Tuesday, April 10, 2012

Memilih Calon Suami

Assalamualaikum. Memilih calon suami bukan macam pilih ikan dekat pasar. Pilih – pilih picit – picit badan dia lepas tu campak balik. Eh bukan. Pilih suami . seorang lelaki yang engkau nak habiskan seluruh hidup engkau dengan dia. Yang engkau rasa muktamad sungguh nak dia juga ada dalam hidup engkau hari – hari. Pilih suami ni ibarat kata tak ada nak main chop chop ke twit – twit ke bila dah salah pilih nanti. Yang satu itulah kalau boleh engkau hidup bersama sampai ke sorga. Ewah.

Dulu masa zaman sekolah hingusan criteria pertama nak mencari boyfriend adalah nak stock - stock handsome saja. Tak handsome rejectttt! (Macamlah aku lawa sangat kan?) Hidung penyek rejeecttttttt, hitam sikit rejecccttttttt kerja asyik nak mereject. Padan muka aku sampai tingkatan 5 pun belum ada boyfriend. HAHA. Skandal ramailah! KAHKAH. Tak kisah budak tu pandai ke tak ke asalkan handsome terus masuk dalam senarai. Waima datang dari kelas terpaling tercorot pun redha asalkan dia kacak bergaya (Kadang – kadang selekeh – selekeh aje tapi sebab kacak, pasrah ajelah!)

Semakin membesar (Ehem!) semakin aku faham yang handsome semata – mata tak akan menjamin masa depan yang gilang gemilang. Iyelah dulu masa sekolah tak adalah fikir sampai ke kahwin kahwin ni kan. Bila dah masuk U barulah menggelupur nak cari bakal abah kepada anak – anak aku nanti. Eh! Tapi tak salah nak start cari bakal suami untuk yang tengah belajar sekarang – sekarang ni, mulakan pencarian. On kan Bluetooth masing – masing.

Satu perkara yang engkau kena faham, hidup berumahtangga tak semuanya syok – syok sweet – sweet semuanya. Tak. Kalau kata bertekak tu dah macam jadi asam garam hidup suami isteri. Bermasam muka, merajuk – rajuk. Saja nak orang pujuk. Benda – benda macam ni menambahkan keindahan hidup berdua dengan suami (Sebelum datangnya anak anak anak anak anak) Bukannya setiap masa surprise bunga ros dalam drawer, bukannya setiap masa ada note “I LOVE YOU SAYANG” dekat dashboard kereta. Bukan. Bukan mustahil, tapi bukan selalu. Ada masa nanti krisis terjadi. Dan bila datang masa krisis tu nanti, dan pada masa itu nanti janganlah timbulnya dialog dalam kepala otak “Menyesal aku pilih kau jadi suami aku!”. JANGAN. Jangan baca sangat novel – novel macam Ombak Rindu ke, Cintaku Seratus Persen kea pa, itu novel. Bukan realiti. Realiti lagi kejam. Ke? Eh!




#1 Solat Cukup

Sebelum memperluaskan scoop carian nak cari yang hafal Al – Quran, yang solat tahajjud setiap malam yang puasa sepanjang tahun yang alim yang baik yang menjadi penghuni setia masjid, sebelum melampau – lampau nak cari yang macam itu, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dulu. Tarik nafas panjang – panjang. Lepaskan. Wahai sahabat – sahabat wanitaku sekalian, carilah yang solat 5 waktunya cukup dahulu. Simple. Tak melebih – lebih (Kalau lebih tu lagi baguslah. BONUS!) Kalau 5 waktu yang utama ni terjaga, insyaALLAH dia seorang lelaki yang baik. Lelaki yang menjaga solatnya, of course tahu jaga maruah dan kemaluannya. Perhatikan. Kalau time solat, kemana dia pergi. Kalau bersolat, Alhamdulillah. Kalau tidak, anda semua dah boleh consider cari yang baru. Manusia boleh berubah, manalah tahu kalau lelaki tu tak solat tapi nanti – nanti dia berubah lalu bersolat, siapa yang tahu kan? Tapi ada baiknya mencari yang sedia baik begini. Bukan kerja kita nak mendidik suami selepas kahwin, tapi kerja suami nak mendidik isteri selepas kahwin. InsyaALLAH.

