagi effect ganas. Muka kena bongkak. Entah hape - hapelah kan. Rosakkkk rosak pompuan ni! Masa tu kawan baik I si Naddy terpaksa redha jelah kan ada kawan konflik identiti macam ni. Huuuu! Sampaikan abang - abang senior panggil I "The Rock" Kahkah bodoh betullah kan. I lagi bangga dikenali oleh senior sebab perangai cacat perasan The Rock daripada dikenali sebagai freshie ayu yang jelita nan membuatkan jejaka terpesona. *Muntah*

Kekasih pada ketika itu ehem suami I sekarang ni pulak faham minat gf dia yang tak berapa nak betul ni, tiap - tiap bulan belikan I VCD wrestling. Nanti I tengok ramai - ramai dengan abah and ada sorang pakcik I. Bergasak tengok wrestling. Kalau bulan puasa, dari lepas sahur terus tak tidur sampai waktu buka gasak tengok wrestling. Gila betul.

I belajar English dari wrestling la. Kan sebelum lawan kan mesti ada bebel - bebel dulu kan. Haa dari situlah I belajar speaking. Kahkah. Belajar mencarut pun dari situ. Paling kelakar masa MUET ujian writing buat ucapan pembukaan boleh tulis apa yang The Rock cakap sebelum dia start lawan. Kahkah. Terus MUET dapat band 4 sebab bongok! Haha!

Semalam, kawan I masa form six tiba - tiba share link kat wall FB I.

Tsk tsk. Terinagt kenangan lama. Huuuuhu!
Haha sengal kau Sapix, terus aku teringat dolu - dolu wehhhh! Haha! Alahai malu betul bila kenangkan macamana I pada masa tu. Gila terencat kalau fikir - fikir balik. Memang terasa macam nak sorok muka dalam baldi!

Tarik nafas. Lepas.

Nasib baik sekarang I dah ladies - ladies gitu. Auwwwww!








If you smelllllllllll what the rock is cookin'!

Oh by the way The Rock dah kembali dalam wrestling! Yeahhhhh! Eh oopsss!

Dah. Babai. Jangan mengkeji!

Read More»

Homaigod! Baru I Tahu Nak Menghargai Bangsa Sendiri!

Bangsa Jawa eh. Tak malu I nak mengaku I ni bangsa Jawa. Lantaklah korang nak kata Jawa totok makan tempe ke hape ke I don't care as long as tak kena mengaku diri sendiri orang Melayu except kalau tick box dalam borang yang terpaksa tanda diri sendiri adalah Melayu.

Orang dulu - dulu selalu cakap kita ni hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Seronok jugak hidup beradat ni as long as tak menyusahkan diri and tak pelik - pelik tak bercanggah dengan Islam kira okaylah kan. I belajar satu lagi benda baru weh. Sebenarnya dah lama tau pasal benda ni tapi dulu tak ambik port pun apa dia sebenarnya kan, tau gitu - gitu ajelah. Details tak pernah haku kesah pun. Huuuu durrrhakaa!

Sempena birthday Adam yang ke 7 bulan semalam, maka semalam emak buatkan satu upacara mencemar duli chewahhhhh! Tak tak jangan sula saya! Emak dah buatkan upacara turun tanah untuk Adam. Turun tanah ni satu ritual / upacara yang orang Jawa amalkan apabila baby – baby genap mencapai umur 7 bulan. According to them (Cehcehceh terus jadi mengada – ngada nak speaking) this is necessary to ensure the baby will be able to walk properly and accordingly. Emak kata, kalau tak buat macam ni nanti anak kau dah setahun pun tak reti jalan lagi. Dulu masa anak Maklong, si Tisyar tu tak pandai – pandai jalan lagi walaupun umur dah setahun lebih, emak terus buatkan upacara turun tanah ni. Alhamdulillah, dengan izin Allah boleh jalan budak kecit tu. Sampai tak cukup tanah dia jalan!

