Tuesday, January 24, 2012

Isu Di FB. # Isu Sakit Hati 1

Buat orang benci atau sakit hati dengan kita ni bukanlah best sangat. Paling - paling pun kena keji secara berjemaah. Part kena keji tu yang malas nak layan tuh. Buatnya dia orang doakan kita masuk longkang ke tercabut gigi ke terbakar rambut ke, memang malapetaka. Tapi takkanlah seumur nyawa kita asyik nak menggembirakan hati perut orang lain saja. Perasaan kita? Emosi kita? Mana nak campak? Dalam lubang tahi?

Aku tahu sejak aku post status amarah terlampau seminggu lepas, ada orang - orang terdekat yang terasa hati dengan status aku tu. Bukan aku saja nak buat orang marah, pun bukan saja nak memperlekehkan sesetengah pihak. Kalau engkau orang baca komen - komen kawan - kawan aku yang rajin melayan perangai aku yang tak tentu hala tu, tak adapun kami menjurus kepada sebilangan individu. Namapun tak ada kami sebut. Masing - masing cuma nak luahkan apa yang terbuku dan berbuku dalam hati. Aku pun ada sebut dalam tu, tak semua ibu - ibu yang breastfeeding buat macam tu. Sesetengah. SESETENGAH. Maknanya, dalam satu kelompok emak - emak yang menyusu badankan anak, ada yang buat, ada yang tidak.

Amacam? Sentap tak?
Ada yang tarik muka. Ada yang sentap. Ada yang sakit hati dengan aku. Ada yang sumpah aku. Ada yang keji aku siap emak bapak aku pulak terbabit sama (Walaupun emak bapak aku jelas tak ada kena mengena. Eh kau ni karang!) siap ada yang perli - perli aku dekat status FB masing - masing eh tapi aku buat - buat cool ajelah. FB engkau, engkau punya pasallah nak tulis apapun. Cuma itulah macam yang aku cakap tadi, logik tak logik engkau nak sentap sekali itu engkau ajelah yang tahu pucuk pangkalnya macamana.

Aku tulis status macam itu sebab adalah sorang hamba Allah ni bukan main sedap mulut dia kata depan - depan muka aku yang comel ni kata aku ni emak yang gagal sebab beri Adam paci sejak Adam kecik. AKU EMAK YANG GAGAL OKAY. Padahal belum pun sampai 2 tahun aku pegang title emak aku dah diselar sebagai gagal cuma kerana aku bagi anak aku paci. Okay tangan dah gigil - gigil nak capai parang panjang. Nak menambah perisa, dia kata anak aku jongang (Padahal cantik aje gigi Adam aku tengok!) dan dan dan aku tak breastfeedkan Adam. Oh come on. Kaki please! Maka terhasillah status kecelaruan emosi macam tu. Aku geram. Aku ada hak nak rasa geram. Macam engkau oranglah ada hak nak showing off pencapaian masing - masing dalam mendidik anak - anak, maka aku juga ada hak itu.

Aku tahulah sebagai emak - emak yang memberikan anak - anak engkau orang apa yang terbaik, mesti engkau orang terasa bangga tak habis. Macam tu jugak aku. Kawan aku ada sentuh pasal istilah untuk breastfeed anak - anak macam kalau engkau breastfeed 6 bulan kira dah dapat diploma, setahun macam dapat ijazah and so on. Well mungkin engkau orang kata itu macam galakan untuk ibu - ibu terus breastfeedkan anak - anak masing - masing tapi nanti lama kelamaan timbul riak tak pasal - pasal dengan kejayaan macam tu. Orang lain yang tak berpeluang breastfeedkan anak - anak, of course rasa cemburu, iri hati dan macam - macam lagi perasaan negatif. Pernah fikir tak?

