Monday, July 16, 2012

730 Hari. Selamat Hari Lahir Malaikat Kecil


Assalamualaikum sayang,

Kali pertama Mama menatap sepasang mata sepet memandang Mama dengan penuh tanda tanya. Mungkin pada ketika itu kamu keliru, atau kamu takut kerana dunia terlalu asing bagi kamu, sayang. Mama terkesima dan tak dapat berkata - kata. Mama pandang Papa yang tersenyum penuh syukur. Mama tahu, dalam dakapan Mama, adalah lambang cinta Mama dan Papa. Dalam dakapan Mama, adalah kamu sayang. Mama pandang wajah kamu dalam - dalam. Saat itu, Mama jatuh cinta pandang pertama dengan kamu. Mama jatuh cinta, sayang. Jatuh cinta dengan empunya tendangan - tendangan kecil dan gerakan - gerakan lembut dalam perut Mama selama 40 minggu. Itu kamu sayang. Selamat berada dalam dakapan Mama. Subhanallah. Allah Maha Besar. Kamu anugerah terindah dalam hidup Mama dan Papa sayang.

Kamu, Mama dan Papa namakan dengan nama yang cukup indah. Adam Irfan Xaharis. Dengan harapan kamu akan mewarisi sifat - sifat baik seperti nama kamu. Kamu membesar dalam kasih sayang Mama dan Papa yang tiada tolok bandingnya. Sejak kamu hadir, sayang.. Dunia Mama dan Papa berubah. Hidup kami lebih bahagia. Hidup kami lebih ceria, sayang. Maha suci Allah yang menjadikan langit dan bumi. kehadiran kamu dalam hidup kami benar - benar membawa satu rahmat yang tiada terhingga. Kamu menyerikan hidup kami sayang.

Saat kamu melangkah buat pertama kalinya, Mama ada disitu. Mama menjadi saksi langkah - langkah kecil yang kamu ambil dengan seyuman bangga terukir di bibir. Kamu anak yang hebat sayang. Kamu bijak dan pintar. Kamu petah bercakap, kamu sangat ekspresif. Kamu seorang bayi yang ceria. Kamu sangat menghiburkan hati Mama dan Papa. Kamilah ibu bapa yang paling bahagia bila suara halus kamu memanggil nama kami berdua. Bahagianya sayang, tak akan terungkap dengan kata - kata.

Bila kamu sakit sayang, Mama tak lena tidur malam. Mama rela andai kata sakit itu berpindah pada Mama. Mama rela menanggungnya untuk kamu sayang. Mama sayangkan kamu dengan sayang yang teramat sangat. Permata hati Mama dan Papa. Sifat - sifat kamu yang tak ubah seperti Mama, sangat menceriakan suasana. Sayang, kamu ibarat malaikat kecil yang diutus Allah untuk membahagiakan kami suami isteri.

Sayang, 16 Julai 2012. Genap kamu berusia 2 tahun. Masih terlalu kecil untuk mengenal erti kehidupan, tapi kamu sudah pun mengenali cinta Mama dan Papa untuk kamu. Mama dan Papa berusaha menyediakan yang terbaik untuk kamu sayang. Kami berikan kamu kasih sayang yang tiada taranya. Dengan harapan kamu akan membesar menjadi lelaki yang baik budi sahsiahnya. InsyaALLAH.

Semoga kamu membesar menjadi insan yang cintakan kebaikan dan sentiasa berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Semoga kamu menjadi lelaki yang baik budi, beriman dan bertanggungjawab macam Papa. Mama dan Papa sayang kamu Adam Irfan Xaharis. Sayang yang teramat besar. Tiada tandingannya.

Salam Sayang.
Mama dan Papa.

14 comments :

Aida Jelita said...

besar dah dia haiiihh cepatnya

Cik Puan Bunga said...

@Aida JelitaItulah. Cepat masa berlalu! ^^,

nur easy said...

semoga terkabul tiap2 doa dari mama-papa utk adam ;)

zella y said...

wah..kejap je dia dh 2 tahun...dh boleh dpt adik ni hehehehhe....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

selamat hari lahir budak hencem...geram tgk..cute sesangat!

watyz said...

cepat masa berlalu kan.. ok.. dh ble tambah lagik.. :P

YUS said...

Betul la.. cepat masa berlalu! Hepi besday adam! Jadi anak yg soleh yer!!!

Miss Tasantek said...

ahahaha...

aku ingat birthday adam, tapi aku kat kusus semalam.
wat deff pack maxis telan duit aku , aku baru topap pagi tu dengan 30 hengget. aku nak send mesej kat kau, tengok2 baki tinggal 39 sen. lepas aku mesej azmee je bagitau hp aku telah di lenyapkan kreditnya.

apa2 pon selamat hari lahir adam irfan xaharis bin mohd hafizal :)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAmin ya rabb! ^^,

Cik Puan Bunga said...

@zella yInsyaALLAH! ^^, HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Terima kasih kak! ^^,

Cik Puan Bunga said...

@watyzInsyaallah! HEHE doakan ye!

Cik Puan Bunga said...

@YUSAmin insyaallah. Terima kasih untuk doanya! ^^,

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekThanks weh! Tapi kan tapikannnn nama abang izal HAFIZAL ajelah! HAHAHAHA!