Susu


Nampak tak betapa terujanya aku bergambar bersama Susu Dutch Lady 1,2,3 perisa madu? Oh sila beri perhatian juga kepada muka aku yang semakin mulus. Tapi aku taknak share dengan engkau orang kenapa muka aku semakin mulus melainkan kalau engkau orang pujuk - pujuk aku dengan manja. HAHA. Macam nak mintak penampar. Nampak area T-zone begitu bercahaya? Itu namanya cahaya keimanan. Alhamdulillah. Okay mengarut dah.

Macam yang semua orang sudah sedia maklum, Adam minum susu campur. Maknanya susu badan campur susu formula. Ye ye aku tak breastfeedkan Adam secara ekslusif. So far alhamdulillah Adam baik - baik saja. Walaupun aku super mencemburui emak - emak yang breastfeedkan anak secara ekslusif, tapi tak apalah terimalah kenyataan dengan hati gembira nescaya hidup lebih bahagia. Aku kan muda lagi. Chill. Anak kedua ketiga kelapanbelas lepas ini aku breastfeed sampai dia orang nak masuk darjah satu. InsyaALLAH. Okay mengarut lagi.

Ada yang tanya, susu apa yang aku beri pada Adam. Susu yang mahal - mahal ke atau susu cap katak? Okay susu cap katak disini mungkinlah bermaksud susu pekat manis cap Teko memang melampaulah nak beri baby susu macam itu kan. Susu mahal pun tak jugak. Sebab mahal tak semestinya baik. Aku bukan cheapskate. Tapi alangkah baiknya kalau kita lebih menitik beratkan kualiti daripada harga barang kan?

Rasanya susu apapun (Asalkan formulated) takkan setanding dengan kebaikan susu ibu. Dan kalau dah nama formulated tu, formula untuk menghasilkan FM ni sama ajelah kan. Jadinya kenapa perlu memilih yang mahal sedangkan yang jauh lebih murah pun kualiti dia baik - baik saja? Rasanya tak ada kajian saintifik dialankan secara khusus keatas anak - anak yang minum FM mahal berbanding anak - anak yang minum FM yang biasa - biasa. Ada tak? Aku dah cari sana sini macam tak ada.

Dutch Lady ternyata memberikan Adam kecergasan berpanjangan dan kecerdasan yang boleh tahan membanggakan jugak. Ternyata kalau dia dah buat perangai bijak macam itu sel - sel otak Adam kira berhubung jugaklah kan? Alahhhh macam dalam iklan susu tu. HAHA. Dutch Lady ni tak mahal. RM20.90 satu peket besar. Selalunya dalam sebulan aku beli terus 5 peket. Dulu beli perisa original. Sejak - sejak lidah Adam dah semakin mengada - ngada ni aku belikan dia perisa Madu. Tengok dia minum macam lazat je. Kira menepati citarasa dialah tu kan.

So far Adam minum tak adalah kena cirit - birit, poops dia pun comel je rupa bentuk dan warnanya. Adam pun tak meragam sakit perut atau gatal - gatal (Simptom alahan susu yang biasa) semuanya baik - baik aja. So aku assume susu ni sesuai dengan Adam. Adam pun semakin sihat, berat bertambah dengan normal, taklah obess dan lasak lincah sama macam baby - baby yang lain. Alhamdulillah.

Iye iye aku tahu FM hebat macamanapun tak boleh lawan dengan breastmilk. Yesss I get that.

Dah. Babai!

Read More»

Hadiah - Hadiah Untuk Mega Giveaway! Yayyyy!

Seharian bershopping mencari hadiah - hadiah untuk giveaway. Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak share dengan engkau orang rezeki Allah beri. Walaupun lutut macam nak tercabut, sempat jugak tengok movie In Time (Justin Timberlake ya'll!) ahhh hotnya hotnya JT! HAHA!

Pink Grapefruit Shower Gel / Strawberry Body Butter from The Body Shop

Hand Soap Water Lily/ Orchid Musk / Spa Sensation from Guardian Pharmacy
Scented Wet Wipes (3 different scents) from Guardian Pharmacy
Vitamin E Skin Care Lotion from Fruit Of The Earth
Water Shine Pure (Lipstick) / Baby Lips (Lip Balm) from Maybelline
Exfoliating Body Wash (Citrus and strawberry) from Watson's
Deep Cleansing Nose Pore Tape from Watson's
Energising Eye Mask from Watson's
Nurich Lactolite
Pil Herba Maharani

Oh My Allah! Engkau orang teruja tak sebab aku yang buat giveaway pun turut sama teruja! Best betul kalau aku yang dapat hadiah - hadiah ni. Hadiah akan diupdates setiap masa sebab manalah tau ada siapa - siapa yang nak sponsor kan hadiah - hadiah. Kecil tapak tangan pongkes aku tadahkan. HAHA pongkes.

