Saturday, February 25, 2012

Tudung Ariani. Okey Tak Beli Pun Tak Apa

Sebenarnya bukan apa. Aku saja nak rasa apakah perasaan ohsemnya kalau pakai tudung yang agak pricey sikit berbanding tudung – tudung biasa. Apakah kalau memakai tudung yang mahal maka aku akan lebih kelihatan cool kentang dan bergaya? Will it helps me sheds some unwanted kilos? Mungkinkah aku akan kelihatan lebih menyerlah dan lebih ayu daripada biasa? Soalan – soalan inilah yang ingin aku jawab (Eceh!) maka sebab itulah bila Ariani buat sales hari ini, aku antara manusia pertama yang teruja melampau – lampau. Rasa sangat excited nak mencuba sehelai dua. Ke tiga empat helai ke. Eh.

Last – last beli sampai 5 helai.



Ini untuk emak.
Ternyata, aku langsung tak berubah menjadi lebih ohsem atau apa. Feelingnya biasa – biasa aje. Cantik memang cantik. Tapi aku rasa harga untuk sehelai tudung Ariani tu, aku boleh dapatkan tudung lain yang lebuh cantik. Sehelai tudung Ariani boleh dapat at least 4 helai tudung lain yang lebih cantik. Menyesal? Kind of. Mungkin ini balasan Allah sebab aku tak endahkan cakap suami. Suami kata tak payah beli. Beli aje dekat kedai borong yang aku selalu beli dekat Skudai. Tapi dasar degil. Nak jugak pakai yang mahal. Hambik.

Sehelai aku hadiahkan untuk emak. Yang lagi 4 helai, simpan pakai buat pergi sekolah. And inilah kali pertama dan terakhir aku beli tudung Ariani. HAHAHAH.

Dah. Babai

17 comments :

fieda said...

kalau beli yg biasa lagi byk dapat...

lolipop comel said...

salam..
sha setuju dgn tajOk akak!..=)
sha tak beli ariani punya..tpi beli yang fareeda punya brand..

huhu..mahal..tapi sha tak taula Org yg dah kata selaloo kemana2 mesti nak pakai tudung fareeda,,

erkk!..agaknya..dia anggap tudung tu sehelai takat RM8.50 je kOt??kalo diikutkan rm85xx

^_^...senyum lebar2!

Innanie | Ariffin said...

sya tak mampu!!!

miZz sYirAh said...

yep...jnama ariani mmg superb...tp tula...hrganya sya asa cm xbrpatutan sgat...pcah tbung ayam jiran pOn blOm ckup ni nk bli...huhu:D

Arn sweetrider said...

kate wat sale. pun mahal? apedaaa ariani.
tahniah CPB! anda telah berjaya membantu ariani meng clear kan stok tak laku dek kerana populariti merudum. ha ha. ;P

ynadona said...

ariani buat sales ke? x tahu pun

Feza said...

tak pernah beli lagi. biasa la saya pun ada rasa teringin nak beli gak. :P

Cik Puan Bunga said...

@fiedaBetul Fieda, dah menyesal dah ni! HUHUHU!

Cik Puan Bunga said...

@lolipop comelKalau dia mampu tak apa, biarkan ajelah. Kalau akak, memang tak mampu! HEHEHEHEHE!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinTakpe, tak ohsem pun kalau beli! HUHU!

Cik Puan Bunga said...

@miZz sYirAhAda yang sehelai RM400++! Gila tak?

Cik Puan Bunga said...

@Arn sweetriderAah, dekat iklan tulis sampai 70% tapi mahal jugak. Haihhhh! Wahhhh perli heh! HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@ynadonaAda, sampai 19hb.

Cik Puan Bunga said...

@FezaTakpe, tak beli pun takpe. HUHUHU!

LelaLalaLulu said...

belikan pt raja jer....serupa cam ariani..baru 40 hengget...comei2 belako..

Anonymous said...

Tumpang lalu.. Hehehe saya setuju ariani mahal n x ubah apa2 pun .. Tapi kepuasan dia lain hehheh.. Kawan2 saya gila sampai beribu riban beli tudung.. Nasib saya x tpengaruh heheh.. Btw saya suka komen awak! Comel sgt!!!!

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousMungkin untuk certain org lain pendapat dia kan. Tapi sesungguhnya saya menyesal beli Ariani. Uhuhuhu!