Thursday, January 5, 2012

Dimalukan Dikhalayak. Bersabar Dan Senyumlah Dengan Bermaruah

Assalamualaikum

Dimalukan dikhalayak ramai bukanlah sesuatu yang kita dambakan setiap hari. Mana ada orang bangun pagi - pagi terus berazam dalam hati " Mintak - mintaklah aku dimalukan depan orang hari ni! Barulah cool!" Mana ada mana ada! Ia termasuk dalam list perkara - perkara yang kita mintak di choyyy kan daripada hidup. Semua orang pun taknak dimalukan. Termasuklah aku. Tapi kalau benda tu dah jadi dekat kita, janganlah cepat melatah. Bak kata Dewa, hadapi dengan senyuman. Ewah cakap macam good - good jewwww! HAHA!

Tahun ni aku dapat sesi pagi. Kalau engkau orang tanya aku suka ke tak sekolah sesi pagi ni, jawapan jujur aku, aku tak suka. Penat. Aku dah selesa setahun sekolah dekat sesi petang. Syurga dunia betul. Jadi bila aku dapat sesi pagi tahun ni, ada yang tak berapa suka. Mungkin menyampah bila tengok muka aku kehulu - kehilir sana - sini. Dan aku sungguh tak menyangka, tahap kemenyampahan itu terlalu tinggi sangat - sangat sampaikan individu terbabit tergamak memalukan aku depan semua orang. Mungkin pada dia, dia hanya bergurau. Tapi bergurau ke kalau sampai engkau bersuara dengan lantang sambil memberikan engkau satu pandangan yang penuh jijik dan sungguh double standard?

Perasaan engkau? Takkan lah suka sampai nak berjoget - joget ye tak? Of course engkau akan rasa sentap satu badan menggigil - gigil menahan api kemarahan sambil cubaan menepis bisikan syaiton yang ternyata semakin goyah. Percayalah, kadangkala syaiton menang. Either engkau melawan balik menggunakan perkataan paling tak berguna dalam kamus ataupun engkau menyerang si pelaku secara membabi - buta, tarik - tarik rambut dia ke apa atau paling koman pun engkau orang melalak dekat FB. Kan? Kan? Kan? Eheh. Aku pun sama jugak! HAHA!

Tapi tapi tapi, aku sungguh kagum dengan diri sendiri pada tahun ini sebab instead of marah - marah or tarik rambut dia or keji dia semula or apa - apa ajelah yang dahsyat - dahsyat, aku cuma berdiri dengan penuh jati diri sambil membalas kejian itu dengan senyuman. 

HEBAT tak?

Walaupun dalam hati, gelora yang datang berombak rindu adalah sungguh nauzubillah. Namun tak sedikit pun aku tunjukkan riak menyampah atau marah atau apapun dengan dia. Aku cuma senyum dan berlalu pergi. Walaupun dalam hati sedikit terusik, aku cuba persetankan semua tu. Berulang kali aku ingatkan diri sendiri, insyaAllah setiap apa yang kita buat ada balasannya masing - masing. Aku redha dimalukan macam tu. Mungkin tahap cikgu tepi longkang macam aku ni tak boleh nak duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan cikgu 'hebak - hebak' macam dia. Baiklah baiklah aku insan yang hina. ^____^ Aku fikir positif ajelah. Kenapalah dia nak takut sangat dengan perpindahan aku ke sesi pagi kalau tak kerana dia nampak potensi dan kehebatan aku yang bakal nak terserlah kan? (Muntah!) Positif! Positif!


Sabar tu banyak hikmahnya. Insyaallah.

Realiti sebenar seorang guru. Hasad dengki, dendam, cantas - mencantas ni dah jadi mainan warga pendidik. Tak payahlah nak tanjat boboi sangat.

Dah. Babai!

14 comments :

Innanie | Ariffin said...

SEMBAH RATU PADA SARCASM PEOPLE~~!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinCAPSLOCK BEBEH! HHEHE!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Tahniah...yati berjaya tangani saat sukar tu.akak kutip sifat mulia tu.klu ada yg buat akak moga akak turut sabar camtu

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kalau ada perangai cikgu mcm tu mcm mana nk didik anak orang..mintak dijauhkanlah puteri sy drpd dpt cikgu berperangai mcm tu..


tindakan awak yg bersabar amat sy kagumi..SYABAS bebeh..


sesuangguhnya berjaya menahan marah adalah orang yg paling BERANI!

MiA said...

tak suka orang yang perasan dia BAGUS @ bak kata akak hebak-hebak...tu..kat opis saya ada sorang KAK..

sabo ajelah...:)

tapi saya tak bole la nak senyum dengan orang macam tu..saya cuma mintak dijauhkan la..tak penah lagi die sound saya depan2..cuma cakap sindir belakang2 aje. kalo depan2 saya CEPUK muka dia...eheee..

Puan Gojes said...

cikgu hebat! :)

Rai said...

percayalah..dia memalukan diri sendiri buat macam tu..orang normal takkan hingin nak gembira bila tengok orang lain dimalukan.. kalau orang lain join dia gelakkan ko maksudnya cikgu2 kat skolah tu semua bodowww.. tak patut hantar anak sekola situ..hahahaha...

eh tak termasuk ko lah..hishh..

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Itu aje yg mampu sy buat kak. Kata nak berjihad, jadi kenalah dengan sekuat semangat menahan sabar. Hehe. Thanks kak! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyKalau dari segi mengajar, memang diorang terbaik, cuma bab - bab habluminannas ni yang kureng sikit! HEHE! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@MiAIkut hati memang nak cepuk, tapi... TAKPE SABARRRR SABARRRR! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@Puan GojesTerima kasih! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@RaiDiorang cikgu - cikgu yg hebat Rai. Cuma dari satu segi, sifat - sifat negatif banyak sgt menular. HAHA. Haihhhhh sedih betul! Sobsobsob! '-____-

farra.atika said...

teacher da kat sesi pg balik??? .alhamdulilah .gd luck teacher ! :)

Cik Puan Bunga said...

@farra.atikaTerima kasih! ^____^