Perempuan Dan Pembaziran

Assalamualaikum. Ehem. Entry ni tak ada apa yang berguna sangat. Lebih kepada entry sampah yang kalau tak baca pun tak mendatangkan effect hakiki terhadap sistem perkumuhan manusia. EH merepek pulak.

Selalu orang cakap, kalau kita beli barang mahal - mahal, beli barang baru setiap masa, orang mesti akan kaitkan kita dengan pembaziran. Orang akan kata kita banyak duit sebab tu suka membazir. Mak Jemah dan Kak Limah akan berkumpul dan mengata - ngata kita secara berjemaah.
 


Sebenarnya aku bukan ada duit pun beli semua benda - benda ni. HAHA. Lepas dah beli, kalau rasa bulan tu tak cukup duit makan ke apa, gasaklah kan. Jilatlah handbeg sikit - sikit! HAHA!

Padan muka.

Jadi janganlah timbulkan spekulasi yang aku banyak duit ye. HAHA. Bulan ini makan megi. Jyeaaahhhhh!

Eh sepatutnya entry ni Wordless Wednesday.


Apa daaaa.

Dah. Babai.

Read More»

JPO Kau Takkan Berada Di Hatiku

Assalamualaikum. Cerita weekend. Baru nak update. Tak apalah kan. Aku kan cikgu cemerlang. Cikgu cemerlang mana ada masa nak update - update beloglah, nak 24 - 7 menghadap FB dengan Twitter lah. Eh bukan kerja aku tu. (Nada riak!) HAHA janganlah sentap darling - darling ku sekalian. Sebenarnya hari - hari aku banyak kerja, kena cari masa untuk update belog. Bila ada masa, teruslah draft entry. Itu yang cerita weekend, tapi hari ni baru sempat nak update. Sorry! (Aku budget macam ada yang tertunggu - tunggu entry terbaru aku! KAHKAH!

Sabtu weekend semalam ni, setelah operasi memujuk suami berjalan dengan lancar, suami yang hebat kacak bergaya pun dengan hati yang riang drive ke tempat idaman kaum - kaum wanita (Dan lelaki dan juga separa wanita atau separa lelaki. Mana - manalah tak kisah!) iaitu tempat yang sungguh berlagendalah sangat iaitu Johor Premium Outlet. Memang sengaja bertolak dari rumah awal - awal sebab nak dapat parking betul - betul dekat pintu masuk and taknak kena himpit - himpit dengan Singaporean yang kadang - kadang memang tak faham bahasa. Sabar ajelah kan kalau datang sini nak buat kekwat. Okay sorry. Kita satu Malaysia (Tak ada kena - mengena) Sebenarnya nak ajak Maklong tapi dia ada kerja lain pulak. So pergi berdua dengan suami.

Sampai JPO pukul 11.30 pagi. Mula - mula sampai terus pergi butik Coach. Hajat dihati nak beli handbag Coach dalam seketul dua. Duit dah bawak penuh dalam kocek. Aku simpan sejak kecik ni. Memang dari kecik dah berangan - angan nak beli handbag Coach bila dah besar nanti. Terus masuk butik Coach and kebetulan tak ramai orang yang ada dalam butik tu. SA dia pun ramah - tamah tak kerek langsung. Yang kereknya cuma harga handbag - handbag dialah. Mak aihhhh! Haerga dia sekali ganda lagi mahal dari harga handbag Coach yang dijual online! GILA MAHAL! Duit yang aku kumpul dari kecik cuma mampu nak beli kasut BATA aje. Macamana?

Dengan hati yang kecewa cepat - cepat keluar dari butik Coach terus masuk butik Carlo Rino. Gila kau dia buat sales up to 50%! Walaupun handbags dia dengan kasut - kasut dia dah out - dated, tak kisahlah kan. Masih cantik dan comel - comel semuanya. Dengan rakusnya pilih handbag kaler merah sedondon dengan heels merah + wedges mustard. COMEL! Yang penting murah sedunia! HAHA! Kebetulan amoi yang kerja situ pernah kerja dekat Carlo Rino Batu Pahat, apa lagi, sembang panjanglah. Layanan memang terbaik sedunia. Silalah berkunjung. Ada jual baju - baju Carlo Rino. BEST!

