5 Kuasa Jahat Yang Kalau Bergabung Memang Musnahlah Dunia Aman Damai Saya!

Rasanya jarang sangat – sangat I bercerita tentang anak – anak saudara I yang nauzubillah perangai masing – masing sangat mencabar ketabahan fizikal dan mental, kan? Anak – anak saudara I ada empat orang semuanya, kalau campur Adam ada lima oranglah maknanya cucu Puan Latifah dan Encik Isnin. The magnificent five. Kalau semua balik kampung memang menderitalah I dengan emak sebab diorang ni suka sangat buat sepah kat rumah, bukan setakat anak – anak saudara I je, kakak – kakak I pun kalau bab menyepahkan rumah memang nombor satu. Biasa yang emosi I lah, Sebab I tak suka kalau rumah bersepah, pantang nampak ada sampah terus nak kutip. Sabar ajelah kan kalau dari dapur sampai ke ruang tamu, kertas and toys bersepah – sepah kalau manusia – manusia ni balik kampung. Best memanglah best kan, rumah jadi riuh – rendah, masing – masing nak bercakap, nak bercerita, last – last takde sapa nak dengar, masing – masing tidur. Dahlah kami sekeluarga memang jenis manusia yang kalau bercakap penuh dengan ekspresi!


Okeh anak saudara I yang sulung si Makcik Kepoh ni nama dia Nur Insyirah Iman. Umur dia 6 tahun tapi mulut dia mak aih memang kalah mulut Cik Bedah! Suka bergosip! Hobi dia kalau balik kampung mesti gosipkan orang je kerjanya. Kalau ada rahsia memang jangan ah cerita dengan Chia ni sebab lepas tu ia takkan jadi rahsia lagi dah. Tak suka tengok kartun. Hobi dia tengok drama swasta and tengok cerita hantu. Lepas tu mulut dia memang puaka sikit kalau bab – bab perli – perli orang ni. Sabar ajelah kan kalau tak pasal – pasal kena sedas dengan Chia ni. Tabah ajelah hati tu. Tapi kadang – kadang kalau I dah tak sabar, memang I cubit – cubitkan aje budak Chia ni. Hehe.Tapi bagus budaknya ni, kalau kita belasah secukup rasa, 5 minit lepas tu dia dah lupa. Haaaa.


Ini nama dia Nurul Husna a.k.a Una. Kadang – kadang dia suruh panggil nama dia Princess. Mengada – ngada tak? Princess yang kuat nangis and malas mandi. Tak faham kenapa dia taknak mandi! Umur dia sebaya Chia, lemah – lembut aje orangnya. Pandai mengaji, pandai menyanyi, cepat hafal lirik and suka joget – joget. Sabar ajelah anak ustaz ni.Kadang – kadang baik, kadang – kadang puaka jugak perangai. Una ni rapat dengan I. Una ni tak suka tengok cerita hantu. Memang completely different habislah dengan Chia. Una suka giler tengok kartun sampaikan dia hafal semua lagu – lagu kartun kat Disney Channel. Una ni pandai speaking. Kalau kita converse in English dengan dia InsyaAllah dia pandai jawab. Same goes with Chia. Dua – dua pandai speaking.Dua - dua pun perangai macam ulat!Tak reti duduk diam!


Yang ni Muhammad Al – Fateh tapi better lah tukar nama dia jadi Ultraman Cosmos. Annoying betul kalau balik kampung mesti nak diangkut semua koleksi figurine ultaman dia yang banyak giler, pelbagai bentuk dan size. Sikit – sikit nak fire orang, sikit – sikit nak belasah orang. Fateh ni umur dia 3 tahun tapi belum jelas lagi apa yang dia cakap. Bolehlah faham sikit – sikit. Ini raja menyepah. Kalau nak sepah – sepah bagi je kat dia. Lepas tu moody. Tahpape. Malas mandi jugak macam kakak dia si Una tu.


Si kecik yang suka nyanyi lagu Cicak Di Dinding ni (???) nama dia Nur Intisyar Iman. Adik kepada Chia. Umur dia 2 tahun. Comel je. Lepas tu perangai pelik – pelik. Suka buat bunyi ayamla apa la.Dia paling takut dengan I. Taktaulah apasal, I garang sangatlah kot?Kalau dia tengah gembira main sengsorang, bila I lalu je atau I terbatuk sikit je terus dia ter’freeze’. Kelakar gila. Kadang – kadang kesian pun ada. Tapi bagus juga bila budak – budak ni takut dengan I, nanti kalau I bagi arahan ke hape ke laju sikit diorang buat. Kalau takkk masing – masing buat muka sardin ajelah.

Diorang – diorang ni perangai masing – masing macam makhluk pelik tapi kalau takde kat rumah rasa rindu pulak, tapi kalau ada kat rumah rasa menyampah pulak sebab nanti rumah jadi macam reban ayam, macam reban itik pun ada. Kecewa ajelah kalau mengemas rumah time makhluk berempat ni ada kat rumah. Adam apa lagi bila kakak – kakak and abang dia ada kat kampung terus mutate jadi makhluk kacak yang notty bangat!

Ni si kecik ni pun boleh tahan ni kalau bab - bab menjerit - jerit dengan membuat kekacauan, paling seksa kalau geng berlima ni cukup korum, Adam taknak tidur. Nak merakas je 24-7. Sabar ajelah kan kalau terpaksa baby-sit kan bukan satu, tapi lima sekaligus! Macam - macam perangai!

Buah hati pengarang jantung punching bag I. Comel - comel semuanya. Kalau time diorang behave lah.
Semoga nanti semuanya membesar dengan sihat dan cemerlang ya. Jadi anak yang soleh dan solehah. Amin. Mak Uda sayang korang semua walaupun kadang - kadang Mak Uda suka rotan and hanger korang atau piat telinga korang atau cubit korang atau atau atau banyak lagilah. Dalam hati Mak Uda anak - anak yang lima nilah yang jadi penyeri.Errr ni ucapan ni ditujukan kalau time korang tengah baik aje tau. Kalau tengah nakal, memang rotan lah jawabnya!

Dah. Babai!

Read More»

Tak Salah Menjadi Tak Sempurna

Kerana I orang yang sedar diri, jadi I takkan sekali - kali mencari kesempurnaan yang poyo dalam hidup ini. Nikmati hidup secara gembira dan beriman, insyaAllah mati tak seksa dan tak masuk neraka. InsyaAllah. Memanglah kadang - kadang tak dinafikanlah yang kita akan rasa cemburu tak pasal - pasal dengan sesiapa saja dalam hidup kita. Mulalah nak rasa pailang memanjang dengan orang tu sebab orang tu ada sesuatu yang kita tak ada sampaikan kita rasa cemburu. Pada kita, hidup orang tu lebih sempurna dari kita.Sedangkan kita tak tahu yang sebenarnya ada orang yang cemburukan hidup kita.

