Iskandar Puteri Treasure Hunt 2012 - KAIL Debut. Jyeah!

Assalamualaikum. Apa khabar penduduk Bumi? Aku minta maaf sebab sepatutnya entry yang ini aku buat 3 minggu lepas. Tapi disebabkan aku super busy jadi baru sempat buat entry ni hari ini. Kira dah basi. Tapi aku nak cerita jugak dan engkau orang selaku readers yang sayang aku (Pui!) kena baca jugak sampai habis ya? Ni kira aku paksa ni! HAHA!

Macam yang penduduk dunia sedia maklum, aku dan aktiviti fizikal memang bukan sesuatu yang aku selalu buat. Well, kalaulah aku ni suka buat aktiviti fizikal for surelah aku tak 'langsing' macam sekarang kan? Koman - koman pun six packs la dekat perut. Bukan lemak - lemak bergoyang - goyang macam celaka macam yang aku ada sekarang kan. Pui. Jadi bila Maklong suggestkan kami join Treasure Hunt anjuran Iskandar Puteri aku rasa macam iye tak iye. Eh boleh ke? Tak penat ke? Tak semput ke? Tak mati ke aku nanti kan? Tapi Maklong pukul - pujuk aku dengan kata - kata manis nak bawak aku makan dekat Seoul Garden lah hape kan, so aku termakan jugak pujuk rayu dia. Satu team ada 4 orang. Aku, Maklong, suami dengan Embun. Nama group kami KAIL. Gempak gila nama group! HAAHA. It stands for Kami Anak Isnin Latifah. Epik woh!

So pagi 7hb Julai gerak ke JB dari rumah Makngah. Singgah breakfast dekat McD  dan mengenyangkan perut dengan makanan - makanan sambil mengasah minda yang berkarat sebab Maklong kata soalan dia memang susah - susah. So nak taknak supaya tak nampak macam orang bangang, terpaksa jugaklah Google sana - sini baca apa - apa yang patut pasal Bandaraya JB yang kemudiannya tindakan ini sangat aku sesali sebab soalan - soalan dia sepatah haram pun takde kaitan dengan apa yang aku Google. Pui!

Maklong super excited!
Embun tak lalu makan. Dahlah batuk - batuk macam anjing laut. Aku macam biasa. Kontrol kecantikan.

Tepat 10.45 pagi kami sampai dekat JOTIC, JB. Dah ramai dah manusia - manusia pakai T- Shirt Treasure Hunt macam kami. Dupdap jugak rasa dalam hati tengok competitors yang muka masing - masing campuran riak, sibet dan budget bagus. Mesti dah old timers kalau nak dibandingkan dnegan kami yang baru first time nak mencuba nasib ni. Itu belum lagi dengan team - team yang bawka gadget macam - macam, bawak teroponglah, baju hujanlah, iphone, tab, ipad kiri kanan tangan. Pheww. Ketar jugak. Tapi macam biasa, muka kena budget macam tahu serba - serbi.


Embun baca syarat - syarat pertandingan. Aku dah tak larat nak baca apa - apa. Mata melilau cuci mata tengok lelaki kacak. KAHKAH.

Lepas register (Group kitorang dapat giliran pelepasan ke 26) kitorang lepak - lepak dulu sambil tunggu acara start. Bosan, tak sabar tak usah cakaplah. Dengan keadaan hall JOTIC yang penuh sesak, dengan Maklong yang dah start pening - pening, dengan aku yang dag start lapar balik memang dugaan betul.


Make up dulu. Super penting, babe!

Tepat pukul 12.30 tengahari barulah kami dilepaskan beramai - ramai. Macam anak kambing. Excited sangat - sangat bila soalan demi soalan kami dapat jawab. Mostly kami kena cari nama bangunan or signboard berdasarkan klu yang diberikan. Tapi memang celakalah siapa yang buat klu tu sebab semua klu - klu dia susah nak mati. Kadang - kadang rasa macam tak masuk akal pun ada. Nasib baik aku memang semulajadi genius jadi kira ada jugak beberapa killer questions yang aku dapat jawab. Alhamdulillah.



