Monday, May 21, 2012

Last Payyyperrr Last Payyyperrr!

Assalamualaikum. Sekarang ni minggu exam. Dari last week dah start. Tapi esok special sikit sebab esok paper aku. Bukan aku yang nak exam pun tapi aku pulak yang lebih - lebih nervousnya. Takut kalau - kalau apa yang aku ajar selama ni belum cukup untuk buat dia orang dapat A. Tamak tak aku? Terus target A. Taknak target B ke C ke lulus ke apa. Terus berlari ke bintang. A terus. InsyaALLAH. ^^, 

Aku doakan semua students aku dari 5 kelas yang 171 orang tu dapat jawab dengan baiknya. Aku doakan semuanya lulus cemerlang. Aku dah halalkan semua ilmu. Eceh macam nak PMR sebenar pulak. Takut weh. First time aku mengajar form 3 ni. Macam - macam ada dalam kepala otak aku. Kalaulah dia orang tak dapat nak capai target, agak - agak siapalah yang kena dulu? Ha? Siapa? Siapa? Seramnya!

Alhamdulillah. Aku rasa tahun ni aku macam organized sikit. Kerja tak lagi huru - hara macam tahun - tahun sudahnya. Aku rasa aku belajar banyak benda dari pengalaman lepas. Alhamdulillah berubah jugak aku kearah yang lebih baik. Amin! Dalam 5 kelas yang aku mengajar tu masing - masing ada perangainya. Tabah ajelah hari - hari nak masuk kelas yang berlainan perangai. Kadang - kadang buat aku beristighfar panjang, kadang - kadang ada yang buat aku gelak sorang - sorang. Ada jugak yang menaikkan darah, ada jugak yang buat aku mengalirkan airmata macho aku. Macam - macamlah. Ingat senang nak jadi cikgu? Emosi bebeh emosi tu yang paling engkau kena kuat. Kalau tak kuat emosi, aku rasa boleh terbang jugaklah kerusi meja. Ketabahan kena sekuat biskut Tiger. Tak boleh garang sangat nanti students benci, pun tak boleh baik sangat nanti students tak respect.

Dalam 171 orang tu, tak semua aku dapat sentuh hatinya. Tak semua dapat aku berikan layanan yang sama rata. Kadang - kadang disebabkan perangai seorang, yang lain pun aku marah sama. Nampak macam tak fair. Tapi itulah hakikat. Marah bukan sebab aku benci. Marah sebab aku sayang sayang sayang. Dalam hati tak ada lain, cuma nak dia orang berjaya. Kalau aku hukum lari padang ke rotan ke, bukan sebab aku suka - suka nak dera kanak - kanak, bukan! Tapi sebab aku nak dia orang ambil pengajaran. Bak kata orang, kalau nak berjaya kenalah hablu minallah, hablu minannas. Hubungan baik antara guru dan murid itulah yang aku nak jaga sebenarnya.

Aku tahu ada anak murid yang tak puas hati bila aku layan kawan - kawan dia orang lebih sikit daripada apa yang dia orang dapat. Kalaulah aku ada masa yang banyak dalah sehari, aku nak layan semua anak murid aku sama rata. Aku nak attend dekat dia orang sama rata. Tak ada beza. Aku tak pernah beza - bezakan anak - anak murid aku antara yang pandai dengan yang tidak. Semua sama rata. Mana yang baik, aku layan baik - baik. Mana yang kurang baik memang aku rotan. HAHA. Tapi dalam hati niatnya cuma satu, nak engkau orang berjaya.
 
Jangan meniru!
Aku harap esok masing - masing pun dah cukup bersedia. Jawab soalan elok - elok dan jangan gopoh. Fikir betul - betul sebelum menjawab dan jangan jangan jangan jangan bazirkan masa dengan tidur. Please ye Zahid! ^^, All the best my angels. My prayer is always be with you. Amin insyaALLAH!

Dah. Babai!

8 comments :

Hustler said...

X tolak Y, Y jatuh!!

Aida Jelita said...

so sweet!! tidur time exam memang tak boleh buang lah

imantizz_truper said...

habis kak CPB...kena check kertas anak murid la waktu cuti nie...hehehe

Cik Puan Bunga said...

@HustlerIni sah matematik kantoi nih! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Aida JelitaKenapa kenapa kenapa kenapa nak tidurrrrrr! HAHHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperWAJIB LAH SANGAT! HAHAHAHAHA!

Hustler said...

Tidak syak lagik. wakakaka.... 7 itu nombor feveret saya.

Cik Puan Bunga said...

@HustlerKEHKEHKEHKEH!