NILAI HADIAH : 

1. The Body Shop Body Butter RM55 x 2
2. The Body Shop Pink Grapefruit Shower Gel RM35 x 2
3. Hand Soap Water Lily/ Orchid Musk / Spa Sensation from Guardian Pharmacy RM5.90 x 3
4. Scented Wet Wipes (3 different scents) from Guardian Pharmacy RM3.90 x 3
5. Vitamin E Skin Care Lotion from Fruit Of The Earth RM5.90 x 2
6. Water Shine Pure (Lipstick) from Maybelline RM23.90
7. Baby Lips (Lip Balm) from Maybelline RM10.90
8. Exfoliating Body Wash (Citrus and strawberry) from Watson's RM8.90 x 2
9. Deep Cleansing Nose Pore Tape from Watson's RM5.90 x 2
10. Energising Eye Mask from Watson's RM17. 90 x 2
11. Nurich Lactolite from Hai - O Marketing RM158 x 2
12. Pil Herba Maharani from Hai - O Marketing RM65 x 3

TOTAL RM832.40 (Kalau salah tolong betulkan ye)

Join ramai - ramai ye. Esok giveaway start! Yayyyyy!

Dah. Babai!

Read More»

Oh BungaBundle!













And many more. Jom terjah ohbungabundle! HEHE!

Read More»

Giveaway Mega "Kalau Berani Mehlah Kritik!"


Assalamualaikum.

I'm planning of having a mega giveaway. Yang ohsem - ohsem gitu for all my blog readers. And prizesnya pun nak cari yang ohsem - ohsem jugak. Remember my previous entry masa tengah teruja dapat cek dari Nuffnang? So here I am, sharing it with you! ^___^ Eceh!

Antara barisan - barisan hadiah yang terlibat (Semestinya beauty stuffs!Yayyy!)



And yang terpaling super cool ada sponsored prizes untuk yang nak cantik nak kurus dan yang penting nak sihat bertenaga. Hadiah sumbangan dari Hanie Asmahani berupa barangan Hai - O Marketing yang cool kentang! (Okay kenapa ayat aku macam pengacara cerita Roda Impian!)

Dua kotak lengkap Lactolite untuk dua pemenang cool! Bernilai RM158 setiap satu.
 3 kotak Pil Herba Maharani untuk 3 pemenang bertuah berharga RM65 setiap satu
Nanti aku update satu - satu hadiah - hadiahnya and sekarang ni tengah gigih cari mana - mana sponsor yang nak sponsor hadiah. Kata Mega giveaway / contest kan. Haruslah extravagant hadiah - hadiahnya! Demi readers yang disayangi lautan api pun sanggup ku renangi. HAHAHAHA poyo tak poyo tak?

Engkau orang hanya perlu kritik blog aku saja. Mudah kan homework dia? Pejam mata pun boleh siap. Kritik blog Cik Puan Bunga sesedap hati engkau orang. Kritikan yang paling membina of courselah akan menjadi pemenang. HEHE.

Nanti bila contest / giveaway ni sudah open kepada khalayak ramai, engkau orang ramai - ramai serbu tahu!

Dah. Babai!

Read More»

RM100


Status Facebook 2 hari lepas. Berjaya kah?
Tiket wayang #RM8
Lunch di Domino's #RM60.80
Shopping di The Body Shop #RM59.45
30% off!
30% off!

Total adalah #RM128.25 .

Misi tak berjaya. Sepatutnya lunch tu boleh kurang lagi. Tapi perut mengada - ngada nak makan kat Domino's jadi buat - buat pejam mata ajelah masa nak bayar. 

Duit sekarang macam air. Lajuuuuuuuu je mengalir.

Dah. Babai!

Read More»

The Absence

She wasn't there when her son married the love of his life.

She wasn't there when her son needed her the most, the moment his wife battling with pain, with death.

She wasn't there when her son first cuddle his bundle of joy.