Ini time sesi pecah otak!

Cuaca pulak tak mengizinkan. Dengan hujan lebat dengan guruh petir kilat memang bertabahlah semua orang pun. Acara tetap diteruskan. So meredah hujanlah masing - masing. Nasib baik aku ada boyfriend ehem tolong payungkan. HEHE.




Walaupun KAIL gagal nak dapatkan tempat teratas tapi kami rasa bangga jugaklah sebab dapat habiskan race dalam masa yang ditetapkan. Pengalaman sebenarnya yang susah nak dapat. Dapat spend time dengan family pun sebenarnya dah lebih dari cukup. Time inilah kami nak mengeratkan hubungan sesama adik - beradik. Makngah nasib baik tak boleh join sebab bersalinkan Arrazi yang comel tu. Kalau tak, memang lengkaplah group kami anak Isnin Latifah.

Yang paling awesome bila kami kena buat persembahan dekat Galleria Kotaraya JB, sambil aku menyanyi tu Maklong dengan Embun menari Chicken  Dance dengan sangat comelnya. Suami pulak buat muka malu - malu sambil berdiri kaku tegak malu nak menari! HAHA! Mahal betul kenangan tu! Semangat kerjasama, berkerja di bawah tekanan dan tak mengaku kalah tu aku rasa memang semangat juang yang anak - anak Isnin Latifah ada dalam diri masing - masing. Phew! Bangga betul nih!

Dan aku terpaling berbangga dengan diri sendiri sebab sepanjang race langsung tak rasa penat, langsung tak merengek panas ke apa ke, dengan cool kentangnya aku habiskan jugak race walaupun make up mascara dah cair - cair dah sebab kena hujan tadi. Gasak. Yang penting maintain cantik setiap masa. HAHA. Pui!

Goody bags!


Maklong, next year join lagi! HAHA!

Dah. Babai!

Read More»

Si Pendosa.

 Assalamualaikum.





Untuk setiap nasihat yang aku tak endahkan,
Untuk setiap nasihat yang aku persetankan,
Untuk setiap tutur - kata aku yang menyentak rasa,
Untuk setiap hentak kaki aku kerana kecewa,
Untuk setiap dosa - dosa,
Untuk setiap tingkah derhaka,
Aku tahu suami.. bahawasanya aku selangkah menuju neraka.

Maafkan aku suami.
Untuk setiap dosa - dosaku yang berguguran di muka bumi.
Maafkan aku, sekiranya aku masih layak untuk dimaafi.


Yang tulus menyintaimu,
Isterimu.

Read More»

Diari Ramadan CPB (7 Ramadan 1433H)

Assalamualaikum. Tiba - tiba dah Ramadan yang ketujuh. Besarlah harapan didada bahawa setiap hari berpuasa boleh hilang sekilo dua. Tapi haram nampaknya harapan tinggal harapan yang melaghakan. Jangan kata turun sekilo dua, turun seratus gram pun macam mitos aje. Pagi memanglah tak makan, tapi masuk aje azan Maghrib melantak macam bela sundal bolong. Itu belum togok air asam boi dalam gayung lagi tu. Mana kuih - muih lagi, nasi lagi. Hari - hari demand nak lauk ayam. Pui!

Tapi alhamdulillah. Ramadan kali ni banyak perubahan positif dalam diri. Ehem. Eceh. Pergi sekolah takadalah membuang masa bergosip macam selalu. Ada masa senggang, aku duduk diam - diam dekat meja sambil dengar lagu Nasyid. Nampak tak betapa mulianya perangai aku dibulan Ramadan Al - Mubarak yang penuh keberkatan ni. Kalau kawan - kawan ajak bergosip pun aku menolak dengan senyuman penuh hemah sambil berkata "Maaf, sesungguhnya saya sedang berpuasa." Eceh. Nampak? Nampak? Hidup terasa penuh dengan pengisian rohani.

