Monday, January 16, 2012

Setahun 6 Bulan

Assalamualaikum

Tak nangis pun bila kena jab dekat klinik tadi. Nangis sikit (Itu pun guna mode ngada - ngada kata nenek!) lepas tu dia nakal balik lari - lari satu klinik. Habis Papa kena ligan dia. Strategi nenek taknak pakaikan dia kasut sebab taknak dia lari - lari tak berjaya jugak sebab Adam tak pakai kasut pun ligat jugak lari sana - sini. Habis orang satu klinik dia tanya, kacau, sempat jugak dia buat perangai dalam klinik tadi. *Geleng kepala* Yang sopannya sebelum balik salam cium tangan dengan semua orang yang ada dekat sana. Haa ini memang ternyata genetik aku ni. Aku kan sopan santun idaman ramai. Kehkehkeh. *Muntah*

Oh Adam membesar dengan penuh kasih sayang setiap hari. Semua orang manjakan dia. Keletah dia buat semua orang tak kering gusi. Kuat merajuk masih tak hilang - hilang. Semakin extreme lagi ada. Sikit - sikit merajuk. Sekarang dah pandai cubit orang. Kadang - kadang dia gigit jari aku kuat - kuat. Gigit bahu. Gigit mana sempat. Dah pandai bercakap sikit - sikit ni, memang tak terlayan dengan potpet dia. Kegilaan sejak azali adalah benda bulat / bola. Nampak bola macam orang kena rasuk.

Sekejap aje masa 18 bulan kan? Macam semalam aje aku baru lahirkan dia. Sekarang dah besar, dah pandai buat perangai yang macam - macam. Kadang - kadang buat aku tersangat geram. Kadang - kadang buat aku ketawa terbahak - bahak. Buah hati pengarang jantung! ^___^


Okay ni gambar bapak dia macam tak ada motif pulak tepek dekat sini. HAHA!
Doa Mama dan Papa (As always) semoga Adam membesar menjadi lelaki yang baik macam Papa, cintakan kebaikan, bijak pintar sedunia, cintakan Allah dan RasulNYA, taatkan ibubapa dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Amin. InsyaALLAH.

Dah. Babai!

10 comments :

Innanie | Ariffin said...

semua perangai mama dia ajeee!~~ hahah! tapi adam jgn tru perangai gedik tau. tak comey ah!

nur easy said...

tambah2 comel dgn keletah budak2 umur camni kan.. ammar dah lama kuat menggigit.. tatau kenapa lg dia geram lg la kuat menggigit..;)

Wan Anis Sorfina said...

time flies! semakin dobott ank teruna bunga ;p comeiiiii

yayath said...

comel adam:)hihi

kak...nk eskem tu cket^^hihi

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinMana ada gewdixxxxxx!!! Huhu!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyMacam2 keletah dia,tak terlayan! HUHUHUHU!

Cik Puan Bunga said...

@Wan Anis SorfinaIni pun dia dah kurus banyak kak,dah tak dobot sangat! HUHU!

Cik Puan Bunga said...

@yayathNah amik! HEHE!

watyz said...

o..dh kena injet yer. my son next month kena. ntah hape rupa la gamak nye nanti...

Cik Puan Bunga said...

@watyzChayok chayok! HEHE!