Monday, June 11, 2012

Jangan Putus Asa Untuk Cantik

Assalamualaikum. Macam tak percaya yang satu masa dulu (Tak adalah lama sangat pun. Tahun lepas aje pun. HAHA. Drama!) akulah manusia yang terpaling malu nak keluar dari rumah. Terpaling rendah diri, terpaling beremosi sedunia. Setiap kali duduk dengan suami ataupun kawan - kawan aku rasa malu sangat - sangat sampaikan aku jarang - jarang keluar rumah. Sudahlah badan aku naik macam belon udara panas yang mengembang dengan jayanya lepas lahirkan Adam, entah setan hormon apa pulak yang merasuk muka aku sampaikan penuh berjerawat berparut satu muka sedangkan dulu muka aku tak adalah seteruk itu. Sumpah rasa sangat musibat sekali.

Masa itu, nak cover semua jerawat dan parut - parut jerawat tu, aku pakai make up tebal - tebal tanpa menyedari yang tindakan aku tu sebenarnya menambahkan lagi populasi jerawat atas muka aku. Membiak dengan jayanya. Gembira bukan main jerawat bermastautin atas muka aku. Tabah.


Ya Allah. Ya Allah.

Sampaikanlah hati aku terbuka nak mencuba Catalyst Virgin Coconut Oil Softgel yang sekarang ni dah melambak - lambak dijual dekat pasaran. Harganya yang murah dan sangat berkesan memang menjadi pilihan manusia - manusia yang ingin cantik. Kalau orang tanya macamana muka aku boleh sembuh daripada yang dulu tu, memang jawapan aku tak lain tak bukan guna VCO softgel itulah. Serious. Aku tak adaguna benda lain. Aku guna seminggu dah nampak kesan yang membanggakan. Masa itu gembira bukan kepalang. Tak ada insan lain yang lebih gembira melainkan suami tersayang. Sepanjang tempoh pemulihan suami berikan kata - kata semangat untuk aku dan setiap masa dia tekankan pada aku yang kasih sayang dia bukan sebab paras rupa. Eceh. Ayat tak nak kalah Ombak Rindu. HAHA. Jadi masa itu nawaitu aku nak cantik hanya untuk suami. Dia dan dia sahaja.

Perjalanan perit - jerih dalam masa pemulihan boleh sekodeng dekat sini :


Satu aku nak pesan, ketabahan memang kena kencang. Jangan cepat putus asa. Rajin - rajin membaca. Kenal pasti jerawat macamana, kenal pasti keadaan kulit muka. Kalau kita dah tau kulit muka kita jenis apa maka senang kita nak cari cara nak atasi masalah kulit kita. Tak semestinya produk - produk mahal tu bagus dan yang murah tu tak bagus. Kena tengok kesesuaian kulit. Lagi satu jangan ghairah sangat nak cuba macam - macam produk takut - takut nanti semakin memudaratkan kulit muka kita. Lagi parah. Dapatkan nasihat doktor, kalau kita rasakan perlu. Rajin - rajin Google lah. HAHA. Mudah dah cepat. Informasi dihujung jari anda.

Lagi satu memang kena rajin minum air masak. Sebab jerawat ni jugak salah satu puncanya daripada toksin yang berkepuk dalam badan kita. Once badan kita dah bersih maka mudahlah proses penyembuhan berlaku. Air masak ni boleh menyingkirkan toksin dalam badan. Murah sedunia. Tak payah berbelanja besar. HAHA.

Aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bukanlah muka aku 100% bebas jerawat. Parut jerawat tetap ada. Jerawat tetap tumbuh, Tapi dah tak segalak macam dulu. Masih terkawal. Masih nampaklah cantiknya. HAHA. Keyakinan pun semakin bertambah. Alhamdulillah. Pores dekat muka pun masih nampak. Itu kena rajin scrub and pakai toner. InsyaALLAH. Aku selalu ingatkan diri sendiri, jangan riak jangan berlagak dengan apa yang ALLAH pinjamkan pada aku. Esok lusa sekelip mata kalau Dia berkehendakkan, dia boleh tarik nikmat ni bila - bila masa. Insaf.



" Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku".


Dah. Babai!