Berbuka pula kalau bab - bab makanan aku tak heran sangat. Tapi kalah betul aku dengan air pelbagai perisa yang dijual dekat gerai - gerai air tu. Ais asam boilah, tembikai merahlah, air tebulah, air kelapalah. Tapi tak boleh nak challange air kelapa handmade yang suami petik, tebuk dan campurkan sendiri dengan air gula. Peh! Nak nak lagi buat dengan penuh kasih sayang. Jadi dia punya sedap tu memang terasa menusuk sampai ke hatilah. Eceh. Sudahnya masa solat Maghrib air dalam perut bunyi berkocak - kocak. Berenang - renang penuh kegembiraan agaknya cacing - cacing dalam perut aku.

Tapi yang super peliknya, Ramadan tahun ni buat aku jatuh cinta dengan Nasi Kerabu. Menu yang aku langsung tak pernah sentuh sejak 29 tahun hidup dekat muka bumi Allah ni. Selama ni kalau orang makan Nasi Kerabu aku buat bodoh aje. Nak menjamah memang tidaklah sebab aku tengok Nasi Kerabu ni macam tempat melonggok segala lauk. Semua pun ada. Serabut perut aku nak makan. Tapi itulah orang kata jangan benci sangat takut - takut satu hari nanti jatuh sayang. Tengok macam tahun ni punya bulan puasa, tak alih - alih aku dah jatuh cinta dengan Nasi Kerabu. Tengok aje Nasi Kerabu yang sungguh seksi tu nyaris - nyaris buat aku batal puasa. HAHA. First time berkongsi makan dengan Embun, aku rasa Nasi Kerabu tu sangat epik dan sedap sedunia! Beli dekat Bazaar Ramadan Parit Yaani. RM5. Peh!

Hai. Sayalah Nasi Kerabu yang seksi itu!
Tahun ni berazam nak khatamkan 30 juzuk Al - Quran. InsyaALLAH. Walaupun mengaji bukanlah tahap profesional, tapi alhamdulillah kalau kata mengaji tu berbunyi lah jugak. Alhamdulillah. Berhasil jugak didikan emak abah aku. Beruntung betul suami dapat isteri macam aku. Sudahlah cantik, pandai mengaji pula. Ehem. Suami bagi galakan. Alhamdulillah. InsyaALLAH kalau ada rezeki dapatlah aku habiskan 30 juzuk tu. Amin!

Ramadan korang macamana?? Awesome tak?

Dah. Babai!

Read More»

Ramadhan Datang Lagi. Alhamdulillah.

Towards a better Muslim.
Selamat menyambut Ramadhan Al - Mubarak kepada semua pembaca .geek in the pink. Semoga kita semua mendapat 1001 keberkatan dalam bulan ramadhan kali ini. InsyaALLAH. Maaf kan segala salah silap aku sepanjang aku membebel dekat sini ya!

Dah. Babai


Read More»

Bila Aku Berubah Bukan Kerana Mu Ya Rabb

Assalamualaikum. Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al - Mubarak ni, aku nak share satu kisah benar yang berlaku dalam hidup aku. Yang kalau aku nak cuba padamkan daripada memori pun memang tak akan boleh punya. Melainkan aku nyanyuk ataupun hilang ingatan secara membabi - buta. Tapi aku tak pernah menyesal dengan apa yang terjadi. Orang kata setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. InsyaALLAH. Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui setiap apa yang aku tak tahu.

Dulu, kalau engkau orang nak tahu aku pernah mengambil keputusan untuk memakai tudung labuh dan sarung lengan. Keputusan yang maha drastik pernah aku ambil dalam hidup. Keputusan yang aku buat semata - mata kerana nak memuaskan hati seseorang. Persepsi aku pada masa itu, kalau bertudung dan bersarung lengan, adalah wanita solehah yang baik sedunia.

Sepanjang aku bertudung labuh, aku tak pernah merasa tenang. Aku rasa tersangat - sangat hipokrit dan mementingkan diri sendiri. Aku memandang diri sendiri sebagai orang yang baik tetapi aku tak rasa orang sekeliling memandang aku sebagai perempuan yang baik. Aku rasa tersangat berpura - pura dan perubahan pada cara aku berpakaian sangat tak selari dengan perubahan - perubahan lain yang aku patut ada. Contohnya, walaupun aku bertudung labuh, aku tetap berbual kasar dengan kawan - kawan, masih juga melakukan benda - benda lagha, masih juga solat lewat, masih juga tak mengisi masa lapang ditikar solat, masih juga aku membuat benda - benda yang tak sepatutnya aku buat pada masa tu.