#2 Yang Berusaha

Berusaha dalam erti kata menggunakan tulang empat keratnya untuk membina kebahagiaan. Bina kebahagiaan macamana? Yang bukan tahunya nak mengharapkan kerja mudah. Bukan lelaki yang hanya tahu goyang kaki nak duit datang bergolek tapi tak mahu kerja. Biar kerja toreh getah sekalipun, asalkan dia lelaki yang berkerja dan berusaha untuk mencari rezeki yang barokah, itulah lelaki yang wajar engkau nikahi. Ingat, gaji yang banyak kerja yang bagus tak semestinya memberikan kita hidup yang barokah. Barokah dan penuh dengan keredhaan ALLAH. Gaji kecil macamanapun, kalau kerja dengan bersungguh dan ikhlas, sentiasa akan dicukupkan oleh Allah. Jadi perempuan tak salah untuk memilih. Nak suami kerja bagus – bags gaji ribu – ribu. Alhamdulillah kalau dapat. Tapi jangan sampai memandang rendah yang kerja – kerja biasa. Redha Allah tak mengenal engkau manager bank ke pencangkul kubur ke. Sama rata.

#3 Bukan Anak Emak

Sebagai isteri, jangan sekali – kali memisahkan kasih sayang anak lelaki dengan ibunya (Ibu mertua kitalah kan) sebab tanggungjawab anak lelaki dengan ibunya adalah sampai ke mati. Berdosa kalau kita cuba – cuba ada hati nak pisahkan itu. Ehem. Tapi tapi tapi jangan pulak sampaikan lelaki tu terlalu bergantung kepada keputusan emaknya sampaikan dia dah tak ada pendapat sendiri. Semua kena rujuk emak, semua kena dapat approval emak. Kalau emak suruh kahwin lain (Sebab tak suka dengan pilihan anaknya) takkanlah sampai anak tu nak ikut jugak? Bersilat juga si isteri nanti. Berpada –padalah. Tanggungjawab kepada emak jangan lupa tapi dalam masa yang sama jangan lkakan hati isteri. Emak orang yang melahirkan kita. Isteri pulak orang yang melahirkan anak – anak kita. Dua – dua berkorban untuk kita. Timbang – taralah. Jangan pukul rata aje. Kalau engkau dapat bakal suami yang anak emak sangat susahlah hidup. Nanti engkau yang sakit pendam dalam hati lama – lama. Tak bagus untuk kesihatan.

#4 Keluarga Nombor Satu. Bukan Kawan – Kawan

Aku cukup pantang lelaki yang mementingkan kawan – kawan lebih dari keluarganya sendiri. Kalau kawan – kawan tu jenis yang berguna tak apalah jugak. Tapi kalau kawan – kawan yang jenis lupa asal – usul, lupa diri dah berkahwin bercampur dengan kawan – kawan yang sama spesis ini dah lebih, man. Ini boleh bikin marah, man! Masa aku nak pilih calon suami (Eceh!) memang aku pilih yang macam ini. Yang bukan jenis bercampur dengan kawan – kawan. Asal ada masa aje nak ngeteh, asal ada masa terluang aje nak memancing. Nope. Biarlah orang nak kata suami aku kera sumbang kea pa ke sebab tak bergaul dengan budak – budak kampung, tak keluar bersosial dengan kawan – kawan tak tentu hala, aku lebih rela dia duduk dekat rumah tidur. At least ada depan mata dari melepak sana sini tak ketahuan hala. Kawan memang penting. Tapi nanti, apa – apa hal pun, keluargalah yang akan menyokong kita lebih dari segala – segalanya. InsyaALLAH.