She wasn't there to witness every greatest moments her son were having,


but still-

her son dutifully remembering her and all her motherly rejection along her forever absence.

And for that, I shed my tears.

Read More»

Lima Belas Bulan

Kalau dia membuat perangai sewaktu mood kita elok, kita akan mendapati perangainya sangat comel dan mengujakan. Tapi cubalah buat perangai time kita penat atau stress atau mengantuk atau nak solat atau dah lambat nak pergi kerja dan waktu itu dia merengek - rengek, berguling - guling nak minta dukung, korek - korek mata dengan hidung sebab nak kejutkan kita bangun dari tidur. Comel tak comel tak? Okay rasa macam nak cubit.

Lima belas bulan sudah anak handsome Mama.

Muka dia semakin serupa dengan Papa. Tidak syak lagi. Perangai dia semakin serupa dengan Mama. Pun tidak syak lagi. Macam straight away keluar dari mesin fotostat. Nak menyampah lebih - lebih pun macam menyampah dengan diri sendiri. Tapi Adam Ifran Xaharis sangat seperti Norhayati Isnin. HAHA. Mengada - ngada, kuat merajuk, kuat berdrama, bijak ehem pintar ehem lagi funny ehem ehem ehem oh aku sangat meng - adore Adam yang semakin macam - macam.

Berjalan dengan lari terkedek - kedek memang johanlah kalau beri kat dia. Paling aku tak tahan sebab dia taknak duduk langsung. Adalah duduk daam 5 saat lepas tu lari - lari pusing satu rumah atau sepahkan toys atau sepahkan bola - bola dia yang banyak tu satu rumah. Lepas itu ketawa mengekek - ngekek kalau aku terbongkok - bongkok kutip bola bawah kabinet. Hobi dia jilat tutup bekas susu dia. He finds it heaven. Makin aku marah makin dia buat. Riang ria betul kalau orang layankan dia on off suis. Macamlah orang tak ada kerja selain nak mendukung engkau berdiri tepi suis. Cantiknya muka?

Tak suka makan nasi. Kalau pasta suka. Suka sangat especially spaghetti. Bagi dia makan spaghetti maka dia akan mengunyah dengan begitu teruja sekali. Oh suka sangat main - mainkan aku. Baling aku pakai soft toys dia, pukul kepala aku dengan buku (Annoying sangat - sangat kalau time aku tengah sedap - sedap tidur) punggah baju - baju yang aku dah lipat tapi kalau dengan suami Adam manusia yang sangat bersahsiah sekali. He's behaving the best dengan Papa. Kalau dengan aku? The worst! HAHA. Takpe takpe selagi boleh sabar aku layankan, kalau dah tak sabar, aku campak kat nenek. MUAHAHA.

Berat dia sekarang 11.5kg. Kecik sikit dah dia kalau nak bandingkan dengan masa baby dulu. Bambam. Orang tengok pun geram. Sekarang dia lasak, makan taknak kerja asyik nak merakas satu rumah. Tapi sebab badan dia pejal, maka kalau dukung tu boleh buat tangan lenguh jugak. Genetik Papa ni badan kental - kental. Syok peluk. HAHA. Yang lain - lain semua okay. He's growing up accordingly cuma dia tak suka makan sayur. Macam aku. Pandai aje nak asingkan sayur dengan lauk. Pandaiiii pandai. Cuba bagi makan ayam, memang duduk setempat!

Vocab semakin banyak. Adam suka membebel yang entah - entah. Gaya bercerita macam orang tua. Padahal sepatah haram pun aku tak faham. Adam suka ketawa. Senang aje nak pulihkan emosi dia kalau dia merajuk. Buat aksi - aksi yang membodohkan diri sendiri confirm Adam ketawa mengekek - ngekek. Kalau menangis pun macam tu. Sekampung dengan suara dia yang besar tu. Suka jerit - jerit. Suka jump jump jump. Hobi sungguh dia kalau suruh melompat. Macam anak arnab. Adam is a funny boy. Jarang bad mood. Tapi nocturnal sikit. Kalau berjaga malam, memang sampai ke Subuh lah engkau melayan dia.

Betullah orang cakap, depan budak - budak tunjukkanlah benda yang baik - baik aje. Kalau suami solat, aku suka dudukkan Adam tepi suami. Nanti Adam observe apa yang suami buat. Hasilnya, hari tu aku lepas solat tak lipat sejadah lagi, Adam datang terkedek - kedek berdiri atas sejadah, lepas tu angkat tangan macam orang takbiratul ihram terus tonggeng - tonggeng. Subhanallah. Sebak dada aku tengok Adam buat macam tu. Naluri keibuan aku terasa sungguh menebal dalam jiwa. Sob sob sob.