Upacara ni macam nak memperkenalkan baby buat pertama kalinya kepada tanah. Instead of saying “Hey Adam, ini tanah! Taaaanah!” Nampak macam stupid kan? Jadi upacara ini diadakan sebagai sesi taaruf (Cehwahhhh sejak akhir – akhir ni pandai sebut taaruf!) antara baby dengan tanah. Dengan harapan bila besar nanti baby akan mampu berdiri dengan kuat, berdikari dan menjadi manusia yang berguna. Pehpeh! Dah macam pengacara dokumentari dah!

Upacara ni turun temurun orang Jawa amalkan sejak berjuta tahun yang lepas. Nampak sangat membohongnya tu! Takdelah sampai berjuta tahun yang lepas, beratus – ratus tahun yang lepas. Dalam bahasa Jawa kuno kita panggil upacara ini sebagai Tedhak Sinten. Amacam? Terbelit tak lidah nak sebut? I steady je sebut sebab I hari – hari speaking Jawa dengan emak kat rumah. Kagum tak kagum tak?

Mula – mula emak suruh kumpulkan barang – barang macam buku, pen / pensel, duit untuk diletakkan atas tikar. Reason dia supaya baby tu nanti pilih mana satu antara 3 barang ni. Kalau pilih duit katanya seksok pandai cari duit, kalau pilih pen / pensel maybe seksok pandai belajar, kalau pilih buku mungkin suka membaca. Terpulanglah nak letak apa. Mungkin parents boleh letak sportrim motor contohnya. Kalau anak – anak korang pilih sportrim motor maybe seksok jadi mat / minah rempit? I sediakan 3 benda je, duit, buku dengan pen/ Fuhhh suspen ni agak – agak Adam pilih apakah??

Tak sempat nak capai buku tulis, tercapai buku The Kite Runner. Huhu!
Ini air bunga. Ada 7 jenis bunga dalam besen oldschool ni. Tapi jangan tanya ah bunga apa kan. I ni nama je BUNGA bukan kenal pun bunga - bunga ni semua. =.="
Upacara dimulakan dengan Adam dobot berkaki ayam berjalan keliling besen oldschool berisi air bunga tadi sebanyak 3 kali.
Setiap kali pit stop,emak akan pijakkan kaki dia dalam mangkuk berisi bubur manis. Bubur ni kami panggil Bubur Candil.
Dah siap 3 kali pusing besen, sekarang letak dia atas tikar untuk buat pemilihan. Fuh fuh mintak - mintak dia tak pilih batu terus masuk dalam mulut! Cehceh suspen eh mula - mula pegang buku!
Cehceh ambik pen pulak!
Hahhh! Hambik kau! Pilih duit!

Ewahhh khusyuk anak bujang I main dengan duit. =.="
Lepas dah pilih duit, sekarang emak mandikan dia pakai air bunga tu. Time ni emak macam ada chanting something tapi tak clear sangat. Maybe tembang Jawa lama lah kot. Apa itu tembang? Tembang tu macam puisi la. Sajak ke syair ke.Peh dahsyat kan I punya tahap pengetahuan?
Olohloh comelnya!
Comel jugak!
Eh syok jugak lama - lama tengok gambar bogel kan??
Okeh okeh ini last lasttttt!
Lepas tu emak buang air mandian tadi atas tempat uri Adam di tanam. Uri ni orang Jawa panggil Batir. Batir tu makna dia 'kawan' so bila kita siram air tadi atas kawan kita tu hopefully kita dan kawan kita tadi sama - sama membesar bagai johan! Yeah!
Lepas tu semua pakat - pakat makan bubur candil homemade yang sedap sedunia ni! Nyumnyum!
Sebenarnya kalau nak ikutkan upacara Tedhak Sinten yang real and full package punya lagi banyak dia punya prosedur semua – semua kan tapi emak buat yang basic – basic je mana yang penting je emak buat. Syabas Adam sebab pilih duit dengan pen in the end. Tak taulah kan pilih sebab mata duitan ke hape kan. Redhaaa redhaaa. Mana tau seksok Adam jadi akauntan ke, pegawai bank ke. Possible tak?Tapi nak dapat genetic pandai Maths dari siapa eh sebab I dengan suami dua – dua pun tak pandai Maths. Kehkeh.

