Tak Pandai Bersukan Tak Apa, Gaya Kena Ada

Assalamualaikum. Aku, kalau nak kata berjodohan dengan aktiviti fizikal ni memang taklah kan. TAK. Kami macam magnet menolak yang status dalam FB adalah love hate relationship. Kira memang taklah kan aku nak habiskan masa bersukan. Tengok badan pun dah tau. Memang spesis manusia yang tak rajin nak bersenam membuang lemak. The only senaman yang aku buat cumalah senaman jari jemari aku menaip status dekat FB ataupun update blog. Statement macam celaka. HAHA. Padan muka aku gemuk sebab tak suka nak bersukan !!

Jadi bila tiba - tiba Zaman buat announcement yang sekolah tak lama lagi nak buat merentas desa sekaligus dengan Sukantara and sukan sekolah cuba teka manusia pertama yang sentap sebab dalam simpanan baju - baju yang melambak tapi tak ada seluar track adalah siapa? Siapa? Siapa? Akulah kan! Mana pulak aku ada seluar tracklah, baju sukanlah. Kasut sukan aku ada. Tapi kena cari dekat manalah kan. Silap silap hari bulan aku dah buang dah. HAHA. Dulu pernahlah ada. Tapi sejak - sejak dah 'kurus' ni semua tu dah tak muat. 'Longgar'lah. Jadi nak tak nak kena beli yang baharu. Gasak.

Beli taknak pulak yang murah - murah. Gatal katanya badan kalau pakai yang murah - murah. Memang diva. Sebenarnya action aje lebih. Kalau suruh lari ke lompat jauh ke lompat katak ke confirmlah ke longkang. Muka aku nak lari? Karang kalau pengsan dah menyusahkan semua orang pulak kan. Setakat nak 'plesing - plesing' bak kata budak - budak zaman sekarang tu bolehlah kan. HAHA.

Tahun ni aku rumah UKM lagi. Rumah Merah. Jangan tanya akulah kenapa nama rumah sukan sekolah aku kedengaran agak ilmiah dan tak ada unsur - unsur ganas. Memang kalau nak sorak nama pasukan masing - masing akan datang amarah sikitlah dekat situ sebab lebih kurang aje nama rumah sukan masing - masing. UKM pun bunyi macam UPM lah macam UM lah macam USM lah. Cuba letak nama yang ganas macam contohlah rumah Kuning letaklah nama Tyrannosaurus ke jadi masa sorak tu panggil "TRex! Trex!" Ganaslah sikitkan. Baiklah. Boleh dipertimbangkan agaknya cadangan aku ni. HAHA.

Jadi bila dah rumah Merah tu confirmlah dari seluar ke kasut ke baju semua pun nak bantai merah. Karang kalau beli warna lain karang kena tuduh derhaka pulak kan. Aku nak je beli baju warna ungu banyak - banyak. Kata Belieber. HAHA. Tapi sebab kecintaan yang mendalam terhadap rumah merah, aku borong baju merah banyak - banyak! Jyeaaah! Hidup Red Warriors!


Seluar. Terpaling kontroversi. Bila aku update dekat FB cakap yang seluar ni size S, ramai yang sakit mata. Hakikatnya ini seluar untuk lelaki. Kalau aku pakai size S silalah jangan sentap. Grrr!
Baju merah jugak. Siap hantar printing CPB dekat belakang badan. Nampak sangat over acting.
Baju merah lagi. Stoking ada sipi - sipi warna merah. Handbag lari tajuk sikit. Warna hijau tak memasal. Nasib baik free. Oat bagi. Thanks Oat. Sayang kau. Sila jangan takut kena gosip ye Oat! HAHA!
Beg kasut ni aku beli takde motif pulak. Lepas habis sukan boleh buat letak pen. HAHA.
Baju merah lagi dan lagi. Tak sukalah Nike ni. Kata size XL tapi sempit! Walaupun aku kurus, aku beli size besar sebab kain Jersey ni lekat dekat badan. Kalau ikutkan size sebenar aku, XS pun longgar. KAHKAH. Pui!
Masa merentas desa. Aku busy betul ni. Bukan buat - buat! (Tipu)
Eceh tu dia. Kaki siap senget sebelah. Tak faham.

Walaupun aku tak pandai bersukan, walaupun aku cuma 'plesing - plesing' pakai baju sukan, tapi semangat tu yang mahal tu. Tak adalah sepanjang masa aku asyik nak kontrol cun bermake up sepanjang masa kan. Tak adalah orang nak kata aku tak boleh kena panas. Time buat kerja aku berpanas jugak. Berpeluh jugak. Cair jugaklah make up kan sampai sememeh - sememeh eyeliner aku. Aku gasakkan jugak. Bukanlah kata aku kaki bangku tak pandai bersukan aku gemuk sebab taknak bersukan. Ramai ajepun cikgu - cikgu PJ dekat sekolah aku yang bersukan pun tapi eh gemuk jugak. Haa. Janganlah jangan.

Sesekali pakai baju sukan terasa macam muda 5-6 tahun. Eceh. Muntahlahhhh muntahhhhh!

Dah. Babai!

Read More»

Ahad Yang Bermalas - Malasan

Assalamualaikum. Hari Ahad yang sungguh sungguh sungguh membosankan. Sebab suami pagi - pagi lagi dah gerak pergi Melaka. Jadi tinggallah aku dengan Adam terkulat - kulat dekat rumah tak tahu nak buat apa. Abah pulak pagi - pagi lagi dah pergi kebun. Jadi tinggallah aku dengan Adam. Dua - dua berlingkar atas tilam, dua - dua online (Sorang pegang Tab Papa, sorang lagi handset cap ayam) dua - dua malas mandi. Dua - dua lapar tapi yang emaknya malas nak buat breakfast. Sudahnya kunyah biskut kering anak beranak. Kasihan.

Sebenarnya pagi - pagi lagi mood dah tak okay dah. Asyik nak marah. Asyik nak mengaruk. Asyik nak menghempas barang sana - sini. Jadi untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jiwa, macam biasa kalau aku tengah marah / susah hati / stress maka aku akan keluarkan kotak - kotak kasut dan susun kasut satu - satu color coded. Keluarkan kasut, lap lap sikit, try sarung dekat kaki sambil catwalk sana sini, lepas tu letak balik dalam kotak dan susun semula. Nampak memang macam tak guna, tapi itu salah satu cara aku nak releasekan stress. Dan ia berkesan. Serious. Lepas dah siap kemas kasut, aku sambung balik melingkar atas tilam dengan Adam. Adam masih bergembira melayan Upin Ipin.

Baru 25 kotak. Tak cukup. Tak cukup. Perangai setan.