35 comments :

Fazlinil Irma said...

sy pun baru makan. 2 bj. hehe. sdgkan dah beli seminggu lebih. ;P

Fazlinil Irma said...

sy pun baru makan. 2 bj. hehe. sdgkan dah beli seminggu lebih. ;P

Cik Lyeen said...

alahmdullilah..:) mcm bunga ros...:) cantik..

Dysha.Pinkstudio◕‿◕✿ said...

meme geboo la.. nak cuba la nti..mahal x???

miZz sYirAh said...

waa...jeles2...muka sya still xbrubah..mngkin kerana hOrmOn xstabil agy kOt...tpi..dah 18..sOb..sOb..T_T

laskar pelangi said...

Alhamdulillah lah muka akak dah comel gebu gitu...Nak try jgk la makan vco ni :)

NaLutdi n'iA said...

salam, sis mana nk cari VCO tu eh? farmasi ada jual x? sbb muka kita pown tetbe JERAWAT naek :(

~uǝǝʇɐɟ said...

VCO mmg bagus :D wahhh flawless la die :)

.cik yaya. said...

wah! cpb makin cunnnn..btol la dulu beria-ria tutup muka dgn mekap, skrg ni yaya pun mls nk mekap dah..yg penting kne makan supplemen juga, badan orang sekarang tak mcm badan org dulu, mane ade vco2 ni.hahaha!

hazanis said...

rasa nk cuba jugak lah Catalyst Virgin Coconut Oil Softgel nie...:)

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

nak try jugakla nanti... nieza lepas pregnant aritu jerawat giler banyak naik..heran jugak...orang cakap pas pregnant jerawat hilang...tak ponnn.. try pakai sf beauty..ok la...tapi stop after pregnant lagi... tunggu pas pantang nak try pakai... nak kulit halus dan mulus...boleyy...hehehe

Rai said...

licin je muka ko..dah takde parut skang ni..hehe..

watyz said...

awak mmg cantik cik bunga.. licin je kulit muka dai... suka!

Cik Puan Bunga said...

@Fazlinil IrmaTeruskam makan. InsyaALLAH! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@Cik LyeenAlhamdulillah. Terima kasih! Malu! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@Dysha.Pinkstudio◕‿◕✿Tak pun. Sebotol tu boleh tahan sebilan RM37++ jek! ^__^

Cik Puan Bunga said...

@miZz sYirAhJangan putus asa ye. ^____^

Cik Puan Bunga said...

@laskar pelangiSila sila! ^____^ Yang penting jangan putus asa!

Cik Puan Bunga said...

@NaLutdi n'iABanyak jugak blogger yang jual. Cuba awak Google. Ada jek yang jual! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@~uǝǝʇɐɟTaklah flawless sangat. Pores tetap ada tapi alhamdulillah!^____^

Cik Puan Bunga said...

@.cik yaya.Betul. Jenuh kan bermake up. Sia - sia. Supplemen penting sebenarnya untuk badan kita. ^____^

Cik Puan Bunga said...

@hazanisSilakan. Yang penting jangan putus asa ye! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™Haha takpe takpe nanti habis pantang awak teruskanlah ye usaha untuk mencantikkan diri. Jangan putus asa! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@RaiAda jek tapi tak nampak kat gambar. HAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@watyzTapi pores tetap ada... Huhuhu. Terima kasih!

Miss Tasantek said...

tangan kau tu...
turunkan lah.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekAlahhhh aku nak feeling2 artis pun tak boleh. Haha

nn said...

nak try juga. this entry gives me hope! sebab tiba-tiba last month kulit jadi teruk gila. stress T_T

cik Dil said...

dil pon mkn vco jugak..tp smlm, baru smpai melaka, bekalan vco ttingkal kat kg..adoyaiiii

Cik Puan Bunga said...

@nnJangan putus asa! Yakin dan tawakal! ^^,

Cik Puan Bunga said...

@cik DilTak[e, boleh beli lagi! HIHIHI!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

eh ye ke?cam tak caye tu dulu muka yatie...

lg satu apa nama foundation yat pki hr tu...akak lupa dah, lama sgt baca lupa nak salin.

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Teruk gila kak. HAHAH. Oh nama dia Sunplay Cool Aqua BB Cream. Hihi!

Faten Ahmad said...

kak bunga cuma amik VCO je ke? :)

Cik Puan Bunga said...

@Faten AhmadYup 100% VCO saja untuk supplement! ^^,