Wednesday, January 25, 2012

Ini Bukan Anak Aku

Aku tak tau pulak nak kategorikan apa yang bakal aku kongsikan ini sebagai cerita kategori apa. Kita jadi orang jangan judgemental sangat. Eceh pandai pulak aku cakap. Padahal akulah judgemental nombor satu sedunia. Bhaha. Tak guna.

Baiklah. Begini kisahnya. Last week aku dengan family jalan – jalan dekat The Summit, Batu Pahat. Sebenarnya jalan – jalan tak ada arah tujuan. Sekejap kata nak makan Tutti Frutti, sekejap kata nak jalan – jalan cari durian. Entahlah. Last – last jalan – jalan buat cermin mata untuk cousin aku sudahnya. Sambil tunggu cermin mata siap (Gila salesman dekat kedai cermin mata kacak amat!) kami lepak dekat McD sambil update gossip – gossip terkini dan sensasi.

Sedap – sedap kitaorang borak – borak, tiba – tiba datang seorang budak lelaki kecit yang identiti serta kaumnya terpaksa dirahsiakan, datang tepi aku sambil main – main dengan signboard McD. Tengah sedap – sedap budak ni main – main eh dia kencing pulak! Ah sudah! Gasak aje budak ni kencing melambak – lambak sambil buat muka toya. Dah sudah kencing, dia main – main pulak dengan air kencing dia. Ditendang – tendang disepak – sepak manja pulak air kencingnya. Kami berpandangan sesama sendiri. Meja belakang ni ada satu family Chinese dok gelak – gelakkan budak ni.

Aku pandang kiri kanan terintai – intai terjenguk – jenguk terjulur – julur dok cari manalah emak ayah budak ni. Mustahil pulak dia datang The Summit sorang – sorang pulak kan. Ni confirm ada emak bapaknya ni! Tapi takde sorang pun yang buat muka ambik kisah dengan kewujudan budak ni tadi. Dia pulak syok aje main air kencing sendiri. Eh kau ni karang.

“Papa where?” Aku tanya dengan harapan dia boleh faham apa yang aku tanya.
Eh dia buat badak jugak.
“Mama?Mama?”
Pun dia buat tak layan aje.

Then Maklong noticed yang telinga budak ni macam cacat sikit, tak ada cuping telinga. Probably dia tak dengar apa yang aku cakap. Kesian sangat – sangat aku tengok budak ni. Kecik lagi dalam lingkungan umur 2 tahun lebih. Tak pakai pampers. Baju singkat macam bukan size dia. Dibiarkan sorang – sorang sampai terkencing – kencing dalam seluar.

Gembira habis dia main dengan air kencing.
Adalah dalam lebih kurang 10 minit budak ni terbiar macam tu, tiba – tiba datang dari arah meja belakang seorang lelaki yang kami syak sebagai bapak budak kecik ni tadi datang. Dia cuit aje bahu budak ni tanpa pimpin pun tangan budak ni, terus berlalu pergi. Tinggallah budak ni terkapai – kapai selama beberapa saat sebelum dia berjalan slow – slow membontoti lelaki tadi. Air kencing budak ni tadi terus melambak tengah jalan tak ada sapapun peduli. For all this while, bapak budak tadi ni rupanya tengah sedap – sedap melantak dekat meja belakang. Tak guna betul. Suami terus panggil budak McD untuk lap air kencing tu sebab orang yang lalu – lalang terpijak – pijak.

Begitulah kisahnya.

Apa motif cerita aku kali ni?

Engkau orang semua dah besar. Dah bijak pandai. Fikirlah sendiri. (Ini kalau Innanie ada dekat tempat kejadian, mau dia maki bapak budak ni sedas dua! Haih!)



Dah. Babai!

8 comments :

Alfi Kasran said...

kesiannya budak tu :'(

Klo Dya said...

uiks...kenapakah??? mungkin lelaki yg disyaki bapa budak tu bukan bapa sebenar??? mungkin dia culik budak tu nak jual sbb tu dia gembira je makan mcD??? huhu apa punye manusia la...rasanya bukan budak tu yg cacat, tapi bapak dia. cacat otak.

cik aletheea: said...

erk......

Cik Puan Bunga said...

@Alfi KasranKan? Kesian! (T___T)

Cik Puan Bunga said...

@Klo DyaMemang tak guna, boleh aje pandang dari jauh buat taktau aje. Sakit hati betul. Ingatkan budak ni hilang mak bapak ke apa. Cis!

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea:Erk!

Innanie | Ariffin said...

syok punya syok punya syok gua baca... DANNNNGGGG!!! ada nama gua.

yg pntg tu bukan ADAM IRFAN XAHARIS kan? heheh..

sian budak ni. dia tak salah. bapak dia tu patut kena tembak!

p/s: gua ratu maki ke? hahahah

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinAwak kan tak boleh tengok budak kecil kena tindas! HEHEHE!