Wednesday, February 1, 2012

Air Mata Emak

Aku pernah buat emak aku mengalirkan air mata. Sebab aku terlalu degil dan terlalu menyusahkan emak. Aku anak yang paling susah emak nak jaga. Aku suka melawan cakap emak. Degil, keras kepala, manja melampau mengalahkan adik bongsu aku. Dahlah pulak tu tak pandai time sekolah - sekolah dulu. Entah berapa banyak subjek aku yang gagallah, dapat E lah. Report card asyik merah memanjang. Emak mesti tebal muka nak ambilkan report card aku. Tak pernah aku buat emak bangga. Kerja asyik nak buat emak susah hati dan marah - marah.

Dulu aku rasa emak banyak kongkong aku. Aku tak suka emak marah - marah aku, tapi aku buat jugak benda - benda yang buat emak marah.Aku ingat lagi masa aku darjah empat, aku tinggikan suara dekat emak sampaikan emak cakap "Kenapa marah - marah emak ni? Tak baik tau cakap dengan emak macam tu." Masa tu aku rasa emak ni menyemak sangat - sangat. Padahal umur aku baru sepuluh tahun masa itu. Aku memang degil semulajadi tanpa perisa tambahan. Agaknya kalau sekarang aku jumpa budak macam aku zaman kecik - kecik dulu, dah makan penampar Jepun agaknya.

Tapi semakin aku membesar, lagi - lagi sekarang ni aku sendiri dah jadi emak, aku rasa banyak munasabahnya apa yang emak buat dekat aku dulu - dulu. Aku masa zaman kecik - kecik dulu bukannya macam budak - budak sekarang, mewah, kecik - kecik dah pakai handphone. Jarang - jarang sekali dapat pakai baju baru, semua turun - temurun dari kakak - kakak aku, beg sekolah baju sekolah pun handed down dari generasi terdahulu, nak makan sedap jauh sekalilah. Sobsob. Memang zaman aku kecik aku susah. Sampaikan time tu aku benci sangat kenapa aku lahir dalam keluarga kampung yang serba kekurangan.

Sampailah satu hari, hari yang sungguh bertaqdir. Aku berbual - bual dengan emak. Dah lama dah ni. Adalah 4 -5 tahun yang lepas.

Aku : Mak, dulu kenapa masa kecik - kecik susah sangat nak belikan Lina (Panggilan aku dekat rumah) baju baru? Kalau Lina mintak mainan baru ke, baju baru ke, kasut sekolah baru ke, mesti tak dapat? Asyik pakai baju orang aje. *Buat muka tak puas hati*

Emak diam sekejap. Masa ni emak tengah menjahit baju. Lepas itu emak jawab.

"Kalau ada duit, mesti emak dah belikan. (Pause sekejap) Macamana nak belikan. Duit ada pun cuma cukup - cukup nak buat makan. Emak punya cita - cita, cuma nak makan sedap - sedap aje. Cukuplah.Lina belajar rajin - rajin. Kerja nanti, Lina nak beli apa, belilah."

Mulai dari hari yang sungguh bertaqdir itu, aku simpan satu cita - cita. Untuk emak, aku sanggup berhabis. Aku tekad dalam hati, aku akan bagi emak makan kenyang - kenyang, aku akan bawa emak jalan - jalan mana pun emak nak pergi, aku akan sambut hari lahir emak setiap tahun dan hari ibu dengan bangga sekali, aku nak belikan emak baju cantik - cantik, aku nak belikan emak kasut, handbag yang cantik - cantik. Aku nak emak merasa apa yang emak tak pernah rasa masa emak muda dulu. Aku cuma minta satu aje dari emak, aku nak minta emak sentiasa doakan aku yang baik - baik. InsyaALLAH.

3 bulan pertama kerja, aku apply loan bank dan besarkan rumah untuk emak. Aku buatkan dapur untuk emak. Setiap tahun sejak aku berkerja, aku hiaskan rumah cantik - cantik untuk emak setiap kali tiba hari raya. Tukarkan sofa baru, catkan rumah, sediakan langsir dan baju raya, kuih raya. Ada masa, aku bawa emak jalan - jalan. Buat dia happy. Bawa dia makan sedap - sedap, belikan dia barang - barang yang dia suka, bawa dia shopping sana - sini. Bila emak gembira, aku rasa gembira yang melampau - lampau sekali. Setiap kali duit aku keluar untuk emak, aku rasa sangat berbunga - bunga. Gaji aku bukan besar sangat bila dah tolak duit bayaran bulanan untuk loan, untuk kereta, untuk bil semua - semua, lagilah sejak ada Adam ni expenses bulanan bertambah, tapi untuk emak (Dan juga adik and ahli keluarga yang lain) aku tak akan berkira. Demi Allah, aku rasa bahagia dapat buat emak bahagia.