I ni jarang nak rasa cemburu dengan orang. Susah nak rasa cemburu. Tapi kalau bercakap pasal hal berkaitan keluarga mertua ke, ipar duai ke memang hati ni cepat je nak rasa tersentuh, mulalah kan nak buat drama swasta ke, nak buat video clip lagu - lagu sedih ke, kusut betul. Kadang - kadang sakit hati betul dengan orang yang selalu potpetkan mak mertua ke, abah mertua ke, ipar duai perangai sibet ke, sakit hati. Sebab diorang tak tau perasaan orang yang tak merasa semua tu. (╥_╥) 

Sekarang, I lebih bersifat terbuka. Kalau ada yang tanya hal keluarga suami, I jawab dengan hati yang tak sakit. Tak macam dulu, masa zaman budak - budak, pantang ditanya terus nak bersilat. Tapi sekarang macam dah cool kentang sikit. Mungkin sebab I dah jadi mama, dah ada anak lelaki. Jadi boleh faham perasaan emak mertua. I redha dengan apa yang berlaku. Mulut orang bukan mulut tempayan yang kita boleh senang - senang tutup. Kita pun mana boleh lempang mulut orang secara suka hati kan. Jadi penyelesaian yang paling afdhal, I buat tak tahu ajelah. Doa. Tawakal. Masyarakat tak kan tahu siapa salah dan siapa yang betul. Gosipkan orang ni memang seronok. Pasrah ajelah.

Yang buatkan I kuat, adalah suami. Sokongan keluarga dari pihak I sendiri jugak tak berbelah bahagi. Emak, abah, kakak - kakak, abang ipar dan adik buat jiwa I lebih kental dan macho. Hidup menongkah arus. Siapa yang sanggup? Biasalah, demi cinta. Poyo tak? Orang kata kalau dah jodoh. Allah berkehendakkan manusia ini dan manusia ini bernikah, maka bernikahlah mereka. Kalau suami tak kuat, I juga takkan jadi sekuat ini. Bulan - bulan awal pernikahan, hampir setiap hari manusia rocker berjiwa pink ni menangis di bahu suami. Susahnya hidup ketika tu. Dengan suami yang sehelai sepinggang, hidup menumpang. Alhamdulillah. Taqdir Allah takde siapa boleh menghalang.

I takkan mencari kesempurnaan dalam hidup ni. I lebih mencari keredhaan.

Muka yang sedikit annoying menjadi penghias kisah pada hari ini. Siapa rindu I boleh tatap lama - lama. Ewahhh!

Chewah.

Apahal cerita touching - touching ni?


Dah.Babai!

Read More»

Mama Yang Gemuk Sampai Tak Kurus - Kurus, Papa Pulak Yang Mendapat Creditnya! Cis!

Tak puas hati betul! Sepuluh bulan Adam dalam perut I, terboyot - boyot bawa perut yang comel sambil menggemukkan badan sehingga 30kg, I yang terbelahak muntah hijau morning sickness, mengalami perubahan fizikal yang drastik, alih - alih bila Adam dah lahir, Papa pulak yang jadi kesayangan! Kecewa... (╥_╥) 

Adam kalau dengan suami manja betul, kalau suami balik kerja dah tertinjau - tinjau kepala dia cari papa tedybear dia. Belum sempat suami breakfast ke ganti baju ke dah merengek - rengek minta dukung. Kalau dengan suami, memang dunia ni Adam yang punyalah!

Muka bahagia.Ceh!
Tengok muka Adam yang glowing glowing in the dark kalau ada papa.Haih.
Jangan Adam. Jangan jadi Mat Rempit. Walaupun hanya menunggang basikal.
 Sejuk hati bila tengok dua orang boyfriend I ni bergembira bersama. Tak apalah kalau mama dilupakan. Dari jauh pun I dah bahagia bila tengok diorang gelak - gelak sama, jerit - jerit sama, bergurau sama, sebab I tau, mereka saling menyayangi.  (╥_╥)  Lepas ni nak dapatkan baby girl pulak, lepas tu memang langsung ah I abaikan boyfriends I neh. Haha jahat pulak harapan.

Adam sekarang dah 8 bulan dah. Macam - macam perangai pelik - pelik yang dia buat kat rumah. Tapi satu perangai dia yang nauzubillah memang sebiji dengan ehem mama dia adalah kuat merajuk.Apakah! Adoilah anak bujang I ni kalau merajuk mengalahkan perempuanlah! Dengan baling barangnya dengan nangis hentak - hentak punggungnya, siap batuk - batuk nangis macam nak pengsanlah, phewww istighfar banyak - banyak je nak melayan perangai dia. Dah pandai merambat sana - sini, mulut pun tak berhenti bunyi - bunyi. Favourite dia, duduk depan stering. Letaklah situ 4 hari 4 malam pun, takdenya dia nak kisah.(╥_╥) 

Seram betul nak tunggu moment dia having his first step. Mesti I terharu sampai nangis - nangis.

Tengok. Pergi dating. Mama?Main semut bawah pokok.(╥_╥)

Dah. Babai!

Read More»

Famous Sekejap. Sekejap Je.Tapi Kalau Nak Famous Lama Sikit Pun Boleh.

Check out this link SINI

Siot betul. Ingatkan takde URL blog ni dalam list pailang tu. Rupanya ada jugak. Siapa yang pergi report memang puaka. Siapa yang perasan, malam tadi lagi I dah delete semua doodles dalam blog ni. Tuptup tadi ada anon bagitahu yang URL blog ni ada dalam senarai. Number 15 yang keramat. Masa I publish entry ni  dah takde pun doodles Andicakes tu dalam blog ni. Puaka puaka!Haih. Pencuri ah aku!Tapi takpe, lantak ah. Famous sekejap. *Sambil lambai - lambai mesra*

Tapi perasan tak, even kita dah delete doodles tu semua pun, URL kita still jugak dalam list tu. Takdenya dia nak delete, just scratch je. URL terpampang jugak. Baik takpayah delete langsung macam tu. Tak faham apa motif dia buat semua tu. Nak memalukan blogger kot tak lain tak bukan. Kalau kata nak bagi lesson memang puaka ah alasan tu. Sebab tak semua blogger akan learnt their lesson, mungkin dalam 4juta tahun akan datang blogger tu guna doodles orang lain pulak,kan?Entahlah.Entahlah.

Woot come on ahhhh, gurau - gurau membawa bahagia kat woot kannnnn! *Sengih nampak gigi*

Ah. Korek hidung lagi best. Babai.

Read More»

Kau Mencuri Eh?Baik Mengaku Cepat!

