Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433Hijrah


Tanyalah anak - anak muda (Malahan orang - orang yang sudah berumur juga), cintakah mereka kepada kekasih Allah yang agung ini. Jika mereka menjawab "Iya", maka tanyakan kepada mereka ;

Siapa nama ayahandanya?

Siapa nama ibunya?

Bila tarikh lahirnya?

Kisahkan bagaimana hari yang sungguh bertaqdir Baginda nabi dilahirkan dari rahim ibunya yang mulia lantas keluar ke dunia dalam keadaan sedang berdoa (Ada riwayat yang mengatakan lantas bersujud).

Ya Rasulullah, semoga aku termasuk dalam golongan umatmu yang terpilih untuk bertemu denganmu. InsyaALLAH.

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah kawan - kawan. Marilah kita sama - sama berselawat ke atas junjungan besar kita Rasulullah SAW.
"Sesungguhnya Allah dan Malaikat sama berselawat untuk Nabi,Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan salamlah ke atasnya"(Surah Al-Ahzab:56)

4 comments :

||aLeaSaRa|| said...

salam maulidur rasul untuk semua umat Islam.mari sama2 berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W

alia zainol said...

salam maulidur rasul

Cik Puan Bunga said...

@||aLeaSaRa||Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433 Hijrah! ^-^

Cik Puan Bunga said...

@alia zainolSelamat Menyambut Maulidur Rasul 1433 Hijrah! ^-^