Sunday, May 20, 2012

Boyfriend Saya Pulang Dengan Penuh Ke'Handsome'an

Assalamualaikum.Sari berita penting. Ehem ehem *Batuk - batuk betulkan tekak*. Masih ingatkah anda semua kepada tarikh yang sungguh bertaqdir itu? 2 Januari 2012. Ye. Pada tarikh itulah Farrel yang handsome telah dilanggarkan ke tiang elektrik oleh aku dengan begitu bergaya sekali. Okay bukan salah aku. Salah driver lori yang sungguh sibet itu. Kalau aku nak memaki memang dah tak membawa apa - apa kesan lagi sekarang. Eloklah aku duduk diam - diam sambil membuat demonstrasi secara amanlah sangat. Duduk dan bantah. Okey dah merepek. Sebenarnya cuma nak tanya engkau orang ingat lagikah kereta aku tu tu tu? 5 bulan tanpa Farrel buat hidup aku terasa sungguh tidak bermakna. Sobsobsob. Ayat mesti nak drama.


Susah sungguh menjalani hidup tanpa Farrel. Susah nak bergerak. Terpaksa share kereta dengan suami. Tak sama rasanya. Tak segagah Farrel, tak seromantik Farrel. Rindu sangat - sangat. Farrel sungguhpun kereta compact yang senantiasa dikeji - keji oleh masyarakat sekeliling kerana hanyalah sebuah kereta murah dan tidak berenjin turbo, tetapi Farrel umpama seorang lelaki yang begitu budiman sekali. Aircondnya sejuk sedunia dan tak pernah buat aku kepanasan. Farrel sungguh utuh apabila dipandu laju dan tidak bergegar sama sekali walaupun kelajuan mencecah 120 kmj. Orang kata, tak senang goyang. Jyeaahh! Enjinnya senyap dan sungguh mendamaikan. Farrel sebuah autobots yang sungguh awesome sekali.

Setelah hampir 5 bulan menanti dengan penuh kerinduan, akhirnya 12 Mei 2012 hari tu Farrel pulang dengan begitu kacak sekali. Hampir 2 jam aku tunggu Farrel dekat EON Batu Pahat. Perasaan tak usah tanyalah. Ibarat kata macam nak jumpa boyfriend lama yang dah bertahun tak jumpa. Berdebar - debar. Nervous! EH! Pertama kali melihat Farrel selepas hampir 5 bulan tak jumpa, memang tak dapat digambarkan. Disaat aku memegang sterengnya yang sungguh berkuasa itu terasa macam nak menangis keharuan dan keterujaan. Baiklah. Terlebih sudah.

Farrel sungguh kacak. Berkilat dan langsung tak ada cacat cela. Beliau tetap handsome dan bergaya sekali. Apatah lagi orang EON tu dah pasangkan skirt Savvy edisi baru yang sungguh urban itu, Farrel ternyata tampil begitu epik sekali! Sobsobsob!

Epik
Epik kuasa dua.
Muntah darah!
Walaupun bil dia buat aku rasa macam nak lempang orang laju - laju tapi aku pasrah. Mungkin ini bahagian Allah pada aku. Kifarah dosa - dosa aku yang lepas. Siapa tahu kan? Alhamdulillah. Berjanji dengan diri sendiri, lepas ini jaga Farrel dengan sepenuh hati. Taknak dah naik kereta laju - laju. Lain kali drive, aku tolak aje pakai tangan. Sopan bangat!

Puas hati dengan hasil kerja EON. Kemasan catnya cantik dan awesome. Pemanduan pun lancar, Takde sangkut - sangkut. Alhamdulillah syukur! Gembira melampau sebab lepas ni hari - hari boleh bawa Farrel pergi sekolah! Jyeeaaaaahhhh!

p/s : Lepas ini nampak tiang lagi, kau langgarlah lagi. Kan?

Dah. Babai!

12 comments :

xila riston said...

uihhh encemnya hehe

Cik Puan Bunga said...

@xila ristonKan kan kan? HAHAHAHAHAH!

-[DeeYA]- said...

pewiiiitttt!!!!
farrel sudah semakin hemsem tahap gaban!!!

aku nak pensan tgk payment ko kena buat!!! *pensan*

bertabah ye utk membayar.

YEAHHH!!!boleh berjimba2 ngn farrel lepas ni!
^_______^

imantizz_truper said...

macam kereta baru la kak CPB....emm,kalau bagi org lelaki,kereta nie bini nombor dua kan? Klau bagi org perempun,kereta nie kekasih gelap ke? hehehe

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Handsome kan Farrel? Kacak bergaya! Payment tu... ohhh ohhh ohhhh! Sebelum kau pengsan, aku dah pengsan bangun pengsan bangun dulu! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperYezzaaaa kekasih gelap! Tepat sekali! HAHA!

Innanie | Ariffin said...

boleh amik kita pulak lah kat rumah kan.. hehehe

Miss Tasantek said...

ahahahaha...balik ari tu aku lalu gi umah wah ada lagi...
aku lalu nak balik umah dah tade. eh. laju betul kau bertindak.

Aida Jelita said...

alah sematnye pakwe kamu

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinTIADA MASALAH! ^^,

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekHaaaa melepas rindu dendam! HUHUHU!

Cik Puan Bunga said...

@Aida JelitaHihi thank you!^^,