Gila betul la! Tak sampai seminggu I bergembira sebab berjaya menjejak dimanakah blogger - blogger sekalian mendapat doodles yang comel - comel nak mati semua tuh, tuptup sekarang isu yang sedang hot diperkatakan adalah "Art Theft". Serious beb bunyinya. Macam kalau kau tergolong dalam golongan yang begini maka kau adalah pencurilah, nanti kena pukul dengan orang kampung. Mana lagi keji?Curi sepender buat koleksi pervert ataupun curi doodles? Dua - dua lah keji! Dan lagi keji sebab I pun sebelum - sebelum ni sakan je kan pakai doodles orang tanpa bagi credit.

Nak - nak lagi si woot boleh pulak buat isu pasal curi mencuri doodles ni, terasa hakulah woot oi! Malam sebelum woot buat entry pasal benda ni ada orang tinggalkan link ini kat shoutbox I. Mari terjah bersama - sama! Hieyahhhh!

So, apa komen?Phewww nasib baik tak ternampak url sendiri wanted kat situ, kalau tak memang memalukan orang kampunglah wehhhhh. Tapi memanglah patut marah pendoodle tu semua sebab penat - penat diorang buat kerja senang - senang pulak kita curi, pastu kita marah pulak kalau orang curi hasil pencurian kita tadi tu. Haishhh!Ada yang lagi best siap ambil upah buat header/shoutbox and macam - macam guna doodles tu semua. Apa hukumnya eh?Duit haramlah kan eh?Phewww nasib baik jugak dulu I pernah buat free header guna pics kat deviantart tu and ia adalah free. Kalau berbayar cemana tuh?Makan duit haram!!Memang macam cakap depan cermin sebab yang cakap ni pun dua kali lima ajelah!

p/s : Tengah tunggu release permission dari pendoodle. Kena belajar ni buat doodle sendiri. Haihhh.

Read More»

Perlukah Kau Emo?

Tak kisahlah kau nak remove aku dari friendlist kau ke apa kan. Pasrah ajelah. Biasalah, manusia kalau dah sampai tahap patut hidup berumahtangga tapi tak jugak kahwin - kahwin ni, dia punya tahap emo kadang - kadang melampau batasan sikit. Bak kata orang "Emo terlebih sudahhhh..." Aku ingat perempuan je buat kerja remove - remove orang dari FB ni.Haishhh rupanya teori itu salah sama sekali. Dah tak boleh pakai. Kecewa aku. Kecewa sungguh.

Semoga berbahagialah ye Mr.Perfecto. Babai!

p/s : Tak kuasa nak layan lelaki emo! Haishhh!

Read More»

Tasa Dah Kawin. Welcome To The Club Azmee!

Sebenarnya rumah kami bukan jauh mana pun, kalau dia jerit - jerit dari rumah dia memang boleh dengarlah kat rumah I, nak nak lagi kami ni cousin, tapi nak tunjuk biadap punya pasal, masa rewang wedding dia last week, I tak datang pun! Hahahaha puaka tak puaka tak?

Tasa, kau je yang tau kenapa aku tak datang (Memang aku malas sebenarnya!Wahkakakaa!) Tapi, dia tak tau sebenarnya I sayang dia dalam hati dan tak cakap - cakap dengan orang. Wedding sepupu lain beli hadiah kat Econsave je, kalau tak pun kat Parkson, tapi sebab aku sayang kau, wedding kau punya hadiah aku beli jauhhhhh kat JB, dibungkus rapi dengan kasih - sayang yang berpanjangan dan ingatan tulus ikhlas sedunia. Terharu tak terharu tak? Tu pasal aku tak datang rewang kau, saja je nak bagi kau rindu lebih sikit kat aku. Haha puakanya alasan!

Walaupun tak dapat datang menyaksikan majlis nikah kau atas alasan - alasan tertentu (Ah banyak pulak alasan aku kan!) tapi aku still datang jugak untuk makan dan memeriahkan majlis persandingan kau. Wiwitttt wiwittttttt!

Datang - datang terus posing. Tu takpe lagi, dari Adam tu, datang - datang terus recharge! Hadoih!
Perosak gambar betul budak kecik rongak ni. Apasal dia buat muka pasrah pulak ni!
Sempat bergambar dengan insan yang mendakwa silent reader Geek In The Pink. Taktaulah cerita bohong ke hape, tapi redha ajelah. Hai! Maaf tak borak masa tu, saya pemalu! *Muntah darah* Eh apasal muka penuh minyak?Orang minyak!
Tahniah kau budak dua oranggggggggggggggg!

Masa nak sanding gila lebat hujan turun, anggap ajelah itu rahmat dari Allah. Basah tak pengantin?Nasib baik aku berteduh kat atas rumah sambil makan kerepek, terhibur melihat suasana yang gilang gemilang. Tahniah diucapkan kepada cousin I yang gonjeng ni, si Tasa dan juga suami beliau yang boleh tahan gonjeng juga, Encik Azmee, lepas ni boleh pakat sambut birthday sekali dengan suami I ye. Beza umur sehari je. Alahai comelnya kebetulan!Walaupun terpaksa menahan perasaan melihat si annoying Longchet berlegar - legar sambil cuba membuat huru - hara, tapi kami sekeluarga bersabar saja demi memastikan perjalanan majlis lancar dan meriah. Sebenarnya dalam hati memang terasa nak sepak je kepala Longchet dengan kaki. Oh siapakah Longchet?Jangan risau, beliau cuma beruk belaan keluarga Tasa. Haha!

Semoga berbahagia!

Dah.Babai!

Read More»

Kedekut Boleh Bawak Kau Kemana?

Mula - mula taknak ah blog pasal ni, nampak sangat semangat I macam kanak - kanak ribena, sikit - sikit nak ngadu sikit - sikit nak ngadu. Mana pergi jiwa kental semangat Merong Mahawangsa I?Ecehhhh siap buat iklan kat situ.Tapi bila dah dua tiga kali pun benda yang sama je kena eh memang kuajaq ah kan. Nanti kau nanti kau!Pernah tak korang, pergi satu blog tetiba korang macam tersuka lah kat background dia ke, suka kat emoticon dia ke atau suka kat pics yang dia guna untuk decor blog dia ke, then korang tanyalah resource dia kan, mana nak dapat benda - benda tu semua kan. Samalah macam I, adalah terminat satu kartun ni, I tanyalah blog owner tu dia ambil benda tu kat mana, dahlah taknak respond, dua tiga kali jugaklah I hantar. Sampai tersegan sendiri. Bukan kita nak copy blog dia ke hape kan, just nak tanya. Tapi sampai sekarang tak respond! Ada sorang tu bila respond tapi bagi maklumat salah, tipu! Peh bakar jiwa raga betul!