Aku salute dekat emak - emak yang breastfeedkan anak - anak, prepare makanan khas untuk anak - anak, tak beri anak paci, provide yang terbaik untuk anak - anak. Cuma janganlah poyo - poyo sangat. Macamlah kami ni tak provide yang terbaik untuk anak kami, kan? Kami tak mampu memberi dari satu segi, tapi kami penuhi dari segi - segi yang lain. Hanya kerana beri anak puting, kami ibu yang gagal? Hanya kerana tak breastfeed, anak generasi kami jadi tak elok? Tak pintar? Tak jadi manusia?

Kita boleh jamin, anak - anak yang breastfeed besar nanti tak jadi perompak? Penyamun? Tak rogol anak orang? Tak buat perkara - perkara tak elok? Kita boleh kata anak - anak yang tak breastfeed besar nanti tak boleh jadi pandai, tak boleh jadi insan berguna? Apa perasaan kalau time ni kita bangga dapat breastfeed anak, mana tahu anak seterusnya nanti Allah tarik balik nikmat tu? Semua tu belum ada kepastian lagi. Pucuk pangkalnya cara kita didik anak - anak. Semua orang tahu, satu dunia tahu SUSU IBU SUSU YANG TERBAIK UNTUK ANAK - ANAK. Tapi susu ibu semata - mata belum cukup untuk menjamin masa depan anak kita.

Berkongsi kepakaran dan pengalaman tak salah. Tapi janganlah pulak kita terus prejudis menuding jari menyalahkan orang yang tak bernasib baik macam engkau orang semua. Kalau engkau ada perasaan, aku pun ada perasaan jugak. Aku pun nak yang terbaik untuk anak aku. Bukan engkau sorang.

Maaflah kalau ada yang terasa. Hidup ni bukan yang indah - indah aja. Tak semua orang sepakat membawa berkat dengan kau. Kadang - kadang kita kena belajar bersederhana jugak. Dalam Islam pun menuntut kita semua bersederhana. Takut dalam kita buat sesuatu tu, timbul pulak rasa riak. Anak - anak ni fitnah dunia. Terpulang pada kita nak mencorakkan hidup mereka jadi yang macamana nanti.

Maaf sekali lagi kalau ada yang terasa.

Dah. Babai!

25 comments :

fifitiez said...

hai kak.akak tau tak,tiap malam b4 tido,sy mesti cek blog akak dulu.kot2 akak update sebelum sy tido.tapi salunya,sy tido dulu..baru akak update. T_T

apapun,malam ini dgn bangganya sy cakap..saya BELUM TIDO lagi! dan sy jadi antara org 1st komen.. :)

Cik Puan Bunga said...

@fifitiezAlamak. Kasihannya dia. Blog akak ni macam bedtime story awaklah ye? Kehkehkeh. Akak kalau update mmg tengah2 malam, time org tidur. Hehehe.

Terima kasih ye. Tacing betul! ^_____^

miya said...

ya lahh,, sejak akhir2 ni isu bf ni mcm menjadi2. ada yg temberang semacam sbb dia fully bf. siap sindir2 lg. dia ingat mak2 yg kurang berjaya bf ni xsayang anak.. @ x fully bf = x sayang anak? bongokk!!

Cik Puan Bunga said...

@miyaDia ingat kita tak sayang anak ke? Allah aje yg tahu macamana sayangnya kita pada anak yang kita dah kandung selama 10 bulan tu.

Kalau kita cakap, tahu sentap. Kalau dia yang bercakap, tak pulak fikir kita ni sentap ke tidak. Hmmmmm.

Innanie | Ariffin said...

paci tu hape???

adam jongang? oh no! buta ke hape! Adam kacak kot...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

nk breastfed anak selama 2 thn bkn kerja mudah sbb tu kami sbg ibu yg berjaya breastfed kan anak rs bangga.


sbnrnya semua ibu insya-allah diberi peluang oleh allah utk menyusukan anak cuma kengkadang mgkin ada halangan.


mmg susu ibu yg terbaik takda tandingan. bnyk kelebihan utk bayi dan jugak ibu. antara sbb wanita zaman moden kena breast cancer ialah sbb x menyuskan bayi..


