Saturday, March 17, 2012

Adam Di Bulan Ke 20 Dan Hadiah Harijadi In Advance

Assalamualaikum. Sesungguhnya bila anak bujang engkau sudah merasakan dirinya sudah besar dan ingin melakukan semuanya dengan sendiri (Tak mahu lagi emak bantu!) ia sesungguhnya sungguh menduga kesabaran. Fizikal juga! Penat! Kerja meligan anak bujang biasanya papa serahkan kepada emaknya. Emaknya terkejarkan anak kesana - sini, Papanya duduk sedap - sedap depan TV sambil tengok TV. Dua - dua pun menduga kesabaran!

Alhamdulillah. Sudah 20 bulan anak bujang aku. Semakin macam - macam perangai beliau sekarang. Ada yang menggelikan hati, ada yang menyakitkan hati. Macam - macam. Tapi jangan risau 100% menghiburkan. Bau masam sedap ketiak masih sama, cuma sedihnya bila bau masam baby semakin berkurangan. --__--" Yang paling syok sekali bila anak engkau sudah boleh bercakap dan mulai faham arahan. Alahai! Heavennya rasa! Semua benda pun rasanya nak ajar dia supaya dia boleh bercakap sendiri. But still, aku masih gagal nak ajar Adam, bagi dia faham beza "Moon" dengan "Sun" sebab semua pun Adam belasah jadi "Moon" Any idea parenting experts?

Di usia 20 bulan, makan bukan sesuatu kewajipan untuk Adam. Untuk Adam ye, bukan untuk baby lain. Please, dont get me wrong. Bagi Adam, makanan ni jatuh number 30. Number satu adalah main dan main dan main tanpa batasan. Jumping jumping jump jump jump adalah permainan kegemaran Adam. Panjangnya nama permainan. HAHA. Nak buat macamana. Sepanjang masa hanya itulah perkataan yang Adam cakap. Jump sana jump sini, nanti jatuh tergolek! Seram betul bila Adam buat summer sault berputar jatuh dari atas kerusi Garfield! Emaknya yang lemah semangat!

Adam tak memilih makanan. Alhamdulillah. Semua pun dia makan. Kesukaan of course ayam. Then yougurt drinks. Chocolate is his fav. Macam emaknya juga. Adam punya citarasa boleh dikatakan 200% copy pasted emaknya. HAHA. Nak buat macamana. Anak mama! Sangat - sangat - sangat bubbly! Dan moody boleh tahan juga! Kalau merajuk, haihhhh memang sabar ajelah nak pujuk dia! (Macam aku jugak! Merajuk susah nak pujuk! Ceh!)

Monthly check up yang lepas, aku tak boleh nak hantar Adam sebab ada seminar pelajar Galus SPM di SMK Penghulu Saat. Jadinya Papa yang kena hantar. ^-^ Alhamdulillah, memang suami mithali! 100% handled by my husband. Kagum sangat! Thanks Papa! Dengar cerita Adam tak berapa nak behave hari tu. HAHA nasiblah papa! Alhamdulillah berat Adam naik cantik ikut graf. Dalam 12kg++. Perkembangan kognitif dan psikomotor pun selari dengan perkembangan fizikal Adam. Emaknya extra touching! Sebab anak yang dulu duduk diam - diam dalam perut kini membesar bagai johan! Sayang!

Kemudian nak lebih touching bila ada someone yang suka hantar - hantar benda sweet dekat aku! Hantar - hantar macam inilah bagus! Bukan hantar - hantar polong ke apa kan! HAHA. Siapa lagi kalau bukan menantu aku tu! HAHA! Thanks babe! Terharu aku! Awak tu sekolah lagi, toksah beli barang mahal - mahal untuk boyfriend awak tu! ^-^ Adam macam biasa, beaming happily macam dunia dia yang punya. Sungguh memahami betul dia erti mendapat barangan baru. Elated melampau!

Tengok dia senyum - senyum!
Mama kata "Adam buat muka terkejut cepat!" Dan inilah hasilnya. HAHA!


Thanks babe! ^-^

Sayang Mama Adam Irfan Xaharis,

Membesar menjadi anak yang soleh mendengar kata, cintakan kebaikan, cintakan ALLAH dan agama, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. InsyaALLAH sayang, Amin!

Mama dan Papa sentiasa doakan yang terbaik untuk hero kesayangan mama ni. ^-^

I LOVE YOU SAYANG! Membesar dengan penuh kepintaran ye!

Dah. Babai!

p/s : Baju kepam Adam ditaja oleh JBaby Jusco! HAHAHAHA! 

4 comments :

Nurul Nadiah Karim said...

comelnyaa adam :D

Cik Puan Bunga said...

@Nurul Nadiah KarimThank you auntie! ^-^

yayath said...

adam comel:)

wahhh...entry da lama pun sy nak komen..x kire!!hikhik...

blaja satu perkataan baru hari ni dgn teacher:)elated!!hoho~~baru tau.

Cik Puan Bunga said...

@yayathELATED! HAHA!