Korang kalau nak tau lebih lanjut pasal Tedhak Sinten ni boleh je Google.Mana – mana family Jawa yang still amalkan budaya Jawa ni taulah pasal upacara hebat dan berprestij ni.

Sekian saja kelas budaya Jawa kita pada hari ini. Jumpa lagi di lain kali.
Dah. Babai!

Read More»

Saya Suka Pergi Wedding Sebab Suka Makan Nasi Minyak!

Eh takkkk takkk. Ikhlas suka datang wedding sebab nak meraikan pasangan. Semoga kehadiran I menceriakan suasana. Ehwahhhh! =.=" Hujung minggu lepas pergi wedding kawan lama sejak dari sekolah rendah lagi. Memang pernah niat nak datang masa wedding dia ni sebab dulu liat sesangat nak buka cerita pasal kahwin. Sabar ajelah kan! Sekali senyap - senyap tau - tau aje dah nak kahwin!

Sayang tak dapat jumpa dia and tak dapat tunggu sampai bersanding sebab petang tu dah plan nak bawa family pergi Muar, pergi kolam Air Panas Gersik. Dapat makan nasi minyak, yayyyy! Dapat salam dengan mak kau pun kira aci lah wehhhh, ok? =.=" Comel nak mati pulak mak kau pakai baju ungu + hijau! Mak I kata emak kawan I ni masa muda cantik nauzubillah. Kira hot stuff macam Nora Danish weh!

Cehcehceh gigih suami drive. Siap warning "Jangan kacau, abang tengah fokus ni!" Baiklah! (T__T)
Ahahhhhhaaa suami! Susah betul nak ambik gambar budak seorang ni!
Kepada Nazmi dah isteri Puan Azaria Ahad (Sumpah gorgeous gilak wife kau!) Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia sampai bila - bila. Cepat - cepat dapat baby! =.=" Lepas ni raya datang rumah aku bawa wife kau okeh. Kalau tak nanti tak boleh add kau di FB. (WTF!)

Gambar ambil kat FB kau. Takpe, kalau kau marah aku boleh delete! =.="

Peh ni kalau kena maki sebab post pasal wedding kau kat blog ni maka akan I terima dengan redha. Maklumlah sekarang bukan suka - suka boleh post pasal wedding kawan. Tak boleh suka - suka wish. Nanti kena keji. =.="

Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!~

Dah.Babai!

Read More»

Hebatnya Adam! Sangat Behave Walaupun Tanpa Papa! Yayyy!

Sebab boyfriend I yang sorang ni kalau dengan papa dia memang baik sangat - sangat. Pijak semut pun semut tu tak mati. Pehpehhh kalau dengan papa dia memang Adam anak yang solehhhhhh! Hari tu bosan sangat - sangat kat rumah ajak emak dengan Embun jalan - jalan. Sebab suami kerja jadi dia tak ikut sekali. Dalam hati memang doa sangat - sangatlah mintak - mintak Adam boleh behave sepanjang perjalanan. =,=" Sebab Adam kalau naik kereta memang tunggang - langgang satu kereta. =.=" Tabahlah wahai mama!