Nak dijadikan cerita, kuasa Tuhan, satu hari I blogwalking then I terjumpa satu blog ni guna pics yang lebih kurang sama macam pics yang blogger kedekut ni guna dalam blog dia, and dari situlah I korek - korek and dapat tahu sendiri dari mana dia dapat semua pics comel tu. Nak tahu dapat dari mana?Dari Tumblr. Sebijik sebuntat sama dengan pics yang dia guna, dia edit - edit then jadi hakmilik dia sendiri. Masa tu terasa nak sujud syukur ke hadrat Illahi, kedekut dengan I tak apa, kalau tak kenal penat lelah dan putus asa Insayaallah, Allah tunjukkan jalannya.

Kesimpulannya, please ah jangan kedekut. Kalau I ni jahat, I copy je edit - edit lepas tu claim hakmilik sendiri. Samalah macam yang dia buat kat artwork pemilik asal pics tu semua, lepas tu siap kata semua tu hakmilik dia. Boleh blah!

Dah.Babai!

Read More»

Bertukar Menjadi Lelaki?Kacakkah Bakalnya Nanti?

Hormon lelaki I mengatasi hormon keperempuanan I. Sebab itu I lebih dominan kepada lelaki berbanding perempuan. Macam nak tumbuh halkum di anak tekak. Amacam suami, seram tak dengar pengakuan ni?Hahahaptuih betul kalau betul - betul I jadi lelaki! Tapi seriouslah, hormon I ni tah bila nak banyak ke perempuan. Jerawat jangan cakap ah, memang tiap kali bangun pagi mesti ada satu tumbuh. Puaka betul. Dulu sebelum bersalin, pehpehpeh muka I mulus sedunia. Kalah muka Kak Anita Sarawak. Sekarang?Dahlah jangan tanya, nanti I emo.

Patutlah pakai apa produk pun macam bangsat je hasilnya, doktor kata : Hormon I tak stabil. Cis!Cis!

Arghhhhhhhhhhhhh!

Dah.Babai!

Read More»

Suami, Nak Pakai Baju Macam Ni Boleh?

Lalu I dilempang secara bertalu - talu oleh suami tanpa belas kasihan. Atau lagi kejam, beliau akan mengikat I di pokok penuh kerengga.Itu kalau I pakai baju ni dikhalayak ramailah, kalau I pakai baju ni di bilik tidur, mungkin beliau akan tersenyum keredhaan, eh tapi tak jugak, mana tau kalau beliau bertambah loya sebab banyak bahagian yang akan kelihatan sibet sebab lemak banyak terkeluar? Ahh debatable betullah isu ni! Tapi pokok pangkalnya, ini adalah improper. Bengang betul bila terpaksa berblog pasal artis. Rasa macam menumpang populariti pulak. Tapi sentap betul tengok gambar dia ni. Syabas adik!

Wiwittt wiwittttttt peek-a-boo!

Lebih gosip? Terjah sini! Budiey.com

Dah.Babai. Nak pergi beli baju seksi oh!

Read More»

Adam Dan Buku - Bukunya!

Happy 8 month old birthday, sayang!  Baby 8 bulan dah pandai apa?Dah bertambah besar dah anak mama yang drama king nih! Semakin bijak. pintar, kuat membebel oh dan kuat merajuk jugak! Sabar sabar (Sambil urut dada) padan muka dia ikut perangai I, sekarang baru tahu betapa annoyingnya perangai sendiri!(╥_╥) Adam ni yang I perasan dia tak berapa kisahkan sangat kalau I bukakan TV suruh tengo Hi-5 ke, Upin Ipin ke apa ke kan. Dia buat muka sardin je. Pasrah betul kalau I dengan excitednya nak suruh dia teruja tengok Hi-5 tapi dia buat muka macam "Mama, what are you trying to do?"(╥_╥) Tapi, kalau ada orang baca paper ke, baca buku ke, magazine ke, haaaa Adam memang merakas dan bersifat makhluk pemusnah! Dia sukakan buku, kot?(Atau suka nak menjahanamkan buku sebenarnya?)

Jadi sempena birthday dia yang ke lapan bulan ni, I rasa nak beri dia buku supaya dapat semaikan sifat suka membaca dalam diri dia. Macam terlambat sikitkan?Tapi takpelah. Amin, semoga Adam sayangkan buku lepas ni! Kebetulan ada kawan blogger yang jual buku yang comel + indestructible dengan harga yang super best, maka apa lagi! Terus order sampai dua! Sebenarnya mama dia yang excited, I kan pantang nampak benda - benda comel nak mati nih!

Hai nama saya Adam : The Boy With The Lazy Eyes.
Arthur's Really Helpful Bedtime Stories
Okeh. Tak nampak apa dia tulis. Kecikkkk sangat!
Babar Goes To School
Tak nampak jugak apa dia tulis!(╥_╥)

Pics credit : Nadxoxo

Maybe esok sampailah kot, tak sabarnyaaaaaaa! Eh kalau korang nak beli buku macam ni untuk anak - anak atau anak sedara atau nak bagi hadiah untuk Adam (Ehem) korang boleh je pergi ke website Ummi Nad ni. Comel betul Lil'Zahin, baby boy Nad. Bijak pulak tu! Nasib baik lelaki, kalau perempuan!


Okey dah. Babai!

Read More»

Bolehkah Meminta Laptop Baru Kepada ToothFairy Sebagai Rewards Kepada Diri Sendiri?

Kenapa suka membuat perangai bongok dengan meletakkan tajuk entry panjang - panjang? Jawapan I mudah sahaja, kerana ia begitu IN sekarang!Wah lempang saja kalau terasa tak puas hati! (╥_╥) Hai kawan - kawan sayalah manusia yang mempunyai gigi tersihat sedunia! Biasalah bila dah balik dari cabut gigi yang rosak dan menyeksakan I minggu lepas terasa diri sendiri adalah pemilik gigi yang paling hebat! Hahaharunsalimbachik. Akhirnya gigi paling puaka dalam mulut I telah selamat dicabut oleh dentist yang kacak sedunia. Kekacakan beliau telah menambahkan bius semulajadi dan mengurangkan rasa sakit. Wow ajaib betul! Harus datang lagi di lain kali. Sebab lepas ni nak crowning gigi bagi menggantikan gigi - gigi yang telah kembali ke rahmatullah.

Biasalah sebelum pergi memang terasa nak tulis wasiat kalau - kalau I terkorban sewaktu mencabut gigi nanti. Sebab itu paksa suami, Adam dan Embun untuk temankan.Nasib baik upacara mencabut gigi tak mengambil masa yang lama. Tau - tau gigi terasa kebas dan eh dah cabut rupanya!

Nak makan cokelat nak makan cokelat nak makan cokelat!

Sampai rumah terus makan Toblerone.Insaf kan?

Dah. Babai!

Read More»

Dengan Ini Saya Mengisytiharkan Saya Menolak Aktiviti Bermalam Di Kem!