Pendek kata, aku hanya berubah dari cara berpakaian. Sedangkan dalam hati, masih juga aku yang lama. Masih juga aku yang hidup bergelumang dengan macam - macam.

Aku sangat hipokrit pada masa itu.

Suami pada masa itu banyak menasihatkan aku supaya jangan terlalu drastik sangat melakukan perubahan. Aku rasa dia terperanjat beruk kot sebab tiba - tiba aje aku berubah 360 darjah macam tu. Nampak sangat aku berubah bukan sebab niat dalam hati memang nak berubah. Aku berubah sebab ada kepentingan lain. Aku berubah sebab ada seseorang nak aku berpakaian macam itu. Nak aku berimej muslimah katanya. Nak aku jadi wanita solehah yang sejati. Tapi yang ironinya, dia tak pernah membimbing aku dari segi agama. Dia hanya minta aku berubah dari segi berpakaian. Dan aku dengan 1001 jahilnya menurut tanpa soalan.

Sopan. Ayu. Cantiknyalah anak siapa! Kehkeh!

Lama kelamaan aku sedar yang benda - benda macam ini tak kekal lama. Apa guna aku berubah kalau perubahan yang aku lakukan bukan kerana Allah Taala. Masa itu aku sangat terasa bodoh dan semua yang aku buat hanyalah sia - sia. Aku terasa super hipokrit dan terasa sangat berdosa. Satu benda yang aku perasan, bila aku berubah macam tu, aku memandang orang - orang yang bertudung biasa macam tak berapa baik sangat. Penyakit hati sangat - sangat aku pada masa tu. Dan dari situlah aku sedar yang sesungguhnya kalau aku teruskan juga dengan sikap macam tu, aku hanya akan menambahkan golongan manusia hipokrit yang berpura - pura alim tapi sebenarnya dalam hati kadang - kadang lagi jahat daripada manusia biasa. 


Kita kalau nak berubah, hati kena ada tekad dan kesungguhan yang kuat. Yang paling penting, biarlah perubahan tu kita lakukan kerana Allah Taala. Bukan kerana manusia lain. Bukan kerana nak memuaskan hati orang lain. Jangan sekali - kali. Sebab kalau kita buat macam tu, kita jadi manusia yang sangat tak ikhlas. Jangan pulak kita menunjuk - nunjuk dengan perubahan yang kita lakukan. Jangan juga terlalu poyo nak menampilkan imej muslimah sejati sampai tanpa kita sedar wujud sekelumit rasa ujub dan takbur dalam hati kita. Sikap - sikap macam tu lah yang mewujudkan penyakit hati.

Yang penting, kalau nak berubah janganlah terlalu drastik. Aku tengok banyak antara kita yang berubah terlalu drastik sangat. Kita mulakan dengan menutup aurat dengan cara yang betul kalau betul - betul nak berubah. Memakai niqab aku rasa bukan langkah yang bijak kalau kita baru nak start berubah. Kenali makna menutup aurat dengan sempurna sebelum kita mengambil keputusan untuk berniqab. Jangan pula bila kita dah berniqab nanti kita jadi sombong dan takbur pada orang lain yang tidak berniqab. Sebab kalau tak silap aku mazhab Imam Shafie sepakat mengatakan muka bukanlah aurat yang wajib untuk kita tutup. Tapi untuk sesiapa yang berniqab lillahi taala tu aku memang salute sangat - sangat. Baik juga untuk mengelakkan fitnah. Cuma again, macam yang aku cakap buat semua tu biarlah semuanya kerana Allah.

Siapalah yang taknak jadi baik, siapalah yang taknak menjadi muslimah sejati. Aku berdoa semoga satu hari nanti aku juga akan mengikut jejak langkah wanita yang sempurna menutup aurat. Memakai pakaian bukan sekadar untuk membalut badan. Dan bila dah berpakaian dengan sempurna, besarlah harapan kalau sahsiah yang lain pun turut sama cantiknya. Insyaallah.

