Monday, January 9, 2012

Oh Cikgu - Cikgu.

Assalamualaikum

Sebenarnya aku ada banyak kerja nak kena buat tapi sebab aku tak tahu nak start dari mana jadi aku tolak tepi semua kerja and berblogging instead. HAHA. Walaupun ternyata berblogging tidak memberikan sebarang impak positif terhadap kerja - kerja dekat sekolah tapi untuk menstabilkan emosi maka berblogging adalah pilihan tepat. Yeah!

Minggu ni minggu kedua bersekolah.Aku belumlah tahap tekanan kerja lagi tapi saja aje nak buat - buat sibuk macam orang lain jugak, walaupun hakikatnya bila semua orang sibuk tulis - tulis something dalam buku, aku sibuk tulis - tulis jugak. Aku tulis 'Cik Puan Bunga' banyak - banyak kali. HAHA. Nampak jugak kesibukkan aku kan. Homesicknya aku! Selalu pagi - pagi aku gembira aje tengok kartun dekat Astro Ceria, ini pagi - pagi kena masuk kelas mengajar. Eh tapi tahun 2012 ni aku sangat gigih. Every minute is count. Tak amanah kalau aku bazirkan masa anak - anak murid aku yang comel - comel semuanya. *Mata ke atas tangan ke bahu* Engkau orang pleaselah behave dan jangan nakal - nakal. '-____- Huuuuu!

Hubungan sosial di sekolah sangatlah terbatas. Bercakap hanya bila perlu. No more mencapap tak ketahuan hala. Bercakap benda yang penting - penting aje. Sebab selalunya aku benda yang tak penting pun aku sibuk nak ulas. Lagha lagha! Jadi tahun ini nak diam sedunia. Sudahlah meja hadapan dengan meja belakang aku Ustaz Ustazah semuanya. Penuh berharap semoga sifat - sifat mahmudah mereka sipi - sipi adalah yang melekat dekat aku. InsyaALLAH. ^___^  

Pergi sekolah emak bawakan bekal. Baiknya emak aku. Nanti bila sudah ada waktu senggang, aku duduk diam - diam sambil makan mee goreng. Kasihan. Anak siapalah tu. Serba - serbi nak jimat (Kasut berkerja sampai 4 pasang tu jimat pebendanya!). Handbeg pergi sekolah pun cuma guna beg recycle tu. Kagum.

Eh cakap pasal nak memajukan diri kenapa pulak aku giat berblog nih! Buat kerja buat kerja!

Mungkin sebenarnya aku sudah tidak ada masa nak membuat durja. Mungkin aku dah malas nak join port mengadu - domba. Mungkin aku dah mula fikirkan masa hadapan dan tetapkan fokus. Benda - benda remeh bungkus masuk dalam lubang jamban. Bila aku nak maju kalau asyik nak fikir negatif? Kan? Kan? Insyaallah. ^___^

Semoga semangat aku terus kuat sekuat harimau dekat pembungkus biskut Tiger.

Sebagai bahan untuk mencuci mata, terimalah setepek gambar anak bujang aku yang hadsome sedunia dah potong rambut sempena tahun baru. Kacak betul! HAHA!


Dah. Babai!

14 comments :

Innanie | Ariffin said...

ok fine. malam ni i mimpi basah tgk anak bujang u! hahaha

Bella Bellitos said...

hensemnya anak bujang! mama nye sihat? ehh akak sem ni saya ade subjek Songs and Poetry. siaplahh nanti nak kena berjoget di khalayak

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinCis! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosSihat alhamdulillah! ^___^ Wahhh seronoknya! BOLEH JOGET2!! HEHEHEHEHEHE!

alin said...

hai adam..sorang je?ngorat boleh? hik3... ;)

watyz said...

er... apa kena mengena ngan gambar budak ensem tu?? hehhe

Naddy said...

ok muka sebijik izal n tak de bijik ko..hahahhaah sipi2.je..anak papa!

Cik Puan Bunga said...

@alinBoleh boleh! HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@watyzErrr penyuntik semangat! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@NaddyCis cis cis! Buat satu lagi! HAHA!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh encem ...


dpt aura ustz ustazah lah ni ye?adehh moga kamu ceria di sekolah tiap2 hari ye dik


kamu mmg cumil!

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Insyaallah. Sedut aura orang baik - baik. HEHEHEHEHE!

Thanks kak!

Jini said...

scroll2 turun bawah tnpa baca isi, nampak gmbr adam terus senyum secara oto.. haha.. kulit adam!! kalah kulit makcik.. melepak!

Cik Puan Bunga said...

@JiniBestnya kulit macam baby! Mulus sokmo!