Kadang – kadang bila kita dah bersetuju untuk menjadi seorang guru, maka secara automatiknya kita dah boleh gelar diri sendiri sebagai superhero sebab jadi guru ni bermakna kita mesti bersedia untuk menjadi SEMUA. Semua okay! Dan kita juga kena buat benda – benda yang kita tak suka macam tinggalkan family dan tidur dalam hutan yang jauh dari arus pembangunan dan kemodenan. Mukadimah entri kali ni menyayat hati sikitlah kan sebab bila buat kerja secara terpaksa memang ayat – ayat novel akan keluar.

Bila surat tugas keluar dan nampak nama sendiri bertugas dalam hutan untuk jadi pemantau murid – murid yang hadir dalam kursus kepimpinan di Kem Kaizen, Gunung Pulai perasaan mulalah menjadi tak keruan. Nervous tak memasal dan mula nak tulis wasiat kepada keluarga kalau – kalau tak dapat pulang kembali ke rumah, manalah tau kena culik dengan orang Asli ke apa kan. Okeylah, agak exaggerate di situ. Abaikan I. I memang kusut sikit kalau terpaksa tidur dalam hutan. Jiwa kacau. Jiwa kacau. Alam semulajadi memang tak pernah sehaluan dengan I lah! I kena bertugas dari hari Jumaat sampai tengahari hari Sabtu. Ah puaka! Kena skip beberapa rancangan kartun menarik hanya untuk ini. Argh!

Nasib baik Kak Rimah datang membawa solusi ibarat geng wonderpet yang sentiasa menolong kawan – kawan dalam kesusahan. Kak Rimah kata kalau tak nak bermalam dalam hutan pun takpe and boleh balik dengan dia petang Jumaat tu! Yayyyyyyyyy! So takpayahlah nak susah – susah hati lagilah. Wehuhu!

Bertolak petang Jumaat dengan hujan renyai – renyai and perjalanan ke Kem Kaizen yang sedikit membosankan, tapi nasib baik sepanjang perjalanan diisi dengan gossip – gossip liar di sekolah. Best best! Kalau suruh bergosip memang I suka!Boleh tambah dosa lagi banyak!Sampai di Kem Kaizen lebih kurang pukul 4.30 petang terus jadi jakun sebab I nampak ada monyet dua ekor dalam kandang! Comelnyaaaaaaaa!

Ini monyet. Satu lelaki satu perempuan. Gatal! Bila kami datang dia menggesel - gesel antara satu sama lain! Terus kahwin! Cehhh!
Ini emak - emak saya!
Terselit budak jahat seorang di situ!
Jalan - jalan sambil tengok pemandangan.
Budak - budak dah sampaiiii! Eh mana pelajar perempuan?
Haaaaa... baru nampak!
 Lepas budak - budak sampai pihak Kem minta kami minum petang dulu sebelum diberikan bilik  (diorang panggil chalet weh!) Walaupun I tak bermalam tapi terasa nak freshen up sikit sebelum bertolak balik. Kebetulan memang hujan lebat dalam perjalanan jadi bila pihak Kem hidangkan Teh panas dengan karipap baru lepas goreng, apa lagi! SERANGGGGG! Lepas perut kenyang terus bertolak pergi Chalet masing - masing.

Sampai je dalambilik chalet yang dijanjikan, I terus rasa semacam. Semacam tu bukan sebab ternampak pocong tidur atas katil ke atau nampak jembalang dalam almari ke tapi sebab kondisi chalet tersebut yang sungguh mendukacitakan! Cadar tak berganti, dahlah warna putih, bercapuk pulak lagi, then sarung bantal yang masyaallah berpeta - peta, lantai tak bersapu, bilik yang kepam, toilet tak bersih apa lagi apa lagi?Semut pulak buat sarang kat lantai, berhabuk - habuk weheyyyyyyy apakahhh! Meremang bulu roma satu badan sebab terlampau geli - geleman. Mengada - ngada eh budak kampung ni! Tapi serious memang kalau korang tengok bilik tu hmphhhh....

Okeh muka peace yang buat - buat gembira!
 Lepas siap solat Asar tanpa bertangguh terus bertolak balik dari situ, dalam hati melompat - lompat selamat tak payah tidur sana malam tu, kalau tak mesti dah nangis - nangis nak balik.Amin! Sebelum sampai di Batu Pahat, singgah Machap sekejap makan B&R icecream! Kak Rimah belanja wah apa lagi, manusia obesiti ni mestilah suka! Haha!

 World Class Choc + Love Potion. Nyumnyum!
Terima kasih Datin!!!

Sampai rumah pukul 9.30 malam. Baru pergi tak sampai sehari dah rindukan Adam dan suami. Huhu!

Dah. Babai!

Read More»

Muka Saya Macam Artis Korea!

Kan?Kan? Selalu berangan - angan yang suatu hari nanti emak akan bercakap kepada I dengan nada perlahan yang "Datuk awak sebenarnya adalah artis Korea yang berskandal dengan nenek" Puakanya angan - angan! Bukankah dulu I jugak yang bercakap kepada dunia bahawa I sangat tidak meminati Korean thingy? Lepas tu apa jadi? Salahkan Ailyl Rozana sebab kalau masuk belog dia dan bercerita pasal make - up dia mesti akan promote Etude House! Arghhhh dahlah dia comel, suka buat perangai comel arghh arghh! Bila dah selalu sangat disogokkan dengan Etude House maka lama - lama manusia yang tidak sukakan Korean thingy ni terus tak tentu arah bila ternampak Etude House di Jusco Taman U. Arghhhhh dem!

Suami kelihatan terkejut bila I sebut - sebut nak masuk ke sini. Dia kata "Apa tu Etude House?Tempat makan baru?" Kecewa tak?Okehlah fine tak salahkan dia sebab hello kalau suami I ambil berat pasal Etude House maka I patut berasa bimbang okayh! And homaigod Etude House adalah serba pink! Terus buat muka haisayalahmanusiajakun dan excited tolak stroller Adam masuk dalam Etude House. Mata rambang! Semua nak beli!

Hello! Saya buy and blog lagi! Sila baling saya menggunakan telur busuk!
Suami dah pesan, beli dulu sebelum fikir eh silap fikir dulu sebelum beli jangan sampai menyesal dikemudian hari. Baiklah. Nasihat tu hanya bertahan dalam kepala macam selama 1nanosaat aje. (╥_╥)

Cleansing foam ni free. Golden ratio ni best gilak! Ailyl ada buat tutorial macam mana nak tenyeh benda ni kat muka. Kalau rajin pergi sana terjah blog dia. Sumpah best gila (kalau reti pakai!) dan rasa nak buang ke longkang (kalau tak reti pakai!) that's how I felt masa first time pakai. Then bila dah terer sikit terus macam addicted nak pakai face glam ni. Face glam ni kita kena mix dengan BB cream samada Etude House punya atau brand mana - mana pun. Nanti dia akan bagi effect shimmer kat muka, cantik betul! Suka! And sekali dalam botol ni (kat bahagian atas dia) ada dia bagi express shading. So takyah susah - susah nak buat shading sebab dengan face glam ni anda mampu membuat shading yang cantik dan best sedunia!