Lepas kemas kasut, kemas seluruh rumah pulak. Perut pulak lapar. Nak suruh suami masak, suami tak ada. Abah pun tak ada. Jadi mengerah segala tenaga dan mebuang rasa malas jauh - jauh masuk dalam tong sampah. Masak benda - benda simple. Tapi sedap jugak. Alhamdulillah. Abah makan dengan penuh berselera jugak air tangan anak dia yang setahun tak sekali masuk dapur ni. Kira tangan tahap dewa - dewa jugak aku ni kan. Masak simple tapi penuh kasih sayang. Siapa makan gerenti bertambah - tambah rasa sayang. HAHA. (Sebenarnya nak cakap tak pandai masak !! HAHA)

Telur sambal + Sambal tumbuk + Sayur pucuk manis. Ikan kering tiada dalam gambar.

Habis masak, sambil nak tunggu perut lapar aku kemas pulak baju - baju ke sekolah. Macam biasa, color coded jugak. Dah jadi habit kot. Susun apa sekalipun mesti color coded. HAHA. Bahagikan baju kepada 2 bahagian. 2012 punya dengan sebelum 2012 punya. Ajaib betul sebab 2012 punya lagi banyak dari tahun - tahun sebelumnya. Nampak sangat sebelum ni tak rajin nak buat baju baru. HAHA.

Ini tahun 2012 punya. Banyak baju warna pink + merah + oren dan warna - warna senada.
Ini baju tahun 2007 - 2011. 4 tahun punya stok. Tapi sikit macam ini aje!

Habis semua tu baru lunch. Lepas ni nak lipat baju pulak. Lepas lipat baju nak iron baju sendiri dengan baju suami pulak. Adam dari tadi tak habis - habis main game. Ini tengah layan dangdut dengan Abah pulak. Haihhh rindunya dekat suami. Cepatlah balik sayang.

Dah. Babai!

Read More»

Abah. Dan 68 Tahun Hidupnya.

Assalamualaikum. Masa aku kecil, tak sah rasanya kalau dalam sehari aku tak kena belasah dengan Abah. Kira dah jadi macam rutin harian Abah untuk membelasah aku dan kira macam dah jadi rutin harian aku untuk dibelasah oleh Abah. Bukan. Bukan sebab Abah hobi dia mendera anak - anak. Bukan jugak sebab Abah kaki botol dan balik mabuk - mabuk belasah anak bini macam dalam TV tu. Bukan jugak sebab Abah tak ada hobi lain selain memancing. Sebab dia, tak lain tak bukan sebab aku nakal nauzubillah. Kerja asyiklah nak buat onar dekat rumah. Tak cukup dekat rumah, aku buat onar pulak dekat kampung. Habis anak - anak jiran aku rekrut untuk dijadikan pasukan orang kerahan. Masa itu geng aku semua lelaki. Jadi aku selaku budak perempuan tunggal dalam geng, melantik diri sendiri sebagai ketua. Aku, Ajam, Akim, Han, Jais dengan Jumal. Gila tak? Woman rules! HAHA.

Jadi bila dah geng dengan budak lelaki, perangai aku time itu memanglah musibat sedunia. Hari - hari mesti ada yang mengadu aku jahat itu ini. Kadang - kadang bukan salah aku pun tapi sebab dah terlalu banyak membuat durja maka sesedap rasalah orang nak cakap semua benda jahat tu aku dan geng aku yang buat. Abah pula agaknya dah berasap telinga dengar orang kampung buat rumah aku macam balai Aduan Rakyat, maka kadang - kadang tali pinggang singgah dekat badan. Itu okay lagi. Kalau nasib kurang baik, makan malam aku penampar Jepun. Arigato gozaimas, Daddy!

Semakin membesar, semakin aku faham perangai Abah. Dengan aku, Abah memang garang. Mungkin sebab kakak - kakak aku yang lain dan adik aku semua baik - baik belaka. Aku seorang saja yang rebellious. Jadi usia remaja penuh dengan konflik dengan Abah. Kiranya aku dengan Abah sama - sama kutub yang menolak. Abah tak banyak bercakap dengan aku. Aku pun tak banyak bercakap dengan Abah. Malas nak bercakap sebenarnya. Sebab masing - masing tahu,kalau start berkomunikasi mesti ending dia macam drama Melayu. Hempas - hempas pintu bilik. Akulah tu.

Tapi aku tahu, Abah sayang aku. Masa tunggu SPM, aku kerja balik pukul 1 malam, Abah ambil aku balik kerja naik motor meredah sejuknya hening pagi. Walaupun esoknya Abah nak kena kerja lagi. Masa aku Tingkatan 6, Abah rela tebalkan muka pergi sekolah sebab cikgu kelas mengadu perangai aku sangat macam - macam masa sekolah. Kesian Abah. Tak habis - habis aku ni menyusahkan Abah. Buat Abah malu nak berdepan dengan orang sebab perangai aku yang 'baik' sangat. Masa ni, Abah dah tak belasah - belasah aku lagi dah. Abah tak cakap apapun. Abah diam. Abah banyak diam. Masa aku nak masuk Universiti, Abah kumpul duit nak bagi duit saku. Abah tak selalu dapat bagi aku duit. Aku pun tak banyak minta dari Abah. Abah bagi, aku ambil. Abah tak bagi, aku tak minta.

Masa aku konvo, Abah datang dengan Emak. Duduk dalam Dewan Besar, sama - sama berkongsi kegembiraan dengan aku. Masa perarakan masuk graduan ke Dewan Besar, aku terpandang Abah dengan Emak. Aku tahu Abah bangga. Aku, anak yang paling tak ada guna dalam keluarga, berjaya juga menggenggam segulung Ijazah. 

Aku tahu Abah sayang aku. Dari masa aku start berkawan dengan suami, bertunang, sampailah ke masa nikah, Abah sokong aku sepenuh jiwa raga.  Dalam masa - masa yang bergejolak menginjak ke hari aku dan suami bakal diijab kabulkan, Abahlah insan yang paling tabah dan paling tegar menjunjung maruah keluarga. Aku kuat, sebab Abah kuat. Dan kekuatan Abah buat jiwa aku sangat kebal. Kata - kata Abah masa suami datang ingin menjadikan aku yang halal untuknya, memang aku ingat sampai ke mati.

"Pakcik tak kisah. Engkau tu kena kuat. Kalau betul niat baik nak jadikan Lina isteri, cakap - cakap orang, jangan ambil kisah. Pakcik percaya dengan cakap engkau. Jadi buktikan"

Abah orang yang terpaling aku sanjung. Kalau Abah orang lain, aku tak tau apa yang dia orang akan buat. Tapi Abah, walaupun tak bersetuju tak sebulu dengan aku dalam banyak hal, tapi dalam hal pasangan yang aku pilih untuk aku jadikan suami, abah sokong aku. Abah sokong aku sepenuhnya. Untuk itu Abah, aku sangat menyanjungmu. Abah menjadikan sebahagian daripada ingatan moment - moment kebahagiaan aku. Abah ada dalam setiap moment- moment berharga aku. Abah ada, untuk setiap doa - doa aku yang dimakbulkan Allah. Abah ada.

