Sunday, January 15, 2012

Surat.

Assalamualaikum


Ini adalah handwriting aku 12 tahun yang lepas. Masa ini aku rasa handwriting aku adalah yang terpaling cool kentang sekali. Dan Bahasa Inggeris aku boleh tahan ke laut juga rupanya. Ini kalau anak murid aku baca, confirm dikeji secara berjamaah. Maka kantol lah penipuan aku selama ini bahawasanya Bahasa Inggeris aku semasa SPM adalah A1 bintang - bintang.

Baiklah berbalik kepada topik asal. Ini adalah handwriting aku 12 tahun yang lepas.

Luahan hati dan perasaan yang tulus kan kudus dari seorang kawan kepada kawan yang seorang lagi. Dan yang tak boleh tahan itu, macam good - good saja aku nasihatkan orang itu ini. Ternyata sifat - sifat seorang sahabat yang baik telah aku tanamkan dalam diri bertahun - tahun yang lalu. Siapa - siapa yang jadi kawan aku sekarang patutlah harus merasa bangga kerana aku sesungguhnya merupakan seorang kawan yang boleh tahan awesome nya.

Terharu aku sebab kawan yang aku tujukan surat ini masih menyimpan lagi naskhah hebat lagi berguna ini. Dia maklumkan aku semalam bahawa ini merupakan surat terbaik pernah dia terima sepanjang hidup. Ternyata surat tawaran belajar dan surat - surat cinta kekasih beliau tidak dapat menandingi kepentingan dan kebermaknaan surat yang aku titipkan. (Ecehh titipkan kau!) Katanya, aku seorang kawan yang baik dan berguna.

Tak semua orang anggap aku kawan mereka yang berguna. Berapa saja bilangan kawan - kawan aku. Sedikit. Tapi aku tak menyesal mempunyai kawan yang sedikit kerana aku sentiasa merasa sungguh meriah dengan kesedikitan itu. Aku kenal mana kawan dan mana yang tidak. Kebanyakkan kawan - kawan hanya hadir sewaktu aku senang dan gembira itu sememangnya kawan yang hanya suka mempailangkan hidup kita. Bila engkau ditimpa musibah, mana mereka? Dalam longkang.

Berbalik kepada topik surat paling bermakna diterima sepanjang hayat.

Mungkin aku menulis surat itu dengan perasaan yang terpaling ikhlas sekali. Dan mungkin kerana kemungkinan itu, surat itu menjadi pegangan hidup kawan aku tadi ni. Dan surat itu ternyata buat dia menjadi super tabah dan cekal semangat. Macam aku juga si penulis surat hikmat tersebut. Ehem.

Aku ikhlas.

Dan kawan, jangan patah semangat walaupun jalannya nampak macam semakin palat.

Dah. Babai.

6 comments :

Innanie | Ariffin said...

sentimental value is priceless!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinIndeed!

Hustler said...

Ini kak, lau dapat ayat nih kat Cikgu BM saya masa sekulah dulu, mmg kena diri atas kerusi. Ngeh ngeh ngeh.

"perasaan yang terpaling ikhlas sekali."

Kata dia, lau dah guna 'ter' tak boleh pakai perkataan 'sekali' di belakang ayat.
kalau nak guna perkataan 'sekali'. jgn letak 'ter'. Hahahaha.. memory gak nih.

Jgn marah eh kak :), ayat nih buat saya igt zaman skulah. Hahahaha.. Suka baca perkataan2 ohsem dari akak. Hahaha :P

Cik Puan Bunga said...

@HustlerSebab tu BM akak tak adapt A! Wahahahahahahahahahahaha!

Jini said...

teringat smpai sekarang sorang lect masa degree dulu penah ckp.. kawan tak perlu ramai. sorang je dh cukup kalau sorang tu la yg nak bersama kita susah macamana nak mati pun, dan senang.. kawan ramai tak guna kalau hidup asyik nak dikena ambikkan kesempatan mcm I.. time sorang2 tade sapa nak teman. (i mmg emo selalu.. haha)

Cik Puan Bunga said...

@JiniAKAK KAN ADA!