Tuesday, February 28, 2012

Mengalah Bukan Bererti Kalah

Assalamualaikum. Mengaku salah dan dengan sebenar - benar hati menerima kesalahan kita adalah satu perkara yang super susah untuk kita buat. Selalunya, kita akan cakap "Sorry..." tapi hakikat sebenarnya  [roll eyes] secara berjemaah. Itulah. Nama aje pun manusia. Selalu perasan diri sendiri bagus, betul dan hebat tiada taranya.

Aku faham sangat perasaan tu. Sebab aku dulu macam itu jugak. Aku selalu perasan diri sendiri betul. Orang lain salah memanjang. Lepas tu aku suka emosi berlebih - lebihan. Padahal hal ciput aje pun kan. Alah macam no big deal sangat sebenarnya. Tapi saja nak bagi nampak macam besar, itu yang saja tambah propa tu. HAHA. Aku faham perasaan tu sebenarnya.

Aku sedar kalau aku terus buat perangai macam tu, aku takkan kemana - mana. Mungkin aku akan menjadi seorang wanita tua yang perengus, suka marah - marah. Hidup tak bahagia. Selagi aku tak berubah, selagi itulah aku akan tetap menjadi manusia yang tak ada gunanya dekat muka bumi ni. Menyusahkan orang lain lagi adalah.

Jadi, bila aku melihat orang lain buat perangai macam apa yang aku pernah buat dulu, aku rasa kasihan sangat - sangat. Sebagai seorang manusia yang cintakan kedamaian ibarat Ultraman Gaia yang sentiasa menjaga keamanan penduduk Jepun, begitulah aku. Aku taknak manusia tu terus hanyut dalam hidup yang sia - sia. Aku nak dia berubah dan menjadi seorang yang cintakan masa depan. Maaflah. Aku kalau bercakap memang side - side nak perasan good - good jewwww. Itu aku tahu. Yep. Memang aku poyo perasan bagus. Tapi tahukah anda, dek kerana peasaan poyo dan perasan bagus inilah aku rasa hidup aku berjuta kali ganda lebih bermakna daripada yang dulu.

Rileks. Jangan terus mengkeji aku. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab, dengan perasan bagus yang memanjang, aku betul - betul nak jadi yang bagus. Bila aku buat sesuatu yang terasa salah dan tak bertanggungjawab, penyesalannya terus rasa sampai ke tulang sum sum. Kalau dulu aku suka bertangguh kerja dan mengelak tanggungjawab, sekarang Alhamdulillah aku dah mula sedar betapa pentingnya keberkatan duit gaji kita yang nantinya aku nak beri emak bapak anak - anak aku makan. Kalau aku tak bertanggungjawab dalam kerja aku, duit gaji aku jadinya tak barokah. Kan gitu?

Aku cuba ubah sikit - sikit. Komen - komen negatif orang, aku ambil dan telan. Digestkan perlahan - lahan. Mungkin ada betulnya apa yang orang cakap kan? Jadi, kita ubah apa yang orang cakap tu dan jadikan diri kita menjadi seorang yang lebih worth it. Tak salahkan?

Menyentuh kerja sebagai seorang pendidik, tak patutlah kalau kita burukkan seorang cikgu itu di hadapan anak - anak murid. Sebab, kalau engkau buat macam tu, apa nilainya kita dan cikgu yang kita kutuk tadi tu dari segi rangking moralitinya? Kita sama - sama teruk dengan cikgu yang kita kutuk tadi tu. Bukankah begitu? Kita sebagai seorang Islam, sebagai seorang pendidik, sifat - sifat mulia dah sinonim dengan gaya hidup kita, kan? Tengok. Aku dah buat perangai poyo lagi.

Aku tahu engkau cantik, engkau kurus, engkau sangat hot stuff. Tapi apa hak engkau nak memperkotak - katikkan fizikal orang lain? Sampaikan kau sanggup sentuh isu - isu sensitif fizikal orang lain? Kau tak berhak nak berbangga dengan apa yang Allah kurniakan pada engkau. Nanti bila - bila masa, Allah boleh tarik balik. Malunya kita pada saat dan ketika itu. Kan?

Aku tahu aku tak layak nak nasihatkan engkau. Aku pun bukanlah sempurna sangat. Aku pun jalan senget. Macam ketam nak mengajar anak jalan. Ketam masak lemak cili api sedap. EH terlari topik pulak. Minta maaf.

Dan, bila engkau sudah menyatakan maaf kepada seseorang itu, janganlah ia sekadar mengucap maaf sebab engkau nak melepaskan diri. Mintalah maaf dengan sepenuh hati. Martabat kita akan menjadi lebih mulia lagi. Jangan depan mintak maaf, belakang engkau kutuk lagi.

Maaflah kalau kau rasa aku sungguh budget bagus dengan ayat - ayat stock - stock ustazah macam ni. Ketahuilah, kebolehan aku mencarutkan engkau dengan kata - kata yang sangat puaka sesungguhnya kebolehan aku sejak lahir lagi. But what good will it make, kan?

Kata perempuan ayu yang hot stuff. Mestilah dengan penuh hikmahnya. Kan?

Dah. Babai!

7 comments :

Innanie | Ariffin said...

ini sapa yang kena ni, mahu makan dalam 7 hari 7 malam.

*kakak, jadi cikgu memang nak kena kurus ke??? saya confius lah kakak! kenapa orang discriminate fizikal orang lain? sedihlah saya kalau gini!

Innanie | Ariffin said...

ini sapa yang kena ni, mahu makan dalam 7 hari 7 malam.

*kakak, jadi cikgu memang nak kena kurus ke??? saya confius lah kakak! kenapa orang discriminate fizikal orang lain? sedihlah saya kalau gini!

watyz said...

berani kerana benar. takut kerana salah... :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam dik.
dlm hidup ni bukan semua suka kita.pasti ada yg benci dan iri hati.mengapa?kadang2 mmg sbb kita ada salah.tp pernah tgk tak org yg baik dan sempurna laku pun org tak suka gak.kutuk gak.

kita ni, sebagai manusia perlu byk sabar.bukan salah kita pun mengalah je la.bukan nak jd mcm tunggul bodoh je terima kata hinaan org,tp utk jd insan baik yg sabar dan tabah terima ujian Allah. Kebenaran akan muncul walau lama. Kesakitan menahan cacian dan kejian akan muncul bila ada pihak yg muncul dan tau kita dipihak yg benar.


akak bosan dgn sikap org kita. iri hati, dengki tak abis2.masa kerja dulu akak meluat dgn benda ni semua. akak rasa melayu takkan maju selagi ada masalah hati dalam hati kebanyakan kita.kita bukan baik sgt, tapi kita nk sgt jd baik kan?

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinManusia kalau perasan diri sendiri cantik dan sempurna ni memang susah. Orang lain buruk, dia seorang aje nak cantik.

Buat apa kurus kalau hidup tak bahagia. ^-^

Cik Puan Bunga said...

@watyzKadang2 orang salah pun buat2 berani sebab takut nak mengaku salah. Dunia. HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Betul kak. Melayu nilah yang paling banyak rasa iri hati dengki, memfitnah sana sini. Tapi tak pernah nak mengaku salah.

Kalau kita nak jadi baik, orang kata kita poyo. Kalau kita jahat lagilah orang mengata.

Depan kita dah mintak maaf segala bagai, tak sampai 2 jam dah tulis status mencarutkan kita dekat FB. Macamana tu kak?

Sabar manusia ada batasnya kan kak! ^-^