BB Cream dengan lipgloss. BB cream dia takdelah best sangat. I rasa best lagi sunplay punya. Masa first time pakai face glam, I mixed kan dengan BB cream dari Etude House tapi kurang kick lah dia punya effect menyerlah tu. Second time pakai, I mixed kan face glam dengan sunplay punya BB cream ohhhhmaigoddddd memang porcelain gila muka (jerawat still nampak bintat - bintat) tapi texture kulit muka memang sumpah licin nak mati. And yang I perasan, face glam ni buat muka kita bebas dari kilat! Yeahhhhhh! Oh nak lagi best, untuk finishing bagi sikit Ronasutra. Peh!

Lipgloss dia walaupun sedikit mahal dengan kuantiti yang tak seberapa tu, tapi memang best sebab dia ringan di bibir, tak melekit - lekit macam lipgloss yang lain and tahan lama. Then dia wangi sikit. Comel - comel barang - barang di Etude House ni! Geram!

Mask and span untuk loose powder
And last sekali, beauty passport Etude House. Untuk setiap RM30 yang dipunah - ranahkan maka korang berpeluang mendapat satu sticker and bila dah penuh, maka akan dapat RM50 cash voucher. It's like you kena spend macam almost beberapa ratus baru cukup bilangan sticker nak redeem untuk cash voucher tu. Siot sikitlah disini. Okeh sampai disini, I ada rasa macam artis Korea sikitlah! *Muntah*

Total yang I dah spent secara membabi - buta kat situ adalah hmmmmm banyak jugaklah. Padan muka. Esok kalau dah sengkek beranganlah nak shopping kat Etude House lagi. Harus pakai lisptick Avon saja. (Eh Avon pun mahal dah!)

Nah ambil sebiji muka annoying make up guna Etude House. Face glam + Sunplay BB Cream + Lipgoss Etude House. Jerawat tu abaikanlah.
Dah. Babai!

Read More»

Berita Baik Yang Takdelah Best Sangat Pun!

Berita baik ini khas untuk blogger - blogger yang selalu kena pailang dengan anons. Walaupun tak boleh nak beritahu secara exact siapakah anons yang membuat durja dengan korang semua, tapi at least boleh bagi clue yang basic tentang siapakah manusia keparat itu serta lokasi utama kejadian. Jadi tindakan lanjut bolehlah diambil, macam nak bagi santau angin ke, hantar tuju - tuju ke kan. Okeh, anda boleh check ip address manusia puaka itu disini :


Ish. Kan ke bagus kalau kita boleh tau siapa yang selalu memporak - perandakan hidup kita di dunia maya. Macam bila kau enter je ip address terus dia keluar :

ANON PUAKA ADALAH JOYAH BINTI LEMAN

Peh memang best gila kalau macam ni! Terus lempang muka anon jahanam tu.

Dah. Babai!

Read More»

Dua Belas

Dua belas tahun yang lepas, tarikh ini. Hari ini. Kalau aku tak cukup gatal pada ketika itu, mungkin sekarang cerita kita takkan jadi macam ni. Ah aku akan ingat kisah ini sampai kita tua dan terbongkok - bongkok bersama nanti. Waktu itu mungkin anak cucu kita sudah membesar dan bertambah dengan jayanya. Aku tatkala itu sudah tua, kedut - kedut penuh dimuka, namun satu perkara yang aku yakin kita mampu buat bersama : kita akan sentiasa bahagia. 

Entah kenapa, saat pertama kali aku melihat wajah poyo kau, aku yang ketika itu masih di Tingkatan Empat, selekeh dan tidak punya langsung sinar keayuan, tiba - tiba degup jantung bertambah kencang. Berpeluh - peluh dahi aku yang penuh berjerawat, dengan mata yang masih tak lepas memandang kau yang ketika itu duduk dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan di dalam van sayur abah kau. Dan secara tiba - tiba jugak, seperti diserang oleh panahan asmara hantu gatal, aku berdialog di dalam hati "Aku nak kahwin dengan kau!" Ya. Gatal dan tak sedar diri. Gatal kerana ketika itu aku langsung tak punya wang simpanan untuk meminang kau. Dan tak sedar diri kerana aku ketika itu hanya seorang perempuan selekeh, sedangkan kau?Ah kau amat kacak untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan aku. Ketika itu kau langsung tak memandang aku. Namun, kalau kau nak tahu, di saat itulah aku tahu dan yakin bahawa kau akan menjadi suami aku.

Berbekalkan kebolehan bangang melukis kartun, aku titipkan surat - surat cinta penuh ayat - ayat memikat yang aku tulis indah dengan pen warna - warni yang aku kebas dari teman satu kelas. Kan aku dah kata tadi, aku sengkek ketika itu. Mana mampu aku nak beli pen warna - warni semata - semata ingin menulis surat kepada kau?Kebetulan murid yang duduk dibelakang aku ketika itu amat mudah untuk dibuli. Hanya dengan satu gertakan kecil, aku berjaya memperolehi pen - pen stabilo comel dan pelbagai warna. Sepuluh surat cinta dalam masa seminggu. Aku antara gila, bodoh atau gila + bodoh.

Aku memikat kau tanpa henti. Bila bersolat, kalau dulu doa harianku sesudah solat adalah untuk emak abah, lulus exam dan berjaya dengan cemerlang, kini aku sudah pandai menambah isi kandungan doa. Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkanlah jodohku dan dia. Bukakanlah hatinya untuk diriku, Ya Allah. Andai dia jodohku, permudahkanlah urusannya Ya Allah. Mulai saat itu juga, aku mula prihatin dengan segalanya yang berkaitan dengan diri kau. Nama, hobi, nama sekolah, kegemaran kau, apa yang kau tak suka. Ah! SEMUA! Kebetulan adik kita berada dalam darjah yang sama. Kerja menjadi lebih mudah. Menyumpahlah adik kau kerana terpaksa menjadi posmen setiap hari. Mengutus surat tanpa sesen gaji.

Benarlah kata orang, kalau dah jodoh takkan kemana. Disaat hati kau diketuk 3 wanita jelita dan rupawan, perempuan ini juga yang kau mahukan. Akulah manusia yang paling gembira.

Dan hari ini, ketika ini, aku masih perempuan gembira itu!

Happy 12th anniversary, suami!
I sayang u, forever!
Dua belas tahun,
Aku masih gilakan kau,
Aku masih jatuh cinta dengan kau hari - hari,
Aku masih rasa berdebar setiap kali kita keluar sama,
Aku masih malu - malu bila kita saling memandang,
Aku tahu aku akan sayangkan kau sampai bila - bila.