Setiap tahun, hari lahir Abah, tidak boleh tidak, mesti akan aku sambut. Dengan majlis doa selamat dan makan - makan kecil - kecilan. Doa aku agar Abah kekal sihat dan sentiasa ada untuk aku, untuk kami sekeluarga. Bila usia semakin dewasa ini, aku mengerti apa yang Abah rasa dalam membesarkan aku. Aku faham setiap bilahan rotan yang hinggap ditubuh aku dulu untuk apa. Setiap jerkahan, setiap herdikan setiap kali aku tersasar arah itu apa. Aku faham kenapa Abah pukul aku setiap kali aku taknak bersolat, kenapa Abah tak teragak - agak mengangkat tangan setiap kali aku taknak pergi mengaji. Aku faham semua tu, Abah. Aku faham. Semua itu membentuk aku yang sekarang. Ilmu dunia dan agama yang Abah sediakan, yang Abah didikkan, yang Abah bentukkan untuk aku, memberi aku acuan untuk menjadi aku yang sekarang.  Doa aku, supaya Abah nanti kekal menjadi Abah kami disyurga Allah nanti. Amin, InsyaALLAH.

Setiap tahun, 23 Jun, doa aku tetap sama seperti tahun - tahun yang sudah. Aku ingin melihat Abah sentiasa sihat, sentiasa bersama kami satu keluarga. Sentiasa ada untuk menasihati dan membimbing, memimpin langkah - langkah kami adik - beradik andai kami tersasar. Ya ALLAH, Kau peliharalah Abah. Berikan dia Kasih Sayang Mu sebagaimana Abah menyayangi kami sewaktu kami kecil.

23 Jun 2012
Abah, Lina tak pernah cakap dengan Abah yang Lina sayang Abah sangat - sangat. Lina tak pernah bagitahu Abah yang Lina bangga jadi anak perempuan Abah. Abah banyak ajar Lina erti ketabahan dalam kehidupan. Abah sabar dengan ujian hidup. Abah merendah diri. Abah selalu melawan api dengan air. Abah lelaki terulung dalam hidup Lina. Lina tahu Abah sayang Lina. Lina tahu Lina sentiasa ada tempat dalam hati Abah. Lina selalu doakan yang terbaik untuk Abah. Macam Abah yang selalu doakan yang terbaik untuk Lina. Abah tak pernah ajar Lina jadi jahat. Kalau Lina jahat, itu salah Lina sendiri. Bukan sebab Abah tak ajar. Abah lelaki yang hebat. Lina bangga berbintikan nama Abah. Lina sayang Abah. Sayang sangat - sangat. Selamat Hari Lahir Abah. Teruslah ada untuk kami, Abah.

Ya Allah, sekiranya dalam hidup ini aku ada melakukan kebaikan atas namaMu, maka kau pindahkanlah pahala - pahala kebaikan ku itu untuk Abah, Ya Allah. Untuk Abah.

Yang benar,
Anak Abah yang nombor tiga.

Read More»

Hari Ini Khas Untuk Kau, Lelaki Hebat.

Aku ingat lagi hari pertama engkau menjadi bapa kepada zuriat yang berusia separuh hari,engkau kata engkau takut.

Engkau takut engkau tak mampu untuk menjadi bapa yang baik.

Aku pegang tangan engkau dalam saki baki kesakitan selepas melahirkan.  Aku pandang mata engkau dalam - dalam, dan dengan yakin aku katakan; "Sayang, sebelum anak ini lahir lagi pun, abang dah jadi papa yang sangat hebat!"

Aku lihat engkau tersenyum, bersama sisa - sisa kerisauan.

Pertama kali tangan sasa engkau merangkul tubuh Adam yang kecil, aku lihat sejuta rasa yang sukar untuk ditafsirkan tergambar di mata engkau. Penuh rasa sayang yang sungguh takjub, penuh rasa ingin melindungi, penuh rasa ingin menemani langkah - langkah kecil yang bakal anak itu ambil. Dengan penuh takzimnya sayang, engkau menjadi Papa pada hari yang sungguh bertaqdir itu.

Photobucket


Semakin Adam membesar, semakin terserlah sifat - sifat seorang bapa yang aku idam - idamkan ada pada engkau. Engkau sabar melayan Adam. Adam sakit, maka engkaulah manusia yang sama - sama berjaga malam. Bila Adam menangis, engkau yang pertama memeluknya. Engkau sangat sabar melayan karenah Adam. Lebih sabar dari Mamanya. Engkau selalu katakan yang baik - baik untuk Adam. Memukulnya jauh sekali. Adam membesar dengan kesabaran yang engkau tanamkan dalam hatinya.

Dengan adanya Adam yang mewarisi 100% sifat - sifat aku, itu bermakna engkau terpaksa bersabar untuk dua manusia menyakitkan hati yang engkau sayang. Dan sifat sabar yang aku kagumi itu tak pernah berubah, malah semakin bertambah. Untuk itu sayang, engkau yang pertama dalam hati aku.

Photobucket

Terima kasih sayang, untuk semuanya yang engkau lakukan demi isteri dan anakmu. Mencari rezeki yang halal dan penuh barokah. Menjadi imam kepada isteri yang sering lalai dan terlupa. Menjadi teman kepada isteri yang seringkali alpa dalam menjalankan tanggungjawab. Menjadi papa yang sangat terhebat untuk buah hati kita. Menjadi pelindung yang sentiasa ada bila kami memerlukan. 


Selamat Hari Bapa, sayang. Takkan pernah cukup dengan kata - kata untuk aku aturkan buat engkau bagi menyatakan betapa aku sangat sangat menghargai engkau. Cinta dan kasih sayang, kesetiaan isterimu ini, lillahi taala hanya untuk engkau.

Salam Cinta,

Isteri Mu.

Read More»

Menyakitkan Hati Orang Itu Semudah Memakan Keropok Berperisa Ikan

Assalamualaikum. Selalu aku bertanya pada diri sendiri (Walaupun sangat yakin bahawa diri sendiri bukan tempat terbagus untuk dijadikan rujukan, tapi dah tak ada tempat rujukan lain. Maka, go on ajelah) apa yang menyebabkan sesorang itu layak untuk dilukai hatinya? Sebab dia jahat? Sebab mulut dia macam kubur? Sebab dia layak untuk disakiti?

Sebenarnya, apapun sebabnya, kita sebagai manusia biasa tak pernah ada hak untuk menyakiti hati manusia lain. Tak ada.

Aku boleh faham kalau kau menyakitkan hati manusia yang jahat. Memang mereka layak untuk dapat semua tu. Tapi macamana dengan manusia yang baik, yang tak ada salah apa - apa dekat engkau, yang langsung tak buat apa - apa benda jahat dekat engkau, yang satu - satunya benda yang dia buat dekat engkau adalah menyayangi engkau? Dalam ayat yang lebih senang untuk engkau faham, apa hak engkau nak menyakitkan hati manusia yang menyintai engkau?

Sebenarnya, engkau tak pernah ada hak.

