Tuesday, April 3, 2012

Nasi Ayam Penyet Air Tangan Suami

Assalamualaikum. Kalau nak diikutkan, dah jatuh tahap malu hina dina aku ni dengan suami sebab sepanjang berkahwin, berapa kali aje aku betul - betul masak untuk suami. Yang selebihnya, ehem suamilah yang banyak memasak. Bertuah betul aku dapat suami yang kacak dan pandai memasak. Isterinya tinggal duduk goyang kaki dan pregnant saja. Eh. HAHA.

Hari tu tiba - tiba aje tekak gread AAA aku mengidam nak makan Nasi Ayam Penyet. Puas round Batu Pahat tak jumpa lagi NAP yang betul - betul boleh memuaskan nafsu serakah. So automatik teruslah rasa kecewa. Tapi tak adalah sampai kategori nak terjun bangunan. Masih terkawal tahap kekecewaan aku.

Tiba - tiba last week suami call suruh balik lunch cepat. Eh kenapa pulak kena balik cepat kan. Penuh tanda tanya ni. Excited + nervous!

Rupa - rupanya dia dah masakkan NAP untuk aku. Lengkap dengan sup + sambal semuanyalah. Siap hidang atas daun pisang lagi! Tiba - tiba rasa nak cium dia secara mebabi - buta. Terharu betul. Dia kata dari balik kerja terus masak untuk aku. Alahai suami! ^-^

Sedap ini woh!

Makan penuh berseleralah aku. Tak pandang kiri kanan. Ayam goreng dia memang sedap walaupun tak berapa nak penyet. Terbaaaaaaaiiiiikkkkkkkkkkkkk! ^-^

Tak kisahlah gemuk sekalipun. Hati bahagia macam ni, dunia terasa hidup bagai di sorgaaaaaaa!

p/s : Bagi yang belum kahwin, silalah cari bakal suami yang pandai memasak. InsyaALLAH hidup takkan kelaparan! HEHE!

Dah. Babai ye babai babai babai!

14 comments :

zuzu said...

sweettnyaaa suami CPB..macam sedap ja Nasi Ayam Penyet tue..Dah la feverat CZ..hehe

mama irfan said...

wawawa..... bestnya dapat husband yg pandai masak.... macam saya, goreng telur pon soh bini yg masak...grrrr ^_^

Hustler said...

Terbaik la kak, lepas nih suh laki akak bukak warung depan umah malam2, buleh lepak2 sambil memenyet ayam.. Eh?

watyz said...

pandai en. suami masak yer. bertuah badan!

Cik Puan Bunga said...

@zuzuAlhamdulillah sedap. Sehingga menjilat pusat! HAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@mama irfanSuami awak manjalah tu! Nak telur pun suruh isteri masak! HEHEHE!

Cik Puan Bunga said...

@HustlerTakutlaaahhhh! Karang kuntilanak singgah beli camno? HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@watyzAlhamdulillah. Dia suka masak! Saya suka makan! HAHA! Dua2 gemuk!

Hustler said...

Hahahaha...buleh kenalkan kat kite kak kuntilanak tuh, saya single lagik.. wakakakaka :P

Cik Puan Bunga said...

@HustlerJangannnnnnnn!HAHAHAHA!

Maynee Razak said...

Kak Bunga, bestnye tgk nasi ayam penyet ni..nanti publish la resepi..boleeyyyy?hihi

Cik Puan Bunga said...

@Maynee RazakInsyaallah tapi chefnya bukan akak punnnnn! Suami yg masak! HAHAHAH!

Maynee Razak said...

xkisah la sape masak ponnn janji dapat resepi..nanti kalau saya dh buat saye tagg cik puan bunga..hihi

Cik Puan Bunga said...

@Maynee RazakOrait bebeh! ^-^