Sambil nak tunggu I make up dan bersiap memang mencabar, kejap dia nak terjun dari katil la, kejap karang tau - tau dah terselit tepi katil la. Kena buat dia khusyuk baru I boleh make - up. Bagi dia wristlet I memang khusyuklah jadinya. Tekun je dia nak makan wristlet tu sambil mulut bising membebel tahpapelah. Tabah ajelah kan tengok Adam nyonyot - nyonyot wristlet tu dengan muka comel. =.=" Basah wristlet I dengan air liur dia. Sob..sob..sob! (T__T)

Sedap eh sayang?? Nanti rosak suruh papa belikan lagi yeeee. Harapan!
Berbekalkan susu sebotol (Sebab plan nakk keluar sekejappppp je) dengan stroller yang tayar dah nak hampir - hampir tercabut tu gigihlah kami anak - beranak pergi BP Mall. Ramai pulak manusia kat sana. Tension betul, nasib baik dapat parking. Adam boleh pulak tidur. Terpaksa tunggu dia dulu sampai dia bangun.Tak sampai 5 minit kereta berhenti tengok - tengok dia dah pun bangun. Yayyyy! Sebab perut lapar terus pergi makan dulu. Emak dah pesan taknak makan fast food. Cehhh eksyenlah, mak! So pergi food court. Makan hot plate mee. Sedapppppp!

Phewittt phewiiittt! Pompuan cantikkkk!
Adam pulak alahaiiii baikkkk sangat. Takde langsung buat masalah. Main dengan pacifier la, main dengan bantal busuk la, membebel sorang - sorang, buat bunyi - bunyian comel la. Dalam hati dah lompat bintang dah sebab lepas makan ingat nak pergi cari heels. Yayyyyy! Makan cepat - cepat sebab tak sabar nak beli heels baru. Hoyehhhh!
Alahlahlah sopannya anak bujang I!
Baikkkk aje dia!
Cakkkkkk!
Burppppp! Alhamdulillahhh! Nenek dah kenyangggg!
Uhh nenek! Dah habis menu sendiri dia makan menu Embun pulak!

Lepas makan, baru gerak nak turun tiba - tiba macam terbau satu bauan yang pelik tetapi amat dikenali. Masing - masing dah buat muka pailang. Adam sorang yang masih maintain muka happy dan kudus beliau. Emak dah ketawa mengekek.

"Tak dapat shopping la nampaknyaaa..."

Cehhh. Terbantut nafsu nak shopping sebab Adam dah buat cupcakes dalam pampers dia. Lepas tu tak bawak pampers pulak sebab kat rumah tadi Adam dah buat cupcakes seround dah. Tak sangka pulak dia buat lagi seround. Huuuuuu pasrah. Terpaksalah balik rumah sebab takkan nak teruskan shopping pulak dengan aroma sebegitu. Sabar ajelahhh. Dahlah tak selalu Adam behave macam tu punya baik. Pasrah.

Dah.Babai!

Read More»

Happy 7 Months Birthday Adam Irfan Xaharis! Oh Semakin Seperti Mama!

HAPPY BIRTHDAY ADAM IRFAN XAHARIS!!!! Yang ke 7 bulan! =.="  Baby 7 bulan sudah pandai apa? Hehe! Bangun pagi terus cium - cium pipi bushuk masam dia, gigit - gigit pipi dia. Alah comel nauzubillah! Adam tak pernah bad mood kalau bangun pagi. Mesti dia terus ketawa - ketawa sambil membebel entah hape - hape. Sempena birthday Adam I belikan dia toys baru. Haha comel gila tengok benda ni kat kedai hari tu. Terus beli. Sebenarnya mama yang rasa teruja nak naik benda ni tapi brader kedai tu kata ini untuk 5 tahun ke bawah. Kecewa.

Apa benda la binatang ni. Hybrid kot?
Excited Adam dapat binatang peliharaan ni. Membebel - bebel mulut dia, mungkin untuk menunjukkan betapa dia teruja kot? Haha perangai siapa kalau dapat barang baru excited sampai nak lompat bintang? Siap nak bawak tidur?Perangai siapa?Perangai siapa?Angkat tangan!

