Tuesday, February 14, 2012

Tahap Kita Jauh Lebih Tinggi : Ini Satu Pengisian Motivasi

Wahai kawan - kawan,

Satu perkara yang membezakan kita dari kehinaan adalah cara kita berfikir. Yep. It's true. How we react towards something. Aku tak kata setiap masa aku akan bertindak mengikut akal fikiran yang terpaling rasional, tapi percayalah. Once kita bertindak mengikut apa yang kita fikirkan dengan keadaan yang paling munasabah dan bukannya berdasarkan nafsu semata - mata, be itlah nafsu marah ke nafsu suka ke nafsu liar ke (Eh!) kita pada ketika itu berada di dalam keadaan yang paling bermaruah sekali.

Tarik nafas. Lepas perlahan - lahan.

Nak tahu? Orang tak perlu sebab yang kukuh dan relevan untuk membenci kita. Kadang - kadang tak ada reason langsung. Tiba - tiba benci. Macam engkau yang tiba - tiba benci Fasha Sandha sedangkan Fasha Sandha langsung tak kenal engkau. Ha begitulah.

Aku anggap orang yang benci aku sekarang ini, pada ketika ini, adalah kerana mereka salah faham. Aku tak boleh salahkan dia orang. Dia orang tak faham dan tak kenal sebenarnya aku siapa. Misunderstanding yang sengaja diada - adakan. Or else, sengaja direka - reka. Sekarang ini bukannya susah. Engkau marah atau benci, luah saja di FB. Message will be delivered. Lepas itu sesi sentap beramai - ramai. Siapa makan cili definitely akan rasa pedasnya. Walaupun sebenarnya apa yang engkau luah tu tak ada kaitan dengan yang membaca. Untuk certain manusia saja. Tapi nak buat macamana kalau dia pun masuk dalam kategori yang kau bahan tadi tu. Redha ajelah.

Jadi, disinilah kekuatan mental dan pendidikan bertamadun yang engkau terima sekian lama memainkan peranannya. Believe me, tak guna engkau bertekak dengan manusia yang tahap pemikiran kognitifnya jauh lebih rendah dari engkau. Sebab mereka akan asyik ingin menang. Dan menang. Dan menang. Semakin engkau layan, semakin nampak nanti tahap pemikiran mereka. Jadi cara yang terpaling baik dan rasional sedunia : Biarkan aja. Sampai dia orang penat, sampai dia orang berhenti sendiri. Hey kawan, kitakan berpendidikan. Dunia dan akhirat. Jadi janganlah rendahkan tahap kita dengan melayan manusia - manusia macam itu. Lagi pula kitakan solat 5 waktu sehari. Janganlah mudah tunduk pujuk rayu syaitan. Barulah boleh jadi manusia hebat. ^-^

Okay, okay. Begini. Instead of melayankan perangai mereka yang bukan - bukan, apa kata kita ingatkan perkara - perkara yang membahagiakan. Saat - saat yang indah lagi mempesonakan. Jangan simpan sakit hati lama - lama dalam hati. Nanti kita yang sakit dan muka cepat berkedut. Sentiasa tanamkan dalam hati, kita lebih baik daripada mereka. Biarlah orang nak benci kita, atau nak mengutuk kita. Kita tak akan rugi apa - apa. Again, it's how you think and you react.

Jangan sesekali bertindak di luar batasan kita. Jangan samakan level kehinaan kita ditahap yang terendah sekali. ^-^

Chill. Head up.


Dah.
Babai!

6 comments :

nur easy said...

itu ke baju barunya? cantik ;)

Naddy said...

hahahahahahhaha aku benci kau... sebab ko gunakan nama fasha sandha..hahahahaa

Cik Puan Bunga said...

@nur easyEheh tak tak! Ini baju lama! ^-^

Cik Puan Bunga said...

@NaddyKAHKAHKAH! Nasiblahhhhhh! Haha!

fakhriah said...

salam...yatt, bertepatan langsung tajuk yatt ngan akak kena beberapa hari yang lalu, baru je semalam.. tibe2 yatt post camnih.. tergelak sorang2.. yepp mendiamkan diri itu perlu w/pon org nampak kita kalah, sekurang2nya kita tak merancakkan pemikiran dorang yang tahap level palingg rendah.. anyway thanx sgt2 nak cakap betapa sgt berpuas hati.
sgt2 berinfo

Cik Puan Bunga said...

@fakhriahBerjodohan pulak kita ni kak. Mengalami rasa yang sama. Ecehwaahhhh! HEHEHEHE! Welcome kak!