#5 Bila Bersama Dia, Kita Menjadi Yang Lebih Baik

Bernikah tu sebenarnya satu penghijrahan. Daripada yang tak elok kepada yang elok. Menangis syaitan setiap kali manusia diijab kabulkan. Bergoncang Arasy setiap kali talak dilafazkan. Sepatutnya selepas berkahwin, seorang lelaki itu mampu mengubah wanita (Isterinya) menjadi seorang yang lebih baik berbanding dengan masa sebelum berkahwin. Para isteri pun kenalah peka benda – benda macam ini. Kita patut sama – sama dengan suami menuju ke sorga. Bukan ke neraka Jahanam. Lelaki yang baik, bila kita dengan dia, kita nak buat benda – benda yang baik aje. Nak buat jahat pun jadi malu. Sentiasa nak jadi yang terbaik bila ada dia. Itu yang bagus. Itu lelaki yang wajib kau tangkap cepat – cepat dan jadikan suami. Dan untuk lelaki, bila dah jadi suami, pastikanlah isterimu menjadi seorang wanita yang lebih baik dari sebelum kamu berkahwin. Barulah tip top pernikahan tu. InsyaALLAH.

Kemudian lain – lain kriteria macam berbudi bahasalah, penyabarlah, sopan – santunlah, pandai masak, suka budak – budak, kacak, comel rasa macam nak gigit, itu semua kira bonuslah untuk seseorang lelaki tu. Yang penting carilah lelaki yang kita takkan menyesal untuk hidup bersama sampai tua renyuk kerepot nanti. Lelaki yang engkau nak habiskan masa muda engkau dengan dia. Lelaki yang engkau rasa layak untuk engkau gelebehkan badan engkau yang cun melecun tu semata – mata nak lahirkan zuuriat keturunan dia, lelaki yang engkau rasa layak untuk mendapat 100% cinta dan kepercayaan engkau.

Semua orang nakkan suami yang baik. Nak suami yang baik, kita kenalah berusaha menjadi isteri yang baik jugak. Barulah adil. ^-^

Carilah lelaki yang engkau rasa layak jadikan suami. Bukan semata – mata kacak. Kacak tu berapa lama aje boleh tahan pun.

p/s : Ini pendapat aku. Pendapat manusia lain – lain.

Dah. Babaibabaibabaibabai!

8 comments :

zera eira said...

ingat acha ur ex student tak? ha. sy nak dia je lah. hehe

Cik Puan Bunga said...

@zera eiraInsyaallah. Naik niatnya, baiklah jadinya! HEHE! Kahwin jemput teacher yep!

zera eira said...

haha, tunggu habis degree. tak pon habis master. tak pon tunggu kumpul harte. hahaha. alamat nye tak kawen la ambe. hehe. insyaAllah. aminnn. doakan yg terbaik. :)

Pupel Liyana said...

setuju. hehe

Cik Puan Bunga said...

@zera eiraAih belajar sampai ke tua pun x habis. Hehe. Insyaallah. Amin!

Cik Puan Bunga said...

@Pupel LiyanaKan? Hehe

ily♥ said...

Assalamualaikum...
Nak follow blog ni la...best :)
Sy setuju dgn ciri2 suami pilihan tu..hehe...sbb almost semua point tu ade pd encik hubby ms sy setuju nk kawen dgn beliau...Alhamdulillah...mudah2an semua sifat/sikap/ciri2 baik yg die ade tu kekal smpai akhir hayat n membawa ke jannatul raudhah...amin..

Cik Puan Bunga said...

@ily♥Waalaikumsalam. Terima kasih. Ini just pendapat saya (Sebenarnya kriteria sendiri masa pilih calon suami dulu. Hehe) Amin semoga kekal hingga ke syurga ye. Amin! ^-^