Sunday, June 3, 2012

Mata

Assalamualaikum. Dekat muka aku yang engkau orang tuduh - tuduh mirip Yana Samsudin ni (Muntah) banyak - banyak benda yang aku cinta sangat adalah area mata aku. Ye. Orang kan selalu cakap hati yang dipenuhi dengan kejujuran abadi terpancar sinar kesuciannya daripada mata. Haa akulah tu! (Muntah lagi!) Eh tapi betullah, aku sungguh merasakan mata aku sangat sesuatu. Untuk yang tak tahu meh aku nak bagitahu, 2010 masa sambutan hari guru dekat sekolah aku menang award Guru Mata Paling Cantik. Tahun itu jugaklah tahun terakhir ada award macam tu dekat sekolah aku. Nampak tak betapa kontroversinya kemenangan aku pada ketika itu, nampak? Tahun berikutnya terus kena banned anugerah tu. *Sigh*

Baiklah. Sebelum merapu dengan lebih membabi - buta lagi, aku nak cerita sikit pasal mata aku yang sekarang ni aku rasa memang aku takkan keluar rumah tanpa make up mata yang sekarang dah jadi trademark diri sendiri. Eyeliner tu aku tarik sikit biar dia jadi melentik dekat hujung. Menambah effect berlebih - lebihan dan sedikit outstanding daripada make up mata yang orang selalu buat. Eceh. Sejak tahun 2009 lagi aku dah selesa sangat guna make up mata yang macam ni. Entahlah. Terasa sangat serasi dengan diri sendiri. Perasan awesome pun iye jugak. Mula - mula make up mata jadi macam ni, ramai jugak yang membahan. Masa itu tabah ajelah hati, muka kena manis, mulut kena senyum, dalam hati menyumpah secara berjemaah. Lama - lama, aku rasa dia orang pun dah penat nak membahan, senyaplah dia orang. Maka kekallah mata aku seperti itu dimana sahaja aku berada.

Evidence #1

Buat mata macam ini, secara tak langsung bagi effect mata aku jadi besar sikit sebab aku kalau gelak jenis mata yang hilang entah ke mana. Penat nak cari. Jadi bila buat mata macam ni nampak galak sikit mata aku kan? Sekali pandang orang memang ingat betul - betul aku Yana Samsudin yang dah pakai tudung. Muntah. HAHA.

Dulu masa mula - mula pakai suami ada tegur jugak, dia kata pelik buat mata macam tu. Tapi bila semakin lama dah menjadi trend pulak buat mata macam tu, kira dah ramai orang sama pelik macam aku maka dia pasrah ajelah. Bukan aku buat apapun kan. Lama - lama dah melekat pulak. Skill melentik pun dah semakin hebat dah. Tak macam dulu terkial - kial nak lentikkan part yang hujung tu, sekarang pejam mata pun boleh! HAHA!

Evidence #2
Jadi bila ada yang bertanya susah tak nak buat mata macam ni jawapan aku adalah susah, kalau kita buat guna kaki. HAHA tak susah langsung. Serious. And lagi satu aku suggest guna eyeliner Elianto sebab dia mudah nak dicuci atau dibersihkan time nak berwudhu'. Tak payah nak sental sangat - sangat, guna air bersih, tenyeh - tenyeh sikit maka dah okay. Guna baby oil pun cepat bersih. InsyaALLAH.

Evidence #3
Evidence #4

Kalau orang tanya dari mana aku dapat inspirasi nak buat mata macam ni, my answer would be from the greatest Cleopatra. Yang menjadi simbol kecantikan wanita. Aku tak tahulah dia ni betul cantik ke tak. Iyelah jumpa pun tak pernah macamana nak tahu kan kan? HAHA.  Tapi aku rasa dia memang cantiklah. Tengok mata dia. Awesome gila gila gila!


Tak tahulah sampai bila aku guna mata macam ni. Tapi aku rasa dia timeless lah. Sampai bila - bila pun boleh guna kot make up mata macam ni kan? Vintage betul. Manalah tahu esok - esok aku dah bosan, aku tukar style lain pulak! HAHA!

Okay dah babai!

12 comments :

Klo Dya said...

Suka style ini jugak. Dulu-dulu zaman belajar sanggup mengadap youtube berjam-jam utk tuto, bukannya nak buat assignment. Haha. Best ye Elianto? Suka liquid eyeliner IN2IT, smooth je... Kalau yg pencil guna Revlon best gak.

cik nara omey said...

ololo...tomeii nye mata dia!! :)

Aida Jelita said...

kenapa kena yana shamsuddin? perlu ke? hahaha rasenye bunga kena letak baldi secara besar-besaran lah kat blog. serius memang nak muntah je selalu hahaha

Nurul Nadiah Karim said...

comel apa macam tu.tapi kan,serius ada rupa yana shamsudin sikit.hekhek ;D

Cik Puan Bunga said...

@Klo DyaLiquid eyeliner tak pandai pakai. HAHAHA. Dah menjadi pengguna tegar Elianto sejak zaman berzaman. HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@cik nara omeyTerima kasih! ^^,

Cik Puan Bunga said...

@Aida JelitaPerkhidmatan baldi untuk muntah tidak disediakan. HHAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Nurul Nadiah KarimOlohlohhhhh dah makan? Meh akak belanja! HAHA!

watyz said...

mmg ade rupa yana samsudin pon... :)

Cik Puan Bunga said...

@watyzAlah, malunya! *Buat muka gedik* HAHAHAHHA!

Nurul Nadiah Karim said...

@Cik Puan Bunganasib baik dah makan.kalau belum,boleh je mintak akak belanja.haha,gurau je ;D

Cik Puan Bunga said...

@Nurul Nadiah KarimBOLEH JE! HIHI!