Friday, June 15, 2012

Menyakitkan Hati Orang Itu Semudah Memakan Keropok Berperisa Ikan

Assalamualaikum. Selalu aku bertanya pada diri sendiri (Walaupun sangat yakin bahawa diri sendiri bukan tempat terbagus untuk dijadikan rujukan, tapi dah tak ada tempat rujukan lain. Maka, go on ajelah) apa yang menyebabkan sesorang itu layak untuk dilukai hatinya? Sebab dia jahat? Sebab mulut dia macam kubur? Sebab dia layak untuk disakiti?

Sebenarnya, apapun sebabnya, kita sebagai manusia biasa tak pernah ada hak untuk menyakiti hati manusia lain. Tak ada.

Aku boleh faham kalau kau menyakitkan hati manusia yang jahat. Memang mereka layak untuk dapat semua tu. Tapi macamana dengan manusia yang baik, yang tak ada salah apa - apa dekat engkau, yang langsung tak buat apa - apa benda jahat dekat engkau, yang satu - satunya benda yang dia buat dekat engkau adalah menyayangi engkau? Dalam ayat yang lebih senang untuk engkau faham, apa hak engkau nak menyakitkan hati manusia yang menyintai engkau?

Sebenarnya, engkau tak pernah ada hak.

Tapi, manusia selalu berlagak macam Tuhan. Macam dia layak nak menghukum orang sana - sini. Macam dia terlalu gah dan hebat nak menyakitkan hati orang. Macam dia tak pernah ingat yang satu hari nanti, roda hidup dia akan berputar. Yang satu hari nanti, kebarangkalian untuk dia mendapat celaka yang sama, sebijik macam apa yang dia buat dekat orang, adalah ada. Aku rasa, dalam bahasa mudahnya, manusia tak sedar dirilah. Lupa yang buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Manusia macam ni kita panggil manusia jahat.

Sebenarnya, aku nak cakap. Yang aku ni jahat.

Terima kasih, dunia.

5 comments :

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

hidup umpama roda...hari ni dia buat jahat..esok lusa org lain lak buat pd dia..sabar dan terus sabar dik

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Amin! Insyaallah kak. Thanks! ^^,

Anonymous said...

Bongok

Anonymous said...

Kepala hotak kau. Habis tu dah kalau orang sakitkan hati biar je? Bongok ke hapa

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousAku rasa kau yang bongok kot. Apa kau nak pun aku tak tau.

Bongok kau.