Sunday, February 5, 2012

Giveaway KZNabihah Eksklusif Item

EffaStorage


Hai hai hai! Join contest / giveaway pertama untuk tahun 2012. Berdoa secara radikal dalam hati supaya panjang umur dan berjodohan dengan hadiah - hadiah utama. Bila owner butik sendiri mencemar duli mengundang aku untuk join giveaway yang sungguh ohsem ini, tak berdaya hendak menolak. Eceh kenapa ayat macam cerita P.Ramlee pulak ni. Scratch that! Start all over again! HAHA!

Dah lama jugak aku ushar butik KZNabihah ni. Agak - agak rasa macam nak serang butik dia boleh aje terjah Kluang. Kluang dengan Batu Pahat bukan jauh mana pun. HAHA (Fuhfuh mintak - mintak boleh menang hadiah! Jadi boleh demand dekat owner butik by handkan aje hadiah kemenangan! HAHA!) Items yang KZNabihah sediakan memang colorful gila. Warna dia sedap - sedap. Gegurls yang plushie size pun boleh bergaya. Tengok ajelah owner dia yang berani bergaya ohsem tu, memang buat aku jeles tak bertempat! ^-^

Baiklah. Giveaway strat dari 30 Jan 2012 - 29 Feb 2012. Dah nak dekat tarikh tutup dah jadi ramai - ramailah join ye! Syarat - syarat penyertaan dan hadiah boleh tengok dekat SINI.

Okay, dalam banyak - banyak item tu aku paling suka Palazo Pants. Memang kegilaan aku untuk tahun 2012 ni. Setakat bulan Februari ni aku dah ada tiga pasang untuk tahun 2012. Warna hitam (Must have. Sebab senang nak dipadankan dengan mana - mana baju) Grey and Reddish Maroon. Memang ohsem. Kiranya Palazo Pants ni adalah substitute kepada long skirt and jeans kalau engkau orang terasa nak bergaya ranggi gitu. Selesa tahap dewa!

Kenapa aku suka Palazo Pants KZNabihah Boutique?

WARNA - WARNA DIA

KZNabihah Boutique menyediakan Palazo Pants yang warna - warna dia memang menyelerakan. Pilihan warna yang disediakan memang memnuhi citarasa wanita yang ingin bergaya dan mempunyai keinginan untuk tampil anggun berbanding hari - hari biasa. Warna - warnanya bukan sahaja tertakluk kepada warna - warna selamat seperti hitam / kelabu / cokelat gelap sahaja tetapi KZNabihah Boutique juga menyediakan warna - warna berani seperti Red Chilli, Mustard, Gold, Orange yang memang boleh menyerlahkan penampilan si pemakai. 

Phewww! Ada macam pengacara nona tak aku punya ayat? HAHA!

CUSTOM MADE

Ini yang paling aku suka sekali. Engkau orang boleh tempah Palazo Pants sendiri mengikut ukuran engkau orang. Jadi memang tak akan timbul isu seluar tak muat, pinggang besar sangat, panjang sangat sampai menyapu sampah sarap dekat jalanan atau apa - apa masalah sekalipunlah. Sebab time engkau orang tempah, sertakan sekali ukuran yang engkau orang benar - benar selesa. Bukan main sauk aje apa yang ada. Jadi, semua size pun boleh bergaya dengan penuh keyakinan sekali.

HARGA YANG MUNASABAH

Dengan hanya RM48 (Bukan ahli) dan RM46(Ahli) engkau orang boleh bergaya ranggi dengan Palazo Pants pilihan hati masing - masing keluaran KZNabihah Boutique. Harga custom made yang sangat - sangat berpatutan berbanding dengan pasaran bebas yang adakalanya mencecah RM85++ untuk sehelai Palazo Pants. Penjimatan yang sungguh memberangsangkan.



So, apa tunggu lagi. Kalau ragu - ragu boleh datang sendiri dekat KZNabihah Boutique yang beralamat di:

Okay suka - suka ake jemput orang terjah kedai! HAHA! Eh tapi betul, owner butik ni friendly and bersedia melayan setiap pertanyaan engkau orang asalkan tak merepek - repek sudahlah. Sebarang pertanyaan boleh PM beliau dengan lebih lanjut. Tapi jangan ngada - ngada nak PM dia nak pergi pinang dia ke apa kan sebab sebab sebab dia dia dah berpunya. EHEH. Promote sekejap!HUHU!

Untuk give away kali ini aku tag tiga orang mangsalah ye macam biasa. HEHE.

Phewww! Mintak - mintaklah ada rezeki! Amin Ya Rabbal Al Amin!
Dah. Babai!

6 comments :

Innanie | Ariffin said...

kalau gua masuk, gua menang! hahah sbb dia kawan baik gua. chane?

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinAlamak, soalan lu, gua gagal jawab!

Aida Jelita said...

nak join jugak..

Cik Puan Bunga said...

@Aida JelitaEh silaaa silaaa! ^-^

cik bihah said...

hai2.. tq join tauu ;))
<3

hahaha aku tak bagi innanie menang kita kan dah deal kan kak? hahaha

Cik Puan Bunga said...

@cik bihahKEHKEHKEH! SYOKKKKK! HEHE!