Lepas puas hati dapat apa yang dicari (Sebenarnya lain yang dicari lain yang dapat. HAHA) perut pun dah berkeroncong mintak diisi. Mengada - ngada cacing dalam perut aku. Kerja asyik nak makan aje. So singgah dekat Food Channel. Makan time! Pheww harga dia boleh tahan jugaklah. Moderate, tak mahal sangat and tak murah sangat.

Fresh Watermelon Juice (Ngada - ngadanya nak cakap nama omputeh dia!)
Nasi Ayam Penyet dia yang memang tak sedap. Wek!
 Lepas makan, kembali bertenaga. Round two, suami punya giliran. Nak cari jeans. tapi aku rasa dia lagi dahsyat dari aku. Masuk kedai jeans merata - rata tapi satu apa pun tak beli. Jahitan tak lawalah, kain lembiklah, itulah inilah. Memang mencabar kesabaran. Nasib baiklah sayang. Haih! Sudahnya tak beli apa - apa. Bila aku marah dia sengih aje. Bila aku tanya nak beli apa sebenarnya, dia kata nak aiskrim Baskin & Robbin eh tiba - tiba aku menyirap bandung! Suami suami! Bila dia dah give up cari jeans dia, terus masuk round three. Cari barang - barang untuk anak bujang handsome saya! HEHE!

Tak ada kaitan.
Handsome (Walaupun tak ada kaitan!)
Lepas beli overpriced chocolate dekat Fidani Chocolate, zoomed terus ke JB. Singgah Jakel and Jusco sebelum balik ke Parit Yaani semula. Alhamdulillah jumlah kerugian masih terkawal. Bulan ni makan megi ye masing - masing.

Hasil tangkapan. Untuk aku, untuk aku, untuk Adam, untuk emak.
Tadaaaaa. Seksi tak dia? Aku rasa kalau handbag ni ditransform menjadi manusia, beliau adalah Zila Bakarin.
Untuk Adam. Semoga beliau bertambah handsome.
Hoodie Sweater untuk Adam. Comel gila bila dia pakai! HAHA!
Aku rasa JPO tersangatlah overated. Memanglah ada diskaun sana - sini tapi aku rasa ada certain kedai tu yang tak berbaloi langsung. Mungkin pendapat aku ni agak bias sebab aku dah kecewa dengan butik Coach tadi kan, HAHA but still aku rasa JPO tu dah diexaggeratedkanlah oleh orang - orang.

Sebab sebagai orang Johor, aku rasa JPO tu tak adalah best manapun.

Dah. Babai!

Read More»

Eksklusif. Aku Pada 12 Tahun Yang Lepas


Ini masa aku form five. You can easily tell from this picture, that I'm a total FREAK! HAHA!

Dah.Babai!

Read More»

Berani Hanya Di Facebook

Tahukah anda, 99.9% manusia yang kuat menganjing di Facebook apabila diajak bersemuka mereka adalah seperti tikus kecil yang ketakutan dan bercakap tergagap - gagap serta akan mencari pelbagai alasan untuk mengelak daripada diajak bersemuka.

Betul sangat.

Facebook adalah merupakan satu medium penting untuk manusia sakit jiwa meluahkan perasaan kerana kalau kata mereka meroyan di khalayak ramai, mereka sangat terluka andai dituduh gila. Facebook buat engkau hilang kredibiliti sebagai seorang penjawat awam secara amnya. But still, manusia masih memilih untuk mengadu - domba di Facebook daripada menyelesaikan sesuatu masalah secara bermusyawwarah. Ataupun adakah facebook pilihan terakhir mereka?

p/s : Aku nak suggest dekat pentadbir untuk memantau akaun facebook cikgu - cikgu dekat sekolah aku. Takut - takut mereka menularkan satu 'budaya'.

I AM A FACEBOOK HERO BUT A REAL LIFE COWARDICE
Chill babes! ^-^

Babai!

Read More»

Semalam

Assalamualaikum. Semalam results SPM keluar. Perkara yang super excited untuk sesetengah manusia. Aku cuba jugak nak menjadi sebahagian daripada manusia - manusia yang excited. Tak berjaya. Entahlah. SPM students selalu menjadi nightmare aku. Taknak terlibat lagi dengan dia orang. HAHA.

