Saturday, May 12, 2012

Setahun Sekali Kami Nak Feeling Artis

Assalamualaikum kawan - kawan. Lamanya tak update blog. Sekarang semua ramai - ramai boleh panggil aku pemalas! Sorry sangat - sangat tak sempat nak update selalu, balik sekolah aje terus tidur. Malam nak buat macam - macam sangat. Blog pun terabai. Aku tau blog aku ramai yang baca, itu belum masuk stalkers dengan silent readers. KEHKEH. Mintak maaf sebab perasan famous sekejap. Siapa rasa nak muntah sila berbuat demikian sekarang.

Next week kami spesis cikgu - cikgu ada satu event besar yang berlangsung sekali aje dalam setahun. Hari itulah nanti kami berpeluang perasan artis sekejap. Pakai baju glamour - glamour vogue - vogue sikit, make up tebal - tebal sikit, dan kami akan jadi extra peramah pada hari tersebut. Takkan marah - marah students, takkan ligan students keliling sekolah, takkan verbally abusing students kalau dia orang prank kami berlebih - lebihan, percayalah, setiap kali 16 Mei, kamilah makhluk Allah yang terpaling baik sekali sedunia. HEHE.

Tahun ini kami akan pakai pakaian yang seragam sempena hari guru. Hijau saujana mata memandang. Nasib baik rumah aku ada tailor hebat sedunia tolong jahitkan baju maka tak payah nak pening - pening kepala mana nak cari tailor yang jahit baju secara adhoc. Cuma masalah sekarang nak cari tudung ajelah kan. Menyampah betul, manalah aku nak cekau tudung yang glamour sikit ni. Orang lain pakat - pakat beli shawl chiffon yang harga ratus - ratus sila aku mana mampu kan kan kan so solution sekarang nak cari bawal crown yang hebat sedunia. Supaya mampu tampil anggun dan comel dan menawan juga! HAHA!

Ini uniform pada 16 Mei nanti. Jyeaaahhh!

Baju baru aje hantar beading. Tak tahulah macam mana rupa bentuknya nanti. Tabah ajelah. Oh sekarang memang giat nak cari tudung bawal crownlah! Mana ada jual eh area Batu Pahat? Bantuin guwe dong!

Nah siapa rindu aku boleh tengok muka mintak kaki ni seround! HAHA!

Dah. Babai!

8 comments :

Aida Jelita said...

hahah macam tu rupanya perasaan guru time hari guru. ok jangan over ya guruguru

Cik Puan Bunga said...

q@Aida JelitaHahaha itulah hari dalam setahun kami nk bergembira! Huhu

imantizz_truper said...

cantik warna huijau tu...nak ciplak jd warna tema baju raya taun nie boleh tak? hehehe....selamat hari guru..

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperSilalah ciplak! HEHEHEHE! Terima kasih! ^^,

Az Meeda said...

best kan jdi cikgu.. terasa diargai melebihi yang lain.. btw, kain tu cantik lah.

Hustler said...

I Like Ijau!!! Selamat Ari Cikgu!!

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaTerima kasih. Hehe hari guru setahun sekali nak have fun sikit! HEHEHE!

Cik Puan Bunga said...

@HustlerTerima kasih! ^^,