Tapi, manusia selalu berlagak macam Tuhan. Macam dia layak nak menghukum orang sana - sini. Macam dia terlalu gah dan hebat nak menyakitkan hati orang. Macam dia tak pernah ingat yang satu hari nanti, roda hidup dia akan berputar. Yang satu hari nanti, kebarangkalian untuk dia mendapat celaka yang sama, sebijik macam apa yang dia buat dekat orang, adalah ada. Aku rasa, dalam bahasa mudahnya, manusia tak sedar dirilah. Lupa yang buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Manusia macam ni kita panggil manusia jahat.

Sebenarnya, aku nak cakap. Yang aku ni jahat.

Terima kasih, dunia.

Read More»

Jangan Putus Asa Untuk Cantik

Assalamualaikum. Macam tak percaya yang satu masa dulu (Tak adalah lama sangat pun. Tahun lepas aje pun. HAHA. Drama!) akulah manusia yang terpaling malu nak keluar dari rumah. Terpaling rendah diri, terpaling beremosi sedunia. Setiap kali duduk dengan suami ataupun kawan - kawan aku rasa malu sangat - sangat sampaikan aku jarang - jarang keluar rumah. Sudahlah badan aku naik macam belon udara panas yang mengembang dengan jayanya lepas lahirkan Adam, entah setan hormon apa pulak yang merasuk muka aku sampaikan penuh berjerawat berparut satu muka sedangkan dulu muka aku tak adalah seteruk itu. Sumpah rasa sangat musibat sekali.

Masa itu, nak cover semua jerawat dan parut - parut jerawat tu, aku pakai make up tebal - tebal tanpa menyedari yang tindakan aku tu sebenarnya menambahkan lagi populasi jerawat atas muka aku. Membiak dengan jayanya. Gembira bukan main jerawat bermastautin atas muka aku. Tabah.


Ya Allah. Ya Allah.

Sampaikanlah hati aku terbuka nak mencuba Catalyst Virgin Coconut Oil Softgel yang sekarang ni dah melambak - lambak dijual dekat pasaran. Harganya yang murah dan sangat berkesan memang menjadi pilihan manusia - manusia yang ingin cantik. Kalau orang tanya macamana muka aku boleh sembuh daripada yang dulu tu, memang jawapan aku tak lain tak bukan guna VCO softgel itulah. Serious. Aku tak adaguna benda lain. Aku guna seminggu dah nampak kesan yang membanggakan. Masa itu gembira bukan kepalang. Tak ada insan lain yang lebih gembira melainkan suami tersayang. Sepanjang tempoh pemulihan suami berikan kata - kata semangat untuk aku dan setiap masa dia tekankan pada aku yang kasih sayang dia bukan sebab paras rupa. Eceh. Ayat tak nak kalah Ombak Rindu. HAHA. Jadi masa itu nawaitu aku nak cantik hanya untuk suami. Dia dan dia sahaja.

Perjalanan perit - jerih dalam masa pemulihan boleh sekodeng dekat sini :


Satu aku nak pesan, ketabahan memang kena kencang. Jangan cepat putus asa. Rajin - rajin membaca. Kenal pasti jerawat macamana, kenal pasti keadaan kulit muka. Kalau kita dah tau kulit muka kita jenis apa maka senang kita nak cari cara nak atasi masalah kulit kita. Tak semestinya produk - produk mahal tu bagus dan yang murah tu tak bagus. Kena tengok kesesuaian kulit. Lagi satu jangan ghairah sangat nak cuba macam - macam produk takut - takut nanti semakin memudaratkan kulit muka kita. Lagi parah. Dapatkan nasihat doktor, kalau kita rasakan perlu. Rajin - rajin Google lah. HAHA. Mudah dah cepat. Informasi dihujung jari anda.

Lagi satu memang kena rajin minum air masak. Sebab jerawat ni jugak salah satu puncanya daripada toksin yang berkepuk dalam badan kita. Once badan kita dah bersih maka mudahlah proses penyembuhan berlaku. Air masak ni boleh menyingkirkan toksin dalam badan. Murah sedunia. Tak payah berbelanja besar. HAHA.

Aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bukanlah muka aku 100% bebas jerawat. Parut jerawat tetap ada. Jerawat tetap tumbuh, Tapi dah tak segalak macam dulu. Masih terkawal. Masih nampaklah cantiknya. HAHA. Keyakinan pun semakin bertambah. Alhamdulillah. Pores dekat muka pun masih nampak. Itu kena rajin scrub and pakai toner. InsyaALLAH. Aku selalu ingatkan diri sendiri, jangan riak jangan berlagak dengan apa yang ALLAH pinjamkan pada aku. Esok lusa sekelip mata kalau Dia berkehendakkan, dia boleh tarik nikmat ni bila - bila masa. Insaf.



" Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku".


Dah. Babai!

Read More»

Aku Bukanlah Superman. Aku Juga Bisa Nangis.

Assalamualaikum.


Kadang - kadang menjadi seseorang yang dipersetankan boleh juga membawa perasaan awesome dalam diri. Tengok cara kau menerima semua kepalatan itu macamana. Tipulah kalau tak terbekas dalam hati. Tipulah kalau aku duduk dengan tenang bawah pokok sambil melukis gambar pemandangan. Tipulah kalau aku cuma tersenyum penuh kesabaran sambil membaca kitab - kitab lama. Tipulah.

Terima kasih. Kerana memberi aku satu ruang kecil dan sempit untuk aku memuhasabah diri sendiri. Macamana celaka sekalipun makanan yang dihidang, aku akan jamah. Tak banyak, sikitlah. Tak sikit, banyaklah.

Biarpun hati dah jadi macam jelly. Bangun, jalan sikit - sikit dan kalau dah okay, boleh sambung lagi berlari.

Senyum. Tarik nafas panjang - panjang. Dan lepas.

Terima kasih dunia. What doesn't kill you make you stronger.



Courage is a hard thing to figure. You can have courage based on a dumb idea or mistake, but you're not supposed to question adults, or your coach or your teacher, because they make the rules. Maybe they know best, but maybe they don't. It all depends on who you are, where you come from. Didn't at least one of the six hundred guys think about giving up, and joining with the other side? I mean, valley of death that's pretty salty stuff. That's why courage it's tricky. Should you always do what others tell you to do? Sometimes you might not even know why you're doing something. I mean any fool can have courage. But honor, that's the real reason for you either do something or you don't. It's who you are and maybe who you want to be. If you die trying for something important, then you have both honor and courage, and that's pretty good. I think that's what the writer was saying, that you should hope for courage and try for honor. And maybe even pray that the people telling you what to do have some, too.-Michael Oher

 Babai.

Read More»

Hot Stuff

Assalamualaikum. Sebenarnya aku tak tahu nak mula dari mana. Aku cuba.

Sepanjang aku menjadi pendidik. Macam - macam yang aku dah lalui. Benda - benda best, benda - benda musibat. Walaupun baru nak cecah 5 tahun mengajar, tapi banyak benda jugak yang aku belajar dalam masa tempoh 5 tahun tu. Belum cukup nak menjadikan aku hebat. Terbaik jauh sekali. Tapi aku belajar sehari demi sehari untuk menjadi yang terbaik, memberi yang terbaik. Ceh dah macam moto syarikat jualan langsung pulak.