Balik sekolah dalam keadaan yang super penat. Students taknak dengar cakap aku jadi rasa penat memanjang. Mana nak terjerit - jerit suruh dia orang senyap, pay attention, mana nak layan yang kurang ajar, yang tak dengar kata. Penatlah. Mental aku kadang - kadang jammed. Nasib baik setakat ni aku tak buat apa - apa yang melampaui batasan macam ikat dia orang dekat pokok ada kerengga ke, atau paksa dia orang minum air longkang ke. Paling kejam, aku rotan dengan suruh dia orang lari padang. Kesian. Tapi nak buat macamana. Sebab sayanglah kena hukum. Biar jadi manusia. InsyaALLAH.

Semalam balik sekolah terus pergi dating. Suami ambil balik dari sekolah terus pergi Al -Ikhsan konon - konon nak cari track bottom tapi semua track bottom tak comel. Besar - besar! (Kahkah padahal nak cakap semua kecil - kecil!) tapi sempat jugak beli sandal dengan T-shirt untuk suami. Masa ini perut comel aku adalah terlampau lapar. Jadi bila suami ajak bergurau memang emosi sangat. Pukul dan gigit dia. Apa punya isteri entah aku ni. Suka buat penderaan fizikal dekat suami! HAHA!

Plastik bag nak interframe. Sungguh lame.
Oh tahukah anda dekat BP Mall ada satu kedai jual makanan chinese yang ayam goreng dia masyaALLAH sedap sedunia? Lupa pulak nama kedai tu apa, tapi kedai dia betul - betul depan Big Cinemas. Ayam goreng dia nama apa pun aku lupa. Aku terlampau lapar jadi tak dapat nak fokus sangat. HAHA.


Dia macam ada spicy - spicy sikit. Sedap! Makan time panas - panas!

Tak cukup dengan ayam goreng, demand pulak nak bluberry cheese tart Noy's yang gebu - gebu tuh. Beli sepuluh ketul, makan bersuapan dengan suami. Eceh! Sedapnyaaaaaaaa!

The Montoks.

Lepas tu balik rumah dengan gembiranya. Sebenarnya banyak kerja yang nak kena buat tapi rasa macam malas pulak nak buat, lagipun badan penat gila - gila. Balik rumah mandi, solat, iron baju dan terus ZZZZzzzzzzzz sampailah ke maghrib! Bangun malam mulalah mamai - mamai. HAHA.


Sebenarnya nak bagi fokus dekat tudung! HEHE!

Okay fine. Entry kali ni nampak sangat sampahnya!

Babai!

Read More»

Mana Mungkin Aku Lupa. Hidup Aku Hanya Berkisarkan Engkau.



"Thanks for your letters. Write many more letters"

Pendek. Itu ajelah yang dia tulis untuk surat pertamanya kepada aku. 13 tahun yang lepas. Itupun selepas berbelas - belas surat aku kirimkan untuk dia. Langsung tak ada respon. Dan pada satu hari yang sungguh bertaqdir itu, aku terima sepucuk surat dari dia. Berserta sehelai sapu tangan Hello Kitty warna pink. Gila sweet aku rasa! Tak pernah ada lelaki yang bagi aku benda sweet - sweet gitu! Dan dua ayat itulah yang dia tulis untuk aku.

Dan lihatlah kami sekarang.


Bukan mudah.

Bukan mudah.


Cinta adalah di dalam udara!

Babai!

Read More»

Adam Di Bulan Ke 20 Dan Hadiah Harijadi In Advance

Assalamualaikum. Sesungguhnya bila anak bujang engkau sudah merasakan dirinya sudah besar dan ingin melakukan semuanya dengan sendiri (Tak mahu lagi emak bantu!) ia sesungguhnya sungguh menduga kesabaran. Fizikal juga! Penat! Kerja meligan anak bujang biasanya papa serahkan kepada emaknya. Emaknya terkejarkan anak kesana - sini, Papanya duduk sedap - sedap depan TV sambil tengok TV. Dua - dua pun menduga kesabaran!

Alhamdulillah. Sudah 20 bulan anak bujang aku. Semakin macam - macam perangai beliau sekarang. Ada yang menggelikan hati, ada yang menyakitkan hati. Macam - macam. Tapi jangan risau 100% menghiburkan. Bau masam sedap ketiak masih sama, cuma sedihnya bila bau masam baby semakin berkurangan. --__--" Yang paling syok sekali bila anak engkau sudah boleh bercakap dan mulai faham arahan. Alahai! Heavennya rasa! Semua benda pun rasanya nak ajar dia supaya dia boleh bercakap sendiri. But still, aku masih gagal nak ajar Adam, bagi dia faham beza "Moon" dengan "Sun" sebab semua pun Adam belasah jadi "Moon" Any idea parenting experts?