Macam ni pun kategori sopan juga! ^^,

p/s : Selamat menyambut Ramadhan Al - Mubarak.

Dah.Babai!

Read More»

730 Hari. Selamat Hari Lahir Malaikat Kecil


Assalamualaikum sayang,

Kali pertama Mama menatap sepasang mata sepet memandang Mama dengan penuh tanda tanya. Mungkin pada ketika itu kamu keliru, atau kamu takut kerana dunia terlalu asing bagi kamu, sayang. Mama terkesima dan tak dapat berkata - kata. Mama pandang Papa yang tersenyum penuh syukur. Mama tahu, dalam dakapan Mama, adalah lambang cinta Mama dan Papa. Dalam dakapan Mama, adalah kamu sayang. Mama pandang wajah kamu dalam - dalam. Saat itu, Mama jatuh cinta pandang pertama dengan kamu. Mama jatuh cinta, sayang. Jatuh cinta dengan empunya tendangan - tendangan kecil dan gerakan - gerakan lembut dalam perut Mama selama 40 minggu. Itu kamu sayang. Selamat berada dalam dakapan Mama. Subhanallah. Allah Maha Besar. Kamu anugerah terindah dalam hidup Mama dan Papa sayang.

Kamu, Mama dan Papa namakan dengan nama yang cukup indah. Adam Irfan Xaharis. Dengan harapan kamu akan mewarisi sifat - sifat baik seperti nama kamu. Kamu membesar dalam kasih sayang Mama dan Papa yang tiada tolok bandingnya. Sejak kamu hadir, sayang.. Dunia Mama dan Papa berubah. Hidup kami lebih bahagia. Hidup kami lebih ceria, sayang. Maha suci Allah yang menjadikan langit dan bumi. kehadiran kamu dalam hidup kami benar - benar membawa satu rahmat yang tiada terhingga. Kamu menyerikan hidup kami sayang.

Saat kamu melangkah buat pertama kalinya, Mama ada disitu. Mama menjadi saksi langkah - langkah kecil yang kamu ambil dengan seyuman bangga terukir di bibir. Kamu anak yang hebat sayang. Kamu bijak dan pintar. Kamu petah bercakap, kamu sangat ekspresif. Kamu seorang bayi yang ceria. Kamu sangat menghiburkan hati Mama dan Papa. Kamilah ibu bapa yang paling bahagia bila suara halus kamu memanggil nama kami berdua. Bahagianya sayang, tak akan terungkap dengan kata - kata.

Bila kamu sakit sayang, Mama tak lena tidur malam. Mama rela andai kata sakit itu berpindah pada Mama. Mama rela menanggungnya untuk kamu sayang. Mama sayangkan kamu dengan sayang yang teramat sangat. Permata hati Mama dan Papa. Sifat - sifat kamu yang tak ubah seperti Mama, sangat menceriakan suasana. Sayang, kamu ibarat malaikat kecil yang diutus Allah untuk membahagiakan kami suami isteri.

Sayang, 16 Julai 2012. Genap kamu berusia 2 tahun. Masih terlalu kecil untuk mengenal erti kehidupan, tapi kamu sudah pun mengenali cinta Mama dan Papa untuk kamu. Mama dan Papa berusaha menyediakan yang terbaik untuk kamu sayang. Kami berikan kamu kasih sayang yang tiada taranya. Dengan harapan kamu akan membesar menjadi lelaki yang baik budi sahsiahnya. InsyaALLAH.

Semoga kamu membesar menjadi insan yang cintakan kebaikan dan sentiasa berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Semoga kamu menjadi lelaki yang baik budi, beriman dan bertanggungjawab macam Papa. Mama dan Papa sayang kamu Adam Irfan Xaharis. Sayang yang teramat besar. Tiada tandingannya.

Salam Sayang.
Mama dan Papa.

Read More»

Untunglah Kau, Banyak Orang Sayang!