Orang kata jadi cikgu ni kerja senang. Kerja mudah. Gaji besar. Cuti banyak. Ayat - ayat tipikal yang engkau orang biasa dengar dekat mana - mana. Heh. Senang? Senang sangat. (Buat muka Datin Maimon)

Students pun macam - macam yang aku jumpa. Yang baik, yang terlalu baik, yang baiklah sangattttt, yang depan baik belakang baik, yang depan jahat belakang baik, yang depan baik belakang jahat, engkau cakap ajelah yang macamana. Aku dah jumpa. Setiap tahun pasti ada kisahnya. Berputus asa? Tak akan sekali - kali. Mengalah? Jauh panggang dari api. I'm a woman of steel. Jyeah.

Kadang - kadang bila kita jadi guru yang garang sangat budak tak suka. Menyampah. Macam akulah. Aku tak suka cikgu yang garang tak pasal - pasal. Jumpa sikit nak sergah, ternampak sikit nak menyumpah. Ada saja yang tak kena. Jadi baik sangat pun macam celaka juga. Samada kau gagal terus melingkup ataupun kau kena bahan setiap hari dengan students engkau yang semakin hari semakin advance. Jadinya ramai guru memilih untuk menjadi moderate. Baik dan garang. Dengan harapan engkau boleh give and take dengan students engkau. Engkau dapat mewujudkan zon bebas dekat situ. Zon gencatan senjata. Dekat zon itu engkau boleh jadi kawan dan dalam masa yang sama garisan pemisah status guru dan pelajar itu ada.

Aku tak tau macamana dengan cikgu - cikgu lain, tapi bagi aku kerja mengajar ni bukan setakat nak bagi dia orang dapat A masa exam nanti. Bukan. Bukan. Walaupun itu termasuk dalam target aku mengajar sehari - hari tapi bukan itu misi utama. Pembelajaran sepanjang hayat. Lifelong learning. Apa yang dia orang dapat dekat sekolah pada hari ni, dalam masa 20, 30 tahun akan datang dia orang masih boleh guna pakai dalam hidup dia orang. Susah. Ye. Kalau setakat nak dapat A straight masa exam, tak payah gunakan khidmat cikgu pun engkau orang boleh dapat 65 A. InsyaALLAH. Tapi manusia yang macamana yang engkau bakal jadi nanti? Itu, engkau jawab sendiri.

Jadi, bila usaha engkau diperlekeh pelajar sendiri, apa engkau rasa? Bangga? Kalau engkau tanya aku, rasa dia macam ada manusia pegang tahi dan lumur dekat muka engkau. Kecewa. Iya. Kecewa. Tak sedikit pun pernah terdetik dalam hati aku buat semua tu untuk mengejar glamour, atau perkataan yang tengah meniti dibibir - bibir manusia pada ketika ini, nak jadi 'Hot Stuff'. Mungkin ayat aku cliche. Tapi aku ikhlas. Ikhlas nak bantu anak murid aku yang majoritinya dari 171 orang tu datangnya dari kelas belakang. Budak - budak yang markah English dia orang paras - paras antara gagal dengan lulus. Budak - budak yang tak tahu pun bila nak guna atau bezakan present tense dengan past tense. Yang tak tahu makna perkataan 'COMBINE' pun. Yang tak tahu pun nak menulis karangan. Tapi aku tahu, dalam diri setiap daripada dia orang, terdetik rasa ingin berjaya. Aku, nak sentuh hati mereka.

Kalau ayat - ayat memperlekeh itu datangnya daripada mulut - mulut pelajar yang tak guna, yang datang sekolah hanya tahu nak menyusahkan cikgu - cikgu, aku boleh faham mentaliti dia orang. Tahap pemikiran dia orang letaknya dekat mana. Sumpah aku boleh faham. Tapi, kalau yang memperlekeh itu datangnya daripada pelajar yang aku tatang macam minyak yang penuh, yang namanya selalu meniti dalam setiap perbualan aku dengan cikgu - cikgu yang lain, yang selalu aku yakini bakal melakar sejarah untuk 2012, maka perasaan aku ketika itu adalah seperti mahu memilih untuk hidup atau terus terjun dan mati perlahan - lahan. Baginya, dia bijak pandai. Tak punya langsung masalah untuk berjaya. Ya. Bagaimana dengan 170 yang lain? Atau 100 yang lain? Atau 55 yang lain? Atau 20 yang lain? Atau 5 yang lain? Bagaimana?

Gila. Tapi aku tak pernah tahu pun yang aku dibenci sampai ke tahap ini. Aku rasa aku sentiasa berikan yang terbaik, sentiasa. Mungkin kurang senang barangkali. Mungkin aku bukanlah seperti apa yang mereka harapkan. Mungkin aku belum layak untuk menjadikan mereka manusia. Mungkin aku belum layak untuk dihormati sebagai guru. Mungkin. Ya mungkinlah. Aku belum sepenuhnya guru. Aku kecewa.

Setiap kali aku dekati mereka, dibibir aku meniti doa. Setiap kali mereka menyakitkan hati aku, aku cepat - cepat sejukkan kembali hati yang marah biar jangan sampai aku terlepas menjadi tidak redha. Setiap kekecewaan setiap kali kerja - kerja yang aku berikan tak dilaksanakan dengan baik aku ubati sendiri dengan seribu harapan yang mereka akan berubah. Nampaknya itu belum cukup untuk mereka menghormati aku sebagai seorang guru. Mungkin ilmu aku terlalu dangkal. Mungkin apa yang aku beri terlalu picisan untuk dihargai. Mungkin. Ya. Mungkinlah.

Kalau aku yang dibenci, janganlah dibenci ilmu yang aku sampaikan. Janganlah dinafikan tunjuk ajar yang aku berikan, jangan ditidakkan setiap titis keringat dan masa - masa yang aku laburkan untuk mereka. Setidak - tidaknya, enggan menghormati aku sebagai guru, hormatlah aku sebagai orang yang lebih tua dari mereka. Setidak - tidaknya.

Mungkin dia lupa. Aku akan ingatkan dia. Mungkin jalannya tersasar. Aku akan pimpinkan dia. Mungkin dia terlalu benci. Aku akan tawarkan kebenciannya. Mungkin dia terlalu bangga. Aku akan ceritakan padanya kisah Qarun. 

Sekurang - kurangnya aku tak berpura - pura. Kerja keras aku buat semua ini untuk mereka bukan sebab aku nak pangkat, nama atau pengiktirafan mana - mana pihak. Tak pernah. Tak terlintas. Tak terbayang. Tak pernah menginginkan. Tapi kepuasan yang aku dapat bila setiap jiwa yang aku didik berjaya dalam subjek aku, itulah sebenar pengiktirafan tertinggi yang aku impikan. "Terima kasih cikgu". Ayat keramat itu yang membahagiakan aku untuk tempoh 5 tahun yang picisan ini. Bukan yang lain - lain.



Terima kasih. Hari ini aku tahu, di mana tempat aku.