Harapan aku sebagai perempuan yang bersabung nyawa melahirkan Adam, tentulah nak Adam membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibubapa, berbakti kepada agamanya, bangasanya dan negaranya. Aku doakan Adam menjadi lelaki yang penyabar, lemah - lembut, sopan, berbudi dan bermaruah.

Dunia hari ini penuh dengan cabaran. Cabaran juga untuk aku suami isteri supaya dapat membesarkan Adam menjadi lelaki yang berjati diri, beriman dan mencintai kebaikan. Insyaallah.






And I often wonder why,
Someone as flawed as I
Deserves to be as happy as you make me
So as the years roll by
I'll be there by your side
I'll follow you wherever your heart takes me
Cause you make everything that used to be so big
Seem to be so small since you arrived

Touching ah!
Dah. Babai!

Read More»

Bloglist. Eh Meh Drop Link Blog Engkau Dekat Sini

Aku suka baca blog orang. Aku suka bogwalking. Aku STALKER! KEHKEH. Tapi aku nak list semua blog kat sidebar nanti orang kata berat kan? Jadi macam nak buat satu blog khas untuk bloglist saja. Mengada - ngada eh? Perangai macam artis tak aku? HAHA.

Engkau orang etaklah url blog masing - masing dalam ruangan komen entry ni. Lepas tu letaklah nak aku kategorikan blog engkau dalam kategori apa. Aku sediakan enam kategori.

1. Blog Lelaki Wajib Baca (Personal)
2. Blog Perempuan Wajib Baca (Personal)
3. Blog Gosip Wajib Baca
4. Blog Informasi Wajib Baca
5. Parental (Ibu/Bapa) Wajib Baca
6. Blogshop Wajib Terjah

So nanti engkau orang komen macam ni ye :

http://puterihati.blogspot.com/

Blog Perempuan Wajib Baca (Personal)

Bukan apa. Senanglah aku nak terjah sambil - sambil makan biskut nanti kan kan kan kan kan. Eh kalau nak suruh aku review blog pun insyaAllah boleh takde masalah punya. HAHA. Especially untuk blogger baru yeh. Aku follower sembilan ratus aje pun tapi perangai macam blogger follower enam juta. HAHA. Biasalah, bloggers yang follower enam juta mana ada sempat mana ada time nak review blog orang kan. Akulah sempat. Sila sila. Jemput jemput! ^___^

Eh, jomlah jom!

Dah. Babai!

Read More»

Rabu Tanpa Kata - Kata #5



Dah. Babai!

Read More»

BB Cream Precious Mineral Etude House PEMENANG!

Assalamualaikum! Morning peeps! HAHA ngengada! Senarai nama boggers yang join giveaway aku ada kat sini. So aku numberedkan bloggers tu ikut urutan komen diorang kat entry itu. And menggunakan Random.org maka pemenangnya adalahhhhhhhhh :


Mari kita cekidaut siapakah bloggers yang mengkomen di bilangan yang ke sebelas ! YAYYYY!

So Azreen sayang cepat - cepat PM akak awak punya alamat yeeeeee! ^___^ Congrats Azreen! Yang lain cuba lagi next time ye! YAYAYYYYYYY!

Dah.Babai!

Read More»

BB Cream Precious Mineral Etude House Free Noks!

Assalamualaikum! Wahhh ceria betul aku hari ni sebab tak payah nak grumpy - grumpy kena siap - siap pergi sekolah. Sebab hari ini CUTI! Yayyyy! Seronoknya bangun lewat! Hahaha lepas itu duduk depan laptop dari pagi tadi sampai tengahari. Bangun pagi kemas make up box and terjumpa few things yang aku dah tak pakai. So terasa nak buat giveaway. Mentang - mentang Maklong pun tengah buat giveaway sekarang, aku pun nak buat jugaklah! HAHA! Membazir kalau aku biarkan benda yang aku tak pakai kan. Better bagi dekat orang. Dapat pahala bersedekah.AMIN!

