Tuesday, May 22, 2012

Master Chef. Edisi Perasan.

Assalamualaikum. Bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat SESEGA 2012, KEBIRU dengan sukacitanya menganjurkan pertandingan Master Chef yang ala ala pro gitu. Aku dengan tak sedar dirinya pun sibuk - sibuk nak join sekali dengan Mel. Jangan kata nak memasak, nak potong bawang pun aku tak tahu tapi ada hati pulak nak masuk pertandingan memasak. Nampak tak dekat sini betapa tak sedar dirinya aku. HAHA.

Balik rumah, bila bagitahu emak nak masuk pertandingan memasak, melopong besar emak aku. HAHA derhaka tau, emak! Mungkin ia kedengaran sedikit tak masuk akal, tapi we'll see mommy, we'll see. HAHA!

Pertandingan start lepas waktu sekolah buat dekat Bilik Masakan. Dia punya huru - hara tak payah nak cakaplah. Berebut apron satu hal, berebut pisau, berebut chopping board. Oh team aku memang cool kentang sedunia, jangankan kata pisau, lesung batu pun aku bawa dari rumah. Semua emak dah preparekan. Sayang tak sayanglah kan emak aku dekat aku. HAHA. Menu kami simple aje masa tu. Ala ala pecal la, tapi guna sambal kicap campur kacang. Resepi rahsia emak. Aku rasa memang sedap sedunia. HAHA.

Sebelum start memasak, wajib posing dulu. Yang pakai baju ungu tu pelakon tambahan aje. HAHA!
Lagi berposing dengan team saingan. Penapis pun aku bawak weh!
Gadis Melayu betul kau Mel! HAHA!

Kita orang punya menu tak sampai setengah jam dah siap. Setengah jam ke hapa, 15 minit aje dah siap dah. Dah boleh start psiko group lain. Seronok sangat - sangat. Merapatkan ukhuwah sesama kita. Kalau ada yang tergurau kasar tu mintak maaf ajelah. HAHA.

Kami dengan masakan kami. Tu serabut - serabut cili tu Mel yang buat. Itu pasallah kalah. Ceh!

Walaupun tak menang, tapi yang penting masing - masing happy dan seronok. Lepas aje juri habis rasa semua masakan, kami apa lagi SERBUUUUUUUUUUUUU! Makan banyak sampai perut pun naik sakit. Haih!

Kalah tetapi puas hati!

Next year nak suruh KEBIRU anjurkan lagi. Yang ironinya, team cikgu perempuan punyalah ramai, boleh pulak cikgu lelaki yang tapau habis. Tahniahlah Cikgu Osman. Jeles betul aku ni hah!

Dah. Babai!