Ikhlas.
Cikgu.

Read More»

Suami

Tak tahu kenapa.Tapi hari ini aku nak bercerita tentang dia.

Oh Assalamualaikum kawan - kawan. Aku sambung cerita tadi ye? Em. Okay. Iye. Hari ini aku nak bercerita pasal dia. Mungkin ada yang sudah bosan setiap kali aku bercerita tentang sisi cinta dan kehidupan aku. Tapi nak buat macamana. Aku ni jiwang karat orangnya. Iye. Muka aja gangstar. Tapi hakikatnya hati penuh dengan taman bunga. KEHKEH. 

Sebenarnya bukan selalu aku bercerita pasal dia. Kadang - kadang. Tak selalu. Malu. Nanti orang kata aku jiwang tak bertempat. Padahal kalau mahu diikutkan, aku nak saja bercerita tentang dia kepada semua warga bumi. Iye. 

Suami sangat comel perangainya. Tahun - tahun terawal mengenali beliau aku sangkakan suami seorang yang bermuka ketat dan tak tahu bergembira. Suami saya sangat sejuk perangainya. Tak suka marah - marah. Tak suka cemburu membabi - buta. Satu sikap suami yang aku tabik spring sampai sekarang, suami bukan seorang yang cemburu melampau. Tak. Suami cukup faham dengan keterujaan aku setiap kali terserempak dengan lelaki kacak. Dan suami juga cukup faham dengan keringanan dan keramahan mulut aku dengan kaum yang berlawanan jantina. Suami mengendali aku ibarat mengendali layang - layang. Tali lepas lepas. Bila macam sudah tegang, tinggi jauh melayang, dia tarik tarik semula biar dekat dengan tanah. Faham? Cemburu? Semestinyalah. Tapi bukan yang buta. Cemburu suami sungguh comel. Suami bukan jenis yang check inbox, SMS, FB segala. Senjata dia adalah doa. Dan selalunya, cubaan aku untuk menyimpan rahsia kotor dari suami akan gagal. Sama ada suami tahu kerana kebodohan aku mengantoikan diri ataupun mulut aku gatal dan mengaku sendiri. Tiada rahsia antara kami. Alhamdulillah.

Rasanya sudah banyak kali aku war - warkan, suami cukup pandai memasak. Kebolehan dia memasak adalah melebihi si isteri. Air tangan suami buat aku tak tidur malam. Sedap sedunia. Suami tak pernah memaksa aku belajar masak dan menjadi tukang masak yang hebat untuk dia. Suami kata, tak apalah aku tak pandai memasak. Tapi aku pandai mengemas dan membahagiakan dia. Ya Allah. Bila suami puji begitu, aku rasa terbang - terbang tak jejak bumi. Bila sesekali memasak, suami puji dengan bersungguh hati. Makan banyak - banyak dan sampai habis. Teruja sungguh aku untuk memasak lagi dan lagi. Tapi tak selalu. Maklumlah, tinggal dengan emak. Emak pula manjakan kami. Semua tugas memasak, emak yang tapau. Kami tinggal nganga mulut dan makan betul - betul. Terima kasih, emak!

Terlalu banyak pengorbanan suami untuk aku. Terlalu banyak. Aku tak mampu nak hurai satu - satu. Cinta aku untuk suami tidak ada tolok bandingnya. Bagaimana aku sayangkan nyawa sendiri, begitulah sayangnya aku pada suami. Malah lebih lagi. Aku redha dan rela hidup bersusah senang dengan suami. Bermula dari kosong hingga seperti sekarang, Allahu akhbar. Sesungguh ini rahmat ALLAH yang paling besar untuk aku. Mungkin akulah perempuan yang terpaling bertuah di alam semesta. Menjadi isteri kepada lelaki yang kacak (Ehem) baik budi pekerti, rajin bersolat dan sangat sangat penyayang. Maaf kepada yang tak suka. Iye. Aku memang puji suami melambung - lambung. Sebab itu hakikatnya. Biar tak mewah dengan wang ringgit, aku mewah dengan kasih sayang dari suami. Dan sekarang semakin berseri - seri dengan kehadiran buah cinta kami, Adam Irfan Xaharis.



Orang yang selalu menyokong aku, dialah. Orang yang selalu membiarkan aku buat kerja - kerja bodoh, dialah. Lepas itu bila aku menyesal dan perlukan bahu untuk menangis juga telinga untuk mendengar, maka dialah juga orangnya. Iya. Suami akan biarkan aku buat semua benda - benda bodoh. Walaupun dah ditegah aku degil juga nak buat. Dan bila menyesal, dia tetap berada dekat situ untuk meminjamkan bahu dan kata - kata semangat. Ya ALLAH. Tak tergambar betapa bersyukurnya aku.

Bila aku marah - marah dan campak semua barang - barang ke lantai. Dia tak akan pungut. Tapi dia akan peluk dan pujuk aku, sampailah aku sendiri yang pungut barang - barang yang aku campak tadi. Dia akan peluk aku erat - erat sampailah kemarahan aku hilang. Tak pernah sekali pun dia mengasari aku, pukul, cubit, langsung tak pernah. Dan inilah hasilnya. Aku terlalu manja dan bergantung harap. Hanya pada dia. Definisi dunia pada aku, adalah dia. Dia dan dia sahaja. 


Dia tak pernah gagal membangkit rasa cinta aku untuk dia. Tetap bertambah dari sehari ke sehari. Rindu tak pernah hilang walaupun hari - hari berjumpa. Yang paling manis, kalau kami tak jumpa walaupun sehari, dia rasa rindu. Rindu dengan bebelan aku, rindu dengan perangai aku. Rindu. Suami bukan seorang yang meluah rasa. Perasaannya, suka duka marah kecewa semua disimpan dalam hati. Pandai - pandai aku sendiri untuk meneka. Jadi bila dia meluah sesuatu pada aku, aku akan dengar dan sangat - sangat menghargai. Itulah suami. Cintanya adalah sabar. Sabarnya adalah cinta.


Entah apalah kebaikan yang aku pernah buat, sehinggakan ALLAH mengurniakan aku suami sehebat dia. Walau apapun taqdirnya, aku sangat - sangat bersyukur. Syukur Ya ALLAH Alhamdulillah.


Demi Allah yang menjadi saksi setiap apa yang berlaku di langit dan dibumi, aku terlalu menyintai lelaki yang kini sah menjadi suami aku. Setiap titis peluhnya yang mengalir demi mencari sesuap rezeki untuk aku dan Adam, hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Setiap masa aku berdoa untuk kesejahteraan dan keberkatan hidupnya. Aku berdoa, ALLAH akan mengurniakannya Jannah dan segenap bidadari yang terindah untuknya. Aku? Biarlah aku menjadi ketua bidadari - bidadari itu. Heh. Cita - cita kena tinggi. InsyaALLAH. Amin Ya Rabb.

13 tahun menyemai cinta. Dan setiap hari tak pernah berlalu tanpa rasa bahagia.

Terima kasih sayang, untuk cinta ini.