Di usia 20 bulan, makan bukan sesuatu kewajipan untuk Adam. Untuk Adam ye, bukan untuk baby lain. Please, dont get me wrong. Bagi Adam, makanan ni jatuh number 30. Number satu adalah main dan main dan main tanpa batasan. Jumping jumping jump jump jump adalah permainan kegemaran Adam. Panjangnya nama permainan. HAHA. Nak buat macamana. Sepanjang masa hanya itulah perkataan yang Adam cakap. Jump sana jump sini, nanti jatuh tergolek! Seram betul bila Adam buat summer sault berputar jatuh dari atas kerusi Garfield! Emaknya yang lemah semangat!

Adam tak memilih makanan. Alhamdulillah. Semua pun dia makan. Kesukaan of course ayam. Then yougurt drinks. Chocolate is his fav. Macam emaknya juga. Adam punya citarasa boleh dikatakan 200% copy pasted emaknya. HAHA. Nak buat macamana. Anak mama! Sangat - sangat - sangat bubbly! Dan moody boleh tahan juga! Kalau merajuk, haihhhh memang sabar ajelah nak pujuk dia! (Macam aku jugak! Merajuk susah nak pujuk! Ceh!)

Monthly check up yang lepas, aku tak boleh nak hantar Adam sebab ada seminar pelajar Galus SPM di SMK Penghulu Saat. Jadinya Papa yang kena hantar. ^-^ Alhamdulillah, memang suami mithali! 100% handled by my husband. Kagum sangat! Thanks Papa! Dengar cerita Adam tak berapa nak behave hari tu. HAHA nasiblah papa! Alhamdulillah berat Adam naik cantik ikut graf. Dalam 12kg++. Perkembangan kognitif dan psikomotor pun selari dengan perkembangan fizikal Adam. Emaknya extra touching! Sebab anak yang dulu duduk diam - diam dalam perut kini membesar bagai johan! Sayang!

Kemudian nak lebih touching bila ada someone yang suka hantar - hantar benda sweet dekat aku! Hantar - hantar macam inilah bagus! Bukan hantar - hantar polong ke apa kan! HAHA. Siapa lagi kalau bukan menantu aku tu! HAHA! Thanks babe! Terharu aku! Awak tu sekolah lagi, toksah beli barang mahal - mahal untuk boyfriend awak tu! ^-^ Adam macam biasa, beaming happily macam dunia dia yang punya. Sungguh memahami betul dia erti mendapat barangan baru. Elated melampau!

Tengok dia senyum - senyum!
Mama kata "Adam buat muka terkejut cepat!" Dan inilah hasilnya. HAHA!


Thanks babe! ^-^

Sayang Mama Adam Irfan Xaharis,

Membesar menjadi anak yang soleh mendengar kata, cintakan kebaikan, cintakan ALLAH dan agama, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. InsyaALLAH sayang, Amin!

Mama dan Papa sentiasa doakan yang terbaik untuk hero kesayangan mama ni. ^-^

I LOVE YOU SAYANG! Membesar dengan penuh kepintaran ye!

Dah. Babai!

p/s : Baju kepam Adam ditaja oleh JBaby Jusco! HAHAHAHA! 

Read More»

Penafian / Disclaimer

Assalamualaikum. Kalau engkau orang perasan, aku ada section disclaimer dekat bahagian kanan blog aku. Tak nampak? Scroll bawah sikit. Hah ! Itu dia namanya disclaimer. Ataupun dalam bahasa ibunda rakyat Malaysia, penafian. Aku buat disclaimer tu bukan untuk suka - suka. Ada tujuannya.

Berblogging ni bukan untuk suka - suka. Banyak risiko yang engkau kena tanggung. Nak nak lagi kalau ada jiwa - jiwa kacau yang suka sentap - sentap mak nyah lepas baca entry yang kau hasilkan. Kadang - kadang engkau biasa - biasa aje tapi ada pihak yang tak faham bahasa, tak faham boundries yang suka serang - serang engkau membabi -buta. Macam engkau ni buta undang - undang. Macam engkau ni bodoh - bodohan. Maaflah, you messed up with the wrong person. Nak kata aku berlagak bagus ke apa ke, suka hati engkau. Aku tahu apa yang aku tulis, and untuk memuaskan hati semua pihak adalah sesuatu yang mustahil dan tak mampu aku nak buat.