Assalamualaikum. Satu perangai aku, bila aku tau orang tu sayang aku, semakinlah aku mengada - ngada semakinlah aku berlagak diva semakinlah aku buat perangai princess mintak kaki. Saja aje aku buat perangai melampau - lampau sebab aku tahu kalau orang tu dah sayang gila khinzir kan, dia akan buat apa sahaja untuk membuktikan sayang beliau kepada kita. Mukadimah panjang gila. Macam nak buat esei SPM Bahasa Melayu. Pui!

Sejak - sejak demam Superhero menyerang sampaikan redha menukar DP Facebook kepada logo Supermanlah, tukar nama diri sendiri Batmanlah, paksa oang panggil nama aku Clark Kent lah aku sangatlah bernafsu serakah kalau ada perkara melibatkan Superhero ni. Nasib baik aku tak pergi mengajar sambil ikat kain pelekat dekat badan (Menyamar Superman!) Kehkeh! Lama juga demam Superhero ni berlarutan. Sekarang pun masih sibuk cari baju Ninja Turtles pulak ke sana - sini. Gasak kau Yat! Dan sebab aku tahu yang Innanie sayang aku, maka apa lagi, buat perangai divalah aku dengan dia. Innanie diharap jangan serik menyayangi akak ya! HAHA!

Memaksa orang untuk membelikan kita baju Superhero bukanlah satu sifat yang mulia ye kawan - kawan. Apatah lagi kalau orang tu student yang lebih memerlukan duit untuk makan ataupun fotostat nota ke apa kan. Tapi tak sangka Innanie sanggup korek ceruk sana - sini semata - mata nak menggembirakan hati princess obesiti ni! Sayang awak sangat - sangat! Hari Ahad lepas pujuk suami untuk temankan aku jumpa kekasih hati sekaligus nak merembat baju Superman dengan baju Hard Rock KL! Jyeaaaaahhhh! Dalam hati rasa sangat tak menyabar - nyabar. Dapat dibayangkan betapa machonya aku kalau kesana - sini memakai baju Superman. Confirm kacak sedunia!

Muka super excited dapat baju Sopomen!
Dengan pembagi baju Sopomen!
Hard Rock Hard Rock Hard Rock!
Innanie Rocks!
Innanie akak sayang awak gila gila gila gila!

Makan dekat Secret Recipe sambil berkongsi gossip - gossip terkini. Kalau dengan Innanie, aktiviti cuma dua. Cakap - cakap lepas tu ketawa berdekah. Sampaikan sakit rahang aku. Nasib baik tak dislocated. Borak dengan perempuan ni memang tak sedar masa dah berlalu! Akak sayang awak sangat - sangat. You can always have my shoulders, sayang. Always!

Balik rumah paksa Clark Kent aku try baju Superman. MasyaALLAH kacak nak mati!

OH MY CLARK KENT!

Semalam masa sukan kecil dekat sekolah apa lagi melaramlah aku pakai baju Superman yang Innanie bagi dengan penuh kasih sayang. Terasa diri sungguh extra bertenaga dan macam ada kebolehan luarbiasa. Kebolehan memakan nasi menggunakan dua tangan. Jyeah! Terima kasih Innanie!! Akak terasa super kacak!

Baju kembung. Angin tiup. Bukan sebab aku gemuk!

Tercapai jugak hasrat aku nak pakai baju Superman setelah sekian lama memendam rasa. Terima kasih Innanie sebab menjadikan hasrat akak satu kenyataan. Akak sayang awak sangat - sangat! Awak selalu buat akak happy. Awak selalu ada kalau akak memerlukan sepasang telinga untuk ditorture. Sayang awak sayang awak!! May Allah bless you, sayang! Eceh!

p/s : Innanie, if only I could ease your pain a little bit. If only.

Dah. Babai!

Read More»

Lelaki, Nikahi Aku.

Assalamualaikum. Ehem. Kalau kita dah jumpa lelaki yang baik untuk kita jadikan imam seumur hidup, segan tak kalau kita sebagai perempuan yang pergi tanya dekat dia "Assalamualaikum Encik, jom nikah dengan saya?" Segan tak? Segan tak? Kalau engkau tanya aku, jawapan jujur ikhlas lahir dari hati nurani aku adalah dengan confidentnya aku cakap "Tak segan!" Gila. Dah ada yang baik depan mata, jangan berlengah lagi. Jadikan yang halal!

