Sunday, February 19, 2012

Hari Ahad Saya (Sebagai Seorang Isteri , Emak dan Anak Yang Boleh Tahan Pemalasnya)

Ini lebih kepada diari harian seorang isteri, emak dan anak sekaligus. Kira pakej lengkaplah. Tak menarik untuk dibaca. Kalau taknak bosan, sila layari lawan web porno sekarang. HAHA.

Assalamualaikum. Hari ini aku demam. Complete pakej dengan batuk, selesema and kepala yang super pening. Badan sekejap - sekejap rasa seram sejuk. Bangun pagi terus mandikan Adam dulu. Nasib baik Adam bangun lambat hari ni, aku pulak cuti solat, jadi dapatlah berehat - rehat dengan happynya. Pukul 9 baru bangun dengan sepenuh kesedaran, mandikan Adam and biarkan dia main lari - lari sambil TV terpasang. Lepas buat susu dia, aku terus capai penyapu and memulakan operasi pembersihan. Dimulakan dengan kitchen, tempat chef hebat memasak makanan untuk keluarga tercinta. Emak akulah. Bukan aku. Aku tukang makan aje. HAHA.

Lepas kitchen dah siap sapu and mop, terus bersihkan hall tengah and beranda. Last sekali baru hall depan tempat tengok TV and hall utama tempat tetamu duduk. Lepas sapu, mop sikit - sikit. Aku mop rumah seminggu sekali aje. Kitchen memang kena mop selalu sikit sebab situ tempat nak memasak and tempat makan, jadi kenalah bersih sikit. Gigih betul aku ni.

Lepas dah sapu satu rumah, kemas tempat tidur aku, bilik mainan Adam and bilik - bilik yang memerlukan pengemasan. Untuk bilik tidur sendiri selalunya aku memang cabut cadar, sarung bantal, comforter semua. Basuh and gantikan dengan yang baru. Sembur wangi - wangian, and anginkan bilik biar bau tak kepam. Barulah suami selesa nak berehat - rehat. ^-^ Bilik tidur penting untuk sentiasa dalam keadaan kemas dan wangi. Rumahtangga pasti harmoni. Eceh! HAHA.

Lepas kemas, barulah boleh buat laundry. Biasanya satu jam dah boleh siap buat laundry and jemur sekali. Bukakan Adam TV, pasang kartunlah hape ke kan, lepas tu bolehlah aku memulakan tugas - tugas mengiron baju untuk stock seminggu. Dimulakan dengan baju kerja dan seluar kerja suami then lepas tu barulah aku gosok - gosok baju aku. Yang paling tension of courselah nak iron baju batik. Memang selalu mendatangkan ketegangan dan kestressan!

Bila dah siap buat semua - semua tu, barulah aku masak. Macam hari ni, aku masak nasi lemak sambal tumis udang + kerang aje untuk lunch. Suami kata tak payah masak yang berat - berat sangat sebab petang ni cadangnya nak keluar jalan - jalan dengan emak. Syok! Demam - demam pun nak jalan jugak! HAHA!

Lepas masak, barulah boleh tidurkan Adam, Selalunya kalau start tidurkan Adam pukul 11, insyaALLAH bertahan jugaklah sampai pukul 2 - 3 petang. Sambil Adam tidur ni, bolehlah aku kemas apa - apa yang perlu dikemas. Lipat baju ke, kemas wardrobe ke. Macam hari ni, aku kemas koleksi tudung yang dah melempai - lempai macam ada butik mini pulak dalam rumah aku. HUHU!

Banyak tudung. Bukan pakai pun semua tu. Nafsu masa membeli macam kena rasuk sehtan.
Asing - asingkan mana yang dah taknak pakai lagi. Awning brocade banyak yang dah taknak pakai lagi. Cadangnya nak sedekah dekat sedara - mara. Eh mana yang berkenan, mehlah datang rumah aku. Hand pick yourself! ^-^
Dah siap lipat. Yang bergulung - gulung tu stock Syria yang pelagai warna.
Tadaaaaa! Dah decluttered. Tinggalkan mana yang perlu untuk dipakai ke sekolah aje. Sebab sekarang ni tengah kemaruk nak pakai bawal square plain aje! ^-^

Lepas siap semua ni, barulah aku pergi mandi and siapkan makanan untuk suami. Suami tengah sedap tidur lepas balik kerja. Biarlah dia berehat dulu. Sambil - sambil tunggu dia bangun, bolehlah aku layan Melodi ke Astro First ke, FB ke blog ke. HEHE ^-^ Oh baju untuk dipakai pada hari ini of courselah yang ada kena - mengena dengan isteri mithali. HAHAHAHA!

Tadaaaaaaaaaaaaaaa! HAHA!
Tamatlah diari hari Ahad aku untuk separuh masa pertama. Diara petang ni sampai ke malam rasanya penuh dengan aktiviti jalan - jalan dengan Adam and family. And malam pulak untuk preparation ke sekolah esok.

^-^

14 comments :

Bella Bellitos said...

ohsemnye hari ahad akak! saya pun banyak tudung. tapi tudung bawal dengan shaw ajela. dah boleh buat jualan bundle kat hostel ni.

ehem-ehem. lawa background ( haha sori akak mesti annoyed sebab saya selalu noticed akak tukar background). sorry sorry !

lieynanilaz said...

rutin sibuk!!!..

Innanie | Ariffin said...

ala sedekahlah 5-10 helai kat orang kluang ni!

Az Meeda said...

waaaaaah! banyak nye tudung.

lain kali shopping tinggalkan sehtan jauh-jauh dulu.. keh3

RaiHamina said...

oh! tu dah kire rajinlerrrr...kalo rai ni kan, bahagi tiga belas drpd kerajinan CPB tu. ha ha

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosHehehehehe akak pun banyak je tudung, last2 tak pakai, now berbalik kepada bawallah jugak! Hihihihi!

Eh takpe jek awak perasan akak tukar background, tak annoyed pun! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@lieynanilazHa'ah! ^-^

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinNah amiklah! Hihi! ^-^

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaKehkehkeh sehtannya mengikut ajeeee! Huhu!

Cik Puan Bunga said...

@RaiHaminaApaaa???? satu pertiga belas? HAHAHAHAHAHAHA!

nur easy said...

indah betul xtvt surirumah hari ahad kan..;) tetiba je dah isnin

Cik Puan Bunga said...

@nur easyItulah, tetiba dah Isnin. Tak syok betul! HAHAHAHA!

watyz said...

byk nye tudung dia... :)

Cik Puan Bunga said...

@watyzSekarang dah tinggal sikit! HEHE!