harap sabarlah ya. takmo gegaduh kat facebook..x manislah :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

apa pon sy suka baca blog CPB..:)

Sue* mamaID said...

hmm...memang padan pun awak ckp mcm tu, sy pun geram dgn org yg full BF nie...suke2 ati kutuk org lain...mcm diorg je mak terbaik kt dunia...kite nie mak tak baik ke...bukan semua org bernasib baik...mana ade ibu tk nak bg anak BF...diorg nie riak je lebih...menunjuk2...sampai kata kita yg bagi susu formula nie...anak lembu...ade ke patut...betul2 tak sayang mulut...kan...

MiA said...

like 200%!!!

saya sokong akak..hurmmm...sesetengah mak2 yg fully bf anak ni memang cakap nak megah aje..bukan semua..sesetengah aje..tu pon ade orang nak tacing!kita ni lagi tacing dengan kata2 dorang tu yg cakap kita ibu yg gagal kalo tak dapat fully bf anak sampai 2 tahun tu. kecik hati..sedih..kan..

Rai said...

pada aku cara nak membesarkan anak ni pilihan masing2..orang lain takde hak nak komen2..takde hak nak kata ibu tu gagal ke berjaya ke..sama macam spm..berjaya dalam spm tak semestinya berjaya dalam hidup kan..

walau pun pada aku takde keperluan ko nak bubuh status macam tu..tapi aku rasa aku faham jugak rasa frust ko tu..tapi aku tak terasa pun la sbb aku takde pernah duk kutuk mak2 yang tak full bf anak dia.. atau yang bagi paci..

aku tak bagi anak aku tidur dalam buaian dan tak bagi paci pada anak aku simply sebab aku malas nak gaduh nak berentikan dia nanti.. tapi pada orang lain mungkin lebih convenient sebab senang nak tidurkan dan nak sooth anak2 dengan cara bagi paci atau masuk buai..

so, itu terpulang pada preference masing2..

ps : mak2 yang bf ni sebenarnya lebih pemalas sbb bila malam selak baju je..tak payah bangun nak bancuuh susu...tak percaya tanya aku..haha..boleh gaduh woo kalau nak bangun bancuh susu..sedangkan bf pun aku gaduh dgn diorang.. apa punya mak la aku ni kan.. :P

Bella Bellitos said...

ya-Allah, pasal breastfeed pun nak dijadikan isu mengutuk orang. dah kering idea agaknya.

akak, saya & adik-adik pun mak kami breastfeed sampai umur 6 bulan je sebab susu mak memang sikit. tapi elok je empat-empat orang membesar dan berjaya dalam pelajaran. tak sayang mulut betul orang yang menuduh tu =='

izyan asimat said...

btol tu dear...sedih sgt bile org compare2 kan ank yg fully bf dgn tak... bknnya kita taknak... bknnya tak berusaha... mcm yan pon terpaksa campur dgn fm sbb tak cukup mse p kursus... bila tgk mommy2 yang bangga dgn susu yg bnyk... tipu la kan tak jeles... mcm yan bli kan ank walker.. ada la mahluk2 yg pertikaikan nanti ank x pandai jalan secara semula jadi... nanti tulang rosak.. mcm2 lagi la... abes kalo biar dia merangkak smapai kemana2 n membahaya kan diri same jugak risikonya kan... mmg kagum ngn mommy yg fully bf.. masakkan utk anak ari2.. x perlu pakai walker utk bantuan.. tapi smua org tak same kan.. kita tau yg terbaik utk ank kita... kdg2 org yg tak merasa kat tpt kita tak tau apa yg kita lalui... cuba dia kat tpt kita... huhuhu tetiba emo plak.. ehhehe

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinPacifier lah! HAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyBangga. Siapa yang tak bangga. Tak semua orang boleh handle perasaan bangga tu dengan baik. Ada yang riak. (Terus - terang) Macam apa yang makhluk Allah tuh buah dekat saya. Riak, takbur berjaya besarkan anak dengan alaminya.

