Saturday, February 25, 2012

Sembelit Sembelit Go Away Come Again Another Day!

Assalamualaikum kawan - kawan. ^-^ Semenjak beberapa hari kebelakangan ni, nature call aku dah tak sekerap dulu. Taktaulah kenapa. Nak kata aku banyak makan cokelat, tak pulak sebab sejak aku diet sugar ni aku dah kurang makan / minum benda - benda manis. Mungkin aku kurang makan sayur. Walaupun aku banyak minum air masak, tapi still entah kenapa 'dia' masih buat perangai.

Sampailah suami belikan 2 botol yogurt drinks, then only 'dia' beroperasi macam biasa. Rindu betul aku dekat tahi comel - comel punya bunyi pluppp pluppp! Wehei main tahi pulak budak ini! Tapi terpaksa pulak berebut dengan Adam sebab Adam suka betul dengan yogurt drink. Sambil minum dia asyik kata "Dappp dappppp!" Emaknya terpaksalah mengalah. Itu belum lagi campur dengan kejadian yogurt drink menyusut secara tiba - tiba. Sabar ajelah suami aku. Dia yang belikan, dia jugak yang mengabiskan. HAHA.

Tadi masa belanja barang - barang dapur, terus ambik stok seminggu yogurt Dutch Lady perisa strawberry. Ini first time beli yang Dutch Lady, sebelum ni beli Nestle. Tapi dekat Econsave tak ada perisa strawberry untuk yogurt Nestle, tu yang nak try Dutch Lady pulak. Mintak - mintaklah engkau sedap!

Susun cantik - cantik dalam freezer.
InsyaAllah bulan 3 ni nak start diet Atkins. Tak tahulah berjaya ataupun tidak. HAHAHA. Harapan meggunung setinggi langit!

Dah. Babai!

16 comments :

lieynanilaz said...

dulu saya memang suka minum yogurt tapi sekarang dah jarang beli...tak tahulah kenapa...

Cik Puan Bunga said...

@lieynanilazJomjom minum lagi! ^-^

fifitiez said...

saya memang suka yg strawberry ni..sedap sangat!akak nak diet?good luck ye.suami sy cakap,kalau nak berat cepat turun,jangan letak garam dalam masakan (sbb garam akan buat perut buncit).mula2 memang rasa nak muntah tapi dah seminggu mesti turun kg tau..

Bella Bellitos said...

yugurt drink best! saya suka yg Nestle perisa mangga and blueberry. akak makan pisang pun elok jugak untuk legakan sembelit

QasehnyaRania said...

yogurt strawbeli...nyummmy....
hai cpb....sehat?
lama tak datang sini ;)

cik angin said...

diet atkins tu ape CPB?

Cik Puan Bunga said...

@fifitiezIye? Macamanalah rasa masakan tu nanti yeeee! Huuu mesti tak sedaaaappp! Ngehngeh!

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosPisang tinggi carbs, Huuuu!

Cik Puan Bunga said...

@QasehnyaRaniaSihat alhamdulillah. Itulah, lama tak jenguk sini! ^-^

Cik Puan Bunga said...

@cik anginHanya makan protein and no others! ^-^

RaiHamina said...

jom start atkins bulan 3 ni meh!

Cik Puan Bunga said...

@RaiHaminaJom Rai! ^-^

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

klu jenama malaysia...akak leh mkn nastle je.yg tu agak masam sikit akak tak laju boleh telan.akak ni takut masam..huhu.

meh teman akak diet,akak nak diet gak la.baby dah 7 bln

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Saya tengah diet ni kak. Atkin's. Tapi tukar2 sikit! HEHE!

Miss Tasantek said...

sedaplah weh. aku makan ni je kalau nak gi cek kat KK dulu2..
tak sangkut gula. betul. tak tipu. aku makan yang nestle tu, gi cek sangkut ada gula.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekYang Nestle tu sedaaaapppppppp!