Dulu, masa muda - muda. Masa zaman - zaman kegemilangan dulu, masa zaman sibuk nak mencari bakal imam seumur hidup, aku ada listkan beberapa pilihan imam - imam muda yang berpotensi untuk dijadikan teman hidup. Eceh. Sebagai perempuan, adalah menjadi hak kita untuk memilih lelaki yang betul - betul kita rasa sesuai untuk kita sama - sama tua kerepot dan bongkok bersama. Kriteria pemilihan itu terpulanglah pada engkau. Engkau suka lelaki yang macamana. Untuk aku, senang aje. Aku cari lelaki yang sanggup terima aku seadanya. Jangan salah pilih. Hal kahwin ni bukan boleh main chop chop. Kalau lelaki, tak suka isteri pertama ada lagi 3 kuota kosong, kalau perempuan lepas kahwin baru tahu suami dia hantu raya, camno tu hah?

Macam selalu dengar dekat mana - mana drama kan, dialog cliche pilihan pengarah - pengarah Melayu masakini, "Saya sanggup terima awak seadanya". Senang nak diucapkan. Modal air liur aje. Tapi mendatangkan musibat jugak bila dah cakap tapi tak dikotakan. Ha dekat sinilah peranan perempuan untuk memilih pasangan hidup boleh dipersoalkan. Makanya, perempuan janganlah tersalah pilih. Mohon pertimbangkan ciri - ciri lelaki yang kita nak jadikan imam seumur hidup. Bergantung harap kepada handsome semata - mata tidak menjamin masa depan perkahwinan yang gilang gemilang. Apatah lagi kalau kita memandang harta. Esok - esok kalau harta dah habis dikikis, apa yang tinggal?

Masa aku nak pilih lelaki untuk dijadikan suami, aku pegang kuat - kuat dalam hati, tak kira siapa, aku akan berkahwin dengan lelaki yang sanggup terima aku seadanya. Masa itu calon dalam hati ada tiga orang. Eceh. Budget hot setap lah pulak. HAHA. Emak pesan, berkawan biar seribu. Itu baru tiga. KEHKEH. Maka bermulalah prosedur memilih calon suami.

Yang menjadi benchmark dalam memilih suami, adalah sifat super sabar yang perlu ada dalam diri lelaki terbabit. Beliau bukan sahaja harus sabar menghadapi perangai aku yang sangat mencengkam emosi, tetapi beliau juga harus pandai menjinakkan sifat - sifat buruk aku yang kalau aku listkan satu - satu, memang kalah ensiklopedia.

Alhamdulillah. Tiga - tiga calon yang aku ada sifat sabar memang tebal dalam diri masing - masing. Aku perhatikan ciri - ciri lain macam rajin bersolat, bertanggungjawab dan yang paling penting tak merokok. Minta maaf banyak - banyak. Pada aku lelaki kalau merokok memang hilang selera aku nak pandang lama - lama. Tapi takkanlah aku nak jadikan tiga - tiga tu suami aku kan. Kenalah pilih satu aje. Eceh.Walaupun dalam hati memang dah ada calon yang aku nak sangat jadikan suami, tak salah kalau kita screen test tiga - tiga tu sekaligus.

Memang aku uji sungguh - sungguh kesabaran masing - masing. Aku saja buat perangai diva, mengamuk tak tentu pasal, kentut kuat - kuat, buat perangai PMS setiap hari and buat lagi macam - macam cara semata - mata nak tahu hati perut masing - masing. Tapi orang kata, kalau dah jodoh memang tak kemana, tersangkut juga hati dengan yang satu ni. Sifat sabar dia yang super duper, cool, rajin bersolat, berpendidikan, tak berharta tapi sanggup mencari rezeki yang halal untuk isteri dan anak - anak buat aku sangat terpikat. Eceh. Maka tanpa segan silu lagi aku menyuarakan hasrat kepada Encik Hafizal Elias "Jom kahwin!"