Hafizal Elias, kau anugerah terindah pernah aku miliki.
Aku sayang kau! Aku nak tulis surat cinta hari - hari untuk kau!

15 Mac 1999 - Still counting!

Alhamdulillah. Thank you Allah.

Read More»

Merong Mahawangsa + Wristlet Baru + Jatuh Tangga Macam Nangka Busuk!

Nampak tak kronologi kebahagiaan disitu?Yang mana kalau kita taktau bersyukur maka akan diakhiri dengan kecelakaan kifarah dari Allah. Nampak disitu?Nampak? Dimulakan dengan dating kecil - kecilan bersama Embun dan cousin I merangkap bouncer manja. Dari rumah dengan gigih tetapkan hati nak tengok Merong Mahawangsa. Ingat - ingat lupa hikayat Merong Mahawangsa ni cemana cerita dia. Arghh tu tolak number dua ratus sebab orang kata cerita ni confirm meletup. Meletup sebab orang bosan lalu baling bom tangan ke panngung wayang berhampiran ke atau sekadar metafora anak muda sekarang yang suka cakap meletupppp meletuppp tak memasal tu I tak taulah. Sokonglah filem anak Malaysia. Ini kalau cerita Harry Potter ke Sivaji The Boss ke sampai beratur panjang berbunuhan nak beli tiket. Kalau cerita Melayu? Hujan lebat pulak sepanjang perjalanan. Tapi rileks je sebab rasa kalau hujan mesti tak ramai keluar, jadi parking mesti banyak walaupun hari sabtu. Mat rempit sure takde, pasal kalau redah hujan jugak nanti awek basah. Eh!

Phewww! Nasib baik sempat beli tiket tempat duduk best! Kalau tak memang spoil nak tengok movie tempat duduk tak best. Terganggu kosentrasi I nanti. Ada lagi 1 jam sebelum movie start jadi pergi makan dulu. Sebab tabungan bulan ini kurang memuaskan, maka mampu makan KFC saja. I selalunya tak makan KFC ni, I kaya. Duit banyak, makan tempat mahal - mahal je. Tapi hari ni sebab sengkek maka makan KFC saja. Okeh lempang I sekarang. (╥_╥)Dah makan KFC sempat lagi beli Popcorn masa nak masuk panggung. Dasar apa tu?Dasar gemuk tak sadar diri. Mungkin begitulah korang jawab dalam hati. Puaka. Biar dosa!

Arghhh sedap - sedap tengok Merong Mahawangsa nak terbuang air pulak! Spoil betullah! Jap pegi toilet!

Review?BEST!! Tapi takdelah sampai nak bagi two thumbs up, bagi satu thumb up cukuplah eh?Sebab adalah certain part yang rasa macam "WTFnya!" Contohnya masa Kemawas datang pondok Puteri malam - malam hari boleh pulak cakap "Selamat malam, sayang!" Peh agak - agak korang dulu - dulu punya orang dah pandai cakap gitu ke?Lepas tu kalau nak lagi real, biarlah conversation antara Puteri dengan Ying Ying tu dalam bahasa istana orang cina, tak kisahlah Mandarin ke Kantonis ke, barulah tak nampak kartunnya, kan?And teknik pertarungan Marcus tu nampak agak moden sikit kalau nak dibandingkan dengan teknik pertarungan Rom pada zaman itu. And ada laaa dua tiga lagi tapi keseluruhan cerita, berdiri jugaklah bulu roma I tengok cerita ni, cuma si Merong cakap Melayu macam nak kena penampar sikitlah slang dia. Tak kisahlah kan. Siapa suruh pilih dia jadi hero kan?(╥_╥)

Lepas habis tengok movie ingat nak cari T-shirt untuk suami tapi tengok - tengok takde pulak yang berkenan, jadi bila tak dapat barang suami, apa kata kita cari barang untuk isteri suami I pulak! Kehkeh! Lajuuuuu je pergi woman department, cari baju takde size pulak, biasalah kan orang kurus macam I ni ingat senang ke nak cari baju. (╥_╥) So bila baju dah mendatangkan kekecewaan pada I, kita beralih ke bahagian handbag pula! Yayyy! Sambil jalan baca ayat Kursi dalam hati, biar setan lari dan tak merasuk I beli yang bukan - bukan! Yeah! Sejak - sejak selesa pakai wristlet ni, rasa nak buat koleksi wristletlah pulak. Best weh pakai wristlet, tak berat, stylo lagi! Kalau rasa malas nak bawa handbag, bawa je wristlet.Setakat ni baru ada 2 wristlet. Kalau boleh nak kumpul sampai ada sepuluh ratus wristlet. Perangai siapa tu yang I ikut kalau tak perangai setan. Cis!

Eh Guess ada wristlet?First time I tau yang Guess ada wristlet. Cantiknya yang pink tuuuuuuu!
Mula - mula taknak beli tapi bila tengok ada less 20% terus mata jadi bulat dan bercahaya!
Kalau beli yang pink confirm ah akan jahanam dalam masa terdekat. Jahanam dek air liur beracun Adam dan juga jahanam kerana faktor alam sekeliling. Payah nak jaga sikit kot kan?Karang kotor karang.(╥_╥) Ah dalam dilemanya, promoter tu suggest warna Seige tu tapi macam dull je, macamana nak tampil anggun dan menyerlah kan?So in the end, go for the safest one. Apa lagi. Warna hitam la.(╥_╥) Walaupun tak sekacak yang pink, redha ajelah. Anggap sendiri ini adalah reward kepada diri sendiri kerana berkelakuan baik sepanjang minggu lepas. Hoyeh!

Fuh fuh fuh!

 Kenapa I buy and blog?Kenapa berperangai hina ni!
Bila dah suka - suka beli barang idaman kan, mesti rasa riak dalam hati kan. Kau ada?? Tanpa menyedari bahawasanya setiap langkah kita akan diperhatikan oleh Yang Maha Esa. Sambil kembang dada ni sampai ke escalator ceh escalator tak hidup pulak! Tapi sebab nak cepat, I turun je guna escalator tu anddddd bedebupppppppppp! Nasib baik jatuh tak tergolek! Jatuh terduduk secara anggun je! Tapi jangan panik! Control cun macam biasa, bangun sepantas yang mungkin, senyum dengan penuh yakin and teruskan berjalan. Sebelum tu sempat sound orang yang lalu sebelah "Apa tengok - tengok tak pernah nampak orang jatuh?" Then teruskan berjalan dan jangan pandang belakang!(╥_╥) Nasib baik tak sakit! Woowuuuwoooowuuuuuu!

Muka baru lepas jatuh tangga. Sempat lagi pergi beli coolblog.Apakah!

 Jari I montel! Comel betul!