Bila tuan rumah ada buat disclaimer dekat blog, sila baca. Sila fahami. Dan bila sudah baca, silalah patuhi apa yang terkandung dalam disclaimer tu.


Tak suka, jangan baca. Kalau masih nak baca, bear with the outcomes. Apa - apa jadi, aku takkan tanggung. Interpretasi manusia terhadap kandungan blog aku adalah berbeza. Sebab itu aku wujudkan dislaimer ni. Jangan tahu nak serang - serang tuan rumah tanpa sebab - sebab yang relevan.

Faham kan?

Read More»

Hey Perempuan, Berkali - Kali Aku Ajak Kau Dating Tahu!

Assalamualaikum. Kehadapan awak yang sentiasa saya ingati. Kiriman awak sudah dua kali selamat saya terima. Sesungguhnya saya terharu. Awak selalu meragui kesetiaan saya pada awak. Awak selalu kata saya mempersoalkan pemberian awak. Oww sayang sayang sayang (Nada gedik mintak penendang) janganlah meragui hati, kasih dan sayang saya untuk awak. No no no no! (Gedik lagi mintak penendang jugak)

Saya selalu ajak awak dating. First date kita gagal itu hari. Meeting yang panjang dan membosankan buat awak tertunggu - tunggu di dalam hujan lebat dan petir sabung menyabung (Ini saya saja tambah - tambah untuk bagi effect sayu). Begitu juga dengan plan dating kita yang kedua dan seterusnya, gagal! Tak dapat saya merasa kek buatan tangan orang yang saya sayang ni. Sob sob sob. Dah terbayang dalam kepala saya yang kita akan makan bersuapan dengan penuh penghayatan. Oh sayang sayang sayang (Mintak penendang lagi!) Kita belum punya rezeki untuk bertenu 6 pasang mata! (Sebab awak pakai spek!)

Bila awak rindu saya, awak ceconteng wall saya dengan kata - kata rindu dari awak. Apalah daya saya untuk memujuk hati awak yang tengah rindu dendam. Lalu saya kirimkan untuk awak bunga - bunga cinta dari saya yang mekar berkembang.  Dengan harapan terubatlah rindu awak pada saya. Sob sob. Terubat tak?

Ini awak bagi. Saya suka sangat. Sangat. Sangat dan sangat!

Sayang, insyaALLAH satu hari nanti cinta kita akan membawa kita bertemu. Jaga diri. Belajar rajin - rajin ye sayang yeeeeeee! ^-^

Ehem.

Dah.Babai!

Read More»

Pencinta Benda - Benda Comel. Jom Terjah WirdaWarna Felt Craft

Assalamualaikum. Aku ni kadang - kadang tak sedar yang umur dah meningkat. Feeling - feeling dalam hati masih juga nak ada ciri - ciri remaja. Memang membawak muntah ajelah kalau orang lain tengok. Umur dah lebih suku abad pun masih nak pink - pink geli geli dunia remaja. Masih nak feeling - feeling k-pop lagi. Masih nak tampal - tampal poster Zac Efron dalam dinding bilik tidur. Eh! Siapa yang tak sukakan benda - benda comel kan? Lagi - lagi kalau kalerful warna memancar - mancar. Semakin menarik tertarik!

Jangan gelak eh kalau aku kata handphone cover aku warna - warni penuh keriangan. Bentuk Lion King lagi! Cepatlah jeles semua orang! HAHA! Terima kasih untuk Wirda Ahmad yang dengan baik hatinya mempresentkan aku handphone felt cover yang gila comel sedunia. Orang cantik ni memang baik hati extra tau kan? Macam akulah. Cantik dan baik hati. Ehem. Kofff kofff! *Batuk buat - buat*

Hai! Nama saya Lion King!

