Tuesday, May 1, 2012

Bersih 3.0. Gelombang Kuning Yang Bangkit Penuh Kuasa Boboi Boy.

Assalamualaikum. Aku nak share something yang aku dapat dari NGO - Melayu Islam Bersatu. Buanglah ego jauh - jauh mana yang tak sependapat dengan aku. Bawak - bawaklah bertenang, especially anak - anak muda yang adrenalin sedang mencurah - curah ibarat cokelat diladang gandum Koko Crunch (Eh apesal??)


Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah.

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz?

Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ?

Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang -undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan.

Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station.

 Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim. Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan - amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini;maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini. “Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (Berkenaan ayat tersebut) “Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juga sebaliknya

Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran Islam 

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? Sebelum bercakap mengenai Islam dalam negara ?


p/s : Aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata, namun hati rela berjuang, walau dengan cara sendiri, demi cinta ini.

Aku berjanji, akan ku didik anak bangsa menjadi manusia yang lengkap berpendidikan yang penuh dengan hikmah. InsyaALLAH.

Dah.Babaibaiiiii!

29 comments :

Az Meeda said...

sokong !!

Rara Nasiha said...

tak paham betul dengan tuntutan dorang ni. terlampau taksub barangkali.

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaSep sep sep mi mi mi!

Cik Puan Bunga said...

@Rara NasihaAkal di kaki.

Nida said...

Sokong!!!!!

Apa jugaklah yg dituntut tu.. memalukan negara, mencemarkan nama baik bangsa Melayu sendiri.

Takde akal langsung depa2 ni..

Cik Puan Bunga said...

@NidaTakkan Melayu Hilang Di Dunia.

Benarkah?

Aida Jelita said...

dia orang nak bersuara tapi dengan cara yang macam ni, memalukan. mana tah manner orang sekarang nih. Sabor je la

Hustler said...

Besh Entry Nih kak!! Harus jua diri ini terasa tamparan wanita bila baca. Eh?? cam tak kena jek ayat?? Haish!! :P

Mrs. Adnan said...

owh, memang awesome posting kali ni..nak cilok sikit ayat2 bole?

watyz said...

aku masih x paham apa yg nak dituntut sedangkan idop aman damai...jom g damai laut.. eh kat mana tu?? hahahha

fatehamohamed said...

salamm kakak..nak share kat fb bley??..hee

Eyesha Zaidin said...

nak keadaan macam "ni"..pergila ke negara yg macam "tu"..tak usahlah buat negara kita macam "ituini".

Terlalu taksub sgt.Ntah apa-apa ntah.

*hantar orang yg suka buat huru harakan keadaan ni kat negara yg tgh ada krisis.nak rasa sgtkan..

shera_shehan said...

dh2 la buat kacau kt ngara sendri...negara dh aman dh skrg....

Cik Puan Bunga said...

@Aida JelitaIkut - mengikut aje. Perjuangan sebenar tak tahu hujung pangkal.

Cik Puan Bunga said...

@HustlerKihkihkih! Kau jgn nak tamparan wanita sgt! Choyyy! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. AdnanSila, ini pun saya share dari page di FB ^^,

Cik Puan Bunga said...

@watyzDiorang nak pilihan raya yang telus dan adil dan kerajaan yang adil ^^,

Cik Puan Bunga said...

@fatehamohamedSila sila ^^,

Cik Puan Bunga said...

@Eyesha ZaidinHantar dekat negara berperang, baru depa tau!

Cik Puan Bunga said...

@shera_shehanItulah kan. Hmmmmmm.^^,

adiebah akashah said...

cek dulu kenapa jadi macam tu http://www.youtube.com/watch?v=S7RWG8FQ3CU&feature=player_embedded

adiebah akashah said...

http://www.youtube.com/watch?v=S7RWG8FQ3CU&feature=player_embedded

Cik Puan Bunga said...

@adiebah akashahOooohhhhhh macam tu rupanya???? (But still won't change anything. Thank you for trying)

Hustler said...

Hahahahaha... Makcik dibah tuh, mesti ta tgk yang pulish bawak keter tuh kena serang awal2, baling ngan cone, botol air, kena hentak cermin ape sumer, dengan yang loncat2 macam joget2 atas bumbung keter pulish tuh, ntah mana tawu pulish tuh terpensan ke, nebes ke, ape ke?? kiter tak tawu kan?? Ceh!! amik sekerat2 jek watpe. Tros tuduh pulish gak salah. Auummnnn~~ Mudah la buat keputusan macam tuh.

Cik Puan Bunga said...

@HustlerBiarkanlah. Dia tengah bersemangat kental nak menjana wacana pentadbiran masa depan yang lebih gemilang tu. ^^,

Hustler said...

Hahahahaha.. Panas ati la kakak... bukan ape, lama dah senyap, kata polis tuh, polis nih, polis tuh, polis nih, tunjuk video tuh, tunjuk video nih, tgk2 kantoi gak, sumer dari puak diorang gak yang bikin acara. ceh. Nak ludah kang, kata biadap. adesss. -_-''

Cik Puan Bunga said...

@HustlerWhat goes around comes around. Seksok dialah yg terhegeh2 nakkan khidmat polis. Tengok aje. Time tu tengoklah polis tu anjing ke tak anjing! Hohuhohuhohu!

Hustler said...

Awwuuu awuuuu awwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu (munyik hanjeng menyalak bukit) [Eh?? kenapa munyik hanjeng nih?? ]

Cik Puan Bunga said...

@HustlerHAHAHAHA!