Sampai tersentil lidah.
 Tengok. Kan dah kata. Adam excited sampai nak bawak binatang ni masuk tidur. Perangai siapa??
Alhamdulillah, umur dah 7 bulan ni macam - macam perkembangan fizikal Adam. Taknak comparekan dia dengan baby lain sebab semua baby kan berbeza perkembangan fizikal masing - masing. Nurture vs nature lah kan. Nasib baik dulu pernah belajar benda - benda ni semua. Perkembangan kognitif baby, umur berapa dia boleh absorb language, umur berapa dia start gunakan psycho-motor dia. So tak payah macam blur - blur nak research semua tu. Just geledah stor, cari buku lama. Bukak. Baca. Haha. =.="
 
 Hai! Nama saya comel!
Alhamdulillah. Adam dah pandai merangkak masa umur dia 6 bulan. Serentak dengan tu dia dah pandai duduk cuma belum stabil lagi. Sekarang umur dia 7 bulan dia dah laju giler merangkak, dah pandai duduk dengan eksyennya. Sekarang ni dia dah pandai berdiri, merambat dari satu tempat ke tempat yang lain. Adam dah pandai duduk atas sofa / kereta mainan dia. Favourite lagu dia kalau kita pasang lagu - lagu nasyid. Khusyuk ni duduk dengan tekun dan patuh sekali. Comelnya perangai! =.="

 Cairnya hati mama tengok Adam gelak macam ni!
Macam biasa, kalau merajuk pun pandai dan hebat jugak. Drama king habis - habisan budak ni. Kalau nak tidur mesti kena berdakap. Lepas tu nak usap - usap kepala dia selalu. Kalau kita marah dia nanti dia bantai gelak kuat - kuat. Sabar ajelah. Dah pandai pukul muka kita kalau kita jelirkan lidah kat dia. Hobi dia kalau lepas mandi petang suruh nenek bawak dia jalan - jalan pergi rumah jiran.

 Suka duduk dalam air - cond!
 Toys kegemaran dia.
 Bermalas - malasan sambil lidah tersentil. Sangat seksinya.
Kalau tengah marah, tengok muka Adam jadi hilang marah tu. Kalau tengah merajuk dengan suami, suami pujuk I guna Adamlah. Hilang rasa merajuk, terus rasa sayang gila babun kat suami. Nak - nak lagi muka diorang seiras saling tak tumpah. =.=" Kalau pandang suami nampak Adam, pandang Adam nampak suami. Hari tu masa jiwa kacau sebab hal - hal remeh yang bodoh, banyak kali suami ingatkan yang I ada Adam and we are wayyyy better than them. Bukan nak eksyen menyombong ke hape, tapi memang rasa dalam hati kebahagiaan kami yang ultimate adalah Adam. Harta kami yang paling superior adalah Adam. Semua pun Adam.Sayangnya kat Adam! =.="

Sejuk hati bila tengok suami sayangkan Adam, selalu cakap lembut - lembut dengan Adam. Dodoikan Adam waktu tidur, manjakan Adam.Alahhh...! Tak sangka, yang hati manusia ni mampu untuk sayangkan manusia yang lain sebegitu punya kuat dan mendalam. I sanggup berkorban apa je untuk Adam, insyaallah. I ingat, I takkan mampu cintakan mana - mana lelaki lain selain suami, tapi rupanya salah eh. I cintakan Adam sama macam I cintakan suami. Sayang dua - dua boyfriend I! =.="

Sayang,
Mama and papa sayang Adam sangat - sangat.
Mama and papa maybe tak dapat berikan Adam kemewahan macam kawan - kawan Adam yang lain dapat.
Tapi Adam jangan risau ye sayang,
Adam dapat kasih sayang cinta sejati yang super duper dahsyat dari mama and papa yang mungkin tak semua kawan - kawan Adam dapat! =.="
Jadi anak yang soleh ye sayang.
Dunia ni penuh dugaan.
Adam anak mama yang kuat dan hebat!
Mama sayang Adam Irfan Xaharis!
Happy 7 months birthday sayang!
Muah!


Dah. Babai!

Read More»