Suka sangat dengan jahitan Wirda yang kemas dan teliti. Wirda pun sangat berhemah melayan customer. Tengok hasil kerja Wirda pun dah tau yang Wirda ni orangnya teliti and particular. Sebelum start potong kain and jahit handphone cover ni Wirda minta dulu ukuran handphone - handphone aku. By the way, aku minta Wirda jahitkan handphone cover dua dalam satu. Jadi senanglah aku nak letak handphone - handphone cap ayam aku dalam satu tempat. Tak payah bersepah - sepah. Untuk design, aku dah browsed through semua design - design yang Wirda pernah jahit and aku sangat berkenan dengan design kepala singa yang extra comel tu. So minta Wirda tolong jahitkan untuk aku. Warna pulak terpulang pada Wirda untuk pilihkan warna - warna yang cute untuk aku. Hasilnyaaaaaa... tadaaaaa! Memang comel! ^-^

Back view.

Dan bila Wirda dengan baik hatinya beri handphone cover ni secara free, aku memang terharu sungguh - sungguh. Bayangkanlah, stranger yang tak pernah bersua muka tak pernah bertegur sapa di alam nyata tiba - tiba beri aku something yang aku rasa sangat priceless. ^-^ Touchinglah kan bila someone made an effort untuk jahit dan personally posted it untuk aku walaupun busy dengan kerja - kerja seharian sebagai guru (Wirda ni pendidik macam aku. HEHE) dan juga tugas sebagai seorang isteri. Untuk itu Wirda, aku nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat! ^-^

Engkau orang yang sukakan benda - benda comel ni and nak dapatkan sendiri barang - barang comel macam ni bolehlah pergi usha page Wirda Ahmad ye! ^-^ Selain handphone cover, Wirda jugak boleh menjahit calculator case, pencil case, pendrive case and apa - apa case lagi yang engkau orang sukalah ye. Bolehlah negotiate secara terus dengan Wirda yang cantik dan talented. ^-^ Suka tengok orang - orang cantik yang sopan melayan orang yang tak berapa nak sopan macam aku ni. HAHA.







Orang berbudi kita berbahasa. Tiba - tiba rindu Innanie Ariffin.

Dah.Babai!

Read More»

Baby Geniuses Online Shop

Assalamualaikum. Aku kalau nak cari benda - benda comel untuk Adam mesti aku akan terjah dulu kedai Nad ni. Sebab semua barang - barang dekat kedai Nad semuanya best - best. Harganya berpatutan yang sangat best sekali, servis dari Nad memang terbaeeeekkkkkk! Masuk yang terbaru ni kira dah 5 kalilah kiranya aku shopping dekat kedai dia and alhamdulillah setiap kali pun tidak pernah mengecewakan! Yeah!

Lately nak cari bakul untuk simpan toys Adam yang bersepah - sepah. Nak cari bakul yang comel momel macam emak Adam. Eh. Kebetulan kedai Nad ada jual toy box yang comel siap ada cover. Harga dia pun masyaALLAH berpatutan sangat - sangat. Aku suka dengan cara Nad layan customer. Sungguh berhemah. Sekali beli bukan boleh beli satu ke dua ke, terus beli 3 buah. Comel - comel semuanyalah!



Bila dah sampai depan mata rupanya lagi comel tengok secara live. Niat mula - mula tiga - tiga biji tu nak beri dekat Adam, last - last emaknya tengok comel sangat, terus ambil 2 biji untuk kegunaan peribadi. HAHA.

Comel!

 Esok Mama kemaskan bilik awak ye sayang! ^-^

Emak - emak yang nak cari educational toys atau apa - apa yang comel untuk si manja anda bolehlah melawat kedai Nad ye! ^-^

Dah. Babai!

Read More»

Nak Sayang Awak Sampai Tua Ganyut. Sampai Mati

Assalamualaikum. Tadi Mel tanya aku, aku sayang tak suami aku. Gila betul soalan. Tanya macam apa aje. Of courselah jawapan aku SAYANG SANGAT - SANGAT (Jawab sambil buat muka effect mengada - ngada gedik mintak kasut)

Mel : Kalau ada orang lain lebih hensem nak kawin dengan kau?
Aku : Nanak! Nanak! (Sengaja buat suara ngengada.)
Mel : Betul ni? Taknak dekat orang lebih handsome?
Aku : Nanak! Nanak! (Memang mintak penampar. Luckily Mel tak penampar aku lah) Aku nak Hafizal Elias ajelah.
Mel : Emmmm kalau Aaron Aziz datang nak kawin dengan kau? (Mind you, Mel tengah gila Ombak Rindu sekarang. Tu yang asyik petik nama Aaron Aziz aje. Nyampah)
Aku : Oooo kalau Aaron Aziz, boleh difikirkan! HAHAHAHA!