Salam sayang,
Isterimu.

Read More»

5 Ciri Wanita Cool Pada Mata Aku

Assalamualaikum. Hari ini aku nak cerita pasal wanita dan apa yang membuatkan dia cool. Cool dekat sini bermaksud, bila engkau tengok dia engkau akan rasa sangat awesome sekali. Engkau nak kenal dia dengan lebih mendalam lagi, engkau terasa macam nak buat Mexican Wave setiap kali engkau nampak dia melintas. Engkau terasa macam nak jadikan dia idola engkau. Ha macam itulah. Ciri - ciri tipikal macam pandai main gitar lah, pandai memasaklah, pandai menjahit baju kurunglah, pandai kait buah kelapalah pada aku dah sangat sangat overrated. Zaman sekarang semua perempuan pun dah pandai main gitar kan, mana nak nampak cool lagi. Cool dekat sini, adalah 100% dari pandangan mata aku. Tak suka tak boleh nak paksa. Takkan aku nak pukul engkau orang pulak kan? Tak coollah macam itu! HAHA!

1) Memandu kereta manual.

Serious aku sangat kagum dengan wanita yang drive manual car. Aku rasa macam epik sangat kalau naik kereta dengan perempuan yang drive kereta manual. Nampak macho dia dekat situ. Sebab sekarang rata - rata semua perempuan lebih selesa bawa kereta auto. Dia orang kata senang. Terpulang. Tapi pada aku, perempuan macam ini memang sesuatu.Readers dekat sini yang drive kereta manual aku memang salute sangat - sangat. Dan jangan tak tahu, aku drive kereta manual. Ehem. Sekian terima kasih.


2) Pandai buat lawak.

Kalau aku lelaki, kalaulah kan, aku nak cari girlfriend yang pandai buat lawak. Sebab aku suka gelak. Dan aku rasa perempuan yang pandai buat lawak sangat sangat sangat berharga. Instead of kontrol cun lah sangat sepanjang masa, aku lebih memandang tinggi perempuan yang pandai buat orang gelak. Susah kot nak cari perempuan yang kelakar sebab semua sibuk nak kontrol cun. Tapi, jangan pulak buat lawak sepanjang masa sampai dah nampak gonjeng gitu. Mana nak datang cool kalau dah macam itu. Lagi satu aku pantang dengan perempuan kalau melawak asyik nak melucah. Sesekali tak apalah kot, tapi kalau dah setiap masa, haih kembang juga tekak nak melayan.

3) Cerdik

Cerdik dekat sini bukan semata - mata maksudnya pandai dari segi pelajaran. Kalau engkau dapat 65A sekalipun dalam SPM ke apa ke tak bermaksud engkau cerdik. Cerdik tak cerdik perempuan ni engkau dapat tengok dari segi percakapan dia. Pemilihan perkataan dia. Cara dia bergaul. Engkau dapat tengok dia tahap cerdik yang macamana. Kebolehan dia untuk hidup bermandiri menambahkan lagi kecerdikan seseorang perempuan. Tak mengharap kepada kaum Adam semata - mata.Pandai bawa diri. Campak kemana pun boleh hidup, boleh fit in. Serious cool kentang!

4) Tahu pasal bola sepak

Aku taknak ulas lebih lanjut pasal hal ni. Tapi aku rasa mereka cool. Dengan syarat, tahu pasal bola bukan sebab pemain dia kacak ke apa kan. Itu bukan cool, itu fake! HAHA!

5) Tahu mengaji.

Aku selalu mencemburui wanita yang tahu mengaji dan dalam masa yang sama tahu hukum tajwid. Serious! Rasa macam nak jadikan idola. Sebab aku ni kalau hukum tajwid pun kantoi - kantoi jugak. Ada sesiapa dekat sini yang boleh ajar aku mengaji sekali pakej dengan tajwid? PM aku. Serious!

Ciri - ciri lain, perempuan itu cool pada aku kalau dia tahu banyak pasal computer dengan software dia, cool bila dia tahu panjat pokok, cool kalau dia tahu lukis kartun, eh macam - macam lagilah. Susah nak cari perempuan cool zaman sekarang ni. Semua pun asyik nak fake dengan diri sendiri. Tak payahlah aku nak taip panjang - panjang dekat sini. Engkau orang pun tahu perempuan kalau fake tu bentuknya macam mana. Bak kata Nabil, "Kerja asyik nak membongak yo!" HAHAHA!

Sekian. Terima kasih. Dah. Babai!




Read More»

Dari Blog. Dan Kini Kami Saling Cinta Mencintai. Dating #3

Assalamualaikum. Tajuk entry kan sesuatu sangat. Nak buat macamana. Bila hati dah sayang, memang terasa nak bagitahu satu dunia. Oloh sweetnya perangai tampar baru tahu. Dulu masa mula - mula nak couple malu - malu. Mesej pun benda - benda penting aje. Cuma sekadar sekodeng blog masing - masing menahan rindu dalam hati. Bila dah lama - lama, dah kenal - kenal, mulalah bersayang - sayang, cinta - cinta. Sumpah sweet nak kena pijak! Demi kecintaan yang sangat menggunung tinggi, sanggup drive jauh - jauh dari Kluang ke Batu Pahat. Touching sangat!

Mesej orang tengah bercinta.

Sebenarnya mula - mula nak dating hari Rabu, tapi hari Rabu jadual aku padatlah pulak. Buat tutorial dengan students form 5 sampai pukul 12.30pm. Lepas tu petang ada hal pulak dengan kawan - kawan kampung godak parit terpaksa tunda ke hari Khamis. Walaupun dah rindu sangat tapi nak buat macamana kan. Nasib baik sayang aku faham. Itu yang makin sayang tu!

Hari Khamis, hari kejadian pagi - pagi dah mesej sayang aku suruh datang cepat sebab kelas habis pukul 10. Sementara tunggu dia sampai buat kerja dekat library. Biasalah. Aku kan cikgu library yang gigih. Bukan buat kerja apapun, sibuk bergosip dengan akak library je. Ambil tahu perkembangan gosip - gosip semasa. HAHAHA. Buat kerjanya sikit aje pun, yang lain tu lebih kepada makan - makan, kokak ayam goreng dekat kantin and online Fb dekat bilik guru. Propa sangat! Lebih kurang pukul 12 tengahari barulah sayang aku sampai terkedek - kedek dengan adik dia. Lepas tu demand pulak nak naik Farrel, kereta paling kacak dan sensasi di abad ini yang telah diubah suai menjadi super handsome tu. Baiklah baiklah. Sebabkan sayang, layankan aje.

Yang buatkan aku lagi lagi lagi sayang ni, dia sanggup bawakan the famous roti kapit dari Kluang yang rasa dia masyaALLAH sumpah awesome sangat. Bawa 4 jetul, dua ketul secara personal dah selamat masuk dalam perut aku yang comel ni. Kaya plus butter plus dimakan dengan orang tersayang. Heaven gila! Nak nak lagi makan sambil bergosip, memang tak ingatlah! Roti dia lembut gila nak mati beli dari Stesen Keretapi Kluang yang famous amos tu. Sayang aku kata makan pekena sekali dengan kopi lagi awesome, tapi aku ni pulak jenis tak minum kopi. Togok air masak aje. Tak apa. Yang penting rotinya memang awesome sedunia!