Jadi jangan sebut - sebut ah pasal Merong Mahawangsa depan I nanti I teringat kisah duka I jatuh tangga. Walaupun tak sakit tapi tercalar tu kredibiliti I sebagai blogger picisan. Dibuatnya ada readers I nampak, gila boleh masuk paper tau! Tak suka! Apa?Okeylah boleh lempang I untuk kali kedua!(╥_╥)

Dah.Babai!

Read More»

Dunia Isteri Itu Berkisar Tentang Suami

Jangan. Jangan sakiti hati suami mu.

p/s : Ya Allah... lidahku... lidahku.

Read More»

I Dapat Cek Misteri Weeeewoooweeewooooooo! (Bunyi Effect Music Seram!)

Misterilah kan sebab I tak dapat nak figure out kenapa sekeping cek bernilai RM195.34 dihantar ke alamat rumah siap dengan nama penuh I sekali. Confuse betul. Bila ada nama Prudential Takaful BSN lagilah jadi lebih pening sebab langsung tak pernah masuk benda - benda ni semua. Jadi persoalan utama, apakah tujuan cek ini dihantar?Arghhh buat apa nak pening - pening kan. Ni namanya rezeki. Bukan mencuri. Bukan songlap duit orang, bukan tipu duit orang masuk MLM pun, nama pun nama I kan, jadi anggaplah ini rezeki dari Allah kerana berbuat baik sepanjang minggu lepas. Aminnnnnn! Bulan ni pun sengkek, jadi dah dapat duit ni bolehlah beli baju dua tiga pasang buat pergi sekolah. Yeaaahuuuuu! =.=" Lain kali kalau nak hantar, hantarlah lebih - lebih sikit. Wahaha!

Second time pegang cek. First time masa nikah dulu. Hoho!

Dah. Babai!

Read More»

Suria Perkasa Hitam. Siapa Dari Zaman Ini Juga Sila Angkat Tangan!


Mari nyanyi bersama. Lirik yang puaka punya kelakar!

Read More»

Jangan Bercakap Dengan Saya. Saya Dalam Mode Silent Sekarang!!

Sebab I tengah sakit gigi yang amat sangat!! Sampai suami pun naik takut tengok I macam kena rasuk dengan hantu gigi. Melalak + meraung + golek - golek atas katil untuk bagi effect maha sakit yang extreme. Sakit weh! Puaka punya gigi! Sebelum ni memang dia dah sakit - sakit tapi maghrib tadi memang macam jahanam dia punya level sakit. Berdenyut - denyut macam buat gelek gerudi inul kuman - kuman dalam gigi tu. Ke bakteria?Ke ada toyol dalam tu? Dari sekolah dah rasa sakit, tapi nasib baik I ada simpan ponstan dalam wristlet. So sakit tu hilang kejap tapi on the way nak balik rumah tadi, sedap je I sedut iceblended tembikai So Fresh tiba - tiba ais tu termasuk dalam gigi yang dah sedia rosak tu. Mak aiiihhh rasa dia memang macam kau kena petir! Rasa nak menggelupur time - time tu jugak!

Sampai rumah terus menggelupur betul - betul. Gila punya sakit. Buka mulut sikit rasa macam ada lori tanah sodok - sodok dekat gigi yang sakit tu. Tak sempat nak dukung Adam terus I terbongkang dalam bilik. Terabai Adam sekejap. Sakit gila tak sanggup nak buat kerja lain. Suami beri I makan ponstan lagi, kira dah double dose dah ni. Tapi tak kurang jugak sakitnya, makin mengganas adalah. Memang puaka.Sakitnya nauzubillah! Lepas suami solat maghrib terus dia datang tenangkan, pujuk - pujuk isteri dia yang kena rasuk hantu gigi ni, ceh dasar mengada - ngada eh, bila suami sayang - sayang beransur - ansur hilang pulak sakit gigi ni. Psikologi betul! Siapa ngada - ngada, I ke gigi?Suami pujuk suruh pergi cabut gigi.Suami kata tak sakitttt, macam kena gigit semut. Tipu! Dulu masa nak bersalin pun dia kata tak sakit, macam kena gigit semut je!Ah dusta!Tapi sebab dah terlampau sakit, angguk je laju - laju. Ye ye esok I pergi cabut gigi puaka ni! I berazam dalam hati. Bila gigi dah okay sikit, terus pergi solat maghrib and terus main dengan Adam.Phewwww!

Berdebar pulak dalam hati ni. Esok kena pergi cabut gigi. Mesti! Wajib! Taknak menderita lagi. Errrr mana eh klinik gigi yang doktor dia kacak?? Eh!

Babai!

Read More»

Saya Mimpi Saya Adalah Artis Indie!

Betulaaaaahhhh! Entah hape punya mimpi la... paling banyak mimpi, mimpi nilah yang terpaling mengaibkan sekali. Aib weh sebab dalam mimpi tu I jadi artis indie yang famous!Kahkah. Rasa nak ludah tak?Mungkin sebelum tidur dengar lagu - lagu Yuna jadi terus masuk dalam mimpi. =.=" Ni nak rasa bangga ke hape ni? Bangun tidur tersengih - sengih macam nak mintak penampar sebab rasa childish dengan mimpi sendiri. Sebab setahu I lah kan mimpi - mimpi nak jadi artis ni hanya berlaku dikalangan kanak - kanak yang belum Mummayyiz lagi! Anda sudah Mummayyiz ke belum?Kalau belum tak boleh kahwin tau!Kehkeh!

Walaupun durasi mimpi tak panjang tapi memberi kesan yang amat mendalam dalam jiwa sanubari I. Mungkin kalau lepas ni I dah taknak jadi cikgu lagi, mungkin I akan beralih arah menjadi artis pula?Who knows? I boleh cipta lagu. Setakat lagu - lagu jiwang takde masa depan yang sering berkumandang di corong - corong radio sekarang, ahh pejam mata je boleh beat. Berbakat besar I neh!Cuma yang jadi masalah, I nak main alat muzik apa?Gitar?Oh no no! Kita dah ada 2 artis wanita yang main gitar sambil menyanyi.

Takkan I nak jadi yang ke tiga?Kehkeh!
Ah sudahlah orang perasan! I taktahu main satu alat muzik pun! Gitar?Silap - silap I pegang gitar terbalik. Wahkaka.Aib! Tulah siapa suruh mimpi pelik - pelik! Cuba mimpi jumpa jejaka kacak seksi ke, berfaedah jugak! Ahaha. Lepas ni kena keji kata dah ada suami pun masih nak puji lelaki lain. Ouhhh puhleaseeeeee! 

Dahlah. Nak mandilah. Hari ni pergi sekolah nak pakai baju pink! Yayyyyyyy!
Dah.Babai!

p/s : Eh kalau main alat muzik kompang sambil nyanyi lagu cinta pun ngetop jugak kan??Jangan lupa beli album sayaaaaaaaaaaaaa!

Read More»