Dan ternyata, ayat dia pada aku "Saya terima awak seadanya" memang dia kotakan dan buktikan sehinggalah ke saat ini. Dia teramat menerima aku seadanya. Tak pernah merungut dengan setiap kekurangan aku. Dia melengkapi aku. Bila bersama suami, aku terasa sungguh lengkap dan sempurna. Apa sahaja keadaan aku, dia akan sentiasa ada untuk menyokong. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bergaduh itu benda biasa, bertengkar membawa bahagia. Lepas bergaduh saat - saat berbaik semula itu yang sweet tu. Rasa macam nak bergaduh hari - hari. HAHA.

Aku bersyukur dikurniakan suami seperti suami. Satu dalam sejuta. Semoga rahmat Allah ini akan aku kecapi hingga saat aku menutup mata. Imamku, aku ingin menyintaimu sehingga kita bertemu di jannah Allah nanti. Di mana ketika itu akulah ketua bidadari - bidadarimu. InsyaALLAH.


Yang menerima aku. Dah gemuk pun dia tetap kata akulah perempuan yang terpaling cantik dalam dunia.

Saya sayang awak, suami!

Teringat kali pertama terpandang suami 15 tahun yang lepas. Waktu itu umur aku 14 tahun, saat mata ini terpandang matanya, terdetik dalam hati "Ya Allah. Ini suamiku!"

10 Oktober 2010, halal dia menjadi suami aku. Alhamdulillah. Syukur.

Yang penting, niat. Lillahi Ta'ala.

Dah. Babai!

Read More»

Baby Baby Baby Ouuuuuu!

Assalamualaikum. Tahukah anda, selain bau ketiak suami yang handsome, bau baby adalah bau yang teramat sangat boleh membuat aku teruja enam ratus lapan puluh empat kali. Bau baby yang suci murni kalah perfume Bvlgari tahu tak, tahu tak? Sedap sedunia! Jadi bila sesekali dapat gomol baby comel, memang peluang keemasanlah! Mihmihmih! (Oh by the way ini gaya baru aku gelak. Bayangkan gelak sambil tersengih dengan penuh kecomelan. Menghasilkan bunyi MIHMIHMIH! HAHA mintak kaki!)

Tahniah Makngah kerana dengan hebatnya telah melahirkan ahli baru kongsi gelap Isnin yang seberat 3.6kg pada 18 Jun yang lepas. Hebatlah! Masih tak dapat challenge berat baby terberat dalam keturunan Isnin. Disandang oleh Adam Irfan Xaharis. 3.76kg! HAHA! Sekilas pandang muka dia macam Kakak Una, sekali pandang lagi eh macam Abang Fateh pulak. Yang pasti memang 100% handsome tanpa syak wasangka. Mihmihmih!


Onyohonyohonyoh omel omel!
Eksyen nampak muka!
Sambil tidur boleh senyum.

Rasa macam kekok pulak nak pegang baby. Masa nak angkat pun seram  - seram jugak. Mengada - ngada betul. HAHA. Tapi baby Makngah tersangatlah baiknya. Tak menangis langsung. Kerja asyik nak minum susu, tidur, minum susu, tidur. Pheeewww! Kalaulah dulu Adam Irfan Xaharis sebaik ini. Mihmihmih! Bila pegang baby, cium bau baby, terasa macam nak ada baby lagi pulak. Ehem. Rasa- rasanya Adam pun dah cukup besar nak jadi abang. Bestnya kalau dapat baby gegurl. Memang aku hiaskan dia macam kereta berhias. All pink, of course! HAHA. Amin! Doakan ye doakan! Eceh!

Eceh. Eceh. Eceh. Praktis. Praktis. HEHE
Oh sudah buka mata! KACAK!
Muhammad Arrazi Mohd Asfarizan

Muhammad Arrazi sayang, Mokde doakan Arrazi membesar jadi khalifah yang berguna kepada anak, bangsa dan negara. Jadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu dan ayah. Amin. InsyaALLAH. Sayang Arrazi!

SKT tahun 2013. Baby gegurl! KEHKEH! Amin!

Dah. Babai!

Read More»