Sayang dengan roti. Dua - dua menyelerakan!

Lepas makan dengan romantiknya dekat parking BP Mall, terus naik tingkat 3 untuk main boling. Dah lama tak main boling, saja praktis untuk mengalahkan cikgu - cikgu lain dekat SESEGA. HAHA. Happening gila main boling. Tapi aku dah janji dekat Innanie yang aku takkan tulis dalam blog pasal dia baling bola pergi belakang tu. Memang aku dah janji dengan dia aku takkan sentuh langsung pasal tu. Aku sayang dia kan, takkan aku nak tulis dekat blog yang dia baling bola arah belakang. Sakit perut aku dengan Seha ketawa. Ingatkan ada gempa bumi ke apa kan, rupa - rupanya bola dia. Ish takkanlah aku nak tulis pasal tu dekat blog. Takkan punyalah. Sekian terima kasih.

Seha Ariffin yang baling bola macam tak makan 60 hari tapi pin dia jatuh paling banyak. Cis!
Sayang dia dengan penuh kasih sayang!
Exhibit A : Kasih sayang
Exhibit B : Kasih sayang tidak terbendung lagi.

Lepas main boling dan bereglak ketawa macam orang tak berapa nak siuman, terus merengek - rengek nak makan. Akulah tu. HAHA. Sebab kan dah tak ada tempat lain nak makan, maka kami melabuh punggung masing - masing dekat Pizza Hut. Belasahlah. Janji dapat isi perut. Tak kenyang setakat makan roti kapit 2 biji! HAHAHAH!

Yang buat nasib bertambah malang, sudahlah duduk dekat bahagian yang tak ada aircond, bila pizza sampai boleh pulak rentung sedunia. Apakah! Malu betul aku selaku tuan rumah. Nasib baik kekasih sejati bakal peguam yang hebat, terus dia panggil manager and tukar dengan pizza yang baru. Syabas sayang!

Seha Ariffin terlalu bahagia dengan makanan yang banyak!
Lebih kurang pukul 3 lebih masing - masing pun nak bertolak balik ketempat asal masing - masing. Hari yang sangat happy dan membahagiakan. Dapat jumpa dengan manusia - manusia tersayang, buat aku hilang masalah yang ada dalam kepala lutut. Thanks sayang. Lain kali kita sleep over pulak eh? Lawan siapa berdengkur paling kuat! HEHE. Rinduuuuuuuuuuuuuuu sangat dengan anak - anak Pakcik Ariffin ni! Terima kasih untuk segalanya. Tenaga, masa, telinga. Semuanyalah!

I IS LOVE YOU VERY VERY THE MUCH - MUCH!

Salam sayang,
Selena Gomez Jadian.


Dah. Babai!

Read More»

Mata

Assalamualaikum. Dekat muka aku yang engkau orang tuduh - tuduh mirip Yana Samsudin ni (Muntah) banyak - banyak benda yang aku cinta sangat adalah area mata aku. Ye. Orang kan selalu cakap hati yang dipenuhi dengan kejujuran abadi terpancar sinar kesuciannya daripada mata. Haa akulah tu! (Muntah lagi!) Eh tapi betullah, aku sungguh merasakan mata aku sangat sesuatu. Untuk yang tak tahu meh aku nak bagitahu, 2010 masa sambutan hari guru dekat sekolah aku menang award Guru Mata Paling Cantik. Tahun itu jugaklah tahun terakhir ada award macam tu dekat sekolah aku. Nampak tak betapa kontroversinya kemenangan aku pada ketika itu, nampak? Tahun berikutnya terus kena banned anugerah tu. *Sigh*

Baiklah. Sebelum merapu dengan lebih membabi - buta lagi, aku nak cerita sikit pasal mata aku yang sekarang ni aku rasa memang aku takkan keluar rumah tanpa make up mata yang sekarang dah jadi trademark diri sendiri. Eyeliner tu aku tarik sikit biar dia jadi melentik dekat hujung. Menambah effect berlebih - lebihan dan sedikit outstanding daripada make up mata yang orang selalu buat. Eceh. Sejak tahun 2009 lagi aku dah selesa sangat guna make up mata yang macam ni. Entahlah. Terasa sangat serasi dengan diri sendiri. Perasan awesome pun iye jugak. Mula - mula make up mata jadi macam ni, ramai jugak yang membahan. Masa itu tabah ajelah hati, muka kena manis, mulut kena senyum, dalam hati menyumpah secara berjemaah. Lama - lama, aku rasa dia orang pun dah penat nak membahan, senyaplah dia orang. Maka kekallah mata aku seperti itu dimana sahaja aku berada.

Evidence #1

Buat mata macam ini, secara tak langsung bagi effect mata aku jadi besar sikit sebab aku kalau gelak jenis mata yang hilang entah ke mana. Penat nak cari. Jadi bila buat mata macam ni nampak galak sikit mata aku kan? Sekali pandang orang memang ingat betul - betul aku Yana Samsudin yang dah pakai tudung. Muntah. HAHA.

Dulu masa mula - mula pakai suami ada tegur jugak, dia kata pelik buat mata macam tu. Tapi bila semakin lama dah menjadi trend pulak buat mata macam tu, kira dah ramai orang sama pelik macam aku maka dia pasrah ajelah. Bukan aku buat apapun kan. Lama - lama dah melekat pulak. Skill melentik pun dah semakin hebat dah. Tak macam dulu terkial - kial nak lentikkan part yang hujung tu, sekarang pejam mata pun boleh! HAHA!

Evidence #2
Jadi bila ada yang bertanya susah tak nak buat mata macam ni jawapan aku adalah susah, kalau kita buat guna kaki. HAHA tak susah langsung. Serious. And lagi satu aku suggest guna eyeliner Elianto sebab dia mudah nak dicuci atau dibersihkan time nak berwudhu'. Tak payah nak sental sangat - sangat, guna air bersih, tenyeh - tenyeh sikit maka dah okay. Guna baby oil pun cepat bersih. InsyaALLAH.

Evidence #3
Evidence #4

Kalau orang tanya dari mana aku dapat inspirasi nak buat mata macam ni, my answer would be from the greatest Cleopatra. Yang menjadi simbol kecantikan wanita. Aku tak tahulah dia ni betul cantik ke tak. Iyelah jumpa pun tak pernah macamana nak tahu kan kan? HAHA.  Tapi aku rasa dia memang cantiklah. Tengok mata dia. Awesome gila gila gila!


Tak tahulah sampai bila aku guna mata macam ni. Tapi aku rasa dia timeless lah. Sampai bila - bila pun boleh guna kot make up mata macam ni kan? Vintage betul. Manalah tahu esok - esok aku dah bosan, aku tukar style lain pulak! HAHA!

Okay dah babai!

Read More»