Aku cuma mengharapkan doa emak untuk aku. Aku tau doa emak sangat mustajab tanpa sebarang hijab. Allah dan janjikan. Seorang ustaz pernah berkata dalam ceramahnya yang pernah aku dengar dulu, dia kata "Takutlah kamu akan doa ibumu. Sejahat manapun dia, walaupun dia tidak solat, tidak berzakat dan tidak berpuasa, selama dia bergelar ibu, doanya sangat mustajab dan pasti didengari Allah SWT tanpa sebarang hijab. Apatah lagi ibu - ibu yang solehah dan beriman." See. Doa emak memang mustajab. Kalau emak doakan yang bukan - bukan untuk kita pun, pasti akan didengari dan dimakbulkan Allah. Sebab itu, jangan buat emak kecik hati, atau menangis kerana kita. Boleh susah hidup kita sampai mati nanti. Macam Kak LydiaMiza tulis dalam entry terbaru dia. Siapa lagi yang akan mendoakan yang terbaik untuk kita, kalau bukan emak kita? Macamanapun emak kita, syurga tetap dibawah kaki dia.


Aku sayang emak. Aku nak jaga emak sampai bila - bila. Aku sanggup dambakan seluruh masa senang aku untuk emak. Nanti emak tua, aku nak jaga emak (Dengan izin suami tentunya) aku berdoa kepada Allah supaya aku sentiasa diberi peluang untuk menyenangkan emak dan abah. Kalau ada rezeki, aku nak hantar emak abah pergi Mekah. InsyaALLAH.

Tanpa emak, siapalah aku di dunia ni. Setitis air mata emak yang mengalir kerana menyesali perbuatan anak, laknat Allah pasti menunggu kalau kita tak segera minta ampun dari dia. Sekarang ni, aku biasakan untuk cepat - cepat minta maaf dengan emak kalau aku buat salah. Biarlah malu macamana sekalipun, aku tebalkan muka mengadap emak (Selalunya lepas aku solat atau lepas emak habis solat) dan minta maaf dengan emak. Cium tangan dia. Aku selalu ingat masa nak melahirkan Adam, nama emak yang aku sebut - sebut. Terbayang dosa - dosa aku pada dia. Ya ALLAH. Murahkanlah rezekiku selalu untuk emak ku, Ya ALLAH.

Jahat macamanapun emak, kita sebagai anak kena sentiasa ingat, syurga kita dibawah tapak kaki dia. Aku boleh jamin, takkan ada sesiapa yang boleh hidup bahagia tanpa restu dari emak dan abah kita. Emaklah terutamanya. Restu emak membawa ke syurga.

Aku bukanlah sempurna sangat. Kadang - kadang aku bermasam muka, bertikam lidah dengan emak. Alhamdulillah, aku lebih peka dengan hal ini sekarang. Kebahagiaan seorang anak diatas muka bumi ALLAH ini sebahagian daripadanya adalah daripada cara kita melayan emak abah kita. Semoga kita semua menjadi anak yang soleh / solehah dan berbakti kepada kedua orang tua.AMIN! ^-^


Love you, emak!^-^
Derhaka Kepada Ibu Bapa Punca Hidup Berkemelut.
10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa
Akibat Derhaka Kepada Ibu
*Sekadar berkongsi*

p/s : Aku pernah baca, kalau nak hidup senang, murah rezeki, tak selalu dibebani hutang dan kesempitan hidup yang melampau banyakkanlah berbakti kepada ibu bapa dan berdoa setiap masa untuk kesejahteraan meraka. ^-^

Dah. Babai!

16 comments :

-[DeeYA]- said...

sobsobsob..
terharu+sedih baca entri ni.

Innanie | Ariffin said...

clap-clap-clap!
kudos for this entry.

Mak, sy sayang mak!

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Lahir dari hati nih. Thanks babe!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinEfharistó ^-^

nur easy said...

syukur.. hargailah sementara masih ada

watyz said...

alhamdulillah.. akhir nye awak jd anak yg boleh dibanggakan Emak. saya pon mcm awak, anak yg susah nak dijaga. anak yg degil + nakal tp saya x pernah dpt E walaupon x pandai. hehehhehe gurau jek... :P

fifitiez said...

sedihnya entri ni..teringat banyak sangat dosa kat mami sy..sob..sob..kak,rosak mekap sy pagi ni sbb nangis tau!

alia zainol said...

sedihh je baca entry ni huhu

MiA said...

betul kak..saya dah jadi mak baru rase macam mana sedih hati mak kalau kita melawan..

dia yang besarkan kita..agaknya saya terok diuji ALLAH masa dalam pantang sebab dulu2 suka buat mak marah kot...huhuhu..


sayang mak!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyBetul. Kalau dah tak ada baru menyesal, memang tak berguna.

Cik Puan Bunga said...

@watyzKehkehkeh perli aku lah tuuuuu! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@fifitiezAlamakkkk sorryyyy! Rosak make up awak! HUHUHUHU!

Cik Puan Bunga said...

@alia zainolSob sob sob sob!

Cik Puan Bunga said...

@MiAAsalkan sekarang dah tak buat lagi mak sedih. ^-^ Jaga emak baik - baik! SAYANG EMAK JUGAK!

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

sekejap! kenapa muka mak akak lagi muda dari akak? TAK FAHAM neh?? huhu

Cik Puan Bunga said...

@♥ Cahaya Pelangie ♥Akak pun TAK FAHAM nak jawab soalan ni macamana, sama ada nak lempang atau nak langgar dengan kereta.