Gurau aje. Janganlah ada yang ambik serious pulak apa yang aku cakap. Aku memanglah suka tengok lelaki kacak. Pantang ada yang comel momel sikit mulalah aku buat muka comel sambil kebil - kebilkan mata. Tapi tak bermakna dalaman aku mempunyai fitrah manusia gatal. Aku menghargai keindahan alam yang Allah ciptakan. Tak salah kan?Kan? Bukan aku ajak diorang kawin pun. Siapalah aku. Aku bukan stock - stock perempuan hot. Pssssssss! (Effect bunyi terbakar)

Tapi hakikatnya dalam hati, setakat 13 tahun ni alhamdulillah Hafizal Elias seorang ajelah yang duduk bertapa dekat situ. Dan harapannya, biarlah sampai tua kutuk nanti pun aku akan tetap sayangkan dia seorang (Dan dia jugak begitu. InsyaALLAH) Bila umur dah meningkat ni (Oh no!) dalam kepala cuma nak memperbaiki diri untuk jadi isteri yang baik, emak yang mitahli dan muslimah yang diredhai Allah. Sikit - sikit cuba baiki apa yang kurang sana - sini. Betullah janji Allah, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Dan macam tu jugak sebaliknya. Perancangan Allah tu adalah yang sebaik - baik perancangan. Jangan suka banding - bandingkan pasangan kita dengan pasangan orang lain. Allah Maha Mengetahui apa YANG TERBAIK untuk kita.

Dulu aku merungut - rungut jugak bila suami memang bukan seorang makhluk yang romantik. Iyelah kan, suami orang lain romantik yang amat dengan isteri masing - masing. Sikit - sikit bagi bunga, sikit - sikit bagi hadiah sikit - sikit bagi penampar eh lari tajuk. Ha begitulah. Jadi bila dah tahu suami tak romantik, kita sebagai isterilah yang harus mengorak langkah menjadi romantik pulak. Bagi bunga dekat suami, bagi hadiah dekat suami. Tak kisahlah kecil ke besar, murah ke mahal asalkan ada something untuk diberikan kepada suami / pasangan kita. Kembang kuncup hati suami bila dapat something dari isteri. Dari situ suami belajar untuk jadi lebih romantik. Tak romantik macam Aaron Aziz pun, romantik sipi - sipi pun alhamdulillah! (Kau ingat Aaron Aziz tu romantik sangat??)

Kalau nak pasangan yang soleh / solehah, kita kenalah siapkan diri kita jadi soleh / solehah dulu. Kalau nak pasangan yang baik - baik yang sopan - sopan, kita kenalah jadi yang baik - baik yang sopan - sopan dulu. Nak pasangan yang selalu solat di masjid, kita kenalah cintakan solat dulu, rajin - rajinlah ke masjid. Itulah yang aku belajar sepanjang hampir 4 tahun usia perkahwinan. Ramai yang sanggup sehidup semati semasa senang, tapi yang sanggup sehidup semati sewaktu susah, berapa ramai? Cintakan pasangan bukan sahaja sewaktu pasangan kaya, senang dan sihat tetapi juga sewaktu pasangan jatuh miskin, susah dan sakit.

Aku selalu berdoa supaya kasih sayang suami kekal untuk aku dari dunia sampailah ke akhirat. Dan aku jugak selalu berusaha menjadi yang terbaik untuk suami. Tipulah kalau tak ada bergaduh baling - baling pasu bunga. Tipulah kalau tak ada bergaduh ejek - ejek nama bapak. Tapi janganlah dibiarkan berlarutan. Tak kiralah salah siapapun, yang mulia adalah yang terlebih dahulu meminta dan menghulur maaf. Kalau dah berkahwin ni, ego kena letak jauh - jauh dalam lubang jamban. Kalau ego tinggi, insyaAllah hidup tak akan barokah dan bahagia.

