Thursday, July 19, 2012

Bila Aku Berubah Bukan Kerana Mu Ya Rabb

Assalamualaikum. Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al - Mubarak ni, aku nak share satu kisah benar yang berlaku dalam hidup aku. Yang kalau aku nak cuba padamkan daripada memori pun memang tak akan boleh punya. Melainkan aku nyanyuk ataupun hilang ingatan secara membabi - buta. Tapi aku tak pernah menyesal dengan apa yang terjadi. Orang kata setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. InsyaALLAH. Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui setiap apa yang aku tak tahu.

Dulu, kalau engkau orang nak tahu aku pernah mengambil keputusan untuk memakai tudung labuh dan sarung lengan. Keputusan yang maha drastik pernah aku ambil dalam hidup. Keputusan yang aku buat semata - mata kerana nak memuaskan hati seseorang. Persepsi aku pada masa itu, kalau bertudung dan bersarung lengan, adalah wanita solehah yang baik sedunia.

Sepanjang aku bertudung labuh, aku tak pernah merasa tenang. Aku rasa tersangat - sangat hipokrit dan mementingkan diri sendiri. Aku memandang diri sendiri sebagai orang yang baik tetapi aku tak rasa orang sekeliling memandang aku sebagai perempuan yang baik. Aku rasa tersangat berpura - pura dan perubahan pada cara aku berpakaian sangat tak selari dengan perubahan - perubahan lain yang aku patut ada. Contohnya, walaupun aku bertudung labuh, aku tetap berbual kasar dengan kawan - kawan, masih juga melakukan benda - benda lagha, masih juga solat lewat, masih juga tak mengisi masa lapang ditikar solat, masih juga aku membuat benda - benda yang tak sepatutnya aku buat pada masa tu.

Pendek kata, aku hanya berubah dari cara berpakaian. Sedangkan dalam hati, masih juga aku yang lama. Masih juga aku yang hidup bergelumang dengan macam - macam.

Aku sangat hipokrit pada masa itu.

Suami pada masa itu banyak menasihatkan aku supaya jangan terlalu drastik sangat melakukan perubahan. Aku rasa dia terperanjat beruk kot sebab tiba - tiba aje aku berubah 360 darjah macam tu. Nampak sangat aku berubah bukan sebab niat dalam hati memang nak berubah. Aku berubah sebab ada kepentingan lain. Aku berubah sebab ada seseorang nak aku berpakaian macam itu. Nak aku berimej muslimah katanya. Nak aku jadi wanita solehah yang sejati. Tapi yang ironinya, dia tak pernah membimbing aku dari segi agama. Dia hanya minta aku berubah dari segi berpakaian. Dan aku dengan 1001 jahilnya menurut tanpa soalan.

Sopan. Ayu. Cantiknyalah anak siapa! Kehkeh!

Lama kelamaan aku sedar yang benda - benda macam ini tak kekal lama. Apa guna aku berubah kalau perubahan yang aku lakukan bukan kerana Allah Taala. Masa itu aku sangat terasa bodoh dan semua yang aku buat hanyalah sia - sia. Aku terasa super hipokrit dan terasa sangat berdosa. Satu benda yang aku perasan, bila aku berubah macam tu, aku memandang orang - orang yang bertudung biasa macam tak berapa baik sangat. Penyakit hati sangat - sangat aku pada masa tu. Dan dari situlah aku sedar yang sesungguhnya kalau aku teruskan juga dengan sikap macam tu, aku hanya akan menambahkan golongan manusia hipokrit yang berpura - pura alim tapi sebenarnya dalam hati kadang - kadang lagi jahat daripada manusia biasa. 


Kita kalau nak berubah, hati kena ada tekad dan kesungguhan yang kuat. Yang paling penting, biarlah perubahan tu kita lakukan kerana Allah Taala. Bukan kerana manusia lain. Bukan kerana nak memuaskan hati orang lain. Jangan sekali - kali. Sebab kalau kita buat macam tu, kita jadi manusia yang sangat tak ikhlas. Jangan pulak kita menunjuk - nunjuk dengan perubahan yang kita lakukan. Jangan juga terlalu poyo nak menampilkan imej muslimah sejati sampai tanpa kita sedar wujud sekelumit rasa ujub dan takbur dalam hati kita. Sikap - sikap macam tu lah yang mewujudkan penyakit hati.

Yang penting, kalau nak berubah janganlah terlalu drastik. Aku tengok banyak antara kita yang berubah terlalu drastik sangat. Kita mulakan dengan menutup aurat dengan cara yang betul kalau betul - betul nak berubah. Memakai niqab aku rasa bukan langkah yang bijak kalau kita baru nak start berubah. Kenali makna menutup aurat dengan sempurna sebelum kita mengambil keputusan untuk berniqab. Jangan pula bila kita dah berniqab nanti kita jadi sombong dan takbur pada orang lain yang tidak berniqab. Sebab kalau tak silap aku mazhab Imam Shafie sepakat mengatakan muka bukanlah aurat yang wajib untuk kita tutup. Tapi untuk sesiapa yang berniqab lillahi taala tu aku memang salute sangat - sangat. Baik juga untuk mengelakkan fitnah. Cuma again, macam yang aku cakap buat semua tu biarlah semuanya kerana Allah.

Siapalah yang taknak jadi baik, siapalah yang taknak menjadi muslimah sejati. Aku berdoa semoga satu hari nanti aku juga akan mengikut jejak langkah wanita yang sempurna menutup aurat. Memakai pakaian bukan sekadar untuk membalut badan. Dan bila dah berpakaian dengan sempurna, besarlah harapan kalau sahsiah yang lain pun turut sama cantiknya. Insyaallah.

Macam ni pun kategori sopan juga! ^^,

p/s : Selamat menyambut Ramadhan Al - Mubarak.

Dah.Babai!

14 comments :

alia zainol said...

subhanallah..moga kita semua berada di landasan yang betul amin..Salam Ramadhan ;p

Cik Puan Bunga said...

@alia zainolAmin insyaALLAH. Salam ramadhan! ^^,

nurul fatin said...

salam ramadan teacher ;)

Hustler said...

Suka Entry Nih! :)

atIEsAyAnGkAmU said...

salam ramadhan dear...
moga ianye lebeh baik dari sebelumnya...

zella y said...

btul tu...
tak bertudung labuh pn muslimah juga asalkan aurat kita tertutup rapi...semoga kita sama2 menjadi muslimah sejati..amin...

selamat berpose pn bunga!

p/s: bila lg nak buat review psl VCO tu...ada lagi perbubahan...sbb sy dh beli cuma xstart mkn lg...hehehhe

Cik Puan Bunga said...

@nurul fatinSalam ramadhan nurul fatin! ^^,

Cik Puan Bunga said...

@HustlerTerima kasih! ^^,

Cik Puan Bunga said...

@atIEsAyAnGkAmUAmin. InsyaALLAH!

Cik Puan Bunga said...

@zella yBetul. Tepat sekali. Yang pentingnya hati. ^^,

Eh kenapa tak start makan lagi?? Boleh mulakan sekarang! Nanti raya dah cantik sedunia! ^^,

watyz said...

sama2 la kita berubah untuk kebaikan bersama... insyaAllah... :)

Cik Puan Bunga said...

@watyzInsyaALLAH! ^^,

Cik Tanpa Nama said...

insyaAllah sis...saya pun jauh dr lubuk hati ni nak berubah jugak...:)

Cik Puan Bunga said...

@Cik Tanpa NamaInsyaallah. Sama-samalah kita ya! :D