Wednesday, April 11, 2012

Aku Rasa Suami Aku Sweet. KEHKEH.

Lokasi : Maxis Center BP Mall
Pengetahuan am yang engkau orang perlu ada : Ada sorang staff Maxis yang kacak gila gila gila gila. Kacak sampai engkau rasa nak gantung dia buat keychain dekat handphone.
Masalah suami isteri : Datang Maxis sebab nak set - up MMS. Phone ni degil, aku set up manually taknak. Cis!
Harapan dalam hati : Semoga di assist oleh staff Maxis kacak.

Suami mengambil nombor giliran. Lalu kami duduk dekat barisan kerusi paling depan sambil mata aku toleh kiri - kanan kot - kot staff kacak ada berhampiran. Oh rupanya dia baru balik dari lunch break. Staff kacak terus duduk assist couple yang agak tua (Dah kahwin kot). Harapan dalam hati terus berkobar - kobar.

Aku : Sayang, tu tu orang kacak tu tu! (Sambil muncung - muncungkan mulut)
Suami buat muka bosan.
Aku sengih - sengih berlagak single.
"Mintak - mintaklah mamat kacak yang assist. Amin!" Sempat lagi berdoa mintak bukan - bukan. Tapi couple tua tu tak sudah - sudah lagi. Entah apa masalah entah. Aku tensionlah kan.
"Ish kalau makcik tu cepat sikit, dapatlah dengan mamat hensem tu." Kata suami.

Sampai ke sudah tak siap - siap jugak makcik tu. Sudahnya kami di assist oleh staff lain. Sambil duduk aku jeling - jeling staff Maxis yang kacak mentega terbabit.

"Takpelah. Cuba kalau makcik tu cepat sikit. Mesti kita dengan dia." Kata suami dengan tenangnya.

HAHAHAHAHAH. Aku rasa suami aku cool and sweeeeeeeeeeeetttt sangat! HAHAHA!

#Eh apa macam takda motif entry maghrib nih!

Dah. Babai!

6 comments :

Az Meeda said...

amboi.. boleh pulak macam tu ye..
mmg sweeet :D

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaKahkah. Kan? HAHA suami tukang layan isteri dia mengarut. HAHA!

zera eira said...

haa! teacher, saya tawu yang mana 1! ha, mmg kacak tahap dewa. rase na ajak kawen je kan. :)

Cik Puan Bunga said...

@zera eiraKan kan kan? Kehkehkeh nasib baiklah haku dah kawin! HAHA!

Miss Tasantek said...

kak, sori aku kena bertindak sedikit jujur. ahahaha..
ustazah aku pernah cakap, jangan puji lelaki lain depan suami, walaupun kita takde niat apa2, tapi itu boleh menjatuhkan martabat suami, beside, suami akan merasa rendah diri. lelaki ni jarang nak marah pasal benda2 kecik, tapi dia akan simpan.
aku pon dulu suka puji2 aaron ajis kat dpn azmee. jatuh hukum berdosa. pasni jangan lagi buat cenggini ok :) sayang kau !

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekHalamak! Dosa eh! Adeh pasni dah tak boleh puji org kacak lah eh?? Uhhhh pasni kena mintak maaf!