Aku selalu tanya suami "Abang tahu tak yang Lina sayang abang sangat - sangat?" Selalu sangat aku tanya. Aku nak dia tahu yang aku sayang dia sepenuh jiwa dan raga. Tak ada yang lain. Tak ada yang kedua. InsyaALLAH. Dan aku tahu suami sayang aku sepenuh hati dia. Kalau aku sakit, suamilah yang bersengkang mata melayan karenah mengada - ngada aku. Urutkan kepala, badan, tuamkan air sejuk, masakkan, ambilkan air, rebuskan air mandi. Ya Allah. Banyak sangat pengorbanan dia. Aku harap aku dapat jadi setabah dan sesabar dia. Kan dah touching!






Eh kenapa gambar macam tak ada kena mengena sangat dengan entry? HAHAHA ini gambar masa dating sesama hari tu. Adam tinggal dengan emak! HAHAHA!

Marilah wahai kawan - kawan, sentiasalah renew kasih sayang kita dengan pasangan. Janganlah biarkan rutin bosan menganggu hidup kita berkasih - sayang. Aku selalu ingatkan diri sendiri, kalau kita terasa bosan dengan pasangan, muhasabah diri kita sendiri dulu. Kadang - kadang kita tak nampak salah kita apa. Kan kan?

Walaupun perceraian sesuatu yang dibenarkan dalam Islam, itulah satu perkara yang sangat dibenci oleh Allah.

Okay dah macam ustazah.

Babai!

Read More»

Kaitan Kasut Dan Impaknya Terhadap Kewarasan Otak Wanita

Assalamualaikum. Sepanjang minggu ni aku stress sikit. Sebab sekarang tengah minggu ujian. And tahun ni first time aku mengajar Form 3. Kalau dia orang tak perform, aku rasa macam loser. Baiklah aku masuk dalam longkang. Eh taknaklah masuk dalam longkang.Mulut longkang bolehlah masuk dalam longkang. Kehkeh. Tak ada kaitan. Tapi masa marking paper dia orang, memang aku dup dap dup dap. Majoriti students aku dapat B. Kena tingkatkan usaha ni nak bagi dia orang dapat A. Chayok chayokkkkk!

Bila stress, nanti mulalah jerawat nak bermanja - manja dengan aku. Nanti lagi tambah stress aku jadinya. Lagi - lagi bila ada makhluk yang suka menghuru - harakan keadaan yang selalunya aman dan tenang. Parasit betullah. Selalunya kalau stress aku suka mengemas. Kemas bilik ke, kemas wardrobe ke. Selain tu, ada satu lagi benda yang aku suka buat kalau tengah jiwa kacau. Aku suka susun semua wedges yang aku ada, lepas tu aku pakai - pakai, lepas tu susun semula and simpan balik dalam kotak mereka. Hilang semua stress yang aku rasa. Puff! Gone with the wind! Eheh! ^-^

Sejak tahun 2009, aku suka pakai wedges. Tak permah beli stilettos sejak itu. Padahal dulu aku rasa koleksi stilettos aku memang dahsyat. Semua warna aku ada. Lepas dah tak minat pakai stilettos, sedekah pada makcik - makcik and cousins. Sejak suami belikan wedges pertama aku masa Aidilfitri 2009, aku rasa terjatuh cinta terus dengan wedges. Ohsem! And start dari hari tu, hobi aku adalah mengumpul wedges. ^-^ Jadi bila rasa jiwa kacau tu, aku selesa dan tenang bila dapat bergelumang dengan wedges - wedges kesayangan.

Brand wedges memang aku tak kisah. Daripada Bata sampailah ke Scholl mana yang nampak cantik dan aku berkenan aku beli aje. Kadang - kadang apa yang aku rasa macam cool kentang, engkau orang tengok macam nak muntah pulak. Wedges kegemaran aku, aku beli dekat Vincci. Leopard printed. Tapi dah terbarai. Sedih. Untuk tahun 2012 aku tengah gilakan wedges dari Santa Barbara Polo Racquet Club dengan wedges dari Amori. Ohsem gilaaaaaa!

Yang polkadots hitam putih tu aku rasa comel gila bila pakai! HAHA!

My first Amori baby.

Lepas dah pakai - pakai, susun balik elok - elok dalam kotak.

Alhamdulillah. Release jugak sikit - sikit stress aku. HAHA. Tengah susun - susun kasut tu baru perasan wedges warna orange and yellow mustard, juga purple belum ada. InsyaALLAH gaji bulan - bulan seterusnya nak cukupkan koleksi warna dia. HAHA. Melampau!

 Dah. Babai!

Read More»