Sebab tu tergamak cakap depan muka saya yang saya ni emak yang gagal sebab tak buat macam apa yang dia buat.

Saya pun kalau boleh teringin nak bf anak selama mana yang termampu. Kita kenalah peka perasaan orang yang mendengar. Bukan main cakap suka - suka hati dia.

Esok2 Allah tarik balik nikmat dan kebolehan dia macamana? ^___^

Cik Puan Bunga said...

@Sue* mamaIDItulah. Tapi kalau kita cakap dan luahkan apa yang kita rasa, nanti diorang pulak kata kita jahat, tak sayang mulut blablablabla. Hakikatnya, dalam hati kita siapa yang tahu?

Bila dah luahkan, tahu pulak nak marah nak sentap. Heh!

Cik Puan Bunga said...

@MiAYep. SESETENGAH. Kalau ada yang sentap tuh tak dapat nak buat apa. Hidup kita bukan nak puaskan hati smeua pihak pun. Lantaklah. HAHA kejam.

Cik Puan Bunga said...

@RaiHAHAHA of courselah berkeperluan Rai. Dia akan baca punya status aku. HAHAHAHA.

Dah banyak kali aku cerita pasal benda ni, nak buat macamana, ada jugak emak - emak yg tak faham bahasa yang masih nak berkerek - kerek dengan kau. Aku kan jiwa muda, apa lagi, tu yg terluah tuh. Orang lain pulak sentap sama. Bacalah hujung pangkal dulu bukan main snetap terus - terus. HAHA.

Kita share dan membimbing kan lagi best emak - emak yang tak dapat nak bf nih, bukan selar kami dengan gelaran yang macam - macam ie emak yang gagal, jadikan anak kita anak lembu and so on. Kalau diorang ada dalam keadaan kami, apa yg diorang rasa? Kan?

Jadi kita hormatilah space masing - masing. ^____^

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosJangan tak tahu, dalam kamus hidup emak - emak ni, pasal BF ni boleh gaduh kawan baik tahu. HUHU

Cik Puan Bunga said...

@izyan asimatYup. Terbukti bukan saya sorang yang lalui benda - benda macam ni. Sebab tu selalu cakap dengan diri sendiri, bersederhana dalam membesarkan anak - anak. Perkembangan sahsiah dan kognitif lagi penting. Susu ibu hanya salah satu punca / faktor. Banyak lagi faktor penyumbang yang lain.

Susah nak cakap hal macam ni. Salah cakap, kawan pun boleh jadi lawan.

Haih.

Kita sama - sama sabar eh and berikan apa yang terbaik untuk anak - anak kita! ^____^

Klo Dya said...

belum berpengalaman beranak lagi tapi...jumud lah makcik2 mane yg cakap camtu...condemn je tau nye...haiyoooo....

be strong k mama CPB!

Cik Puan Bunga said...

@Klo DyaTakpe takpe, esok awak dah ada anak awak laluilah smeua ni dnegan cekal ye. Eceh! HEHE!

Wardah said...

sabar jela ye kak..bf x bf ni kan consider rezki gak.mcm sy dgn anak 1st xde rezki,dgn yg 2nd ni alhamdulillah adela rezki dia..ada gak dulu org kutuk sy sbb x bf anak-mcmla sy saje xnak bf kan anak tu.kalo xnak nape tiba yg 2nd ni sy beria pulak kan?x pyh ckp bykla..dun simply judge people,they hv their own reasons.kan? ;-)

Cik Puan Bunga said...

@WardahTerima kasih Wardah! ^____^

fatimatuzzahra said...

suke sgt ngan posting cik puan bunga yang ini..sumtime derang tu extremist sgt..kekadang sarcastic n sakitkan hati org lain..kasi ajar sikit sama derang (y)

Cik Puan Bunga said...

@fatimatuzzahraMendidik anak bukan setakat kasi dia susu badan selama dua tahun. It's more than that ! :)