So sesiapa peminat Etude House bolehlah join GA yang simple gila ni ye! ^___^ Aku saja gatal - gatal beli BB Cream Precious Mineral Etude House tapi rasa tak boleh nak curang dengan BB Cream Sunplay aku. Jadinya baru pakai 3 - 4 pums dah tak pakai lagi dah. Banyak lagi isi dia. Lagipun BB Cream ni you don't have to put too much on your face, nanti dia jadi cakey. Tak cantik. Letak sikit je. Biar dia blend in.

So sesiapa yang nak, syarat dia mudah saja. Follow blog aku (Taknak follow pun takpe. Tak paksa. ^__^ ) dan sila komen SAYA NAK BB CREAM PRECIOUS MINERAL ETUDE HOUSE! serta jangan lupa tinggalkan link blog anda di ruangan komen. Senang. Tak payah berhempas - pulas. HAHA. GA ni aku sticky kan selama 24 jam saja tau. Pemenang akan dipilih menggunakan Random.org.


Cepat - cepat jangan berlengah lagi! HAHA!

Dah. Babai!

Read More»

Birthday Celebration Entah Part Yang Keberapa. Terima Kasih.

Haih birthday dah lama dah lepas, tapi baru nak update family celebration for my birthday. Bolehlah eh? Alaaaa masih bukan Oktober jugak kan. HEHE.

Kitorang celebrate secara kecil – kecilan saja di Johnny’s Steamboat Restaurant. Itu restaurant favourite emak. Kalau nak bawak emak makan luar memang wajiblah bawa emak ke situ sebab tekak emak memang serasi dengan makanan kat situ. Kalau bawa emak tempat lain nanti dia bebel – bebel kata tak sedaplah, masinlah, blablabla. HAHA. As long as emak happy maka kami pun happy juga!

Engkau jangan haraplah Adam akan duduk diam sambil kunyah biskut dengan taatnya. Sepanjang masa kerja dia turun naik baby – chair, ketuk – ketuk meja dengan sudu, campak sudu jatuh lantai, lenyek makanan atas meja dan ulang balik semua rutin kenakalan dengan gembiranya. Nama nak makan dengan tenang tanpa gangguan hanyalah mimpi indah sepasang suami isteri. Bila suap makanan nanti dia sembur – sembur. Haih. Ni genetik papa lah ni kalau nakal – nakal macam ni.

Yayyyy! Ketuk - ketuk lagi dan lagi banyak - banyak kali! YAYYYY!
Emak sayang dengan Auntie Wah
Eh eh suami.
Interframekan lubang hidung kembang aje. HAHA.




Menu pilihan of course steamboat and side dishes macam Thai Fried Bee Hoon untuk emak dengan Auntie Wah, Belacan Fried Rice Extra Spicy untuk aku and untuk Meme apatah nama makanan tu aku tak ingat. Tapi mee dia warna hijau. Kembang tekak aku menengoknya tapi Meme makan dengan riang gembira aje. HAHA. Untuk dessert macam biasa my all time fav Red Bean Ice Flake.




Balik dari makan suami singgah Secret Recipe belikan Choc Indulgence Cake. HEHE. Thanks sayang. Dalam family aku sorang je pun yang suka makan kek cokelat, yang lain macam tak berapa nak minat sangat. Sudahnya aku sorang yang makan kek cokelat tu, kendurikan dengan Auntie Wah and Meme. HAHA.


Kak Sally jugak tak pernah miss nak buat something untuk birthday aku. Tahun ni dia buatkan trifle. And ini jugak first time aku makan trifle. HAHA. Not bad jugaklah trifle Kak Sally. Sedap! Lain kali bubuh buah banyak – banyak ye, kak! Thank you so much kak for the trifle.


Emak gorengkan Ayam Goreng Rempah. Nyumnyum!
Well, untuk birthday kali ini tak banyak yang aku nak. Aku cuma harap aku dengan suami akan bertambah bahagia sampai bila – bila dan aku suami isteri dapat membesarkan Adam dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Semoga aku menjadi wanita solehah yang menjadi kebanggan suami, bukan lagi wanita yang cintakan dunia blablabla. Nak jadi anak yang solehah dan berbakti pada emak abah. Pendek kata, nak jadi family woman yang tidak akan mengabaikan career. Alahai mulianya birthday wish. HEHE. I love my family so much.

Sekian saja untuk laporan birthday aku pada tahun ini. Semoga tahun depan Allah beri kesempatan untuk menyambutnya lagi. Amin ya rabbal al amin!

TATA.

Read More»